Anda di halaman 1dari 3

PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN TEMUDUGA (MOCK INTERVIEW) PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5/2011 PENDAHULUAN Persaingan untuk mendapatkan tempat di pusat-pusat

pengajian tinggi semakin hebat. Ini kerana para pelajar yang berkelulusan cemerlang SPM semakin meningkat sepanjang tahun. Pelajar-pelajar MRSM tidak terkecuali daripada persaingan untuk merebut peluang atau tempat dalam arena open market iaitu hanya yang terunggul dan trampil sahaja yang akan dipilih. Berdasarkan kepada hakikat ini, maka MRSM Balik Pulau mengambil inisiatif untuk mendedahkan para pelajarnya khususnya pelajar tingkatan 5 kepada pengetahuan asas temuduga dan aspek-aspek yang lain dalam temuduga. Adalah menjadi harapan MRSM Balik Pulau supaya para pelajar mempunyai persediaan yang cukup dan mampu bersaing dalam mempamerkan keunggulan daripada calon-calon yang lain semasa temuduga nanti.

OBJEKTIF 1. Mendedahkan kepada pelajar kepada keadaan /situasi temuduga yang akan mereka hadapi kelak. 2. Meningkatkan kemahiran mencari maklumat, kemahiran menyediakan maklumat yang diperlukan semasa temuduga di samping dapat membuat keputusan dalam memilih satu-satu pengajian dan kerjaya yang diceburi. 3. Memupuk budaya bersedia dalam setiap perkara yang perlu dilaksanakan sebelum sesuatu perkara itu dilaluinya nanti.

MATLAMAT DI AKHIR LATIHAN TEMUDUGA 1. Pelajar dapat mengenalpasti akan dirinya secara mendalam tentang aspek-aspek kelemahan/kekurangan yang perlu diperbaiki. 2. Pelajar dapat memainkan peranannya sebagai seorang calon temuduga yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam menghadapi temuduga nanti. 3. Pelajar dapat merancang dan melaksanakan perkara-perkara yang perlu sebelum menghadapi temuduga yang sebenar.

KUMPULAN SASARAN Semua pelajar tingkatan 5 seramai 131 pelajar

KAEDAH PELAKSANAAN

1.1

Latihan ini akan dijalankan pada 26 Julai 2011 (Selasa) sempena Minggu Aktiviti Pelajar. Ianya dijalankan dalam bentuk individu berkumpulan yang disertai 4 atau 5 orang pelajar dalam satu-satu kumpulan. Setiap kumpulan diwakili oleh 4 orang panel penemuduga (1 panel dalam/3 panel luar). Setiap kumpulan pelajar akan mengandungi 2 atau 3 calon lelaki atau perempuan dan sebaliknya. Bentuk latihan ini dijalankan dengan berlandaskan kepada suasana latihan temuduga bagi pelajar-pelajar yang hendak memohon penajaan, melanjutkan pelajaran selepas SPM atau pilihan bidang-bidang pengajian selepas SPM dan BUKAN bentuk latihan permohonan pekerjaan. Bahasa yang digunakan sepanjang dalam latihan ini adalah melibatkan Bahasa Inggeris sahaja. Terdapat 5 tempat yang difokuskan untuk sesi latihan ini yang setiap tempat difokuskan kepada pilihan kerjaya pelajar masing-masing iaitu : 1.3.1 1.3.2 1.3.3 Bilik Mesyuarat Bilik Konsultasi Jabatan Bahasa Dewan Ilmu 1.3.4 1.3.5 Bilik Gerakan BWP Bilik Gerakan PRS

1.2

1.3

1.4

Bentuk latihan ini dijalankan mengikut 3 peringkat utama iaitu : 1.4.1 Peringkat 1 : Mana-mana panel penemuduga akan memfokuskan secara individu kepada setiap calon temuduga dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan pengenalan diri pelajar seperti mana yang terkandung dalam Jenis Soalan Latihan Temuduga. : Mana-mana panel akan memfokuskan secara individu kepada setiap calon temuduga dengan menjurus soalan soalan yang berkaitan dengan pilihan program/bidang selepas SPM seperti mana yang terkandung dalam Jenis Soalan Latihan Temuduga. : Mana-mana panel akan memfokuskan secara kumpulan kepada setiap calon dengan menjurus kepada soalan yang berkaitan dengan isu-isu semasa/pengetahuan am pelajar berbentuk penyelesaian masalah seperti mana yang terkandung dalam Jenis Soalan Latihan Temuduga.

1.4.2

Peringkat 2

1.4.3

Peringkat 3

1.5

Masa yang diperuntukkan bagi setiap kumpulan dalam latihan ini adalah selama setengah jam (30 minit) untuk ketiga-tiga peringkat. Di mana setiap calon temuduga diperuntukkan selama 5 minit setiap seorang untuk menjawab setiap soalan bagi ketiga-ketiga peringkat. Walau bagaimanapun,terpulanglah di atas budi bicara para panel untuk memastikan kelancaran masa yang cukup bagi setiap kumpulan calon. Para panel penemuduga diberikan masa tambahan selama 5 minit bagi setiap kumpulan untuk memberikan komen dari segi kelebihan/kelemahan setiap calon di akhir sesi temuduga. Borang Penilaian Latihan Temuduga (Seperti mana yang telah dilampirkan sebelum ini) adalah berbentuk penilaian yang secara formatif dengan mengambil kira 10 kriteria yang berskala 1 hingga 5. Petunjuk Skala Penilaian adalah seperti di bawah ini :

1.6

BORANG PENILAIAN LATIHAN TEMUDUGA (MOCK INTERVIEW) PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 NAMA : ______________________________________________________________ NOMAK:___________________________ HOMEROOM: ____________________ PILIHAN KURSUS : 1. _____________________2. __________________________ TPNG SEMESTER 3 : _________________

FAIL/DOKUMEN CALON : BAIK / MEMUASKAN / TIDAK MEMUASKAN


PANDUAN SKOR : 5 CEMERLANG 4 BAIK 3 MEMUASKAN 2 SEDERHANA 1 LEMAH

PERKARA 1.PENGENALAN DIRI 2. PAKAIAN 3. REKOD KURIKULUM 4. PERSONALITI & SIKAP

5. KOMUNIKASI

6. KEYAKINAN DIRI & KEMAHIRAN BERFIKIR

7. CIRI-CIRI KEPIMPINAN

8. PENGETAHUAN AM 9. KESESUAIAN PILIHAN KURSUS

10. PENGUASAAN BAHASA INGGERIS

KRITERIA PENILAIAN Tanggapan pertama, kesediaan dan kemampuan berinteraksi. Kesesuaian pakaian, kekemasan dan kesopanan. Prestasi akademik keseluruhan. Perlakuan am, kesopanan, gaya, kawalan emosi, kesungguhan dan penyertaan dalam temuduga. Kelancaran percakapan, penyampaian yang jelas dan kecekapan menjawab. Kematangan cara berfikir dalam memberikan pendapat serta berupaya menyakinkan/ mempertahankan hujah. Berupaya mengendalikan latihan kumpulan dan bekerjasama dalam perbincangan kumpulan. Pengetahuan mengenai hal-hal isu semasa. Kesesuaian kursus yang dipilih berdasarkan kebolehan, potensi, kekuatan diri dengan menepati syarat/kelayakan akademik yang dicapai. Kefasihan dan kelancaran pertuturan.

SKOR (BULATKAN) 1 2 3 4 5 1 1 1 2 2 2 3 3 3 4 4 4 5 5 5

1 1

2 2

3 3

4 4

5 5

JUMLAH SKOR
ULASAN PANEL : ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

/50

Anda mungkin juga menyukai