Anda di halaman 1dari 16

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa

kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang. 1. tidak sembahyang atau solat. 2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan. 3. makan atas pinggan yang terbalik. 4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.. 5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan. 6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil. 7. suka bersandar pada pintu rumah. 8. suka duduk di atas tangga. 9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan. 10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung. 11. tidak membersihkan rumah. 12. membuang sampah atau menyapu dengan kain. 13. suka membersihkan rumah pada waktu malam. 14. suka tidur di atas muka. 15. membakar kulit bawang. 16. menjahit baju yang sedang dipakai. 17. mengelap muka dengan baju. 18. berdiri sambil bercekak pinggang. 19. tidur tidak memakai baju. 20. makan sebelum mandi hadas. 21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh. 22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit. 23. lambat pulang dari masjid. 24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.

25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan. 26. suka memadam pelita dengan nafas. 27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup. 28. membasuh kaki dengan tangan kanan. 29. membuang air kecil pada air yang mengalir. 30. memakai seluar sambil berdiri. 31. memakai serban sambil duduk. 32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis. 33. makan dengan menggunakan dua jari. 34. berjalan di antara kambing. 35. berjalan di antara dua perempuan. 36. suka mempermainkan janggut. 37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut. 38.. meletakkan tapak tangan pada hidung. 39. suka menggigit kuku dengan mulut. 40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan. 41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil. 42. menguap ketika solat. 43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Yang highlighted to adalah yg kerap kita terbuat.

Senaman * Tarik nafas panjang/dalam beberapa kali. Ia akan membuatkan pernafasan anda menjadi perlahan sekali gus mengecut dan merehatkan gentian otot- otot dalaman * Bersenam secara tekal 20 minit setiap sesi, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Senaman bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan emosi. Ia juga membantu

mendapatkan fizikal yang lebih menarik sekali gus membuatkan diri anda berasa lebih yakin dengan penampilan diri * Terimalah diri anda seadanya dan cuba menyukai diri sendiri. Bersikap realistik terhadap keupayaan anda dan tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Cuba lakukan sesuatu yang dapat menimbulkan rasa kepuasan * Bersikap positif dan belajar menerima kelemahan diri. Jangan berasa gusar mengenai perkara-perkara yang di luar kawalan anda. Berfikir secara positif dan renungkan kembali pencapaian dan kejayaan yang dimiliki apabila berasa tertekan * Dapatkan sokongan dan bantuan sebelum anda berasa tenggelam punca. Kongsi masalah dan perasaan dengan seseorang yang anda boleh percayai seperti pasangan hidup, ahli keluarga, rakan-rakan dan pemimpin agama. Berkomunikasilah dengan mereka supaya mereka dapat membantu anda * Bina silaturahim yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Biarkan diri anda berasa disayangi, dihargai, dihormati dan mempunyai tempat mengadu. Bersikap jujur dan bertimbang rasa dalam sesuatu perhubungan. Amalkan pemakanan sihat dan tidur yang secukupnya * Seimbangkan masa kerja dan bermain. Peruntukan masa untuk hobi dan rekreasi * Kira dari satu hingga 10. Aktiviti ini boleh menjadikan anda berhenti dan rehat sebentar sebelum memberikan respons terhadap situasi yang memberikan tekanan * Luahkan perasaan anda dengan menangis atau ketawa semahunya. Anda juga boleh menulis, jika mahu. Mendengar muzik juga boleh menenangkan * Rehat dan tenangkan diri anda dengan mandi wap, berurut, meditasi, membuat renungan seperti membayangkan pemandangan yang menenangkan, misalnya. Selain urut, anda juga boleh melakukan regangan bagi merehatkan otot-otot dan membantu mengurangkan ketegangan. Selalunya, otot-otot di belakang leher dan bahagian atas belakang menjadi tegang apabila anda mengalami stres. * Dapatkan bantuan sekiranya diperlukan. Jika anda tidak dapat tidur, sakit kepala dan sakit belakang atau leher, pergilah berjumpa doktor * Bantulah mereka yang memerlukan. Menolong seseorang akan dapat mengubah tumpuan dan perhatian kita dari masalah dan kerisauan yang dihadapi

* Ubah suai persekitaran anda untuk menyingkirkan unsur-unsur yang menyebabkan tekanan. Pilih persekitaran yang selesa dan bersesuaian dengan diri anda * Tingkatkan kemahiran anda. Bersedialah untuk membuat sesuatu keputusan dan menangani masalah dengan berkesan. Lengkapkan diri anda bagi menjawat pekerjaan atau kerjaya yang memuaskan * Uruskan masa dengan baik. Senaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan mengikut kepentingannya. Elakkan dari menerima kerja yang terlalu banyak * Bijaksana dalam membuat keputusan. Pertimbangkan buruk baiknya sebelum memutuskan sesuatu. AMARAN: Membantu diri sendiri adalah sangat berfaedah, tetapi ia bukanlah pengganti kepada bantuan profesional. Masalah tingkah laku dan emosi boleh memudarat dan membahayakan. Dapatkan bantuan profesional jika perlu!

Oleh Fairuz Zaidan (fairuzaidan@ bharian.com. my) KEINGINAN untuk bercinta pasti dirasai oleh semua orang. Perasaan untuk dicintai atau mencintai hadir tanpa diduga. Mungkin cinta yang suci itu hadir ketika anda berada di dalam bas, pasar raya, hospital, taman bunga, laman sembang atau mungkin jiran bersebelahan dengan rumah anda. Sukar sebenarnya untuk mengungkap maksud cinta dengan kata-kata, apatah lagi meneliti secara mendalam bentuk cinta yang muncul tanpa diduga. Lebih-lebih lagi bila cinta yang hadir itu tidak pula bertepuk sebelah tangan sehingga merasakan diri ini begitu dihargai menjadikan segala perkara yang dilalui sehari-hari begitu bermakna. Bagaimana pula jika cinta yang hadir itu berlaku di pejabat tempat anda bekerja? Mungkin bagi lelaki dan wanita yang masih bujang, hubungan cinta itu akan kelihatan normal sebelum kelangsungan perhubungan yang mungkin akan menuju ke fasa seterusnya, perkahwinan.

Bagaimanapun, bagaimana pula jika hubungan cinta itu membabitkan lelaki bujang dengan wanita yang sudah berumah tangga? Tidak pun mainan cinta itu antara lelaki yang sudah berkahwin dengan wanita bujang? Senario itu boleh dikatakan sudah menjadi sebahagian daripada asam garam suasana di pejabat khususnya di ibu kota. Panahan cinta terlarang itu bukanlah sesuatu yang boleh memudaratkan ikatan sesebuah perkahwinan goyah gara-gara munculnya orang ketiga. Situasi sebegitu sendiri menunjukkan yang cinta itu benar-benar suatu yang simbolik dan sukar untuk dimengertikan, apatah lagi membabitkan hubungan yang cukup terlarang. Mengapakah hubungan berkenaan boleh berlaku? Pakar Kaunseling, Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Norazman Amat, berkata kebanyakan kes cinta pejabat berlaku di kalangan lelaki yang sudah berkahwin dengan wanita bujang khususnya si gadis yang baru bekerja. Cinta terlarang khususnya di pejabat lazimnya membabitkan lelaki yang sudah berumah tangga dengan wanita bujang. Perkara sebegini tidak patut berlaku, memandangkan isteri sudah memberi kepercayaan penuh kepada suami untuk keluar bekerja. Lelaki yang sudah berkahwin tidak seharusnya mempersiakan kepercayaan isteri tadi dengan melakukan perbuatan yang boleh menghancurkan hubungan suami isteri, katanya. Sebenarnya melihat kepada senario hubungan di pejabat sendiri tidak mustahil daripada berlaku kerana persamaan pekerjaan dan masa yang lebih banyak dihabiskan membuatkan seseorang itu semakin selesa di samping rakan sekerja. Malah mengikut kajian Persatuan Pengurusan Amerika, 40 peratus warga Amerika terbabit dalam hubungan sesama rakan sekerja. Tidak semua sengaja memburu untuk berhubungan di tempat kerja, namun atas pelbagai faktor, kebanyakannya tidak dapat lari daripada sekurang-kurangnya terpikat dengan rakan sekerja. Bayangkan saja, purata lapan jam sehari, lima hari seminggu atau keseluruhannya kirakira 240 hari daripada 365 hari dalam setahun. Boleh dikatakan sebahagian besar masa individu bekerjaya dihabiskan di sekitar tempat kerja. Keadaan itu secara tidak langsung, pejabat atau tempat kerja sajalah `ruang kepada golongan yang sibuk bekerja untuk bertemu, berkenalan atau bersosial. Apatah lagi bagi

mereka yang menggalas tanggungjawab kerja yang banyak dan rumit hingga tidak berkesempatan untuk mencari calon suami atau isteri di luar daripada kehidupan pejabat. Kata Norazman, kebanyakan kes yang dirujuk membabitkan hubungan terlarang itu adalah di kalangan lelaki yang berada di fasa kedua dalam perkahwinan, iaitu membabitkan lelaki yang sudah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun dan lebih. Beliau berkata, situasi itu berlaku mungkin disebabkan matlamat perkahwinan bersama pasangannya yang masih belum jelas. Apabila seseorang lelaki itu tidak pasti dengan perkahwinannya, dia boleh berubah dan tidak mustahil boleh jatuh cinta sekali lagi. Apatah lagi, jika cinta lelaki itu disambut pula oleh wanita yang rapat dengannya di pejabat. Lebih-lebih lagi jika wanita itu bersimpati dengan masalah yang dihadapi lelaki sehingga boleh mengakibatkan timbulnya bibit cinta, katanya. Norazman berkata, faktor yang sama juga mungkin berlaku kepada lelaki bujang dengan wanita sudah berumah tangga yang memungkinkan lelaki itu terperangkap dalam perhubungan dengan wanita yang sudah berkahwin. Beliau berkata, daya penarik, layanan dan cara interaksi lelaki bujang mungkin menjadi antara daya penarik yang membuatkan wanita yang sudah berkahwin mudah untuk jatuh hati. Katanya, jarang seseorang itu akan menduakan pasangannya kecuali jika ada sesuatu yang kurang dan tidak dinikmati sepanjang mendirikan rumah tangga. Tambahan pula, bila cinta tidak bertepuk sebelah tangan menyebabkan perhubungan baru wujud dan boleh mengakibatkan lahirnya bibit cinta yang baru, kata Norazman. Bercerita mengenai perhubungan, sebenarnya tidak salah jika seseorang khususnya yang sudah mendirikan rumah tangga berkawan dengan rakan sepejabat yang masih bujang. Semuanya bergantung kepada niat dan sempadan dalam berkawan tanpa ada sebarang pengharapan serta perbuatan tidak baik yang boleh menjurus kepada perkara yang negatif. Bentuk perhubungan itu juga hendaklah sekadar atas dasar mendapatkan nasihat bagi memperoleh penyelesaian untuk memperbaiki hubungan suami isteri dan memperbaiki kesilapan diri.

Perlu bagi seseorang itu mempunyai sempadan dan had dalam berhubungan di tempat kerja, lebih-lebih bagi mereka yang sudah berkahwin. Bagi yang belum berkahwin itu, seeloknya memikirkan risiko bila terjebak dengan hubungan dengan mereka yang sudah berkahwin, kata Norazman. Norazman juga sempat menyarankan supaya mengelakkan daripada terjebak dengan perilaku hubungan terlarang di tempat kerja yang boleh menjejaskan kredibiliti dan pergaulan dengan rakan-rakan sekerja yang lain. Apapun, kalau sudah jodoh FAKTA: Faktor bila sudah jatuh cinta Kemesraan - Ikatan yang rapat antara rakan sekerja tidak mustahil memberi perasaan berbeza bagi tempoh yang lama, apatah lagi bila sudah mula berkongsi harapan, impian dan masalah dengan rakan sekerja. Dekat - Bibit cinta itu tambah kukuh bila teman sekerja itu begitu dekat dengan anda. Kajian turut mendapati semakin kerap anda bersama seseorang, semakin besar kemungkinan anda akan sukakannya. Mudah - Perhubungan sebegitu itu mungkin berlaku tambahan pula kepada seseorang yang masih bujang kerana tiada pilihan lain melainkan banyak masa dihabiskan di tempat kerja. Justeru, untuk mengisi kekosongan hati hubungan cinta dengan rakan sepejabat tidak dapat dielakkan. Persamaan - Hubungan cinta itu tambah manis bila pelbagai minat dan hobi menunjukkan anda berdua serasi bersama baik daripada aspek sosial, pendidikan, pendapatan dan sikap. Itu secara tidak langsung merapatkan lagi ikatan suatu perhubungan. Bergantung - Bila sudah semakin mesra, anda ternyata saling memerlukan dengan rakan sekerja itu. Lebih parah, anda seolah-olah begitu kerdil bila si dia tiada di sisi. Teman sepejabat itu menjadi tempat bergantung dalam segala hal.

Selalu bersama - Bukan hanya di dalam mesyuarat, anda banyak menghabiskan masa dengan teman sepejabat itu di dalam bilik komputer, menikmati makan berdua-duaan dan pulang kerja juga bersama-sama. Kata-kata dan tohmahan orang lain ditolak ketepi gara-gara sedang asyik bercinta! INFO: Baik & buruk hubungan sepejabat Kebaikan Tidak perlu susah payah mencari teman bercinta di luar kerana sudah ada di depan mata. Berpeluang untuk menghabiskan lebih banyak masa dengan pasangan di pejabat. Memahami kehendak dan cita rasa yang serupa. Keburukan Terasa terkongkong kerana banyak masa dihabiskan bersama di bawah satu bumbung. Jika berlaku krisis, tidak mustahil ia boleh mengganggu profesionalisme pekerjaan, sekali gus prestasi bekerja akan terganggu. Api cemburu memungkinkan perhubungan akan sentiasa dilanda masalah, lebih-lebih lagi bila melihat pasangan yang disayangi berdampingan dengan orang lain walaupun bukan atas dasar cinta.

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki. 2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun,

ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan. 3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya. 4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas. 5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri. 6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya. 7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika

anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu. Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa. Sifat Cinta Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta. Cinta Wujud Sejak Dilahirkan Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih. Cinta Bersedia Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapk an kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai. Cinta Itu Indah Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya

itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih. Cinta Itu Mengharap Balasan Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima. Cinta Itu Menakluki Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi, dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya. Cinta Itu Mengetahui Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi, cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan. Cinta Itu Hidup Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu, gembira,sedih, tenang,tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati. Cinta Itu Suci Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang

baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa. Cinta Itu Mempesona Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnyamemperson akannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta. Apakah itu Bukti Cinta? Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda? Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur - Saidina Umar Ibnul Khattab -

Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan

Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti : 1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak. 2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua. 3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua. 4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya. Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam. Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut: i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga. ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil iii. Pasangan ideal dalam erti; - bersikap baik terhadap isteri - dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat - menerima kekurangan dan kelemahan isteri - dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu - dapat menjaga kewibawaan isteri - dapat membimbing isteri ke jalan yang baik - dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri

iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak v. Pasangan yang baik zahir dan batin

Tidak dapat dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini kerana wanita kaya dengan perasaannya. Sembilan persepuluh (90%) daripada wanita adalah perasaannya. Hanya satu persepuluh (10%) adalah pertimbangan akalnya. Justeru itu, untuk menghadapi dan memimpin mereka agar tunduk kepada Allah SWT, maka kaum lelaki hendaklah bermain dengan perasaan mereka sebanyak yang mungkin. Jenis-jenis perasaan yang ada pada wanita amatlah banyak, antaranya perasaan marah, dendam, rasa malu, jemu, kecewa dan banyak lagi. Perasaan-perasaan ini boleh digunakan untuk kepentingan agama, dunia dan akhirat. Bahasa sama ada dalam lisan atau tulisan adalah alat bagi membangkitkan rasa bagi setiap perasaan di dalam dada wanita. Dalam memimpin kaum wanita, kaum lelaki hendaklah cekap menggunakan daya fikir untuk mengolah bahasa dengan lidah yang petah supaya tercetus apa sahaja perasaan yang dikehendaki dalam hati perempuan. Sekiranya lelaki inginkan perasaan kasih dan sayang berbunga dalam dada mereka, maka bawalah cerita-cerita kasih mesra dengan kata-kata hukamak (hikmah) mengenai kasih sayang. Sekiranya lelaki mahu perasaan rindu bertapak di hati mereka, maka bawalah kisah-kisah rindu dengan kata-kata yang berunsur kerinduan. Jikalau hendak membangkitkan rasa marah mereka, itu amatlah mudah kerana semua orang tahu caranya. Dalam membimbing dan memimpin wanita, lelaki hendaklah merancang untuk mengubah dan mewujudkan setiap rasa yang dikehendaki dalam dada wanita yang bergelar anak, isteri dan ibu. Untuk itu seharusnya, kaum lelaki tahu dan mempunyai daya kekuatan yang tinggi supaya dapat merancang apa yang diingini pada diri setiap wanita sebelum memiliki mereka. Disinilah antara kejayaan para Rasul, Nabi dan wali Allah swt dalam memimpin umat manusia. Mereka dapat menguruskan hati manusia kerana berjaya mencetak perasaan mereka hingga menjadi umat yang patuh dan taat kepada Allah swt.

PIMPINLAH KAMI DENGAN KASIH SAYANG Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala- galanya. Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap merindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka. Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, karena mereka diciptakan begitu rupa dari bahagian tubuh lelaki. Didiklah mereka dengan panduan dariNya: JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR, JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah kuncinya. AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU, HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN, PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK . Suburkanlah kebaikan karena dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah kasih sayang Allah, karena rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki berwajah: negarawan, karyawan, jutawan, hartawan, dan wan-wan lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak bisa diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan . LEBIH BANYAK LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-

BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja banyak boss telah kehilangan setiausaha, bahkan anakpun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita durhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rusaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan diri. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADA-NYA, jinakan diri dengan Allah, niscaya jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan anda. JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH BINTI RASULULLAH SAW, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI ~ Dipetik dari e-tazkirah.

Anda mungkin juga menyukai