Anda di halaman 1dari 20

1

MUQADDIMAH
Edisi 1 Buletin InIn-Touch 20 September 2013/ 14 Dzulqaedah 1434
Penaung: Unit Dakwah IMAM

. . Segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah Taalaa yang di mana dengan taufiqNya dan kemudian komitmen para penulis dan penyumbang, buletin In-Touch Touch berjaya diterbitkan, walhamdulillah. Pada keluaran ini, buletin bertemakan Ilmu, di mana kita harap para penuntut ilmu, khususnya yang masih menuntut menun di Universiti Islam Madinah dapat mengambil faedah dari tulisantulisan tulisan dan semoga ia menjadi pembakar semangat bagi mereka untuk terus berjuang dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Penulisan-penulisan penulisan yang disertakan mengetengahkan beberapa isu-isu u penting yang relevan bagi penuntut-penuntut penuntut ilmu zaman ini. Memandangkan menuntut ilmu merupakan di antara ibadah yang teragung, maka amatlah penting bagi para penuntut ilmu berada atas ilmu dan keyakinan perihal isu ini. Akhir kata, selaku penanggung-jawab awab redaksi buletin In-touch In merakamkan penghargaan yang amat tinggi bagi para penulis yang telah meluangkan masa dan juhud mereka untuk menghasilkan makalah dan tulisan bagi menjayakan buletin ini. Semoga Allah Taalaa menjadikan amalan ini pemberat timbangan amal-amal amal soleh mereka di akhirat kelak. Ameen. Wasollallahu alaa nabiyyinaa Muhammad waalaa aalihi wasohbihi wasallam walhamdulillahi robbil aalamiin. Terimalah untuk anda Buletin In-Touch Dari Haramain Menyapa Dunia. Penanggung Jawab, Zulzawaid Zulkifli dan Nabil Johari

Penyunting Isi Kandungan: Khairul Anwar Mohamed Aznan Nur Qamarul Mohamed

Ketua Dewan Redaksi: Muhammad Luthfi Mohammad Masruh

Angggota Dewan Redaksi: Zulzawaid Zulkifli Mohammad Nabil Johari Muhammad Hanif Mohamed Sahari Luqman Hakim Akbar Abdul Hadi Jamil Muhammad Isa Zaini

Daftar Isi: 1. Muqaddimah ...muka surat 2 2. Kalam Exco.. .. ....muka surat 3 3. Fokus Utama: Fadhihlat Menuntut Ilmu....muka .. surat 4 4. Fiqhul Waqi: Penuntut Ilmu dan Media Massa....muka .. surat 7 5. Seerah: Kembara Ilmu Ulama...muka ... surat 9 6. Muhasabah: Targheeb wa Tarheeb, Ilmu dan Amal. Amal ...... ....muka surat 11 7. Refrensi Buku: Hilyatu Tholibil Iilmi...muka .. surat 15 8. Diariku: Wadaaan.....muka .... surat 17

KALAM EXCO
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan T sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w , para sahabat dan keluarga baginda. Allah berfirman dalam Al-Quran Quran : Dan janganlah kamu berkata tentang apa yang kamu tidak mengerti. (Surah Al-isra , Ayat 36) Penulisan merupakan salah satu warisan Ulama untuk menyampaikan ilmu dari Nabi s.a.w. Sepertimana Nabi memerintahkan para sahabat untuk menulis wahyu yang diturunkan pada beliau. Tanpa penulisan, ilmu akan hilang sepertimana dicatatkan sejarah tatkala kerajaan Monggol membakar buku-buku Islam slam di zaman pemerintahannya. pe Alhamdulillah, pada kesempatan ini, ini dengan segala kelemahan elemahan dan rendah diri, Unit Dakwah IMAM berjaya erjaya menghasilkan buletin edisi kedua yang dijayakan oleh Ketua Lajnah : Akh Muhammad Luthfi Bin Muhammad Masruh dan rakan-rakan rakan seperjuangan. Buletin kali ini akan membahaskan tajuk-tajuk tajuk ilmiyyah yah dan menarik untuk mahasiswa dan setiap lapisan masyarakat . Antara kupasan yang akan dibahaskan dibahas adalah:
Fokus Utama: Pembaharuan Dalam Permulaan Fiqhul Waqi: Penuntut Ilmu lmu dan Media Massa Seerah: Kembara Ilmu Muhasabah: Targheeb wa Tarheeb, Ilmu dan Amal Refrensi Buku: Hilyatu Tholibil Iilmi Diariku: Wadaaan

Semoga kita dapat melatih dan menanam semangat s membaca dalam diri sendiri dan masyarakat. Moga Allah berkati usaha aha kita dalam menimba dan menyebarkan ilmu Allah dengan apa jua cara yang kita gunakan. Selamat membaca dan beramal. Wallahu Alam.

Exco Unit Dakwah,

Nur Qamarul Mohamed

FOKUS UTAMA: Fadhilat Menuntut Ilmu


Oleh: Ash-Shafie Shafie Abdullah Mohammad Redzuwan* enungkanlah saudaraku yang dikasihi, apabila Allah Mengisahkan tentang para tukang sihir Firaun yang melihat kebenaran mujizat Nabi Musa `alaihissalam lalu sujud beriman kepada Tuhan Harun dan Musa. Kemudiannya mereka diancam Firaun dengan azab yang pedih; iaitu dengan dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilang dan disalib pada batang-batang batang pohon tamar. Namun mereka tetap berpaling kepada Tuhan alam semesta dengan yakin, seraya berkata: Kami tidak sekali-kali kali akan mengutamakanmu daripada apa yang telah datang kepada kami dari mukjizat-mukjizat mukjizat yang terang nyata, dan (tidak akan mengutamakanmu utamakanmu daripada) Tuhan Yang telah Menjadikan enjadikan kita semua. Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak he hukumkan, kan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja. [Thaha : 73] Amatilah h wahai saudara, tatkala Allah Berfirman erfirman mengenai burung Hudhud (belatuk) ( yang tidak hadir di barisan tentera Nabi Sulaiman `alaihissalam, lalu Baginda bertekad untuk menyeksanya dan menyembelihnya jika ia tidak mendatangkan alasan an yang kukuh. Namun burung belatuk ketika menghadap ke bawah duli, ia berkata dengan sikap berani: Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba dengan membawa khabar berita rita yang diyakini kebenarannya. [an-Naml : 22] Apakah sebenarnya saudara, rahsia perubahan n yang mendadak yang berlaku pada ahli sihir yang beriman setelah sekian lama kufur dengan Allah? Apakah pula sebabnya burung yang kecil yang berkeyakinan kendiri

yang membuatnya bersemangat untuk menyampaikan kebenaran? Sheikh Abdullah Muhammad Al-Amin Al AsySyinqithi hafidzahullah menafsirkan: Ini tidak lain tidak k bukan kerana ilmu yang Allah Anugerahkan nugerahkan kepada mereka. Maka tatkala tukang sihir Firaun melihat tongkat Nabi Musa `alaihissalam menjadi ular yang menelan tongkat-tongkat tongkat dan tali-tali tali mereka, dengan ilmu mereka mengenai sihir, mereka menyedari bahawasanya ia bukanlah sekadar permainan silap mata sahaja. Begitu juga dengan burung belatuk, ketika mendapat maklumat yang belum diketahui Nabi Sulaiman `alaihissalam, ia berasa bangga dan yakin lalu tidak gentar untuk menyampaikan kebenaran. Ketahuilah saudara, semoga Allah Merahmatimu, bahawasanya menuntut ilmu merupakan suatu kerjaya yang amat mulia lagi lumayan. Selain dari hidayah dan keyakinan yang diperolehi, menuntut ilmu banyak keutamaan-keu keutamaan yang menguntungkan. Cukuplah dengan hadits Abu Darda radhiallahu `anhu yang menyenaraikan fadhilat menuntut ilmu. Rasulullah sallaallahu `alaihi wa sallam bersabda: Barangsiapa yang menempuh suatu jalan demi menuntut ilmu, nescaya Allah akan Memudahkan udahkan baginya jalan menuju ke syurga. Sesungguhnya para Malaikat benarbenar benar meletakkan sayap-sayapnya sayap kerana redha terhadap penuntut ilmu. Sesungguhnya orang `alim itu dimintakan keampunan oleh semua makhluk di langit dan di bumi, hinggakan ikan-ikan ikan yang ya ada di air. Keutamaan orang yang berilmu berbanding yang ahli ibadah adalah seperti keutamaan bulan purnama atas semua bintang-bintang. bintang Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi: tidaklah para nabi mewariskan dinar dan tidak pula dirham; melainkan mereka hanya

`alaihi wa sallam. Malah Baginda pernah mewariskan ilmu. Maka barangsiapa barang yang memperolehi ilmu telah meraih bahagian mewasiatkan kepada sahabat untuk mengajar yang berlimpah. [Diriwayatkan oleh Abu para penuntut ilmu yang datang ke Tanah Suci Daud, at-Tirmidzi, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan ini, dan untuk memuliakan mereka dan lain-lain]. memberikan mereka layanan yang Gelaran penuntut ilmu merupakan suatu sewajarnya. pangkat yang Allah Tabalkan ke atas Perhatikanlah saudara, bagaimana para hambanya yang dikehendakiNya. Mu`awiyah sahabat memuliakan para penuntut ilmu. Abu radhiallahu `anhu pernah meriwayatkan Said Al-Khudri radhiallahu `anhu jika bahawasanya Rasulullah sallaallahu `alaihi wa terserempak dengan penuntut ilmu yang baru sallam bersabda: datang ke Madinah akan menyambutnya Barangsiapa yang Allah Kehendaki untuk dengan ucapan: Selamat datang para wasiat meraih kebaikan, maka Allah akan Rasulullah sallaallahu `alaihi wa sallam, Memahamkan dia tentang agama. dahulu beliau mewasiatkan kepada kami agar (Muttafaqun `alaihi) memberikan layanan terhadap kalian. Malah Maka berbanggalah wahai ada pula di kalangan sahabat duta Islam, kerana kamu yang menghamparkan Dipilih Allah untuk kain ain selimpangnya ke Sheikh Muhammad Muhammad AlAl menyampaikan lantai sebagai Mukhtar Asy-Syinqithi Asy hafidzahullah agamanya! penghormatan kepada Sheikh Muhammad para tholibul ilm. pula menasihatkan: Penuntut ilmu Muhammad Al(Diriwayatkan at atbukan seperti orang biasa. Mereka Mukhtar Asy-Syinqithi Tirmidzi, Ibnu Majah lebih tinggi kedudukannya, lebih hafidzahullah pula dan lain-lain) lain menasihatkan: Ilmu yang dituntut agung martabatnya. lebih jauh dari pula bukanlah calangcalang Penuntut ilmu bukan segala keburukan dan lebih dekat seperti orang biasa. calang ilmu. Ia adalah kepada segala kebaikan. Merekalah ilmu yang melahirkan Mereka lebih tinggi kedudukannya, lebih rasa takut dan gentar harapan selepas Allah untuk agung martabatnya. terhadap Tuhan Yang mengislah segala kekurangan yang lebih jauh dari segala Men Mensyariatkan. Allah keburukan dan lebih subhaanahu wa ta`ala ada pada umat Islam. dekat kepada segala Memuji para ulamanya kebaikan. Merekalah dengan ketaqwaan harapan selepas Allah untuk mengislah mengisla segala mereka terhadapnya: kekurangan yang ada pada umat Islam. Sebenarnya yang menaruh bimbang dan Justeru kerana itu, hendaklah seorang takut (melanggar perintah) Allah dari penuntut ilmu itu menyempurnakan ilmunya, kalangan hamba-hambaNya hambaNya hanyalah orangorang amalannya, perbuatannya, perkataannya, orang yang berilmu. [Fathir : 28] keterampilannya rampilannya dan akhlaknya supaya dapat Dan Rasulullah sallaallahu `alaihi wa sallam menjadi suri teladan yang baik kepada pula mendoakan untuk mereka yang masyarakat. t. Sedarilah bahawasanya umat mempelajari dan menyampaikan sunnahnya mendahagakan dan mendambakan ilmu yang dengan bersabda: bermanfaat, yang dapat menyelamatkan Semoga Allah Mencerahkan encerahkan wajah seseorang dirinya dan keluarganya di dunia dan akhirat. yang mendengarkan hadits, lalu menghafal Pelajar Univerisiti Islam pula, diberikan dan menyampaikannya .... (Hadis riwayat kelebihan menuntut ilmu di kota Rasulullah Abu Daud, at-Tirmidzi Tirmidzi dan Ahmad dari Zaid sallaallahu `alaihi wa sallam, di mana Ibn Tsabit radhiallahu `anhu) bermulanya Islam berkembang. Madinah Sheikh Abdullah Kabir Asy Asy-Syinqithiy menjadi pusat pendidikan dan tarbiyah para hafidzahullah memberi dorongan doro dengan ilmuan sejak hijrahnya Baginda sallaallahu ungkapannya: Nilai kamu di sisi Allah sekadar

ilmu yang kamu tahu mengenai Rasulullah sallaallahu `alaihi wa sallam. Akhir sekali, dengan mengkaji dalil-dalil dalil mengenai keutamaan menuntut ilmu, kita dapat rumuskan bahawa tiada yang lebih penting dari tholabul ilm. Maka janganlah kita sia-siakan siakan peluang keemasan yang telah Allah Berikan kepada kita, dengan menyibukkan diri kita dengan perkara-perkara perkara yang mafdhul

(kurang utama) dari yang fadhil (lebih utama), apatah lagi dengan anasir-anasir anasir yang melalaikan diri kita ita dari mengingatiNya, supaya kita tidak digolongkan Allah jalla jalaaluh di kalangan mereka yang ditanya kelak: Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik?[al-Baqarah:62]

* Mahasiswa Universiti ersiti Islam Madinah, Fakulti Bahasa Arab Semester 7

Kenapa In-Touch??? Touch???


Buletin ini diambil dari dua Bahasa:

Bahasa Inggeris yakni In-Touch In Touch yang memiliki falsafah bermaksud saling berhubungan antara pelajar, tausiah, tazkirah serta dakwah bagi sesama pelajar Universiti Islam di Arab Saudi khususnya dan bagi masyarakat umumnya. Sedangkan dari Bahasa Arab ia diambil diambil dari kalimat

yang membawa erti sebuah produk,

yang dimaksudkan adalah ia lahir dari produk pelajar Universiti Islam di Arab Saudi sendiri.
Idea ini dikemukakan oleh Akh Muhammad Isa Zaini, salah seorang anggota Dewan Redaksi Buletin In-Touch. Touch.

FIQH WAQI:
Penuntut Ilmu & Media Massa

Oleh: Muhammad Ashraf Md Aris*

patut dibincangkan para penuntut ilmu syari, sebagai contoh, syubuhat yang menimbulkan fitnah antara ulama atau para penuntut ilmu syari yang semanhaj dan juga seperti perkara-perkara perkara yang memerlukan penjelasan ada masa kini, ramai di kalangan yang terlampau mendalam yang tidak patut penuntut ilmu syari memiliki alat-alat alat diketahui oleh orang awam (bukan ahli elektronik seperti komputer riba, agama). smartphone dan lain-lain lain lagi. Tapi berapa Tidak kurang juga yang menjadikan blog atau ramaikah yang benar-benar benar dapat facebook mereka sebagai tempat mereka memanfaatkannya? Ramai yang mempunyai me berfatwa seolah-olah olah mereka paling arif atau lelaman peribadi, facebook, whatsapp dan alim tanpa merujuk kepada ulama Arrasikhiin sebagainya sebagai wadah untuk berkongsi Arrabbaniyyin dan juga kitab-kitab kit turath ilmu, pendapat dan karya penulisan masingmasing para salafussoleh. Mereka menganggap diri masing. Tapi berapa banyakkah perkaraperkara mereka ahli ijtihad dan perkara yang dikongsikan merasakan diri mereka tersebut dapat Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda; mahir bermain dengan mendatangkan faedah? alat ijtihad seperti qiyas Kadang-kala, berlaku dan illah dalam Usul beberapa jenayah ilmiyyah Fiqh, qawaid q fiqhiyyah dalam hasil karya dan maqasid syariyyah penulisan yang sedangkan mereka tidak dikongsikan dan ada kekuatan kek dalam dibincangkan mereka yang bidang tersebut. tidak berlaku adil dan .() Tambahan pula, amanah semasa kebanyakan mereka melakukan perbahasan Maknanya: Barangsiapa yang lemah dalam bidang ilmiyyah. Contohnya, hadith apatah lagi dalam tadlis atau dikehandaki kebaikannya oleh beristidlal dengannya dan penyelewengan fakta atau Allah, Dia akan menjadikannya beristinbat. maklumat, di mana mengerti dalam urusan agama Ada juga yang sebahagian pengguna menjadikan sighor dari menaqalkan sebahagian (Hadith Riwayat Bukhari, Muslim kalangan ilmuwan maklumat dan Tirmidzi dan Ibnu Majah) sebagai kibaar mereka meninggalkan sebahagian lalu bertaklid kepada yang lain mengikut hawa mereka secara membutanafsu mereka, tidak tuli, seolah-olah olah mereka tidak melakukan menyertakan sumber dan rujukan, dan sebarang kesilapan. Sebahagian yang lain pula berbicara tentang sesuatu perkara tanpa ilmu. merujuk kepada para ulama untuk Ada juga sebahagian pengguna yang mendapatkan fatwa akan tetapi mereka membincangkan perkara-perka perkara yang tidak

....

" "

mencari jalan supaya dapat memaksa alim tersebut mengeluarkan fatwa sesuai dengan hawa nafsu mereka. Yang lebih mengaibkan sekiranya alat-alat alat media massa tersebut dijadikan tempat mengumpat, berpacaran atau berkelakuan dengan kelakuan-kelakuan kelakuan yang tidak sepatutnya oleh seorang eorang tolibul ilm assyariyy. Wahai teman seperjuanganku sekalian! Wahai W penuntut ilmu syariyy sekalian! sek Aku menasihatkan diriku dan kalian agar bertaqwalah kepada Allah Taalaa dalam segala perbuatan kita. Sesungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda ;

- : .( " )
Berhati-hatilah hatilah kalian dalam menyampaikan agama Allah Subhanahu wa taalaa dan menyebarkan sunnah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam. Sesungguhnya ini adalah suatu amanah yang sangat besar dan berat kerana sekiranya berlaku pembohongan, balasannya amatlah pedih. Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah tela bersabda ;

.(" " )
nungilah sabda Baginda sollallahu alaihi Renungilah wasallam;

" ") .(
Sibukkanlah dirimu dengan bersungguhbersungguh sungguh dalam menuntut ilmu kerana hanya dengan ilmulah kita dapat membezakan antara kebenaran dari segala kepalsuan. Ketahuilah, tiada jalan lain untuk mendapatkan ilmu kecuali dengan berpenatberpenat lelah dengan jiwa dan raga. Saya akhiri tulisan saya dengan sabdaan Baginda sollallahu alaihi wasallam ;

" ) " .(
Janganlah sekali-kali biarkan terkeluar ter dari lisanmu atau tulisanmu kecuali yang benar. Bukankah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda;

" .(" ) ...


Sabda Baginda juga;

" " ) .(
Segala yang baik dan benar datang data dari Allah subhanahu wa Taalaa dan segala yang buruk dan salah datang dari kesilapan dan kelemahan diri saya sendiri dan kejahatan hasutan syaitan.

"

* Mahasiswa Universiti Islam Madinah, Fakulti Syariah, Semester 7

SEERAH:
Kembara Ilmu Ulama
Oleh: Khairul Anwar Mohamed Aznan*

Berpergianlah dari Negara kalian dalam mencari kemuliaan, kemuli an, dan berkelanalah kerana ianya mempunyai lima kelebihan, menghilangkan kesusahan, menambah pendapatan, memperhalus budi pekerti, meningkatkan keilmuan dan meraih persahabatan orang-orang orang yang mulia Begitulah nasihat Al-Imam Asy-Syafii Syafii yang pastinya bergelumang dengan hikmah. Namanya tersohor di merata dunia, dikagumi kawan dan lawan. Beliau merupakan salah satu lambang keluasan ilmu Islam, pencetus pelbagai kaedah yang sehingga kini masih diguna-pakai pakai sebagai alat penyelongkar dataran syariat. Kemasyhuran beliau rahimahullah bukanlah sesuatu yang dinikmati sejak kecil, bahkan beliau yang dilahirkan di Gaza pada tahun 150 H dan berpindah ke Makkah setelah umur 2 tahun, melalui kehidupan an sebagai seorang anak yatim dalam keadaan kefakiran. Namun kesusahan hidup yang dilaluinya tidak menghambat anak cerdik ini dari menggapai kejayaan yang luar biasa didalam did menuntut ilmu. Imam Asy-Syafii fii menghafal al-Quran al Quran pada umur 7 tahun dan pada umur um 10 tahun beliau rahimahullah menghafal kitab Al-Muwatha Al karya Al-Imam Imam Malik rahimahullah. Hasil dari menghafal kitab Imam Malik inilah, beliau telah diterima sebagai pelajar Imam Malik yang amat dikagumi gurunya. Pada umurnya 15 tahun Al-Imam Muslim bin Khalid Az-Zanji, Zanji, Mufti Makkah pada ketika itu berkata kepadanya Berfatwalah wahai Abu Abdillah, demi Allah engkau telah layak berfatwa. Begitulah gambaran para ahli sejarah akan kecerdasan dan kesungguhan Imam Asy-Syafii Asy dalam menuntut ilmu sehingga beliau berjaya mencapai tahap keilmuan yang begitu tinggi pada umur yang begitu muda. Diriwayatkan pada suatu malam, Imam Ahmad telah menjemput Imam Asy-Syafii Asy Syafii untuk bermalam di rumahnya. Beliau disajikan makanan dan minuman oleh keluarga Imam Ahmad. Selesai makan dan minum, Imam Asy-Syafii Syafii dijemput untuk berehat di kamar tetamu. Pada malam tersebut, Imam Asy-Syafii Syafii sibuk mempelajari sebuah hadis yang sedang dikajinya, lewat malam barulah sang imam tidur dan hanya bangun setelah azan Subuh. Setelah kepulangan Imam Asy-Syafii Syafii ke rumahnya, Imam Ahmad memujinya dihadapan ahli keluarganya, namun keluarga Imam Ahmad bersikap agak sinis akan pujian Imam Ahmad terhadap gurunya, mereka berkata Wahai Abu Abdillah (Imam Ahmad), layakkah pujianmu bagi seseorang seseorang yang makan, minum, tidur dan tidak bangun malam (bagi mengerjakan solat sunat)? Maka Imam Ahmad menyampaikan hal itu kepada gurunya Imam Asy-SyafiI SyafiI yang kemudiannya menjawab Aku menghabiskan makan dan minum di rumahmu kerana

10

bagiku makanan dan minumanmu nmu adalah yang terbaik. Aku tidak bangun solat sunat kerana ilmu itu lebih baik dari solat malam, dan aku pada malam telah menghabiskan masa meniliti sebuah hadis. Demikian martabat ilmu di sisi Imam Asy-Syafii Asy rahimahullah yang mungkin berbeza dari anggapan masyarakat awam yang seringkali mendahulukan ibadat sebelum sebe ilmu. Kata-kata kata Imam Syafii ini bersesuaian dengan sabda baginda Rasululluah Rasul sallallaahualaihi wa sallam yang diriwayatkan di dalam Musnad Imam Ahmad:


Kelebihan seorang Alim diatas seorang Abid bezanya adalah seperti bulan di malam ianya mengambang diatas seluruh bintang-bintang bintang Antara nasihat Imam Asy-Syafii Syafii yang penting buat penuntut ilmu adalah syair beliau :

..... .....
Seluruh ilmu selain al-Quran Quran hanya menyibukkan dirimu, kecuali ilmu hadis dan ilmu-ilmu ilmu agama.. Ilmu itu adalah apa yang padanya kekata Haddatsana dan selain dari itu hanyalah waswas Syaitan Semoga kisah ringkas berkenaan Imam Asy-Syafii Asy Syafii dapat menghembus secebis semangat kedalam diri-diri diri kita untuk terus bersungguh-sungguh bersung dalam menuntut ilmu Al-Quran Quran dan Sunnah Baginda B sallallahualaihi wa sallam.

Rujukan:

* Mahasiswa Universiti Islam Madinah, Fakulti Dawah awah wa Usuluddin Semester 7

11

MUHASABAH: Targheeb b wa Tarheeb, Ilmu dan Amal


Oleh: Mohammad Nabil Johari* Al-Khateeb Al-Baghdaadi Baghdaadi Ahmad ibn Ali ibn Thaabit rahimahullah telah berkata: Sesungguhnya aku mewasiatkan kepada kamu wahai penuntut ilmu, supaya mengikhlaskan niat dalam menututnya (ilmu), dan berusaha dengan dirimu dalam mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya, maka sesungguhnya ilmu itu ibarat sebatang pohon, dan amal itu ibarat buahnya, dan tidaklah seseorang itu dikira seorang alim/orang /orang yang ya berilmu selagimana ia tidak beramal dengan ilmunya.(1) Kehidupan ini amatlah singkat. Dan insan itu akan sentiasa di dalam alam kerugian jika mereka tidak tentu akan tujuan mereka di dunia ini. Di dalam apa jua yang mereka lalui, hadapi, dan lakukan, tujuan tersebut harus direalisasikan. Tujuan yang merupakan rupakan tujuan yang utama adalah beribadah kepada Allah subhaanahuwataala. Allah azza wa jalla telah berfirman: mendahulukan ilmu atas amal. Firman Allah Taalaa:

) (
Oleh Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah [Surah Muhammad: 19] Dan segala puji hanya bagi Allah, apabila Dia telah mengurniakan nikmat ilmu itu kepada hambaNya, atas sifat RahmahNya, Rahmah yang Maha Mengasihani engasihani terhadap mereka, kerana dengan deng ilmu yang ng sedikit itu manusia mendapat cahaya petunjuk di dalam kehidupan mereka kepada jalan yang lurus. Allah azza wa jalla berfirman:

( ...)
dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja. [Surah AlIsraa: 85] Oleh kerana itu, ia menjadi tanggungjawab dan tujuan seseorang hamba itu untuk beramal dengan ilmu yang telah diberikan kepadanya. Dan ketahuilah bahawa perkara ini semuanya telah Allah kumpulkan di dalam satu surah yang amat agung:

()
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [Surah Adzzaariyat: 56] Maka bagi insan untuk beribadah, mereka sangat perlu kepada ilmu, ilmu yang telah Allah turunkan sebagai panduan kepada sekelian alam, iaitu ilmu.. yang terkandung di dalam alQuraan dan AsSunnah yang suci lagi mulia. Oleh itu, tu, dalam alQuraan, Allah telah

. .) (
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-

12

pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Alasr: 1-3] 3]

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. [Surah AdhDhuha: 11]

Renungkanlah... Oleh yang demikian juga, Allah subhanahu Tatkala Allah subhanahu wataala menyuruh wataala memuji, mengangkat dan menjanjikan para malaikat sujud kepada Nabi Adam ganjaran yang tinggi bagi mereka yang alaihissalaam, Allah subhanahu wa taala telah memeliharanya. Dan pemeliharaan ilmu itu memberi kemuliaan bagi makhlukNya yang tidak datang kecuali dengan beramal bernama insan. Malah bukan itu sahaja, Allah dengannya. Allah subhaanahu wa taala juga telah berfirman: memuliakan manusia Firman Allah subhanahu wa taala: dengan ) mendahulukan bapa segala manusia, ( dalam mengajarkannya ilmu Dan (sebaliknya) sebelum para orang-orang yang Maknanya: Adapun nikmat Tuhanmu, maka malaikat apabila menerima petunjuk hendaklah engkau sebut-sebutkan sebut (dan Allah yang Maha (ke jalan yang zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. Mengetahui benar), Allah [Surah AdhDhuha: 11] berfirman: menambahkan mereka dengan ) hidayah petunjuk [Surah Muhammad:17]

" "

(
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat [Surah AlBaqarah: 31] Lihatlah bagaimana manusia dimuliakan dengan ilmu. Nikmat ilmu merupakan nikmat yang sangat agung. Akan tetapi tidak mungkin seseorang hamba itu mampu membalas apa yang telah elah diberi oleh Tuhannya yang Maha Mencukupi. encukupi. Maka apabila seseorang itu dikurniakan dengan ilmu, dia harus memanfaatkannya dengan mengamalkan ilmu tersebut. Dengan ini, barulah nyata kesyukuran seseorang hamba terhadap nikmat yang telah diberi. Allah subhanahu wa taala telah berfirman:

Allah subhanahu wa taala memberitahu bahawa di antara sebab kekalnya ilmu itu adalah apabila ilmu itu diterima dengan sepenuhnya. Dan mereka yang dimaksudkan di sini adalah orang orang yang beramal dengan ilmu yang ada di tangan mereka, kerana mereka terima apa yang g disuruh oleh Allah dengan sepenuh hati ti mereka. Maka selagimana insan itu beramal dengan ilmunya, Allah akan menambah baginya pemeliharaan dan pemahaman ilmunya.(2) Dan ketahuilah, bahawa Allah telah menjanjikan men darjat t yang sangat tinggi bagi orang-orang orang ini, tatkala Allah berfirman:

) (
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di

()

13

syurga) bersama-sama orang-orang orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada ke mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang orang Siddiqiin, dan orang-orang orang yang Syahid, serta orang-orang orang yang soleh [Surah AnNisaa: 69] Al Hafiz Ibn Kathir telah berkata dalam menafsirkan ayat ini: Iaitu sesiapa yang beramal dengan apa yang Allah telah menyuruhnya, dan menjauhi apa yang dilarangNya dan rasulNya maka sesungguhnya Allah akan menempatkannya di tempat yang nggi di sisiNya.(3) *** Namun, sesiapa yang tidak beramal dengan ilmunya maka ilmu itu tidak membawa apa jua manfaat baginya. Semoga Allah menyelamatkan diriku dan kamu semua wahai para penuntut pen ilmu sekalian daripadanya. Malah, Rasulullah sendiri telah memohon perlindungan daripada ilmu yang tidak bermanfaat. Mereka yang menuntut ilmu tanpa tujuan untuk beramal dengannya maka mereka seperti se orang-orang yahudi, udi, dan ilmu mereka hanya membawa kebinasaan inasaan dan kerosakan bagi diri dan kaum mereka sendiri. Dan Allah subhanahu wa taala telah memberi perumpamaan yang sangat nyata apabila Dia telah berfirman:

) (...
Bandingan orang-orang orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah samal seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab Kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat ayat keterangan Allah [Surah AlJumuah:5] Imam Ibn Al Qayyim telah berkata:

Allah subhanahu wa taala telah tujukan bagi sesiapa yang memikul kitabNya kitab agar beriman dengannya, bertadabbur, beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya dan memanggil manusia kepadanya, kemudian mereka (orang orang yahudi) bertentangan dengan matlamat sebenar. Dan mereka tidak membawanya kecuali atas luaran hati mereka. Maka pembacaannya tanpa tadabbur, tanpa pemahaman, dan tanpa mengikutinya, menghukum dan ber beramal dengan kandungannya- seperti keldai yang membawa di belakangnya buku-buku(wahyu), buku(wahyu), tetapi tidak mengetahui apa di dalamnya, dan bahagian yang dia mendapati darinya hanyalah dengan memikul kitab tersebut sahaja. Maka contoh ini, walaupun telah didatangkan di kepada kaum yahudi, akan tetapi dari segi maknanya, ia meliputi sesiapa sahaja yang membawa AlQuran dan tidak beramal dengannya, tidak menunaikan haknya, dan tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang sebenar.(4) Oleh kerana itu Al-Imam mam Sufyaan Sufyaa ibn Uyaynah seorang taabiut taabeen yang masyhur telah berkata: Bukanlah orang yang berakal itu yang mengetahui kebaikan dan keburukan, akan tetapi orang yang berakal itu adalah mereka yang apabila melihat kebaikan mereka mengikutinya dan apabila mereka mere melihat keburukan (maksiat) mereka menjauhinya(5) Semoga Allah subhanahu wataala memberi kami semua ketetapan dalam menuntut ilmu dengan tujuan untuk mengamalkannya mengamalk dan memudahkan bagi hamba-hambanya hamba untuk istiqamah dalam amalan mereka. Kerana apabila semuanya berakhir nanti, seseorang hamba itu akan ditanyakan tentang 4 perkara dan diantaranya; Adakah dia telah beramal dengan ilmunya?...(6) Sesungguhnya ArRasul Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda:

14

" : ".
Tidak berganjak kedua tapak kaki seorang hamba a itu pada hari kiamat hingga dia ditanya tentang empat (perkara): tentang umurnya, untuk apa dihabiskan, tentang ilmunya, apa yang sudah diamalkan, tentang hartanya, dari mana dia mendapatkannya, dan pada perkara

apa dia membelanjakannya, dan tentang badannya pada perkara apa dia menggunakannya. [Diriwayatkan Attirmidzi dan disahihkan AlAlbani] A yang telah Dan segala puji hanya bagi Allah mempermudahkan penulis dalam perkongsian ini, semoga Allah menerimanya dan menjadikannya peringatan bagi dirinya, dan sesuatu yang bermanfaat bagi para penuntut ilmu dan sekalian lian pembaca. Ameen.

Rujukan: (1) (2) (3) (4) (5) (6) Iqtidha al ilm al amal, karangan AlImam AlKhatib AlBaghdadi Fadhlul Ilm, karangan Assyeikh Muhammad Ibn Solih AlUthaimeen Tafsirul Quraanil Adziim, karangan AlImam Ibn Kathir Ilaam al Muwaqqieen, qieen, karangan AlImam Ibn Qayyim AlJauziyyah Hilyatul Auliya wa Thobaqatil Asfiya, karangan Abu Nuaim 8/339 Shahih Attirmidzi, AlAlbani mensahihkannya.

* Mahasiswa Universiti Islam Madinah, Fakulti Hadith Semester 1

Sukacitanya Dewan Redaksi Buletin In-Touch Touch mengucapkan tahniah kepada Akh Muhammad Aslam bin Akbar Ali atas kejayaannya meneruskan pengajiannya di peringkat master jurusan Aqidah di Fakulti Dakwah dan Ushuluddin Universiti Islam Madinah pada tahun ini.

15

REFRENSI BUKU: Hilyatu Tholibil Ilmi


Oleh: Mahfuz AlHafiz Abdul Rahman*

lmu adalah pohon dan siramannya adalah adab. Mana mungkin sebatang pohon yang layu dapat memberi manfaat kepada manusia akibat tidak disiram. Begitu juga ilmu yang tidak disirami (disatukan dengan) adab tidak memberi manfaat pada sesiapa pun. Di antara perkara wajib yang perlu diketahui diketahui oleh seorang pelajar adalah Ilmu dan Adab A merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Di dalam sepotong hadith yang diriwayatkat oleh Abdullah bin Amru bin al-Ass al Ass radiallahu anhuma berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu sekaligus dari (dada) manusia, manusia, tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama, maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain. (Hadith riwayat Imam Muslim)

16

Pasti ramai yang akan tertanya bagaimana kita disifatkan sebagai ketandusan ilmu sedangkan alat perkongsian maklumat semakin canggih, institusi-intitusi institusi pengajian engajian (dalam apa juga peringkat dan bidang) terdapat di merata tempat dan juga bilangan pelajar semakin bertambah di merata dunia? Mungkin ramai yang keliru dan tidak dapat membezakan diantara "maklumat" dan "ilmu". Apa yang kita lihat banyak pada hari ini adalah maklumat dan bukan ilmu. Alat komputer boleh menyerap dan menyimpan maklumat yang banyak sekali, internet yang canggih menyebarkan maklumat sepantas dan sejauh mungkin, alat gadget yang canggih membolehkan kita membawa maklumat ke mana sahaja. Begitu juga seorang pelajar yang bijak menghafal dan menjawab soalan tetapi tidak berhias dengan adab dan akhlaq, bukan seorang yang menatang ilmu tetapi dia hanyalah seorang yang membawa maklumat umat seperti alat-alat alat alat canggih tadi. Seorang pendebat atau pemidato yang petah mematahkan hujjah-hujjah hujjah orang lain tetapi dia tidak ikhlas mencari kebenaran dari Allah s.w.t dan sebaliknya bermegah-megah megah dihadapan manusia dengan kejayaan itu, maka tidak lain la dia hanyalah seorang penghembus maklumat dan sama sekali bukan seorang penuntut ilmu yang sejati. Penuntut ilmu yang sejati adalah para alim ulama yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam ungkapan hadith tadi. Mereka adalah yang menggabungkan Ilmu dan Adab yang mulia. Maka itu penulis buku "Hilyatu Tholib-ilm" Tholib ilm" Syeikh Bakr ibn Abdillah Abu Zayd ingin mengajak pembaca-pembaca pembaca khususnya dari kalangan penuntut ilmu untuk berpegang teguh pada adab-adab adab menuntut ilmu. Beliau menyusun dengan rapi adab-adab adab b tersebut supaya ia dapat menjadi hiasan bagi seorang penuntut untuk meraih manfaat dari apa yang sudah dan akan dipelajari. Begitu juga kita dapat lihat bertapa penting isi kandungan buku ini sehingga ia dikupas dan disyarah oleh salah seorang alim ulama a yang tidak asing lagi iaitu Syeikh Muhammad ibn Saalih Al-Uthaimin Al rahimahullah. Saya mengajak pembaca untuk menyelam isi kandungan buku ini dan lebih baik lagi jika dapat mencari seorang guru yang berpengalaman untuk mengajar dan sama-sama sama sama membaca kitab ini yang penting bagi seorang penuntut ilmu agar kita semua dapat memperoleh manfaat inshAllah.

.
* Mahasiswa Universiti Islam Madinah, Fakulti Syariah Semester 7

Bagi anda yang berminat untuk mencetak naskah lebih untuk dibahagikan kepada kawan-kawan kawan kawan atau untuk kegunaan naan sendiri, sila hubungi Unit nit Dakwah IMAM IM atau Dewan Redaksi Buletin In-Touch In Touch dengan segera.

17

WADAAAN: Pengalaman Menuntut Ilmu di UIM


Oleh: Zainal Abidin Abdul Aziz* Bismillaahirrahmaanirrahim. Ini adalah salah satu daripada tulisan yang paling sukar untuk saya tulis kerana saya bukan mereka cerita seperti dalam karangan naratif ataupun menghabiskan karangan General Paper sewaktu zaman pra-universiti. universiti. Namun ini adalah meletakkan pengalaman lima tahun yang penuh dengan tertawa dan airmata sepanjang menjadi seorang mahasiswa di sebuah universiti Islam, ke dalam beberapa helaian kertas. Sejujurnya, saya tidak pasti bagaimana hendak memulakan, memulakan, mungkin kerana pada mulanya perjalanan saya tidaklah begitu indah. Sebelum pergi ke Madinah, saya menduduki peperiksaan GCE peringkat eringkat A dan tidak memperoleh keputusan yang diharapkan, oleh itu setibanya di Madinah, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan walaupun mempelajari Bahasa Arab setinggi mungkin adalah impian saya dari dahulu. Walaubagaimanapun, setelah beberapa bulan di bumi Rasulullah s.a.w dan menyesuaikan diri dengan cara hidup yang baru, kaedah pembelajaran an yang berbeza, dan juga menggunakan Bahasa Arab di mana sahaja saya pergi, saya sedar bahawa saya perlu meninggalkan masa silam saya dan memulakan hidup yang baru. Dengan itu, saya mula menghabiskan ghabiskan masa yang banyak dengan menelaah buku-buku buku buku nahu Bahasa Arab yang dihasilkan oleh penulis-penulis yang berbeza. Setelah setahun berada di dalam Pusat Pembelajaran Bahasa Arab, saya diterima masuk ke dalam Fakulti Bahasa Arab di peringkat universiti. universiti. Saya begitu bersemangat dan beberapa minggu pertama di dalamnya adalah nikmat yang tidak terkira. Saya banyak menghabiskan masa membaca pelbagai buku dalam Bahasa Arab, sama ada kesusasteraan, morfologi (saraf) mahupun sintaks (nahu). Saya juga mengadakan an perbincangan bagi beberapa konsep di dalam Bahasa Arab dan bagaimana ia saling berkait dengan kitab suci Al-Quran. Al Quran. Kemudian, satu perkara yang tidak dijangkakan dij berlaku dan saya mula tertanya. Tujuan saya menjadi tidak nyata. Tahap ilmu yang saya pelajari pelajari tidak boleh diterapkan ketika saya pulang nanti. Pertama sekali, tidak ada seorangpun yang bertutur dalam Bahasa Arab di tanah air dan sejujurnya, saya merasakan rasakan tiada sesiapa yang dapat benar-benar benar benar menghargai apa yang sedang saya lakukan. Dan jika saya mahu mengajar Bahasa Arab, sijil pra-universiti pra universiti sudah memadai tetapi saya tetap meneruskan perjuangan kerana saya tahu bahawa saya tiada pilihan memandangkan keputusan peperiksaan peringkat A saya tidak begitu baik. Saya mula tidak rasa seronok menghadiri menghad kuliah dan ia menjejas markah saya. Yang lebih memburukkan keadaan ialah, menjadi mahasiswa yang major bahagian bahasa ahasa bukanlah satu kebanggaan berbanding dengan n kursus-kursus kursus major yang lain. Kadang-kala, orang sekeliling akan memandang rendah. Mungkin kerana kerana mereka melihat bahawa major dalam bidang bahasa tidak

18

mengambil berat tentang Shariah ataupun hadith ataupun barangkali Bahasa Arab tidak memberi kepentingan kepada Islam secara menyeluruh. Jadi secara fitrahnya, apabila anda seringkali mendengar perkara-perkara perkara sebegini, anda mula kurang yakin dengan diri sendiri. Dengan itu, bermulalah perjalanan di mana saya merenung kembali dan muhasabah diri dan benarbenar benar membetulkan niat, bukan sahaja di dalam menuntut ilmu, malah peranan saya di muka bumi. Antara ntara perkara yang saya lakukan untuk berubah ialah doa seikhlasnya memohon petunjuk dan bimbingan. Selain itu, perbualan dengan ayah saya benar-benar benar benar membantu. Ada kalanya saya merasa seolah-olah olah mahu berputus asa, namun mengingatkan harapan dan impian mereka, me saya teruskan eruskan perjuangan. Pada saat demikian, saya sedar bahawa belajar bukan sahaja mengenai pembacaan dan melakukan kajian, tetapi ianya juga sebuah perkongsian. Dengan itu, saya mula mengajar walaupun dalam lingkungan yang kecil. Alhamdulillah, secara cara perlahan tetapi yakin, matlamat dan niat saya menjadi nyata. Saya mula berasa seronok kembali menghadiri kuliah, saya percaya pada apa yang saya pelajari. Malah saya menjadikannya misi untuk memperbetulkan salah tanggapan mengenai Bahasa Arab dari sudut sud kaitannya dengan Islam dan Al-Quran. Quran. Mudah-mudahan mudahan warkah ringkas ini menjadi manfaat sedikit sebanyak bagi setiap pelajar di dalam perjalanan mereka mencari ilmu. Semoga Allah merahmati kita semua dan memberikan nikmat yang sebaik-baiknya.

* Alumni Universiti niversiti Islam Madinah, Madinah Kuliah Bahasa Arab 1434 H/ 2013 M

Segenap Dewan Redaksi Buletin In-Touch In Touch mengucapkan tahniah kepada Akh Zainal Abidin bin Abdul Aziz atas kejayaannya menamatkan pengajiannya di Universiti Islam Madinah pada tahun ini. Semoga Allah melimpahinya dengan hidayah serta inayah-Nya Nya dan diberkahi dengan ilmu yang bermanfaat dalam meneruskan dakwahnya di tanah air Singapura.

19

NOTA: _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________

20

www.imamweb.webs.com

Diterbitkan oleh: Unit Dakwah Ittihad Mahasiswa Singapura Al-Mamlakah Al Al-Arabia As-Saudia Saudia (IMAM)

Dengan Kerjasama: Dewan Redaksi Buletin In-Touch

Anda mungkin juga menyukai