Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN BBR37003 STRUCTURE & FUNCTION

A. TUGASAN KUMPULAN (30%) Organisasi biologi adalah penting kepada semua jenis hidupan. Benda hidup mungkin tidak wujud sebagaimana yang dapat dilihat tanpa adanya organisasi biologi. Hubungan di antara setiap peringkat juga amat penting supaya ia dapat berfungsi dengan baik. Di dalam kumpulan seramai 4-5 orang, anda dikehendaki memilih 2 daripada semua kumpulan haiwan berikut; i. mamalia (contoh; tikus rumah, tikus putih, arnab, kambing, lembu dan sebagainya) ii. burung (contoh; ayam, ayam turki, burung merpati dan sebagainya) iii. amfibia (contoh; katak, kodok dan sebagainya) Anda dikehendaki membuat pembedahan (dissection) dan seterusnya membuat pemeriksaan organisasi biologi haiwanhaiwan pilihan anda. Di dalam tugasan ini anda juga perlu menjawab soalan-soalan berikut; a. Huraikan langkah-langkah yang telah anda ambil di dalam membuat pembedahan ke atas haiwan pilihan anda. Sertakan gambar foto setiap langkah kerja amali anda. (6 markah) Kenalpasti setiap organisasi biologi haiwan pilihan anda. Lukis gambar haiwan yang anda bedah dan gambar fotonya. Labelkan organnya dengan lengkap serta berikan fungsi setiap organnya. (9 markah) Kenalpastikan sistem pengangkutan tubuh, sistem saraf dan sistem pencernaan haiwan pilihan anda. Lukis dan labelkan ketiga-tiga sistemnya dengan lengkap. Anda perlu menghuraikan kemungkinan yang akan berlaku kepada haiwan tersebut sekiranya sistem-sistem tersebut mengalami kecacatan atau rosak. (10 markah) Persembahkan semua hasil dapatan anda dengan berbantukan ICT yang menarik dan kreatif di dalam kelas. (5 markah)

b.

c.

d.

TUGASAN BBR37003 STRUCTURE & FUNCTION

B. TUGASAN INDIVIDU (20%) Secara individu pilih sejenis tumbuhan dan siasat struktur organisasinya. Berdasarkan pemerhatian anda terhadap struktur dan fungsi organisasi haiwan dalam kerja kumpulan dan siasatan anda terhadap tumbuhan. a. Bandingbezakan dengan jelas antara struktur dan fungsi organisasi tubuh yang ada dalam tumbuhan dan haiwan. b. Salah satu organisasi tubuh yang sangat penting kepada kedua-dua organisma adalah sistem pengangkutan. Transpirasi dalam tumbuhan membantu sistem pengangkutan. Terangkan mekanisma proses transpirasi dalam tumbuhan. c. Cadangkan satu eksperimen bagaimana anda hendak menunjukkan transpirasi berlaku pada tumbuh-tumbuhan. d. Sekiranya eksperimen anda mendapati kadar transpirasinya adalah tinggi, apakah kemungkinan penyebabnya.

ARAHAN 1. Soalan tugasan ini mengandungi dua soalan; A-soalan kumpulan dan B-soalan individu. Jumlah markah tugasan ini adalah 50% 2. Jawapan boleh ditaip dengan font times new roman 12 dan langkau 1.5 3. Panjang jawapan anda adalah bebas tetapi perlu sesuai dengan pemberatan markah yang diberikan 4. Anda boleh menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dalam jawapan anda 5. Rujukan perlu ditulis menggunakan sistem APA 6. Unsur-unsur peniruan sekiranya ada perlu dielakkan, pemotongan markah sehingga menjadi 0 markah boleh dikenakan terhadap jawapan yang mengandungi unsur-unsur tersebut 7. Jawapan perlu diserah kepada Pensyarah anda untuk dinilai pada interaksi ke 4 Disediakan oleh, Penyelaras subjek BBR37003

Anda mungkin juga menyukai