Anda di halaman 1dari 2

KAJIAN TINDAKAN

KEBERKESANAN SISTEM YOUNG COACH DALAM KELAS UNTUK MEMBANTU PELAJAR DIPLOMA PEMASARAN SEMESTER 1 MEMAHAMI KONSEP ASAS PERAKAUNAN AWALAN.

OLEH :
NORHAYATI BINTI TAMAN JUHANA SIMARANI NASIBAH BINTI OMAR JABATAN PERDAGANGAN POLITEKNIK PORT DICKSON

ABSTRAK : Kajian ini dilaksanakan terhadap dua kelas Diploma Pemasaran Semester 1 pada pengambilan yang berlainan sesi, untuk mengetahui tahap keberkesanan young coach dalam pengajaran dan pembelajaran kursus P1105 Perakaunan Awalan, terutamanya untuk memahami konsep asas dalam perakaunan. Pelajar Diploma Pemasaran semester 1 sesi Januari 2009 merupakan sampel kajian kerana dari pelajar ini lah timbulnya idea young coach. Pelajar yang lemah dalam kursus Perakaunan Awalan semester Januari ini didapati lebih gemar bertanya rakan sebaya daripada bertanya kepada pensyarah

sementara pelajar yang mempunyai asas prinsip perakaunan dari sekolah suka membandingkan jawapan mereka dengan jawapan pensyarah atau mereka bergerak dari seorang rakan ke rakan yang lain untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang diberikan. Pelajar yang mempunyai asas Prinsip

Perakaunan ini juga sering dijadikan tempat rujukan pelajar-pelajar yang lemah atau pelajar yang tiada pengetahuan asas. Pelajar Diploma Pemasaran semester 1 sesi Jun 2009 merupakan sampel yang dikaji. Mereka

dibahagikan kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada empat atau lima orang pelajar dari pelbagai tahap pencapaian dalam SPM. Seorang pelajar dari setiap kumpulan akan dilantik menjadi young coach. Hanya pelajar yang mendapat keputusan A C dalam keputusan SPM sahaja yang boleh dipilih sebagai young coach dalam setiap kumpulan. Beberapa pertandingan menjawab pelbagai soalan berkaitan dengan topik dijalankan antara kumpulan. Ini dapat memotivasikan pelajar untuk cuba berlumba menjawap dengan betul dalam tempoh masa yang ditetapkan. Akhirnya pelajar di kedua-dua semester diuji dengan kuiz yang mempunyai tahap kesukaran yang sama mengikut topik. Keputusan kuiz 1 , 2 dan 3 bagi sesi Jun menunjukkan pelajar lebih cemerlang dibandingkan sesi Januari. Keputusan ujian juga membuktikan bahawa system young coach amat berkesan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Perakaunan Awalan. Selain dari itu keputusan pelajar yang menjadi young coach juga adalah lebih cemerlang dibandingkan dengan pelajar lain.

Anda mungkin juga menyukai