Anda di halaman 1dari 18

DSI BIOTECH SDN.

BHD.
Untuk Sebarang pertanian,
kesesuaian tanah adalah
faktor penting untuk
menjamin pembesaran
tanaman dan hasil yang
lumayan. Bagi tanaman serai
kebanyakan tanah adalah
sesuai kecuali tanah pasir,
gambut dan berair.
Tali Penunggal
digunakan sebagai Untuk membuat lubang
pengukur dan jarak
Pam racun untuk meracun
seeloknya gunakan
muncung penyembur yang
boleh menyembur racun
secara terhad supaya
racun tidak mengenai
pokok serai semasa proses
meracun rumput

cara semburan racun di


sekeliling pokok
Pokok mati terkena racun
akibat dari proses meracun
yang tidak sempurna

Kelihatan pokok serai yang


subur hasil dari proses meracun
yang sempurna
Serai akan mengeluarkan tunas-tunas baru dan dari tunas baru ini
serai akan membiak. Kandungan citral dalam serai juga ditentukan
dari jenis serai dan hormon yang digunakan. Anak benih akan
dihormonkan dahulu sebelum ditanam, hormon yang kami
digunakan adalah untuk menggalakkan proses memperbanyakkan
citral serai.
Benih yang dibekalkan jika dibiarkan beberapa hari sebelum
ditanam akan mengeluarkan akar dan pucuk2 yang baru. Benih ini
perlu diletakkan ditempat yang redup dan sentiasa disiram dengan
air. Benih-benih ini tidak boleh direndam di dalam air. Benih
kebiasaannya tidak boleh disimpan terlalu lama  tanpa ditanam. Air
yang berlebihan juga akan merosakkan benih serai.
Menanam serai adalah mudah dan ringkas, tali digunakan sebagai
panduan semasa penanaman untuk menentukan jarak bagi setiap
lubang yang akan ditanam.
Jarak yang paling sesuai untuk penanaman serai adalah 3 kaki x 4
kaki. Jarak ini akan memberikan keselesaan kepada serai untuk
terus bertunas dan kerja-kerja penyelengaraan senang untuk
dilakukan
. Penunggal digunakan membuat lubang bagi memasukkan
benih serai semasa penanaman. Kedalaman untuk  setiap
lubang adalah hanya 2.5 inci.
Serai tidak boleh ditanam terlalu dalam kerana akan
menyulitkan anak tunas yang baru dari keluar. Tanah
disekitar pangkang serai mesti ditekan rapat untuk
mengelakkan dari air bertakung di pangkang serai.
Anak benih yang ditanam di dalam satu-satu lubang adalah
sebanyak 6 batang
Setelah penanaman dilakukan, penyiraman perlu dilakukan. Siraman 7
hari pertama adalah terlalu penting untuk memastikan benih-benih
yang ditanam mengeluarkan akar dan dapat memegang tanah.
Semasa penyiraman ini juga setiap rumpun yang ditanam diperiksa
bagi memastikan ke enam-enam batang benih hidup. Jika terdapat
benih yang mati sulapan atau gantian dengan benih yang baru perlu
dibuat dengan segera. Benih yang hidup akan memastikan hasil dari
penanaman serai ini.
Meracun Rumput
Rumput dan rumpai lain seperti lalang akan menghalang anak-anak
tunas yang baru bertambah. Semburan racun rumput atau rumpai
digunakan bagi menghalang tumbuhnya rumput. Semasa meracun
rumput, pastikan racun tidak terkena kepada rumpun serai. Racun
yang sesuai perlu digunakan untuk memastikan rumput akan mati
tetapi tidak mengangu pertumbuhan serai.
Pembajaan
Baja yang digunakan adalah dari jenis baja Urea dan baja NPK.
Namun begitu baja-baja sokongan yang lain juga boleh digunakan.
Penggunaaan Baja Kompos seperti dari Tahi Ayam atau Tahi Lembu
adalah dilarang. Ini adalah kerana baja tersebut akan mengundang
serangga perosak terutamanya Ulat batang.
Pembajaan dilakukan dengan menabur di sekeliling rumpun serai
dengan jarak 5 inci dari pangkang-pangkang serai yang ditanam.
Kebiasaannya pembajaan hanya dilakukan sebulan sekali sehingga ke
bulan yang ke 3 daripada tarikh penanaman.
Jenis Baja yang sesuai ialah : Urea,NPK (mengikut nisbah)

cara baja ditabur ialah di sekeliling


pangkal pokok serai (5” sekeliling)
kira-kira segenggam baja bersamaan
satu pokok
Dengan faktor cuaca, cahaya matahari, pembajaan, dan pengairan,
jangkamasa tuaian serai adalah 6 bulan.Namun begitu terdapat
beberapa faktor yang boleh membuatkan serai akan terbantut dan
matang dengan jangkamasa yang lama sedikit. Jangkamasa matang juga
boleh dipercepatkan.Kematangan serai boleh dilihat pada batang serai
itu sendiri.
Apabila matang, serai akan dituai, tuaian secara komersil dilakukan
secara sekaligus. Chop digunakan untuk memotong bahagian akar
serai. Daun-daun juga dipotong. Kebiasaannya serai yang telah dituai
akan dikumpulkan di satu tempat untuk dibersihkan dan di ikat
sebagaimana yang dikehendaki oleh pemborong
setelah dicop di ladang

mengangkut ke pusat
pengumpulan

di pusat pengumpulan sebelum


proses pembersihan
Serai yang telah siap sedia
untuk ditimbang oleh pembeli.
Anggaran seikat serai lebih
kurang 6kg seikat.

Anda mungkin juga menyukai