Anda di halaman 1dari 2

Wednesday, 18 February 2015

POKOK SERAI
KANDUNGAN:

1. PENGENALAN
2. PEMBAJAAN 1
3. TEMPOH MATANG
4. VARIETI SERAI
5. CARA PEMBIAKAN
6. PENYEDIAAN TANAH
7. PENANAMAN
8. PEMBAJAAN 2
9. KAWALAN RUMPAI
10. PENUAIAN
11. PENGELUARAN MINYAK PATI
12. KOS

1. PENGENALAN

Serai memerlukan kawasan terbuka bagi membolehkan penerimaan cahaya matahari yang cukup untuk
pertumbuhan. Jika ditanam di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari, pertumbuhannya akan
terbantut. Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik.

Benih serai ditanam sebanyak tiga batang setiap lubang dalam barisan dengan jarak 2 kaki x 3 kaki. Jarak
ini sesuai bagi memudahkan kerja-kerja menuai. Anak pokok serai mula membiak setelah 2 minggu
ditanam.

2. PEMBAJAAN 1

Untuk meningkatkan tumbesaran serai, baja NPK hijau pada kadar 5-10 g/rumpun diberi pada peringkat
serai berumur 1, 2, 3 dan 4 bulan.

Cara membaja ialah dengan menabur sedikit baja di sekeliling pokok. Setelah serai berumur 5 bulan, baja
NPK biru pula dibubuh. Tanaman serai tidak memerlukan banyak penjagaan. Jika terdapat pertumbuhan
rumpai, 'bush cutter' boleh digunakan bagi mengurangkan penggunaan racun kimia. Walau
bagaimanapun, rumpai bukanlah satu satu masalah besar dalam penanaman serai kerana daunnya yang
rimbun dapat menghalang pertumbuhan rumpai.

3. TEMPOH MATANG

Serai matang setelah berumur 8 bulan dengan purata pertumbuhan sebanyak 70-80 batang serai dalam
satu rumpun. Untuk mengutip hasil, rumpun serai digali menggunakan 'scoop'. Kemudian rumpun serai
dibersihkan dengan menggunakan parang atau kapak dan gunting 'secateurs'. Semasa kerja pembersihan
dilakukan, pengasingan serai dibuat untuk dijual dan dibuat benih.

4. Varieti Serai: (Serai Makan dan Serai Wangi)

4.1 Serai Makan

Nama Botani : Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.


Nama lain : Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand) Lemongrass (Inggeris)
Famili : Graminae

Serai makan ialah sejenis tanaman saka dari famili Graminanea. Terdapat 2 spesies serai makan yang
dikenali umum di peringkat antarabangsa sebagai 'lemongrass' iaitu Cymbopogon citratus dan
Cymbopogon flexus. Penanaman C. flexus lebih tertumpu di kawasan Malabar, di India. Spesis C. citrates
tersebar luas di kawasan beriklim tropika, cukup cahaya matahari dan hujan. Taburan hujan yang
seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik, walaupun tanaman ini agak tahan kepada
kemarau. Tanaman ini juga sesuai dikebanyakan jenis tanah kecuali tanah yang terlalu liat dan salirannya
tidak memuaskan. Tanah gembur dari jenis lom berpasir adalah terbaik.

4.2 Serai Wangi

Nama Botani : Cymbopogon nardus (L.) rendle


Nama lain : Sereh wangi (Indonesia), Citronella (Inggeris)
Famili : Graminae

5. CARA PEMBIAKAN:

5.1 Melalui anak pokok.

Serai ini dibiak dengan menggunakan anak berakar. Anak-anak serai perlu diambil daripada rumpun
yang telah tua, berumur 8 - 9 bulan. Di dalam sesuatu rumpun, hanya anak-anak yang cergas iaitu sihat
dan besar digunakan sebagai bahan tanaman. Daun-daun dipotong meninggalkan batang setinggi 15-20
cm bersama dengan akar.

5.2 Melalui serai yang dibeli di pas

Anda mungkin juga menyukai