Seratus empat orang lelaki, wanita dan kanak-kanak pada 19hb Disember 1997 telah
bertolak dari Jakarta menuju ke Singapura dengan pesawat Boeing 737 nombor
penerbangan MI185. Pasti tidak ada seorangpun diantara para penumpang pesawat itu yang
menduga bahawa meraka akan menghadapi maut tidak lama setelah mereka bertolak dari
Jakarta. Malangnya, pesawat tersebut nahas dan jatuh berkeping-keping di Palembang,
dekat Sungai Musi dan semua orang penumpang telah terkorban nyawa.
Diseluruh dunia ini tidak terhitung betapa banyaknya orang yang mati dalam berbagai
malapetaka seperti itu; bencana alam yang datang dengan tiba-tiba seperti gempa bumi,
angin taufan, kapal tenggelam, kecelakaan laulintas dan lain-lain lagi. Setiap hari, ada orang
yang meninggal bahkan pada waktu anda membaca tulisan ini ada orang yang sedang
menghadapi maut. Ramai orang yang berusaha untuk hidup lebih lama melalui senaman,
berhenti merokok, makan vitamin-vitamin dan sebagainya.
Namun kita tidak dapat menyangkal kenyataan. Pada suatu hari kita akan meninggal dunia
juga, dan apa sahaja yang kita lakukan tidak dapat menghalang ketibaan masa itu. Ada
yang berkecenderungan bahawa kita tidak akan mati apalagi jika segalanya berjalan dengan
baik, jika tidak ada kekurangan, jika ekonomi melambung, suasana aman damai, dan kita
cukup makan. Kematian terlalu mudahnya dilupakan.
Yang sebenarnya ialah kematian adalah sesuatu hakikat yang tidak dapat dielakkan oleh
sesiapapun di dunia ini. Ramai juga yang berpendapat bahawa kematian adalah persoalan
orang-orang yang sudah tua sahaja, tetapi sebenarnya, kematian itu tidak memandang
umur. Sepastinya matahari terbenam setiap hari, kematian pasti akan tiba, sama ada orang
yang berkuasa, berpangkat, pandai kaya atau miskin. Kematian itu menjadikan mereka
yang berpangkat tinggi setanding dengan yang miskin atau berpangkat rendah.
Manusia ditetapkan mati hanya sekali sahaja dan setelah itu akan dihakimi. Anda diminta
untuk bersiap sedia dan berwaspada akan datangnya saat kematian dan selepas itu bersiap
pula untuk mempertanggungjawabkan segala yang telah anda melakukan sewaktu didunia
ini kepada HAKIM AGUNG. Dialah yang berkuasa untuk memasukkan anda ke SYURGA atau
mencampakkan anda ke Neraka Jahanam.
DUNIA INI SEMENTARA SAHAJA !
Kehidupan ini sama seperti asap yang sebentar sahaja kelihatan lalu lenyap. Sesungguhnya
manusia seperti nafas sahaja, dan semuanya sia-sia.
Ramai yang berharap hanya untuk kehidupan di dunia ini. Setiap hari mereka hanyalah
sibuk dengan urusan-urusan dunia ini; sibuk mencari duit, sibuk bekerja, sibuk dengan
kesukaan. Mereka melupakan diri bahawa saat akan tiba apabila segalanya berakhir dan kita
kembali kepada KHALIQ kita. Kehidupan juga penuh dengan penderitaan dan air mata. Kita
mengalami jauh lebih banyak penderitaan di dunia ini dipertimbangkan dengan kesenangan
dan keseronokan yang kita memperolehi.
Di akhirat ada dua tempat tujuan bagi roh manusia iaitu Syurga dan Neraka. Seketika roh
manusia ditentu masuk ke salah satu tempat itu, maka orang itu akan kekal di situ.
Manakah yang anda pilih?
SYURGA
Inilah tempat bersara yang paing indah dimana taman-taman yang teduh dapat dinikmati
dan ada kesabaran, kehormatan dan salam. Disini mereka yang disucikan dari dosa akan
hidup bersenangan sambil memuji Allah yang menghapuskan dukacita mereka untuk
selama-lamanya.
Fikiran kita tidak mampu membayangkan bagaimana indahnya syurga itu. Orang yang
menuruti ajaran Allah dan mengikuti jalan yang ditunjukkanNya akan berada di tempat ini.
Hanya Isa Anak Maryam yang langsung masuk Syurga kerana Dia suci.
(Maryam, 19:19)
NERAKA
Inilah tempat seksaan yang mengerikan dan tempat kesedihan serta kesengsaraan, dimana
pakaian, selimut dan tempat tidur dibuat api. Di atas kepala dan di bawah kaki, api berlapis-
lapisan. Dimana-manapun penuh api, asap hitam, dan kegelapan. Mata menjadi buta,
telinga menjadi tuli dan mulut menjadi bisu. Mereka yang berada disini mengalami
penderitaan yang tidah berhenti. Mereka tidak mati dan tidaklah hidup juga, tetapi
mengalami seksaan tanpa kesudahan.
Sejak manusia pertama, Nabi Adam dan Hawa, menuruti kata-kata godaan Syaitan, mereka
telah disentuh Syaitan dan memiliki dosa, maka semua manusia sudah berdosa dan jauh
daripada Allah yang menyelamatkan mereka. Oleh itu, mereka akan dihukum dengan
hukuman neraka.
"Dan tidak seorang diantara kamu, melainkan mendatanginya (masuk neraka) dan
ini bagi Tuhanmu adalah ketetapan yang sudah dipastikan…"
(Maryam, 19:71)
JALAN KE SYURGA
Agama dengan syariat-syariatnya harus ditaati dan dilaksanakan sepanjang umur hidup
manusia. Manusia juga diharuskan untuk selalunya bermurah hati. Hanya apabila manusia
dapat menjalankan segala hal-hal tersebut dengan penuh maka manusia dapat mencapai
Syurga. Mungkinkah kita hidup kehidupan kita dengan sempurna?
Adakah tolok ukur yang pasti apabila menjalankan hal-hal tersebut agar kita
dapat masuk Syurga? Tidak ada!
Oleh kerana manusia tidak akan past agar dapat masuk ke Syurga maka banyak orang
tinggal keragu-raguan, dengan kebimbangan dan kegelisahan. Sepanjang zaman orang
selalu berdoa kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang harus diikuti manusia agar dapat
mencapai Syurga.
Kita semua seperti domba yang sesat, masing-masing mengikut jalan sendiri. Tetapi Allah
menjatuhkan hukuman kepadanya, hukuman yang seharusnya dijatuhkan kepada kita.
Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang
mendekatkan diri kepadaNya…
Oleh kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang maka Allah di dalam Al Quran telah
menunjukkan jalan dan petunjuk-petunjuk yang diberi jelas patut diikuti agar manusia dapat
mencapai Syurga. Marilah kita renungkan Al Quran dan Hadis seperti yang tersebut dibawah
ini.
"Wa innahu la'ilmu lis saa'ati fa laa tamtarunna bihaa wa tabi'unni haadzaa shiraathum
mustaqiim…"
Dan sesungguhnya Isa itu benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat
kerana itu janganlah kamu ragu tentang hari kiamat itu dan ikutlah Aku. Inilah
jalan yang lurus …
"Wa lammaa jaa-a 'Isa bil bayyinaati qaala qad ji'tukum bil hikmati wa li ubayina
lakum ba'dhal ladzii tathtalifuuna fiihi fat taqullaaha wa athii'u…"
Itulah Isa putra Maryam yang mengatakan perkataan yang benar, yang
mereka berbantah-bantahan tentang kebenaranNya…
(Maryam, 19:34)
Sesungguhnya Isa Al Masih putra Maryam itu utusan Allah dan FirmanNya…
6. Isa AS adalah Roh Allah yang menjelma menjadi Manusia yang sempurna
(Maryam, 19:17)
7. Isa AS adalah satu-satunya Imam MAHDI
8. Isa AS dilahirkan bukan dari bapa Insani, tetapi dari Roh Allah
"Wa salaamu 'alayya yauma wulittu, wa yauma amuutu, wa yauma ub'atsu hayaa."
Dan sejahtera atasNya pada hari Dia dilahirkan, pada hari Dia wafat, dan
pada hari Dia dibangkitkan hidup kembali."
(Maryam, 19:33)
Dan Aku menyembuhkan orang bita sejak dari lahirnya dan orang yang
berpenyakit sopak, dan Aku sanggup menghidupkan orang mati dengan
seizin Allah.
(Al-Maidah, 5:110)
Dan Kami berikan kepada Isa putra Maryam, beberapa mujizat serta Kami
perkuat Dia dengan Roh Kudus.
Dan kerana kekafiran mereka (terhadap Isa) dan tuduhan mereka terhadap
Maryam dengan kedustaan besar (zinah).
"Wa im min ahlil kitaabi illa la yu'minanna bihi qabla mauthihiiwa yaumal qiyaamati
yakunnu 'alaihim syahiidaa."
Dan tidak seorangpun dari ahli kitab melainkan akan beriman kepada Isa
sebelum matiNya, dan pada hari kiamat. Dia menjadi Saksi terhadap
mereka.
"Qui yaa ahlal kitaabi lastum 'alaa syai-in hattaa tukimut tauraata wal injiila wa maa
unzila ilaikum mir rabbkum"
Dan sesungguhnya Al Quran itu dalam induk Alkitab, di sisi Kami adalah
tinggi dan penuh hikmat.
Hazrat Isa AS yang paling berkuasa dan terkemuka di dunia dan di akhirat. Hasrat Isa AS
adalah petunjuk kepada jalan yang lurus. Pengikut-pengikut Hazrat Isa AS dipilih atas orang-
orang kafir. Jadi ikutlah Hazrat Isa AS pasti anda akan masuk ke Syurga. Begitu penting
Hazrat Isa AS sehingga di dalam Al Quran nama Hazrat Isa AS disebut sebanyak 97 kali.
Jika Yang Berhormat Perdana Menteri menjemput anda ke Istana Negara, sudah pasti anda
percaya bahawa anda akan diberi masuk ke istana. Ini kerana Yang Berhormat Perdana
Menteri adalah yang paling berkuasa di negara dan berhak bertindak begitu.
Jika jemputan ke Istana ditanda tangan seorang yang berpangkat rendah sahaja, tentu anda
akan meragui kebenaran jemputan itu. Jangan-jangan menuju ke Istana hanya dilarang
masuk apabila tiba disana. Sedemikian, Hazrat Isa AS diberi hak memerintah atas Syurga.
Oleh kerana itu, sudah pasti bahawa kepercayaan akan jemputan Hazrat Isa AS tidak akan
diragui lagi. Percayalah akan jemputan Hazrat Isa AS dan anda pasti memasuki Syurga.
Ya Allah! Ampunilah saya! Kasihanilah saya dan hubungkanlah saya dengan Teman Yang
Maha Tinggi …
Menurut catatan para Hadis Sahih Bukhari, ialah "Malaikat dan Nabi-nabi". Malaikat tidak
disebut yang Maha Tinggi, jadi "teman" beliau bukan malaikat tetapi seorang nabi. Lalu
siapakah diantara nabi yang layak disebut:
(Majmu' Syarif)
"Anaa aulan naasi bi 'iisabni Maryam fid dun-yaa wal aakhiraati wal anbiyaau ikhwaatul
li'allaatin ummahaatuhum syattaa wa diinuhum waahid."
Saya yang lebih dekat Isa anak Maryam di dunia dan di akhirat. Semua nabi itu
bersaudara kerana seketurunan. Ibunya berlainan sedang agamanya satu.
"Wal Iadzii nafsii bi layusyikanna ayyanzila fil kumubnu Maryama hakaman muqsithan"
Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya 'Isa
Anak Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi Hakim yang
Adil …
Maka "Teman Yang Maha Tinggi" itu adalah Isa Al Masih Anak Maryam.