Rahsia Meraih An RM300 RM1000 Sehari 2 PDF
Rahsia Meraih An RM300 RM1000 Sehari 2 PDF
Berpeluh & Keluar Rumah Hanya Memakai Seluar Pendek & Singlet
Sebuah Buku Hebat Dari : M.HAMIDAN SALIHEN Anda Boleh Melakukan Pekerjaan Hanya Dari Rumah Untuk Menghasilkan Pendapatan Yang Sangat Lumayan Ini
BAGAIMANA OLEH MENJADI KAYA DENGAN SEBENARNYA Semua orang memang berhak dan boleh menjadi kaya dan memiliki apa yang diingininya. Yang membezakan diantara orang yang berjaya, kaya dan orang yang miskin dan orang munduradalah cara mereka berfikir dan juga cara mereka bertindak. Wang ada dimana-mana dan memang telah disediakan untuk manusia dan ianya hanya perlu diambil sahaja dan tidakm menjadi kesukaran mendapatkannya jika anda mengetahui caranya. Wang memang telah tersedia dengan banyaknya di dunia ini dan ia dicipta hanya untuk manusia bukan untuk makhluk lain dan telah diciptakan sejak berzaman lamanya. Anda hanya perlukan sedikit usaha, ilmu pengetahuan, kemahuan dan keyakinan serta disiplin yang tinggi untuk mendapatkannya. Bukti wang ada dimana-mana ialah apabila anda mencari wang pasti anda akn menemuinya walaupun anda berada ditempat yang tidak dihuni oleh manusia. WANG tersebut tidaklah berupa segumpal wang tetapi berbentuk bahan dan benda-benda yang boleh dijadikan wang apabila ianya dijual atau dipasarkan. Buku ini ditulis ialah untuk insan yang mahu menjadi kaya dengan ilmu, kaya hati, kaya cita-cita, kaya impian, kaya budi, kaya harta, kaya wang dan kaya raya yang pemurah itulah makna kaya yang sebenarnya. Buku ini juga berguna bagi mereka yang mahu membunuhdiri, yang pernah tewas dan gagaldalam hidup, yang masih mencari-cari, yang masih merancang tetapi tidak bertindak, yang takut-takut, anda yang tidak cukup masadan terlebih masa, orang yang hanya pandai dengki dan irihati, orang yang tidak mahu membuat apa-apa, orang yang masih ternate dan tercari-cari, orang yang tidak mahu berdikari dan menghargai diri sendiri, orang yang seperti beruk menangkap belalang tiada pegangan hidup yang suka capai sana capai sini. Orang yang tidak mempunyai kesabaran. Buku ini boleh mambantu anda untuk manjadi kaya kawan, harta, keinginan, usaha, wang dan kejayaan. Buku Ini jud membantuu anda emnjadi seorang yang celik akalnya, tahu harga dirinya dan bangun berusaha mencungkil emas dan permata dalam dirinya yang tidak diketahui atau telah terkambus sekian lama akibat buta akal dan hatinya. Buta akalnya dan hati menyebabkan insan hilang harga dirinya, Insan yang berguna dan mulia ialah insan yang celik akal dan hatinya. Orang yang mati akalnya hanya tahu menyalahkan orang lain tidak dirinya. LEBIH MUDAH UNTUK SENANG Sebenarnya lebih mudah untuk senang dari jadi susah, dalam dunia ini yang Maha Adil telah menjadikan perkara positif lebih mudah untuk dilakukan dari perkara yang negatif. Contohnya untuk senyum lebih mudah dan anda tidak perlu gerakkan banyak urat dan otot berbanding untuk masam muka. Senyuman positif dan masam muka itu negative. Jika anda senyum sudahlah ianya mudah malah anda diberi pahala pula ! Tapi ramai orang mengangap perkara mudah itu susah dan perkara susah itu mudah kerana fikiran telah menjadi kacau bilau. Orang yang suka berkata susah dan mudah menganggap sesuatu perkara itu susah sudah pasti akan mendapat susah. Sebenarnya apa yang kita selalu fikirkan dan cakapkan itu adalah permintaan dan doa dalam senyap yang kita sendiri mahu dan minta. Memang tidak mustahil orang yang selalu berkata SUSAH adalah terdiri daripada orang yang susah. Mereka hanya boleh mengkagumi kejayaan dan kekayaan orang lain akan seringkali menganggap orang tersebut memang hebat dan bernasib baik. Dia hanya memikirkan nasib baik orang lain bukan nasib baik dirinya. Walau bagaimana pun anda bukan sahaja perlu befikir dan bersikap positif tetapi anda juga perlu bertindak dengan positif. Apa faedahnya jika anda selalu befikir dan mempunyai idea yang positif tetapi anda tidak mengamalkan dan tidak membuat sebarang idea anda itu boleh dijadikan kenyatakan. Jika terlalu banyak bercakap dan merancang tetapi tidak melakukan tindakakn tentu tiada sebarang hasil. Akhirnya anda akan dijauhkan oleh kawan-kawan kerana anda suka cakap kosong. Orang yang suka cakap kosong adalah serupa dengan belon. Nampak sahaja besar tapi Cuma angin, tiada isi yang berguna.
HIDUP BERNAFASKAN KEJAYAAN Insan yang bernafaskan kejayaan itu menghubungkan niat dan perbuatan. Dia adalah insane yang menentukan matlamatnya (niat) dan bertindak untuk mencapai cita-citanya (perbuatan). Niatnya kerana Allah dan perbuatanya juga kerana Allah. Untuk hidup bernafaskan kejayaan, anda mesti yakin kepada diri anda sendiri. Jika anda percaya kepada kebolehan anda. Anda boleh sahaja berfikiran positif sepanjang hidup anda, anda boleh belajar hingga keperingkat tertinggi, anda mampu mempunyai berbagai kebolehan dan kontek dan anda boleh mempunyai pengetahuan yang luas. Tetapi anda tidak akan menjadi seorang khalifah sehinggalah anda bertindak. Itulah hidup yang bernafaskan kejayaan . INGATLAH ! Sikap Positif itu bukan sahaja mengubah hidup anda , tetapi ia juga mampu mengubah seluruh dunia.
MENCARI WANG DENGAN BERNIAGA DIRUMAH Perniagaan yang mula-mula wujud dalam sejarah ialah dirumah. Hingga kepada zaman revolusi industri asalnya perniagaan sebenar ialah perniagaan dirumah. Apabila berlakunya revolusi industri dengan terbinanya kilang-kilang yang besar, komplek pejabat, kesinambungan perniagaan dirumah telah sedikit terganggu. Tetapi sekarang bentuk perniagaan dirumah telah dipopular semula dan berkembang dengan pesatnya dinegara-negara maju. Mungkin pada masa dahulu pernigaan dirumah dilihat sebagai perniagaan kecil yang penakut. Sekarang anggapan seperti itu sudah tidak boleh dipakai lagi. Malah boleh dikatakan semua jutawan dan multi billionaire asalnya hanya melakukan pernigaan dirumah. Ia adalah satu langkah awal yang mempunyai satu perkiraan bijak. Yang penting ialah merancang masa depan dengan baik dengan kebolehan yang anda ada. Berjuta orang pada masa kini percaya dan yakin bahawa perniagaan dirumah adalah berjaya yang terbaik. Sekarang ini di Amerika sahaj terdapat kira-kira 26 juta perniagaan dirumah yang telahpun beroperasi. Pada tahun 1995, 14 juta rakyat Amerika berniaga dirumah sepenuh masa, dan 13 juta orang berniaga separuh masa. Nampaknya bagi kira-kira 40% tenaga kerja di Amerika dan Canada akan beroperasi dari rumah. Keadaan begini juga pasti berlaku di Negara ini tidak lama lagi. Ini dapat dilihat dimana sekarang didapati semakin banyak kakitangan kerajaan dan juga swasta telah meletakkan jawatan pada usia muda untuk berniaga sendiri. Satu kajian yang dilakukan di Amerika dan Canada pada tahun1997 terhadap pelajar pusat pengajian tinggi mendapati tujuh puluh peratus daripada mereka mereka menyatakan berhasrat untuk memulakan perniagaan sendiri apabila tamat pelajaran kelak. Dimuka surat berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa semakin ramai orang mahu berniaga sendiri dirumah. Anda sendiri akan dapat memhami sebab-sebab ini jika anda pernah berkerja dimana-mana sebelum ini. Dan memang tidak hairan mengapa ramai orang berhasrat meletakkan jawatan walaupun sudah berjawatan tinggi dan bergaji lumayan semata-mata untuk membina perniagaan sendiri. Pada masa sekarang ini memang terdapat banyak kali peluang untuk manjalankan perniagaan sendiri termasuklah perniagaan yang boleh dijalankan hanya dari rumah. Seperti yang telah dinyatkan sebelum ini, dinegara-negara maju perkara dan trend perniagaan dirumah memang sudah menjadi perkara biasa malah setiap tahun bilangan syarikat yang ujud berdasarkan perniagaan dirumah berjumlah berjuta-juta. Mungkin dinegara ini perkara ini masihlagi diperingkat awal dan belum ramai orang yang menyedari perkara ini. Menjalankan perniagaan dari rumah mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri. Kebaikan ialah, anda anda dapat mengurangkan kos perberlanjaan seperti sewa kedai dan pejabat, kos tambang untuk petrol, menjimatkan masa dan tidak terperangkap didalam kesesakan jalan raya. Tidak perlu mengupah pekerja yamg ramai. Bekerja dirumah boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan kerana biasanya akan mendapat sokongan keluarga. Tidak payah makan tengahari diluar, boleh masak sendiri. Boleh mambuat jadual kerja sendiri. Keburukanya pula ialah, kita mungkin sering menunda sesuatu tugas kerana sering terganggu akibat perkara yang berlaku sekitar rumah, seperti gangguan daripada anak-anak, ada tetamu, terpaksa melakukan kerja-kerja rumah yang lain. Berkerja dirumah juga akan menyebabkan kita rasa selesa berada sekitar rumah dan jika kita tidak mengikuti jadual kerja kita dan tidak mematuhi disiplin yang kita buat ianya akan menyukarkan dan bukan mustahil boleh menggagalkan perniagaan dan usaha kita. Untuk mendapatkan keseimbangan kerja yang dilakukan kita mestilah mempunyai jadual kerja seperti sebuah perniagaan ataupun waktu kerja yang tetap dan teratur seperti pengurusan sebuah pejabat. Kita mestilah mengutamakan kerja dan tugas-tugas penting yang berkaitan dengan perniagaan dan keusahawanan kita itu. Dengan membuat jadual kerja yang teratur dan betul serta mahu mematuhinya InsyaAllah kita akan dapat memperolehi kejayan. Selain daripada itu mempunyai kemahuan yang kukuh dan mahu terus belajar juga adalah factor yang sudah pasti dapat memajukan diri dalam perniagaan kita.
MENGAPA MAHU MEMILIH MENJADI USAHAWAN DIRUMAH Berikut adalah merupakan sebab-sebab mengapa semakin ramai orang mahu menceburi atau menerokai perniagaan sendiri dirumah. Malah bilangan orang yang berhenti kerja untuk menjalankan perniagaan sendiri dirumah semakin bertambah setiap tahun. Ramai yang memilih untuk bersara awal selepas bekerja selama beberapa tahun. 1) Menambah pendapatan . Memang telah menjadi kebiasaan masalah kurang pendapatan dan wang tidak mencukupi ataupun kurang daya membeli berlaku disebabkan harga barangan sentiasa meningkat dan tidak sejajar dengan kenaikan gaji. Harga barangan sentiasa terus meningkat dan kadar inflasi juga turut meningkat setiap tahun sebaliknya kanaikan gaji tidak menyamai kenaikan harga barangan. Memang tiada keseimbangan. 2 ) Persediaan awal untuk bersara atau meletak jawatan. Memang adat bekerja, semakin tinggi kedudukan dan jawatan yang di pegang maka semakin besar dan banyaklah pula kerja dan tugas yang perlu di pikul. Fenomena ini kadangkala boleh menimbulkan kebosanan, dengan itu maka mereka akan mencari alternatif lain untuk mencari wang bagi menyara hidup. 3) Mahu melakukan kerja yang disukai. Sesetengah orang memohon pekerjaan hanya disebabkan tiada banyak pilihandan terdesak kerana menghadapi masalah kewangan. Mereka ini terus bekerja selama bertahun-tahun walaupun tidak menyukai pekerjaan tersebut sehinggalah mereka melihat peluang untuk bekerja sendiri dan melakukan kerja-kerja yang hanya di minati dan disukai sahaja. Ini akan menambahkan kejayaan bagi dirinya. 4) Untuk mengurangkan tekanan. Bekerja dibawah arahan orang lain memang sentiasa menghadapi tekanan di dalam tugas. Hal ini tidak terjadi apabila bekerja sendiri walaupun menghadapi tekanan tetapi ianya tidak sama seperti masa bekerja dengan orang lain. Bila bekerja sendiri, walaupun menghadapi tekanan tetapi ianya boleh memberikan kepuasan kerana hasil yang bakal di perolehi akan menjadi milik kita sendiri, itulah perbezaanya. 5) Mempunyai keyakinan diri. Ini merupakan perkara penting bagaimana membezakan seseorang individu yang berjaya dan yang gagal. Bagi orang yang telah mencipta kejayaan factor keyakinan diri merupakan elemen penting. Hanya orang yang mempunyai keyakinan terhadap dirinya sahaja sanggup meninggalkan keselesaan yang tidak seberapa itu dimana sebelumnya mereka bekerja dengan orang lain dan bila cukup bulan mereka dibayar gaji. Bagi yang mempunyai keyakinan diri, mereka percaya kepada potensi diri sendiri dan percaya bahawa mereka boleh memperolehi pendapatan yang lebih besar jika melakukan usaha mereka sendiri. Mereka juga percaya bahawa mereka boleh merealisasikan impian mereka untuk hidup senang dan percaya bahawa mereka tidak akan dapat mengecapi kesenangan dan kemewahan jika hanya bekerja untuk orang lain. Ramai orang yang mengetahui perkara ini tetapi tidak ramai yang sanggup mengorbankan keselesaan pada masa sekarang untuk membina dan mengecapi kesenangan dan keselesaan dimasa hadapan. Kebanyakan orang hanya beranggapan mahu bekerja dan memperolehi gaji sahaja bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka. Dan sebahagian besar pula hanya mahu mencari wang yang mudah dan banyak tetapi hanya mahu membuat kerja-kerja yang sedikit dan jika boleh tidak payah membuat apa-apa kerja pun. Caranya memang ada tetapi ia perlulah dipelajari dahulu. Mereka ini terdiri daripada golongan seperti golongan yang terdesak, suri rumah , pelajar dan juga pekerja disektor awam dan juga swasta. Mereka mahu mencari alternatif menambahkan pendapatan yang mana jika boleh tidak perlu membuat apa-apa kerja. Dan sebahagian pula tidak mempunyai motivasi langsung untuk berusaha apabila sudah mendapat idea. Mereka menganggap makan gaji adalah lebih baik dan selamat kerana pihak yang menyedikan sumber kewangan. Mereka tidak perlu bersusah-payah memerah otak dan tenaga untuk mencari wang. Untuk mencari wang yang banyak dan membuat kerja yang mudah memang ada caranya dan ia sudah pun dibuktikan oleh ramai individu yang berjaya. Sebab itulah saya menulis buku ini supaya saya dapat menerangkan cara-cara untuk mencari wang yang banyak dirumah dengan membuat kerja kerja yang lebih mudah dan hanya memerlukan masa kerja yang minima sahaja.
7 )Pengiktirafan. Pengiktirafan yang diberikan oleh majikan selalunya tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan . contohnya ,seorang operator pengeluaran yang bekerja di sebuah syarikat gergasi jepun selama 16 tahun ,tidak mengambil cuti selama bertahun tahun , sentiasa mengambil kerja lebih masa setiap minggu dan cuti umum , mempunyai rekod kedatangan yang bersih . dia hanya diberikan pengiktirafan sebuah loket emas bernilai tidak lebih RM400 setelah 15 tahun bekerja .. Kenaikan gaji sebanyak RM 70 hingga RM 90 setahun hanya setelah lebih 5 tahun bekerja . Setelah 16 tahun bekerja gaji yang di perolehi hanya sekitar RM 1 ,500. sebulan sahaja .tetapi bagi mereka yang bekerja sendiri mereka boleh meningkatkan perolehan berlipat ganda banyaknya dalam masa setahun dua sahaja vergantung kepada cara mereka melakukannya. Golongan ini mampu mengiktiraf diri sendiri. 8 ) Menjimatkan masa. Bekerja sendri dapat menjimatkan banyak masa. Ini tidak boleh di lakukan jika bekerja denagn orang lain,yang memerlukan masa bekerja yang panjang dari 8 hingga 16 jam sehari. Bekerja sendri dapat menjimatkan masa,walaupun masa bekerja yang singkat tetapi menjadi lebih produktif dan menjimatkan banyak kos.boleh memelih masa bekerja sendiri, tidak perlu memohon cuti dari majikan dan sebagainya.hal ini sudah tentu akan berlaku jika anda bekerja dengan orang lain.
9 ) Kerja yang penting . Anda boleh melakukan hanya kerja yamg mustahak sahaja dan tidak membuang masa dengan berbual kosong dan melayan karenah birokrasi. Boleh menyelesaikan kerja dalam masa yang sedikit sahaja selebihnya boleh digunakan masa tersebut untuk bersama keluarga dan juga beriadah. Masa memang begitu berharga dan tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit dan nilai kasih sayang keluarga. Hanya orang yang tahu menguruskan masa dengan bijak sahaja akan dapt menikmati keseronokan dan kebahagian hidup sebenarnya. 10) Kemajuan teknoloji. Tidak dapt disangkal lagi pada masa kini bahawa kemajuan teknologi telah dapat membantu memudahkan dan meyelesaikan banyak sekali urusan hidup dan perniagaan. Dengan kemajuan teknoloji dan penciptaan peralatan komunikasi dan data telah membolehkan urusniaga dilakukan dirumah, dilaut, di belantara malah dimana sahaja ceruk rantau dan benua tanpa perlu menemui sesiap. Pemindahan wang boleh dilakukan dengan hanya stu panggilan ataupun dengan hanya menekan butang-butang tertentu sahaja. Malah dengan terciptnya pera;latan komunikasi baru yang berteknoloji tinggi dengan membuat satu panggilan sahaja sudah boleh menghasilkan wang bernilai berjuta. Cara yang pasti untukterlepas dari berjaya, ialah terlepas peluang. Victor Charles
HANYA ADA SATU PILIHAN DAN SATU HUKUM SAHAJA UNTUK DIPILIH
Didalam dunia ini hanya ada satu pilihan dan satu hukum sahaja yang boleh dibuat dan terpaksa diikuti . Bukan semua orang menyedari dan memahami perkara ini lebih-lebih lagi jika anda seorang yang suka bersenang-senang dan berleka-leka . Apakah pilihan tersebut ? Pilihan tersebut ialah mengenai kehidupan kita sendiri . Kita hanya ada satu pilihan sahaja , jika ada orang mengatakan banyak pilihan ianya adalah pecahan daripada pilihan utama ini . Pilihan tersebut ialah mengenai sama ada anda MEMILIH UNTUK BERJAYA atau ANDA MEMILIH UNTUK GAGAL . Itu sahaja pilihan yang ada yang boleh anda buat . Sama juga Jika anda sampai kesebuah bangunan penting , jika diatas sana ada PELUANG BAIK untuk mendapat kekayaan . Anda hanya perlu membuat SATU PILIHAN sahaja iaitu sama ada anda mahu naik keatas atau anda tidak mahu naik dan dengan maksud membatalkan niat anda yang asal . Mengenai hokum pula ialah anda akan dipandang lebih baik jika anda hidup senang atau berada . Anda boleh Tanya diri anda sendiri , apakah pandangan anda mengenai jenis kehidupan . Adakah anda lebih seronok hidup susah dan berada dalam kemiskinan , adakah saudara mara anda akan memuji anda jika anda hidup susah dan jika anda hidup senang dan mempunyai kekayaan , anda akan dipandang hebat dan akan dipuji pula malah anda akan dijadikan contoh sebagai simbol kejayaan . Inilah hokum yang diciptakan manusia . Sebenarnya menjadi miskin atau pun kaya ia adalah pilihan kita sendiri . Ada orang dengan mudah meletakan dirinya sudah DITAKDIRKAN untuk miskin . Ini adalah pandangan yang salah kerana kita berhak untuk MEMILIH dan boleh belajar pula . Menjadi miskin tidak salah , tetapi jika sampai meminta- minta ia adalah satu kerugian . Menjadi kaya juga tidak salah asalkan tidak sombong dan angkuh kerana kekayaan dan harta yang diperolehi adalah sebagai pinjaman dari Allah semata- mata dan ia boleh diambil pada bila bila masa . Yang paling baik dan berkat serta mulia ialah orang yang menjadi kaya dan suka membuat amal jariah dan sedekah . Bukan sahaja hartanya bermanfaat kepada dirinya tetapi mendapat berkat dan manafaat pula kepada orang lain . Inilah yang MESTI KITA CARI untuk bekalan hidup dialam akhirat . Semakin kita kaya semakin banyak pula pahala yang kita perolehi . Sebaliknya jika kita miskin biasanya kita mudah menjadi kufur jika iman kita tidak kuat . Semakin miskin semakin kurang ilmunya dan semakin banyak jahilnya sebab itulah mudah sahaja Untuk membuat maksiat dan mengingkari perintah Allah . Ingatlah !Dudukdiam dan mengeluh hanya akan menambahkan Kemiskinan dan kegagalan . terlebih rehat dan terlebih tidur hanya melebihkan hutang.
KISAH BENAR Siapa yang tidak pernah gagal tidak akan menjadi kaya Charles H . Spurgeon.
Zaman yang pantas perkembangan teknologinya ini dan dengan terhasilnya ciptaan berbagai peralatan berteknologi tinggi telah dapat melahirkan beribu-ribu peluang kerja dan sebahagian besarnya telah memberikan ruang untuk orang biasa mendapatkan wang hanya dari rumah sahaja . Malah beribu orang sudah pun melakukannya diseluruh dunia sejak beberapa dekad yang lalu . Semua orang sebenarnya boleh mempunyai pendapatan yang tinggi secara sampingan atau sepenuh masa dirumah jika mengetahui caranya . Bekerja dirumah mempunyai keburukan dan kebaikan tersendiri . Anda boleh sentiasa bersama keluarga dan mengetahui apa yang berlaku dalam keluarga setiap hari .
Orang cina biasanya memiliki dan menjalankan perniagaan keluarga dimana mereka tinggal didalam bangunan yang sama Setiap ahli keluarga mempunyai pendedahan tentang perniagaan dan keusahawanan sejak dilahir lagi . Sebab itu cara pemikiran dan budaya hidup mereka adalah cara hidup usahawan . Didalam buku panduan ini anda akan diajar bagaimana anda boleh menjadi usahawan dirumah dan anda boleh MEMBINA mesin mencetak wang anda sendiri dirumah dengan cara lebih mudah . Anda boleh melakukan kerja-kerja selama 2 hingga 5 jam seminggu yang boleh menghasilkan pendapatan hingga berbelas ribu ringgit sebulan , walaupun bunyinya agak luarbiasa tetapi ia adalah satu kenyataan dan kisah benar yang berlaku keatas penulis buku ini yang pernah jatuh bangkrap beberapa tahun dahulu .. Penulis buku ini ialah saya sendiri iaitu MOHD HAMIDAN B . SALIHEN .
Saya berasal dari kampong dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi , bersekolah hanya tamat tingkatan tiga pada tahun 1979 .Anak yatim piatu sejak berusia 5 tahun lagi . Saya pernah bekerja sebagai penoreh getah, mengait kelapa sawit , bekerja sebagai pembantu kedai , pembantu kantin , menjadi pemandu jentera berat dan sebagainya . Saya pernah berniaga makanan diwarung sehinggalah saya boleh membuka restoran sendiri , pernah memiliki rumah dan kereta dan mempunyai simpanan wang yang banyak . Semuannya telah saya usahakan sendiri tanpa mendapat bantuan daripada keluarga kerana saya adalah anak bungsu dan memang telah berdikari sejak tamat sekolah lagi .dipendekkan cerita pada tahun 1989 saya telah berkenalan dengan seorang broker saham yang menjalankan urusniaga pasaran saham hadapan komoditi berpusat di Singapura. Walaupun tidak mempunyai pengetahuan langsung dalam bidang tersebut saya telah berani melaburkan hamper semua wang yang saya simpan. Semuanya disebabkan hilang pertimbangan dan pendengar janji manis boleh mendapat keuntungan yang tinggi. Malang memang tidak berbau, hanya dalam masa lebih kurang 2 bulan sahaja semua wang saya telah lenyap begitu sahaja. Habis segala penat lelah saya selama bertahun dan musnah pula hingga berpuluh ribu ringgit. Walaupun kereta dan rumah sudah dijual hutang tetap tidak berbayar habis. Saya terpaksa menutup kedai kerana tiada modal pusingan, terpaksa menyewa rumah dan hanya naik basikal. Sehinggakan hinggakan mahu makan pun saya tiada wang dalam poket. Pad masa itu saya hamper mati akal dibuatnya kerana tidak tahu macam mana dan dimana lagi nak cari wang untuk menyara diri. Semua barang keperluan telah saya jual termasuk perabut rumah tetapi saya masih tetap mempunyai hutang. Pernah satu ketika saya hanya mampu makan roti sandwich dan air kosong sahaja selama satu minggu. Bukan sahaja hilang tenaga, semangat pun hampir hilang, Dalam keadaan seperti ini tiada siapa pun yang mengambil peduli dan sudah menjadi sikap saya bahawa saya tidak akan meminta apa-apa bantuan daripada keluarga. Pada masa itu jika boleh saya mahu mencari wang seberapa banyak yang boleh dengan segera. Tetapi memang tidak ada CARA SEGERA untuk mencari wang dengan hanya menggunakan kaedah biasa. Dalam masa itu saya pun dengan rasa renah hati membuat semula kerja-kerja kampung yang pendapatnya tidak seberapa. Untuk menyara diri pun tidak mencukupi apatah lagi untuk membayar hutang. Saya diburu kegelisahan setiap masa dan juga pengutip hutang.
Kemudian saya telah memohon kerja disebuah gudang menggeridkan kayu dan papan secara kontrak dan memperolehi pendapatan yang tidak mencukupi untuk membayar hutang, sewa rumah, bil telefon , bil air dan bil elektrik. Malah saya memang selalu terpaksa mengikat perut dan tidak makan. Selama 6 bulan saya tidak dapat membayar sewa rumah dan hamper di halu keluar, say apernah ditanya oleh jiran apa yang saya makan. Selama satu setengah tahun saya mengalami keadaan demikian . Saya sebenarnya memang hampir mati akal mengenangkan hutang yang tidak habis-habis malah dalam tempoh tersebut saya tidak pernah menonton TV dan mendengar radio kerana semuanya sudah dijual dan tidak mampu untuk memiliki lagi. Bayangkan betapa bosanya hidup saya ketika itu dan nasib saya masih belum berkahwin lagi ketika itu. Tetapi yang membuat saya rasa terkilan selama bertahun-tahun ialah saya telah ditanggalkan tunang saya dalam masa menhadapi keadaan yang sangat sulit itu walaupun telah saling kenal selama 7 tahun. Itulah sikap manusia yang sebenarnya yang dapat saya pelajari. Tetapi syukur sekarang saya telahpun berumahtangga dan bahagia. Di ringkaskan cerita lagi pada awal 1991 saya telah menemui satu system mencari wang yang boleh dijalankan dari rumah. Saya telah menemui sistem tersebut melalui buku yang dijual secara iklan didalam sebuah majalah fotografi bebahasa Inggeris. Saya telah membeli buku tersebut secara pos dari England dengan harga RM240 sebuah. Setelah tida bulan barulah saya menrima pesanan tersebut. Buku tersebut menceritakan bagaimana orang malas boleh menjadi kaya (jutawan) dengan menggunakan satu sistem perniagaan dirumah . Pada mulanya saya agak ragu-ragu dan tidak yakin untuk melakukannya lalu telah membeli beberapa buku seperti itu lagi dari luar negeri dan saya juga cuba menyertai berbagai sekim mencari wang dirumah tapi tiada hasilnya . Beribu-ribu wang saya telah habis hinggakan hutang yang patut di bayar tetapi tidak saya bayar . Dan sebahagian dari wang tersebut saya pinjam dari kawan-kawan . Pada tahun tersebut (1991) saya telah memberanikan diri memulakan usaha pertama saya dan saya pinjam duit dari kawan sebanyak RM 35 . Dari usaha yang pertama itu saya memperolehi pulangan sebanyak RM 400 , kemudian saya labor semula sebanyak RM180 , 3 minggu kemudian saya menerima RM 3,400 , inilah jumlah wang yang paling banyak pernah saya perolehi sejak dua tahun lalu . Di bulan berikutnya saya melabur semula sebanyak RM 376 ,hasilnya dalam masa 21 hari kemudian saya telah memperolehi wang sebanyak RM6, 500.Di bulan berikutnya pula saya melabur sebanyak RM 700 ,selepas 25 hari saya menerima RM11,200 .Kehidupan saya sudah mula berubah dalam masa beberapa bulan sahaja . Sekarang saya memiliki pendapatan sebanyak RM10, 000 hingga RM 16 ,000 sebulan hanya dengan bekerja selama 2 hingga 5 jam seminggu hanya dari meja makan dirumah saya . Inilah cara mencari wang yang paling mudah pernah saya perolehi setakat ini .
puluh sembimlan peratus kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu,siapa yang mahu dan tidak birtindak,dia adalah haiwain perosak
-William Balake.
sembilan
Kewajipan berdoa
Sebagai manusia tidak kira walau apa juga bangsa dan agamanya mereka tidak akan terlepas daripada bergantung kepada Penciptanya yang maha kuasa . Dan setiap makhluk yang dijadikan Allah tidak akan terlepas dari berdoa memohon perlindungan dan kemudahan hidup serta dimurahkan rezeki , hatta makhluk-mahkluk yang lain .Tetapi kebanyakkan manusia selalunya akan memohon doa apabila berada di dalam keadaan tersempit kecualilah mereka yang terdiri dari golongan orang-orang yang benar benar beriman dan bertakwa kepada Allah .Memang tidak dinafikan bagi orang islam yang mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam sentiasa berdoa di dalam solatnya agar Allah memurahkan rezeki kepadanya . Berdoa kepada Allah merupakan amalan yang mulia tetapi apabila doa tersebut tidak disusuli dengan perbuatan sekali maka sukar baginya untuk mencapai apa yang diingini kerana Allah tidak akan menurunkan rezeki dan segala kemudahan terus melayang daripada langit .Malah setiap usaha yang disertakan dengan niat yang ikhlas akan diberikan pahala pula . Sebenarnya peluang-peluang adalah smber rezeki yang dianugerahkan kepada manusia secara tersembunyi dan nikmat akal yang telah dianugerahkan kepada manusia . Allah menyuruh kita berfikir supaya dapat melihat dan mensyukuri nikmat yang melimpah ruah itu .Sering kali peluang datang kepada kita dalam bentuk tersembunyi sama ada ia datang melalui kawan-kaean atau dari sikap suka membaca kita atau dari pergaulan kita atau orang-orang yang berdaya maju . Ia mungkin terdapat didalam jualan langsung , menjadi agen insurans dan sebagainya . Tetapi malangnya terlalu ramai orang beranggapan bahawa rezeki itu hanya datang dalam bentuk yang nyata sedangkan rezeki yang lebih besar sebenarnya masih tersembunyi dengan banyaknya di didalam bentukyang berbeza-beza . Dari pemerhatian penulis ramai sekali orang yang telah menolak peluang datang setiap hari di dalam hidupnya dengan alasan mereka sibuk dan tidak cukup masa dan mereka mempunyai seribu satu alasan untuk tidak mahu melakukan sesuatu . Walhal ramai orang-orang kaya yang pada awalnya telah bekerja keras dan akhirnya telah mempunyai lebih banyak masa dan wang berbanding orang biasa yang kurang berjaya atau tidak berjaya . Orang kaya mempunyai lebih banyak masa dan wang tetapi orang biasa tidak mempunyai masa dan juga wang .Siapakah yang tersilap dalam hal ini ?Orang yang berdoa tetapi tidak melakukan sesuatu bolehlah dikatakan tidak wajar baginya berdoa meminta supaya ditunjukkan jalan tetapi tidak pula mengikuti jalan yang diberikan adalah sia-sia sahaja walaupun DOA itu sendiri adalah satu ibadah tetapi dia akan gagal mendapatkan manafaat jika tidak tahu berfikir dengan sempurna Bezanya diantara orang-orang yang berjaya dan orang yang gagal ialah cara bagaimana dia berfikir dan bertindak .Jika pendapatan anda hanya sebanyak RM500 atau RM2000 sebulan dan anda rasa ia tidak mencukupi dan pada masa yang sama pula anda sering berdoa agar di murahkan rezeki tetapi dalam masa yang sama juga anda selalu menolak berbagai peluang .Memanglah mustahil bagi anda boleh mengubah nasib anda kerana sudah jelas dinyatakan di dalam Quran bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri mahu mengubahnya jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alas an.
Sebenarnya , apa yang anda fikirkan dan angan-angankan ianya adalah merupakan satu doa senyap anda kepada Allah .Pemikiran anda yang sedemikian akan mempengaruhi otak anda danjuga anggota tubuh anda .Contohnya jika anda tidak begitu percaya dan yakin terhadap apayang anda impikan sudah tentu ianya akan membawa kepada seluruh ANGGOTA TUBUH supaya tidak mempercayai dan meyakini diri sendiri .Fikiran anda akan mempengaruhi tubuh badan anda sekiranya selalu mengelakkan amalan tersebut .
Sebenarnya permintaan dan doa dalam senyap ini jauh lebih merbahaya keranaia akan mempengaruhi seluruh perbuatan dan kehidupan anda . Ianya adalah satu permasalahan makro . Ia mungkin akan menyebabkan anda mempunyai sikap tidak percaya diri sendiri , sikap pengecut untuk mencuba dan bertindak , malah sikap ini akan memakan dirisendiri dimana anda akan terperangkap di dalam penjara ciptaan diri anda sendiri.Ada suri rumah dan orang-orang biasa yang berfikiran mereka agak sukar untuk memulakan perniagaan sediri dirumah .Sebenarnya ia tidak susah mana asalkan anda mahu mencubanya . Halangan dan rintangan memang ada , tetapi kita tidak akan dapat mengetahui apa yang ada diatas bukit sana jika kita berani untuk mendakinya .Mungkin pemandangan diatas bukit tersebut sangat indah dan udaranya juga begitu segar , sudah tentu sangat HEBAT!
Tanamkan Sifat Positif Dengan Kejayaan Dan Menghargai Dan Menggunakan Akal Yang Telah Dianugerahkan Kepada Kita Dengan Bijaksana Dan Maksimun
JUAL IDEA SENDIRI ATAU IDEA ORANG LAIN DAN JADIKANYA SEBAGAI ( BAHAN ) KOMODITI MAKLUMAT
Mungkin anda tidak pernah memikirkan bahawa apa yang anda miliki dan ketahui merupakan harta atau aset utama didalam hidup anda. Perkara tersebut mungkin mengenai pengetahuan anda , pelajaran anda, kemahiran anda kerana tiap-tiap orang memiliki kemahiran tersendiri . Ianya juga mungkin mengenai hobi, seperti berbasikal, menonton, bersiar , mengumpul setem, memancing , menyanyi , dan sebagainya . Pengetahuan pula mungkin mengenai jahitan , membaiki kereta , membaiki peralatan elektronik, menggunakan komputer, menaip , dan sebagainya lagi. Dengan memiliki itu semua jika di olah dengan betul tidak mustahil anda boleh menjadi kaya pada satu hari nanti atau anda mungkin akan menjadi seorang jutawan kerana semua itu merupakan sumber emas yang sudah ada dalam diri anda yang masih belum di gali lagi. Maknanya anda tidak perlu lagi berkejar kesana dan kemari untuk mencari benda yang anda sendiri belum pasti sebaliknya jika nada mahu menyelidiki apa yang nada ketahui ia boleh menjadi telaga emas. Bagaimanakah caranya untuk menggali emas dan membina kekayan dari dalam diri yang sudah sedia ada itu ?. Dengan itu eloklah anda membuka fikiran terlebih dahulu sebelum anda pergi lebih jauh lagi . Dapatkan fakta dan contoh bagaimana ramai orang yang telah mencipta kekayaan melalui apa yang mereka ada dan katahui . Tanpa perlu membuang masa lagi cuba lihat kepada kerjaya seorang konsultan atau penasihat kewangan , perniagaan , kerjaya , kesihatan , peribadi , dan lainlain lagi . Penasihat perniagaan misalnya memberi khidmat nasihat mengenai cara memulakan perniagaan , memilih jenis perniagan , mencari nama perniagaan , cara memasarkan produk , dan sebagainya . Agensi perkhidmatan kewangan , mereka hanya menjadi agen penyelesai masalah orang lain. Begitu juga dengan penasihat atau perunding kerjaya yang mengajar anda cara memohon kerja , menghadapi temuduga , mereka mengadakan kursus dan seminar dengan mengenakan bayarn tetentu bergantung kepada jenis kerja . Doktor dan penguam juga begitu , mereka cuba menyelesaikan masalah oaring lain melalui khidmat nasihat mengenai kesihatan , ubat-ubatan , rawatan dan bagi seorang peguam pula mereka memberi khidmat mengenai cara membuat perjanjian jual beli , pinjaman , wasiat kematian mengenai harta dan lain-lain. Malah para tabib dan tukang urut , dukun dan bomoh dan pengamal perubatan Islam dan tradisional juga adalah bertindak sebagai PENYELESAI MASALAH dan pemberi khidmat .Ya ! mereka semua mengenakan bayaran , melalui khidmat dan maklumat yang diberikan . Marilah kita lihat pula kepada majalah-majalah yang tajuknya beribu-ribu jenis , akhbar harian dan mingguan yang menerbitkan berbagai isu dan cerita. Stesyen TV dan radio yang berbagai jenis, mereka menyiarkan berbagai rancangan, berita , rencana , iklan-iklan . Pakar sakit jiwa hanya memberikan nasihat-nasihat untuk orang yang menghadapi masalah kehidupan supaya mereka boleh hidup dengan lebih aman dan tenteram.Mereka yang memberikan nasihat mengenai pengurusan masa dan kerjaya semua ini bidang adalah orang yang boleh membuat wang . Bagaimana mereka melakukannya? Mereka adalah agen pemberi maklumat mereka telah belajar mengenai kerjaya mereka sebelumnya. Kemudian mereka mencipta kekayaan melaluinya. Saya juga telah membina kerjaya saya dan telah memperolehi pendapatan yang sangat lumayan dengan menjadi agen maklumat tetapi dengan cara yang lebih mudah dafn tidak perlu menemui pelanggan serta bercakap dengan mereka .Saya mempunyai cara yang lebih mudah dan menguntungkan dengan menjual maklumat yang mudah di rumah.Setiap hari kita menggunakan maklumat di dalam kehidupan , tanpanya kita tidak akan dapat menikmati kehidupan yang sempurna. Contohnya jika seorang petani hanya mahu menggunakan cara lama sahaja untuk bertani tanpa mahu mencari kaedah dan pengetahuan baru , maka dia bukan saja akan ketinggalan dari segi pendapatan malah dia juga akan semakin kurang upayakeranakehabisan tenaga dan akan menjejaskan produktivitinya . Sebaliknya jika dia mencari pengetahuan dan menggunakan kaedah pertanian baru dan moden sudah pasti dia akan memperolehi pendapatan berlipat kali ganda dan masih mempunyai masa yang banyak disamping tenaga yang tetap kuat . Jika menggunakan kaedah lama dan usang mereka perlukan tenaga kerja yang ramai ,masa yang lama , pengurusan yang tidak kemasdan mantap . Ini jelas membuktikan maklumat memang SANGAT PENTING dan amat diperlukan untuk mengubah hidup anda . Sebab itulah saya memilih untuk bekerja sendiri setelah saya memperolehi maklumat ini dahulu . Saya hanya menjadi penyedia maklumat kepada sesiapa sahaja yang berminat, salah satu maklumat yang saya edarkan ialah seperti buku yang sedang anda pegang dan baca ini sekarang . Dulu saya juga mencari maklumat seperti ini . Sebab itulah dunia , maklumat ADALAH SEPERTI LOMBONG EMAS . Dengan menjual maklumat anda PASTI BOLEH memperolehi pendapatan yang SANGAT BESAR DAN LUMAYAN seperti yang saya lakukan sejak dahulu sehingga sekarang . Sudah tentu ANDA JUGA BOLEH MELAKUKANYA.
ATTENTION
ANDA MESTI MENAJAMKAN GERGAJI MATA GERGAJI ANDA
Pernahkah anda melihat gergaji dan menggunakannya ? I adalah alat untuk memotong kayu , besi ataupun plastic . Bagaimanakah agaknya jika mata gergaji yang anda gunakan itu tidak tajam ataupun tumpul ? Memang sukar untuk anda menggunakan kerana bukan sahaja lambat untuk menghabiskan kerjamemotong malah ia amat meletihkan sekali .Lebih-lebih lagi jikaandamemotong besi yang keras itu .Begitu juga halnya jika pisau di dapur yang sering digunakan itu matanya tidakmatanya sudah tentu ia amat membosankan .Untuk menggunakannya dengan lebih selesa dan mudah apayang perlu dilakukan ialah mengasah atau menajamkannya matanya sama ada dengan batu asah biasa ataupun dicanai dengan grender .Jika anda memotong juga dengan mata gergaji atau pisau yang tumpul itu bodohlah maknanya kerana hanya akan memenatkan sahaja . Begitulah juga denganminda atau akal fikiran atau otak andaitu kerana ia adalah jentera utama di dalam tubuh anda . Tanpa jentera yang boleh berfungsi dan berkeadaan dengan baik maka banyak kerja yang akan terbengkalai dan tidak dapat di siapkan . Apa yang mahu saya di jejaskan disini ialah bolehkah anda melakukan sesuatu kerja tanpa memiliki pengehtahuan tentangnya ? Walaupun boleh kemungkinan besar ialah kerja tersebut tidak sempurna seperti yang sewajarnya . Oleh sebab itu sebaliknya anda perlu belajar dan maedapatkan pengetahuan sebelum melakukan kerja yang anda ingini begitu jga dengan hasrat anda untuk memiliki pendapatan tinggi dan lumayan .Kerana wang tidak akan dapat anda miliki tanpa anda tahu cara untuk mengambilnya . Begitu juga jika anda ingin memiliki gadis idaman atau jejaka idaman , anda pun perlu mengetahui latar belakang , sikap , cara untuk mendekati , dan mengenalinya , anda juga perlu mempunyai keyakinan diri barulah akhirnya anda boleh memiliki apa yang diinginkan dan diidamkan. Hal ini samalah halnyadengan menajamkan mata gergaji untuk melaksanakan kerja-kerja potongan . Tanpa otak yang tajam dan berpengetahuan wang tidak akan turun dari langit dengan sendirinya .Wang juga memerlukan cara dan teknik untuk mengambilnya contohnya seperti dengan bekerja dan berniaga .Anda perlu menyedari bahawa AKALkita jika dibiarkan terlalu lama dan tidak digunakan ia juga boleh berkarat sebagaimana dengan besi .Ini disebabkan perkara- perkara negative atau maklumat salah yang di dengar dan diterima setiap hari menyebabkan ia boleh jadi begitu . Perkataan yang sering didengar seperti tak ada masa nantilah dulu .. ;eceh malaslah takutlah susahlah sekarang tengoklah nanti boleh ke ? ini semua merupakan unsure yang boleh mempercepatkan lagi proses mengkaratkan otak atau minda anda .Besi yang berkarat sudah tidak begitu bernilai lagi kerana lebih lama ia berkarat ia semakin reput . Begitu juga dengan otak dan akal anda jika dibiarkan sahaja dengan cara pemikiran biasa tanpa perlu ditambah dengan pengetahuan baharu iaakan mengkaratkan lagi otak anda . perkataan seperti itu seringkali diucapkan oleh 99 % manusia di dunia ini kerana selalu sangat mendengar perkataan seperti itu akhirnya terbentuklah sikap negative yang akan memusnahkan diri sendiri . Ia samalah juga dengan sampah yang di longgokkan didalam tong sampah yang tidak dibakar atau ditimbus jika dibiarkan semakin lama ia semakin bertokok tambah dan akhirnya melimpah serta mengeluarkan bau busuk yang amat menjijikkan . Otak jika tidak kerap dicuci tentu melahirkan sikap danakhirnya perbuatan yang buruk .Jika anda selalu mendengar perkara negative atau buruk lama-lama ia akan melahirkan perbuatan dan tabiat ini lebih buruk lagi kerana menjadi sukar untuk dikikis jika sudah bertapak . J ika andabergaji dua ribu sebulan dan bercita-cita membeli kereta mecedes dengan gaji tersebut itu sudah gila namanaya . Tetapi jika seorang pemintasedekah berhasrat berenti jadi pengemis sudah pasti dia boleh jika dia mahu melakukannya .Tanpa kemahuan dan komitmen yang betul-betul sudah tentu sukar untuk mencapai apa yang diimpikan . Komitmen bermakna anda perlu mengikat diri dengan apa yang sedang di lakukan .Bukan sekadar membuat sesuatu sambil lewa kemudian jika tidak berhasil anda berasa kecewa dan mencari lagi cara lain . Jika andaasyik bersikap begitu sudah pasti anda sudah melimpah kegagalan sahaja Untuk berjayaanda perlu buat betul- betul (bersungguh-sungguh ) dan bertanggungjawab . Jangan hanya suka melepak dan membuang masa dikedai kopi , jangan suka berbual kosong , jangan suka bergosip , jangan hanya membaca majalah hiburan yang tidak berfaedah , jangan suka melepak di depan TV berjam- jam .Gunakan masa terluang untuk membaca kisah-kisah orang berjaya dan jika bolah berkawan dan dampingilah orang yang berjaya dan juga jutawan . Tetapi jangan mendampingi ahli korporat kedai kopi dan kaki putar alam shah (orang yang suka cakap banyak ).
AL KISAH
Pada satu masa dahulu terdapat sebuah kisah yang benar-benar berlaku disebuah tanah Arab mengenai seorang pemuda yang datang untuk berguru disatu tempat perguruan yang begitu jauh dan terkenal . Kisah ini ada;ah mengenai seorang anak muda yang mengembara dan berjalan berbulan bulan lamanya semata-mata untuk menemui seorang guru untuk menuntut ilmu .Maka setelah sekian lama berjalan dengan menempuh berbagai dugaan dan bahaya akhirnya sampailah beliaukesebuah negeri yang dimaksudkan yang terletak di semenanjung arab itu . Setelah sampai dirumah guru tersebut dan setelah memberi salam serta memperkenalkan dirinya maka dia pun dijemput masuk .Guru tersebut memjemput beliau duduk sambil merehatkan badan ., sementara itu guru tersebut masuk ke dapur dan mengambil minuman yang terkenal ditanah arab iatu sejenis teh yang diperbuat daripada herba . Guru tersebut memberi sebiji cawan yang di perbuat daripada tanah kepadanya . Sambil memegang cawan tersebut dia telah ditanya beberapa soalan dan tujuan dia datang kesitu . Guru tersebut pun menuangkan air teh tersebut kedalam cawan yang sedang dipegang oleh pemuda itu . Tiba-tiba pemuda itu menjerit terperanjat sambil berkata ; cukup.cukup cawan saya sudah penuh, air sudah melimpah . Guru tersebut terus juga menuang air sehingga habis . Apabila air sudah habis guru tersebut lantas berkata ; Nak ! adakah kamu rasa kamu sudah mempunyai ilmu yang banyak apabiladatang kemari ? Janganlah menjadi seperti cawan ini yang sudah penuh dan melimpah airnya . Banyak lagi yang mesti di pelajari kerana semakin banyak yang kita tahu semakin kurang rasanya ilmu yang di miliki . Jangan sekali-kali merasakan diri kita sudah cukup berilmu sedangkan banyak lagi perlu di pelajari didalam hidup .Oleh itu sentiasalah merendahkan diri dan mengosongkan fikiran untuk mempelajari perkara baru . Hidup tidak boleh berhenti daripada belajar, proses belajar sebenarnya bermula sejak dari dalam rahim lagi sehinggalah sampai keliang lahat . Hidup dan masa depan adalah dibentuk oleh fikiran masa kini apa yang anda fikir itulah diri anda . Jika anda fakir anda malu , malas , takut , leceh dan sebagainya maka tidak hairanlah anda akan jadi seperti itu malah semua yang datang dirasakan sukar . Hidup kita di bentuk oleh fikiran kita . Apa yang kita semai hari ini , kita akan menuainya kelak . Jika kita menyemai benih kejayaan dan benih kekayaan sudah pasti kita akan menuai hasilnya kelak seperti yang kita inginkan . Sebelum itu anda juga mestilah memjaga benih yang di semai dengan menyiramkan air danjuga memberi baja . Jika anda menyemai benih dan tidak diberikan perhatian dan penjagaan teliti , tidak mungkin anda akan dapat menuai hasil yang baik ,malah silap hari bulan benih yang disemai langsung tidak tumbuh . Apa yang boleh dipelajari dari cerita diatas ialah , jika anda menyemai benih kejayaan ,andamestilah memjaganya dengan melaksanakan semua hokum kejayaan seperti mencari ilmu pengetahuan , menggunakan masa dengan betul dan bijak , jujur dan ikhlas , sabar dan tekun tetapi berusaha gigih dantidak mudah berputus asa . Jika gagal sanggup meneliti punca kegagalan dan berusaha sekali lagi InsyaAllah kejayaan akan mendapatkan anda. Wang juga hanya menyukai orang-orang mempunyai sifat seperti diatas . Dari cerita diatas maka bolehlah kita ambil iktibar bahawa sesungguhnya kita tidak boleh mengaku pandai dan sentiasa bersedia untuk belajar setiap hari daripada orang lain kerana pelajaran daripada orang lain yang berjaya adalah lebih baik daripada belajar di universiti tanpa amali . Belajar daripada orang yang berjaya sebenarnya dapat menjimatkan bukan sahaja tenaga dan masa tetapi ia lebih menjimatkan wang . Contohnya anda boleh belajar dengan membaca buku kisah kejayaan seorang usahawan . Hanya dengan model beberapa puluh ringgit sahaja anda sudah boleh MEMBELI PENGALAMAN usahawan tersebut yang mana jika anda perlu menggunakan wang untuk mengalami sendiri semua rintangan dan kesusahan berapa banyakkah wang yang sanggup anda belanjakan ? Anda dfapat menghindari segalakesilapan yang dilakukan dan dilalui oleh usahawan tersebut dan anda hanya perlu melaksanakan apa yang disarankan . Adakah anda rugi mempelajari prinsip kejayaan dan membayar sedikit wang untuk mendapatkan pengalaman orang-orang yang berjaya ? Jika anda merasa rugi membayar sedikit wang untuk mendapatkan prinsip kejayaan lebih baik anda jangan menyimpan cita-cita dan impian untuk hidup senang kerana kesenagan tidak boleh di jual beli .Anda tidak mendapat kesenagan yang datang bergolek terus keriba anda. Tetapi ramai orang yang telah menjadi seperti cawan atau gelas yang penuh .Apabila tamat BELAJAR di sekolah atau universiti sahaja mereka rasakan ianya sudah cukup bagi diri mereka dan malas untuk belajar benda-benda yang baru dengan yang lain perkataan mereka telah meletakkan had batasan hidupnya .Mereka mencipta siling diataskepala mereka sebagai halangan .
Kelalaian Yang Paling Sering Disesali Orang Ialah Tidak Mempergunakan Ketika Ada Kesempatan Untuk Kebaikan .
Sebenarnya hidup ini dipenuhi dengan peluang yang akan membawa kepada kegembiraan dan juga kebahagian . Kesihatan , cinta , keluarga bahagia , kerjaya yang memuaskan , rakan-rakan , kejayaan kewangan , kepuasan diri dan memiliki kekayaan , semua ini boleh mendatangan kegembiraan sebaliknya jika tidak memiliki semua peluang diatas anda berisiko hidup tidak bahagia dan tidak gembira . Jika anda meletakkan had diri anda didalam kongkongan hanya mahu selamat atau hanya mahu mencari tapak yang selamat , ternyata anda telah memenjarakan peluang untuk gembira . Tetapi apabila anda boleh membuangkan rutin lama itu dan berusaha untuk melepasi halangan serta menggunakan pendekatan yang tidak terhad maka anda sebenarnya telah membuka ruang untuk menikmati peluang yang mat besar untuk diri anda . Anda akan memberikan keputusan yang sangat adil kepada diri sendiri untuk memilih dan menikmati kehidupan yang benarbenar menggembirakan kerana tidal ada orang lain yang berhak membuat keputusan terhadap kehidupan dan diri anda kecuali diri sendiri . Oleh itu sentiasalah ingat bahawa hidup ini sebenarnya risiko bukanya cara untuk mengelakkan risiko . Jika anda tidak melakukan sesuatu yang berguna didalam hidup anda apabila anda mati kelak anda juga akan ditanya diakhirat tentang masa hidup didunia ini adakah anda telah melakukan perintah dan kebaikan ? Semua ada risiko , hidup berisiko matipun berisiko jadi kemana lagi hendak anda larikan diri daripada menempuh risiko ? Jangan takut untuk melakukan sesuatu atas alas an kerana ia mempunyai risiko , kerana risiko yang sebenar ialah apabila anda tidak melakukan suatu apa pun didalam hidup anda . Itu risiko terbesar yang SEBENARNYA . Katakanlah anda lapar lalu pergi ke restoran untuk makan . Tetapi anda takut masuk ke kedai tersebut kerana tidak tahu sama ada makanan yang disediakan itu bersih atau tidak , atau anda malas berbaris sedangkan orang terlalu ramai , berbaris, berjalan dan berdiri juga risiko manalah tahu ada penyeluk saku atau anda mungkin boleh pitam kerana bediri terlalu lama . Oleh kerana anda tidak mengenali sesiapa anda mungkin akan kelaparan kerana tiada siapa yang boleh menolong anda . Sedangkan bila anda makan pun mungkin anda boleh tercekik tulang atau sakit perut . Tetapi risiko terbesar yang anda hadapi ialah jika anda tidak makan dan tidak berbuat apa-apa pun . Ia boleh menyebabkan anda mati disediakan kepada manusia . Jika anda miskin , hidup susah , telah bangkrap dan tiada pekerjaan tetapi anda tidak melakukan sesuatu yang wajar maka anda akan menanggung risiko yang lebih bsar lagi . Sekarang anda tentu sudah boleh memahami mengapa para bijak pandai mengatkan: Orang yang takut gagal itu ialah orang yang takutkan kejayaan . Dia akan menempoh risiko yang sebenar apabila cuba lari daripada risiko BUATAN . Untuk menikmati kejayaan dan kekayaan kita mesti BERANI GAGAL dan berani MENANGGUNG RISIKO . Jika tidak anda hanya akan jadi seperti tunggul hanyut di laut , kesana kemari . Kehidupan manusia penuh dengan nikmat yang melimpah ruah yang telah disediakan oleh Allah yang MahaKuasa. Wang dan kekayaan sudah lama disediakan kepada manusia. Anda hanya memerlukan ilmu pengetahuan dan cara untuk memilikinya sahaja . Jika anda malas mengambil tahu dan mals mempelajari dan juga malas atau takut membelanjakan sedikit wang dan untuk mendapatkan ilmu tersebut maka anda bukan sahaja akan kerugian seumur hidup malah sebenarnya anda sendiri telah menolak NIKMAT ALLAH yang melimpah ruah itu , yang sememangnya sudah disediakan untuk manusia . Orang yang menolak nikmat dan tidak mensyukuri adalah golongan yang amat rugi kedua-keduanya , dunia dan akhirat . Orang yang sanggup merebut peluang dan sanggup berusaha dengan memerah otak dan tenaga akan mendapat banyak ganjaran , didunia dia mendapat ganjaran kesenangan dan kekayaan dan diakhirat dia akan mendapat balasan syurga jika harta yang perolehinya itu diperbelanjakan kepada jalan Allah. Maksud membelanjakan kekayaan kejalan Allah ialah dengan menyara keluarga dengan mencukupi , membelanjakan wang untuk mencari ilmu pengetahuan bagi diri dan keluarga juga anak-anak. Memberikan kehidupan yang terbaik . Banyak membuat amal jariah seperti bersedekah kepada orang susah dan miskin , bersedekah kepada anak-anak yatim , membantu membina madrasah dan sekolah , memberi rawatan kepada orang yang kurang mampu dan lain-lain lagi . Terlalu banyak keuntungan yang boleh anda perolehi dan patut anda rebut. Adakah anda hanya mahu duduk dirumah setiap hari melakukan perkara yang samaatau mengadap kaca TV siang dan malam sahaj lebih-lebih lagi bagi para suri rumah . Jika nada menggunakan akal anda dengan maksimum dan sentiasa memikirkan cara-cara untuk membantu keluarga dan meningkatkan perolehan keluarga nescaya anda boleh menemui caranya . Buku ini juga menerangkan cara-cara untuk meningkatkan perolehan dari rumah .