Anda di halaman 1dari 2

Penternakan ikan kelah mampu

tarik minat anak muda ceburi


keusahawanan
ADVERTISEMENT

  2020-05-31T00:30:02+08:00

TERANGKAN: Che Abdullah (dua kiri) mendengar penerangan daripada pengusaha tapak
penternakan ikan kelah yang juga pengamal perubatan, Dr Ab Aziz Al Safi Ismail (kiri)
sewaktu melawat Tapak Penternakan Ikan Kelah di Chicha, Pasir Tumboh, Kota Bharu
semalam. — Gambar Bernama
KOTA BHARU: Penternakan ikan kelah dalam sangkar mampu menarik golongan muda
untuk menceburi bidang keusahawanan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri
Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
ADVERTISEMENT
Beliau berkata bidang ini mampu mengisi kelompongan golongan itu dalam subsektor
perikanan yang kini dilihat semakin berkurangan.
“Mungkin golongan muda masa kini tidak lagi tertarik menjadi nelayan namun
penternakan ikan kelah merupakan satu program yang cukup menarik kerana ia mampu
menjana keuntungan lumayan kepada pengusaha.
“Ia sekali gus dapat menambah produktiviti makanan khususnya dalam subsektor ini,”
katanya kepada pemberita selepas melawat Tapak Penternakan Ikan Kelah di Chicha, Pasir
Tumboh, di sini, semalam.
Che Abdullah berkata kerajaan akan sentiasa menyokong mana-mana aktiviti berkaitan
pertanian dan penternakan menerusi peruntukan yang disalurkan kepada kementeriannya
sepanjang masa.
ADVERTISEMENT

Sementara itu, pengusaha tapak penternakan ikan kelah tersebut yang juga pengamal
perubatan, Dr Ab Aziz Al Safi Ismail, berkata idea menternak ikan kelah tercetus selepas
hasil kajiannya mendapati ikan kelah mempunyai kolagen yang tinggi dan sesuai untuk
dijadikan tampalan kulit bagi pesakit kencing manis.
“Sebelum ini kulit ikan tilapia digunakan untuk tujuan tersebut namun tahap kolagennya
sedikit kurang berbanding ikan kelah, justeru saya merasa terpanggil untuk memelihara
ikan kelah ini untuk tujuan bioperubatan.
“Selain itu, sisiknya boleh diproses untuk dijadikan kolagen manakala isinya boleh
dijadikan pil untuk meningkatkan tenaga batin dan lebih kuat berbanding Viagra,” katanya.
Beliau berkata dari segi pasaran pula, permintaan terhadap ikan kelah mencecah kira-kira
enam tan sebulan dan setakat ini pengusaha ikan kelah tempatan hanya mampu
menghasilkan jumlah tersebut dalam tempoh setahun.
“Justeru, permintaan terhadap ikan kelah ini amatlah tinggi kerana pasarannya masih lagi
luas dan kurang diceburi oleh penternak lain.
“Harga ikan kelah di pasaran juga amat mahal iaitu kira-kira RM500 bagi satu kilogram dan
ikan kelah boleh dijual daripada benih sehingga tempoh matang 30 bulan,” katanya. —
Bernama
ADVERTISEMENT

Anda mungkin juga menyukai