Anda di halaman 1dari 1

Cerita Arnab Dan Kambing

Pada suatu hari, arnab terjumpa sebuah karung guni. Di dalam karung guni itu terdapat sayur-sayuran. Arnab ingin makan sayur-sayuran itu. Kemudian, datang seekor kambing. Kambing juga mahu makan sayur-sayuran itu. Tetapi mereka tidak mahu berkongsi antara satu sama lain. Arnab mendapat satu akal. Arnab mengajak kambing bertanding, dan barang siapa yang menang pertandingan akan mendapat sayur-sayuran di dalam guni itu.Pertandingan itu adalah menumbangkan tiang pagar. Kambing bersetuju . Kambing berlari kencang. Kambing terus menanduk tiang itu. Prak! Tanduk kambing patah. "Aduh! kambing menjerit kesakitan. Tibalah pula giliran arnab. Arnab menggali tanah. Tiang itu tumbang menimpa kaki arnab. Prak! Kaki arnab patah. "Aduh!" arnab menjerit kesakitan. Tiba-tiba, datang seorang manusia lalu mengambil karung guni yang berisi sayur-sayuran lalu pergi dari situ. Arnab dan kambing berasa sedih. Mereka menyesal kerana enggan berkongsi sayur-sayuran tadi.

Anda mungkin juga menyukai