Anda di halaman 1dari 11

1.

PENGENALAN Islam, Barat, China, India, Jepun, dan Malaysia mempunyai ciri-ciri kesenian yang berbeza-beza mengikut kesenian budaya masing-masing. Ciri-ciri dan konsep kesenian tersebut dapat dilihat melalui karya-karya seni sama ada dalam bentuk dua dimensi(2-D) atau tiga dimensi(3-D).

Hasil-hasil karya seni yang berbentuk tiga dimensi dapat ditakrifkan sebagai satu hasil karya yang mempunyai panjang dan lebar atau ketebalan. Bentuknya bersifat padu dan memerlukan ruang. Terdapat lima bentuk tiga dimensi yang asas pada alam sekitar, iaitu sfera, kiub, silinder, kon dan pyramid.

Catan ialah hasilan seni yang dihasilkan di atas pelbagai permukaan (biasanya dalam bentuk dua dimensi( 2-D) dengan menggunakan media basah. Penggunaan warna dan berus ditekankan untuk menghasilkan karya seni ini. Catan membolehkan seorang artis meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual yang diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak.

Terdapat pelbagai perbezaan antara catan yang dihasilkan oleh budaya Barat,China, Jepun, India, Melayu dan Islam. Perbezaan ini dapat dilihat melalui apresiasi dan kritikan seni. Apresiasi boleh didefinasikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subjek matter serta gaya dan stail tertentu mereka. Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu.

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa, sentuh dan deria pandang. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni diperlukan.

2.0

KARYA

SENI ISLAM Construction of the fort at Kharnaq, Al-Hira, painting by Behzad 1494-1495.

SENI BARAT The Dance Class (La Classe de Danse),18731876, oil on canvas, by Edgar Degas

3.0

APRESIASI DAN KRITIKAN KARYA 3.1 MENGGAMBAR (DESCRIPTION) 3.1.1 Garisan Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Terdapat pelbagai jenis garisan yang sering diaplikasikan dalam karya. Contohnya garisan linear, berserabut, selari, kontur, berbulu dan banyak lagi. Berdasarkan karya yang saya pilih iaitu The Dance Class dan Construction of the fort at Kharnaq, Al-Hira banyak garisan linear yang digunakan. Walau bagaimanapun, The Dance Class yang dihasilkan oleh Edgar Degas banyak menggunakan garisan untuk menghasilkan ruang berbanding karya Kamal al-din Bihzad, Construction of the fort at Kharnaq, Al-Hira yang menggunakan garisan untuk menunjukkan bentuk. Garisan dalam kedua-dua karya di atas juga berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan outline.

3.1.2 Ruang Ruang merupakan salah satu kawasan kosong tanpa halangan. Ruang diberi bentuk oleh benda dan permukaan, namun ruang tetap wujud walaupun tanpa benda. Terdapat dua jenis ruang iaitu ruang ilusi dan ruang konkrit. Dalam catan The Dance Class ruang ditonjolkan melalui rupa figura yang berlainan saiz. Figura manusia yang berada di hadapan lebih besar berbanding figura yang dibelakang. Selain itu penggunaan warna juga dapat menonjolkan ruang. Dalam catan Edgar Degas ini, permukaan lantai pentas tersebut kesan ruang ditonjolkan dengan menggunakan warna yang semakin cerah untuk menimbulkan perbezaan ruang di antara

hadapan, belakang dan tengah. Perbezaan ini jelas ketara dengan catan Islam yang hanya menekankan bentuk. Tidak terdapat

perbezaan antara objek di hadapan dengan di belakang. Keseluruhan catan tersebut kelihatan sama dari segi saiz figuranya.

3.1.3 Rupa Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik.Rupa merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya. Dalam catan Construction of the fort at Kharnaq, Al-Hira, keseluruhan catan tersebut menggunakan rupa geometri. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa geometri ini banyak terdapat pada bangunan yang dilukis dalam catan tersebut. Dalam catan The Dance Class rupa yang dihasilkan lebih kepada rupa organik. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Hal inilah yang menyebabkan catan yang dihasilkan oleh Edgar Degas nampak seolah-olah hidup kerana tidak terikat dengan rupa yang khusus.

3.1.3 Prinsip rekaan Prinsip rekaan dalam kedua-dua karya ini ditegaskan daripada aspek garisan, rupa, warna, dan ruang yang dapat difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhati. Selain itu, dalam kedua-dua karya di atas juga dimanfaatkan juga figura manusia sebagai imbangan.

3.2

MENGANALISA (ANALYSE) 3.2.1 Subjek Kedua-dua catan di atas mempunyai cerita tersendiri disebaliknya. Namun terdapat persamaan antara kedua-dua karya tersebut iaitu figuranya dijadikan sebagai subjek matter. Terdapat banyak figura yang dilukis dalam kedua-dua catan di atas namun dari aspek kesemulajadiannya catan barat hasil karya Edgar Degas lebih menampakkan ciri-ciri realistik berbanding catan dalam seni Islam.

3.2.2 Unsur-unsur seni Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik.Rupa merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya. Dalam Construction of the fort at Kharnaq, Al-Hira , keseluruhan catan tersebut menggunakan rupa geometri. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa geometri ini banyak terdapat pada bangunan yang dilukis dalam catan tersebut. Dalam catan The Dance Class rupa yang dihasilkan lebih kepada rupa organik. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Hal inilah yang menyebabkan catan yang dihasilkan oleh Edgar Degas nampak seolah-olah hidup kerana tidak terikat dengan rupa yang khusus. Hal ini kerana, dalam konteks seni Islam, seseorang pelukis itu perlu menjauhkan penggunaan lambang atau simbol perantaraan antara manusia dengan tuhan dan menghalang terjemahan sifat wujudnya Allah. Disebabkan oleh itu dalam catan yang dihasilkan oleh Kamal al-din Bihzad, didapati figura yang

dilukis kelihatan seperti kartun dan lebih kepada bentuk-bentuk

geometri. Catan tersebut juga menampakkan ciri-ciri manusia yang kurang sempurna dari segi sifat fizikalnya. Hal ini berbeza dengan catan barat yang menekankan kepada rupa yang realistik seperti apa yang dilihat. Selain itu, objek dan figura juga digunakan untuk mewujudkan pergerakan. Ini dapat dilihat pada kedua-dua catan di atas dilukis dengan aksi yang berbeza-beza. Selain daripada rupa, bentuk juga ditekankan dalam kedua-dua karya tersebut. Bentuk terhasil melalui proses lanjutan rupa. Bentuk boleh dikategorikan kepada dua iaitu bentuk konkrit dan ilusi. Bentu ilusi ialah bentuk objek yang dihasilkan melalui gambaran dalam lukisan, catan, cetakan, atau di atas permukaan yang rata. Ton warna digunakan dalam catan The Dance Class oleh Edgar Degar bagi

menghasilkan lukisan berbentuk ilusi yang bersifat realisti dan natural. Ton disini timbul apabila adanya cahaya. Catan The dance Class merupakan salah satu contoh karya aliran Impressionisme yang menumpukan kepada konsep cahaya dan kesannya terhadap objek yang dilihat. Pelukis-pelukis aliran ini cuba mengambarkan kesan pembalikkan cahaya itu seperti apa yang dilihat tanpa mencampurkan warna terlebih dahulu di dalam pallete. Sebaliknya warna-warna yang bertindih antara satu ama lain di atas kanvas.

3.2.3 Prinsip rekaan Pergerakan wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan sebagainya. Pergerakan bertujuan untuk memberi nyawa, rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi. Dalam perbandingan karya di atas catan oleh Edgar Degas menampakkan pergerakan menari paling ketara pada watak figura yang dilukis berbanding karya seni Islam oleh Kamal al-din Bihzad. Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentu. Tujuan menghasilkan

kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej. Catan yang dihasilkan oleh Edgar Degas menampakkan unsur harmoni dengan jelas apabila terdapat pengulangan figura manusia yang sedang menari. Susunan figuranya yang menarik serta penggunaan perspektifnya yang jelas menampakkan lagi unsur harmoni dalam catan ini berbanding catan yang dihasilkan oleh Kamal al-din Bihzad, yang kurang harmoni dari segi penyusunan figuranya disebabkan oleh konsep Islam itu sendiri yang melarang peniruan secara realistik. Aspek penegasan pula ditonjolkan dengan memanfaatkan penggunaan aspek garisan, rupa, warna dan ruang dalam kedua-dua karya di atas.

3.2.4 Kualiti Ekspresif Mood yang ditonjolkan dalam catan Construction of the fort at Kharnaq, Al-Hira ialah semangat tolong-menolong. Dalam karya tersebut berlaku semangat tolong-menolong dalam membaiki kubu manakala dalam catan The Dance Class pula ialah semangat saling bekerjasama dalam membuat persembahan supaya

kelihatan serentak dan sama dari segi pergerakan. Kedua-dua karya ini menunjukkan suasana yang harmoni dan gembira.

3.2.5 Bahan/ Teknik/ Kaedah Catan The Dance Class menggunakan cat minyak dengan memberi fokus kepada pengcahayaan.

3.3

TAFSIRAN Kedua-dua pelukis catan ini cuba memberi makna atau mesej melalui unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan yang ditonjolkan. Dalam catan barat hasil karya Edgar Degas beliau cuba menyampaikan suasana kelas menari ballet yang dikendalikan oleh seorang penari terkenal yang memang mahir dalam bidang ballet iaitu Jules Perrot. Dalam catan ini, salah satu daripada figura yang difokuskan sedang mempersembahkan tariannya, manakala yang lain hanya mengelilinginya sambil memerhati dan menunggu giliran untuk membuat persembahan. Figura perempuan yang disebelah kanan merupakan ibu kepada penari-penari tersebut yang sedang memerhati anak-anak mereka membuat latihan. Catan yang dilukis oleh Edgar Degas ini, merupakan catan yang kompleks. Figura yang dilukis menampakkan ciri-ciri catan yang lebih kepada realistic walaupun catan ini merupakan catan aliran

Impressionisme. Pergerakan tarian yang dilukis dengan menampakkan pergerakan kain seolah-olah hidup. Mary Cassatt, merupakan kawan baik kepada Edgar Degas, membandingkan karya Degas ini dengan pelukis abad ke-17. Didapati karya Edgar Degas ini, lebih merujuk kepada artis yang sememangnya mahir dalam menunjukkan bentuk, tekstura dan pengcahayaan yang baik. Dalam catan yang dilukis oleh Kamal al-din Bihzad, beliau menggambarkan kehidupan orang di al-Hira yang sedang membaki kubu. Semangat kerjasama dan saling tolong menolong ditonjolkan dalam catan tersebut dengan melukis figura orang sedang membaiki kubu tersebut. Dalam catan ini beliau lebih menekankan aspek bentuk berbanding pengcahayaan dan imbangan. Karya beliau tidak menampakkan unsur realistik seperti catan yang dihasilkan oleh Edgar Degas. Jika dilihat, bangunan yang dilukis kelihatan sama dari semua sudut pandangan kerana beliau tidak terdapat unsur perspektif dalam catan ini.

3.4

PENILAIAN Catan ini merupakan catan aliran Impressionisme. Terdapat beberapa pendapat yang cuba dijelaskan dalam aliran ini. Pertama, Impressionisme adalah satu gaya penampilan seni tampak yang berasaskan teori pembalikkan cahaya terhadap objek. Sir Isaac Newton menjelaskan bahawa apa yang kita lihat adalah cuma kesan pembalikkan cahaya terhadap warna objek. Menurutnya, suatu pancaran cahaya mengandungi pelbagai warna prisma tetapi ada warna yang dibalikkan dan ada yang tidak, bergantung kepada ssuatu permukaan. Kedua, Impressionisme merupakan suatu aliran seni yang menumpukan kepada konsep cahaya dan kesannya terhadap objek yang dilihat. Pelukis-pelukis aliran ini cuba mengambarkan kesan pembalikkan cahaya itu seperti apa yang dilihat tanpa mencampurkan warna terlebih dahulu di dalam pallete. Sebaliknya warna-warna yang bertindih antara satu Sama lain di atas kanvas. Oleh sebab itu jika diperhatikan karya yang dihasilkan oleh Edgar Degas banyak menggunakan kesan cahaya. Dari segi penggunaan warna, beliau banyak menggunakan warna natural iaitu hitam dan putih. Dalam menghasilkan catan dalam seni Islam terdapat beberapa konsep yang perlu dipatuhi antaranya ialah tiada yang kekal melainkan Allah sebagai Maha Pencipta, ciptaan manusia bersifat sementara dan ciptaan berbentuk kebendaan adalah bersifat sementara dan tidak kekal. Menurut pandangan Drs Sidi Gazalba perbezaan yang jelas antara seni Islam dan bukan Islam dapat dilihat melalui motif dan niatnya. Menurut Hadith Riwayat Muslim Seseungguhnya Allah itu Maha Indah. Dia suka kepada keindahan. Kerana seni itu kerana Allah maka bagi manusia akan terhindarlah dari terjadinya penyelewengan. Islam menghendaki seni itu dijalankan dengan akhlak Islam. Islam dan seni boleh disebut seni itu

halal. Tetapi tidak bererti semua unsur kesenian itu itu halal. Kita mesti membezakan antara seni sebagai bidang kebudayaan. Dalam Islam juga terdapat beberapa prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi. Prinsip seni Islam itu seni sendiri terdiri daripada Al Tawhid

(Devine Unity), ruang Kosong (Void) dan anikonism. Seni rupa Islam tidak dianggap sebagai seni agama seperti perkembangan seni Kristian di negara barat yang menunjukkan gambar-gambar dan lambang-lambang tentang perkara-perkara yang berlaku daripada Bible. Oleh kerana larangan terhadap pengambaran makhluk hidup yang begitu ketat menyebabkan seniman-seniman Islam yang mempunyai kepakaran artistik telah menyelesaikan masalah mereka dengan mencipta satu corak yang dikenali sebagai Arabes. Namun ada juga seniman Islam yang membuat pengambaran makhluk hidup namun tidak sempurna daripada segi sifatnya fizikalnya. Olah sebab yang demikian, didapati banyak perbezaan antara catan budaya Islam dan barat. Dalam catan budaya seni Islam, figura yang dilukis tidak sempurna dari segi sifat fizikalnya dan kelihatan seperti kartun kerana Islam sendiri telah menetapkan konsep dan prinsip tertentu dalam menghasilkan karyanya seperti yang dinyatakan di atas.

RUMUSAN Apresiasi seni membolehkan saya memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil seni orang lain berdasarkan persepsi visual. Dengan ini saya dapat memupuk kefahaman dan keyakinan terhadap bidang seni.

Selain daripada itu juga, saya dapat melatih diri memahami dan mendalami secara mendalam terhadap sesuatu karya. Kesenian budaya yang terkandung, berbeza-beza antara satu sama lain. Contohnya seni Islam dan Barat yang telah dibincangkan berbeza daripada segi konsep dan prinsipnya. Dengan ini, secara tidak langsung saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam menilai dan mamahami sesuatu budaya melalui karya yang dikaji.

Anda mungkin juga menyukai