Anda di halaman 1dari 11

PENYAKIT IKAN AIRTAWAR DAN RAWATAN

Pada kebiasaannya, penyakit-penyakit ikan adalah disebabkan oleh patogen (agen-agen yang menyebabkan penyakit) seperti berikut :a) b) c) d) e) i) Parasit (Endoparasit/Ektoparasit) Kulat Bakteria Virus Punca-punca lain seperti faktor genetik dan persekitaran Penyakit Primer

Penyakit ini berlaku apabila ikan saling bertindak dengan patogen buat pertama kalinya. Ini berlaku apabila kita campurkan ikan yang besar dengan ikan yang kecil. Ikan besar walaupun mempunyai patogen tetapi ianya tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit kerana ikan tersebut sudah lali terhadap penyakit itu. Bagi ikan yang kecil dan baru pertama kali bertemu dengan patogen, ia mudah diserang penyakit. Dalam proses pengawanan ikan, penyakit primer juga boleh berlaku dimana patogen dari induk akan merebak kepada anak. ii) Penyakit sekunder

Penyakit ini berlaku apabila faktor-faktor tekanan yang boleh melemahkan ikan wujud dan menyebabkan ikan (termasuk ikan yang lali terhadap sesuatu penyakit) senang diserang oleh patogen. Ini adalah kerana dalam keadaan biasa(tanpa tekanan) terhadap patogen-patogen tetapi dengan adanya faktorfaktor tekanan,seperti suhu, mutu air dan lain-lain, ikan menjadi lemah dan dya ketahannya tidak cukup untuk melawan serangan patogen.

I.

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH PARASIT

Di malaysia, kebanyakkan penyakit adalah disebabkan oleh parasit (ektoparasit). Definasi Parasit: Organisma yang tinggal dan mendapatkan makanan didalam Luar badan organisma yang lain tanpa memberi faedah kepada organisma tersebut. 1. Penyakit Bintik Putih (white spot)

Disebabkan oleh parasit protozoa yang dipanggil Ichthyophthirius multifilis Semua jenis ikan terutamanya anak-anak ikan. Parasit tersebut menembusi kulit ikan dan memakan sel-sel tisu dan darah.

Ukuran 0.5 1 mm (gambar oleh DOF Malaysia)

Tanda tanda penyakit Ikan berenang tanpa arah yang tertentu untuk mengelakkan parasit tersebut (peringkat Permulaan); Lapisan luar kulit menjadi kelabu dan terdapat bintik-bintik putih pada seluruh badan; Tompok-tompok putih dan pucat pada insang menunjukkan kerosakkan insang dan menyebabkan ikan sukar untuk bernafas.Ini menyebabkan ikan timbul kepermukaan untuk bernafas; Ikan merasa gatal-gatal dan akan mengeselkan badan ditebing kolam atau sangkar; Ikan tidak makan (peringkat serius); Mata menjadi kelabu.

Rawatan
Bahan Kimia (ubat)
Metilin biru Sodium klorida Formalin Potassium permanganate Formalin +

Dos/Kadar
2 ppm (mg/l) 1000 ppm + 20-25 ppm 1-2 ppm 2.5 ml /100liter

Jadual Tempoh Rawatan


Berterusan sehingga sembuh 3 kali berurut-turut setiap 2 hari (1 minggu) Berterusan sehingga sembuh Berterusan sehingga sembuh

Catitan
Rawatan sesuai yang paling

Kolam ikan yang terkena penyakit ini harus dikeringkan dan dimasukkan kapur dengan kadar 1.5 tan sehektar.

Cara-cara rawatan (i) Merendamkan ikan didalam air yang mengandungi ubat (bahan kimia) dalam jangkamasa yang singkat. Ikan diletakkan tangki atau bekas kecil. Ubat dimasukkan ke dalam tangki. Ikan akan dikeluarkan selepas beberapa minit. Perlu berhati-hati kerana dos ubat yang terlalu tinggi boleh menyebabkan tekanan kepada ikan Merendamkan ikan di dalam air yang mengandungi ubat untuk jangkmasa yang panjang Dos ubat yang digunakan adal;ah rendah dan tidak menyebabkan tekanan kepada ikan Ubat dimasukkan kedalam kolam/tangki secara berterusan sehingga ikan sembuh dan kesan ubat akan hilang dengan sendirinya. Jika kesan ubat tidak hilang, air baru perlu dimasukkan selepas beberapa hari. Ichthyobodo, Trichodina & Chilodonella

(ii) -

2.

Ikan yang diserang adalah Kap rumput, Kap biasa, Sepat siam, Kap kepala besar dan Lampan jawa

Trichodina sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

Chilodonella sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

Tanda-tanda penyakit sama seperti penyakit bintik putih Rawatan


Bahan Kimia (ubat)
Sodium klorida Formalin Potassium permanganate Formalin +

Dos/Kadar
1000 ppm + 20-25 ppm 100 ppm 2.5 ml /100liter

Jadual Tempoh Rawatan


2-3 kali berurut-turut setiap 2 hari (1 minggu) 5-10 minit 2 hari berturut-turut selama 1 minggu

Catitan

Tidak sesuai untuk anak ikan kap kepalan besar

3.

Myxosporidiosis

Disebabkan oleh parasit Myxobolus dan Henneguya Ikan yang diserang adalah Ketutu dan Kap biasa Kedua-dua parasit tersebut terdapat pada insang. Bagi Myxobolus, ia juga terdapat pada kulit. Parasit ini berbentuk sista (mengandungi spora-spora ) dan akan pecah apabila matang. Spora-spora akan dilepaskan ke dalam air dan jangkitan akan berlaku Tanda-tanda penyakit Ikan menjadi pucat (serius ). Sista berwarna putih dan parasit yang bulat (ukuran 2-4 mm) akan dapat dilihat pada insang dan kadangkala insang menjadi berkolompok; Kulit ikan menjadi bengkak-bengkak (parasit Myxobolus ); Dalam keadaan biasa, kematian akan berlaku perlahan-lahan.

Rawatan Setakat ini, tidak ada rawatan bagi penyakit. Adalah disyorkan supaya mengawal dan mencegah penyakit daripada berlaku

4.

Dactylogyrosis (penyakit kutu insang) Parasit Dactylogyrus

Disebabkan oleh:

Ikan yang diserang adalah Kap rumput, Kap perak dan Kap kepala besar. Parasit yang matang melekat pada insang bertelur

Dactylogyrus sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

Tanda-tanda penyakit Insang kelihatan berdarah dan berlebihan lendir (peringkat awal ); Dalam keadaan serius filamen insang akan rosak dan operkulum ikan tidak boleh tertutup dengan sempurna mengakibatkan kesukaran bernafas.

Rawatan
Bahan Kimia (ubat)
Sodium klorida Metilin biru Formalin

Dos/Kadar
10,000 15,000 ppm 2 4 ppm 200 250 ppm

Jadual Tempoh Rawatan


10 15 minit 30 - 45 minit Berterusan sehingga sembuh

Catitan

Tidak sesuai untuk anak ikan kap kepalan besar

5.

Gyrodactylosis (penyakit kutu insang)

Disebabkan oleh: Parasit Gyrodactylus Ikan yang diserang adalah Ketutu dan bahagian permukaan badan sahaja Tanda-tanda penyakit Sama dengan penyakit bintik putih Rawatan

Kap biasa. Parasit ini menyerang

Serupa dengan rawatan bagi Dactylogyrosis.

6.

Argulosis (kutu ikan ) Parasit Argulus

Disebabkan oleh:

Argulus berbentuk piring dan berwarna kehijauan. Ia berukuran 7mm garispusat. Argulus boleh dilihat dengan mata kasar terlekat pada badan ikan. Ikan yang diserang adalah kap rumput, kalui, kap biasa, Temakang, dan Kap kepala besar. Parasit ini menyerang bahagian luar badan dengan cara menghisap darah terutmanya bahagian kepala dan sirip ekor.

Argulus sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

Tanda-tanda penyakit - Ikan menjadi kurus disebabkan kehilangan bendalir tubuh kerana dihisap oleh parasit; - Terdapat kesan-kesan darah ditempat parasit melekat; - Kematian ikan akan berlaku jika bilangan parasit terlalu tinggi. Rawatan
Bahan Kimia (ubat)
Potassium permanganate Dipterex

Dos/Kadar
10 ppm 0.25 ppm

Jadual Tempoh Rawatan


30 minit Sekali pada tiap-tiap minggu selama 2 minggu

Catitan

Kolam ikan yang terkena penyakit ini harus dokeringkan dan dikapor dengan kadar 1.5 tan sehektar.

7.

Lernaesis (cacing sauh ) parasit Lernaea sp.

Disebabkan oleh:

Ikan yang dijangkiti adalah Kap rumput, Lampan Jawa, Temakang, Kalui, Kap kepala besar dan kap biasa.

Lernaea sp. . (gambar oleh DOF Malaysia) Parasit ini menyeerang bahagian permukaan luar badan ikan dengan menghisap bendalir ikan dan mengakibatkan kerosakan tisu kepala, mata, ekor dan sirip Tanda-tanda penyakit terdapat tanda-tanda merah pada badan; Ikan yang kecil selalunya mati dan ikan yang besar akan mengalami kekurangan berat badan.

Rawatan
Bahan Kimia (ubat)
Sodium (garam) Dipterex klorida

Dos/Kadar
8,000 11,000 ppm

Jadual Tempoh Rawatan


Selama 10-15 minit. Sekali pada tiap-tiap minggu selama 4 minggu. Sekali pada tiap-tiap minggu selama 4 minggu berturutturut.

Catitan

0.25 ppm

II. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH ENDOPARASIT (Parasit Dalaman ) Setakat ini , penyakit-penyakit endoparasit tidak menimbulkan masalah. Endoparasit yang menyebabkan penyakit adalah:

i)

Trematoda Digenetik

ii) iii)

Nematoda ( cacing gelang ) Cestoda (cacing peta)

1.

Trematoda Digenetik

Parasit ini menyerang mata dan mengakibatkan mata menjadi bengkak. Bahagian kornea akan kelihatan kelabu tengah. Bintik-bintik putih kelihatan di bahagian pupil, iaitu larva cacing parasit Displostumum Spatheum. Ia memakan kanta mata dan menyebabkan ikan tersebut buta

2. -

Nematoda dan cestoda Cacing gelang dan cacing peta terdapat pada bahagian luar perut, otot-otot, pundi, usus dan didalam mata; Ikan yang diserang akan kehilangan berat badan dan kelihatan kurus. Oleh itu, tidak boleh diginakan sebagai induk; Cacing-cacing ini tidak menyebabkan kematian ikan yang tinggi dan jikalau kematian berlaku, ianya tidak serentak.

Rawatan Tidak ada rawatan yang memuaskan. Oleh itu, Disyorkan supaya mengawal dan mencegah parasit dengan membuang siput-siput pembawa parasit tersebut.

III. 1.

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH KULAT Saprolegniasis

Penyakit ini berlaku apabila ikan mengalami tekanan (penyakit sekunder ) seperti kesesakan ikan dalam tangki, sangkar atau kolam, kemerosotan mutu air, lukaluka pada badan ikan apabila disebabkan oleh parasit atau kekasaran semasa pengendaliannya Tanda-tanda penyakit Kulat saprolelgnia akan kelihatan seperti kap[as pada badan ikan; Terdapat tanda-tanda kemerahan disekeliling kulat; Ia menyerang ditempat-tempat luka ataupun serangan parasit pada badan ikan dan juga menyerang telur-telur ikan.

Rawatan
Bahan Kimia (ubat)
Metilin biru Potassium permanganate

Dos/Kadar
2 ppm 10 ppm

Jadual Tempoh Rawatan


Berterusan sehingga sembuh 90 minit

Catitan

IV.

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH BAKTERIA

Bakteria terdapat disekitar sistem perairan. Apabila faktor-faktor tekanan wujud, bakteria akan menyebabkan penyakit. Tanda-tanda penyakit Badan ikan kemerahan-merahan dan jika penyakit tidak dikawal, tanda kemerahan-merahan akan merebak ke seluruh badan dan menjadi ulser; Ikan tidak berselera untuk makan; Kadangkala mata dan perut ikan menjadi bengkak; Kematian ikan yang disebabkan oleh bakteria adalah tinggi dan serentak;

Rawatan Furanace 0.05ppm sehingga sembuh

V.

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH VIRUS

Virus adalah organisma yang lebih halus daripada bakteria dan ia tidak dapat dilihat dibawah mikroskop biasa. Penyakit virus serig berlaku bersama dengan penyakit bakteria dan tanda-tanda klinikal, rawatan dan cara-cara pengawalan adalah hampir sama seperti penyakit bakteria.

VI. A)

PENGAWALAN PENYAKIT Faktor-Faktor Tekanan

Dalam pengawalan penyakit ikan, faktor-faktor tekanan yang boleh menyebabkan ikan menjadi lemah haruslah diambil perhatian seperti berikut; i) Suhu Suhu badan ikan bergantung kepada suhu keadaan sekitaran (air), dengan itu, suhu merupakan satu faktor yang penting. Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepat, ikan akan mengalami kejutan dan menyebabkan ikan menjadi lemah.

Contoh-contoh dimana faktor suhu menyebabkan tekanan: a) Air yang cetek di dalam kolam adalah tdak sesuai, di mana air cepat panas waktu tengah hari dan cepat sejuk apabila hujan turun dengan tibatiba; Ikan yang baru diterima dan masih didalam bekas hendaklah direndamkan di dalam kolam sebelum ikan itu dilepaskan, jika tidak kejutan kepada ikan akan berlaku disebabkan perbezaan suhu di dalam plastik dengan air di dalam kolam. Sumber dan Mutu Air Air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahan pencemaran organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm, kandungan ammonia tidak melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara 6.5 9.0 . iii) Pengendalian Pengendalian adalah penting di mana pengendaliannya yang kasar akan menyebabkan badan ikan luka-luka. Luka-luka tersebut boleh memberi peluang untuk patogen/penyakit menyerang badan ikan. iv) Faktor Kesesakan Kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkan kesesakan. Faktor keseskan dapat meningkatkan kandungan ammonia seterusnya menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada itu, ikan juga turut mengalami tekanan. v) Makanan Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitu fitoplakton dan zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklah diberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang, Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupi dan sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akan menyebabkan mutu air menurun.

b)

ii)

B)

Ciri-Ciri Kolam Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilah mempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingan supaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam ke kolam yang lain.

C) -

Pengawalan Patogen Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untuk mengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit. Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulus dan Lernaea. Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akan membunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam. Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam. Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppm selama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapat menangalkan parasit yang terdapat di luar badan ikan. Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat disimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam. Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh menyebabkan penyakit primier. Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawat terlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyai patogen yang akan menjangkiti anak ikan. Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan makanan boleh manyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.

VII.

KHIDMAT BANTUAN JABATAN PERIKANAN Unit Penyakit Pengurusan Kesihatan Ikan dan Kuarantin di Pusat Penyelidikan Perikanan Likas bertanggungjawab terhadap pengenalpastian penyakit yang menyerang ikan ternakan tempatan dan mencadangkan rawatan yang sesuai. Sekiranya para penternak mengalami masalah wabak penyakit di kolam ternakan, segeralah menghubungi Pejabat Perikanan Daerah atau terus ke Pusat Ppenyelidikan Perikanan Likas, untuk meminta bantuan yang perlu.

Anda mungkin juga menyukai