Anda di halaman 1dari 20

TAHNIAH SELAMAT DATANG

Ke Politeknik Ungku Omar


Politeknik Premier Kepada semua pelajar baharu Sesi Disember 2013
Buku panduan MSK ini hendaklah dibaca dengan teliti dan difahami sepenuhnya. Ianya hendaklah disimpan dengan baik kerana sebahagian daripadanya haruslah dijadikan rujukan dan panduan anda di sepanjang menjadi pelajar Politeknik Ungku Omar.

Semoga anda sekalian menjadi warga/ pelajar PUO yang sentiasa patuh kepada semua disiplin dalam menuntut ilmu, komited dan bergiat cergas dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum, seterusnya berjaya cemerlang dalam bidang yang diceburi demi agama, bangsa dan negara tercinta.
1

PIAGAM PELANGGAN
1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk mendaftar. 2. Proses Pemberian Perkhidmatan Pendidikan dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan. 3. Memastikan status siasatan maklumbalas pelanggan yang berkaitan dengan perkhidmatan pemberian pendidikan dan perkhidmatan lain yang berkaitan dikendalikan dalam masa 10 hari bekerja. 4. Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu selepas semester pengajian berakhir.

VISI
Penjana utama modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global menjelang 2015

MISI
Menerobos sempadan untuk membina persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif ke arah menjana ekonomi yang dipimpin inovasi.

LIRIK LAGU

POLITEKNIK UNGKU OMAR Politeknik Ungku Omar Megah Terbina di Lembah Kinta di Ipoh Bandaraya Perak Darul Ridzuan Menjunjung Wawasan Pertiwi Mendidik Ilmu Teknologi Membantu Membangun Industri Negara Berdikari Menyahut Segala Cabaran Bina Negara Perusahan Walaupun Seribu Halangan Maju Terus ke Hadapan Politeknik Ungku Omar Mendukung Cita-Cita Bangsa Prinsip Rukun Negara Menjadi Panduan Kita Tunjukkan Kepada Dunia Kita Juga Ada Upaya Menjadi Bangsa Berjaya Hidup Bebas dan Merdeka

LIRIK LAGU

POLITEKNIK MALAYSIA Politeknik Adalah Warisan Kita Membekal Tenaga Bidang Teknikal Bersama Membina Kemajuan Negara Malaysia Ku Tercinta Akhlak Mulia Asas Jaya Itulah Amalan Hidup Kita Di Mana Sahaja Politeknik Berada Harapan Tetap Sama Politeknik Ku Sanjung Jasa-Jasa Mu Mencipta Lembaran Sejarah Harapan Impian kan Menjadi Nyata Cekal Takwa Usaha Penentu Arah Maju Politeknik Ayuh Maju Semangatmu Merestui Perjuanganmu Teknologi Teras Pembangunan Negara Politeknik Malaysia

MS ISO 9001: 2008

Politeknik Ungku Omar (PUO) mewujud, mendokumen, melaksana dan menyenggara Sistem Pengurusan Kualiti dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan selaras dengan keperluan MS ISO 9001:2008.

Pelanggan Politeknik Pelanggan Politeknik adalah pelajar Politeknik.

Dasar Kualiti Dasar kualiti Politeknik Ungku Omar adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi maklumat melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. Politeknik Ungku Omar komited untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.

Objektif Kualiti Kecemerlangan Pelajar 1. Berusaha memastikan kebolehpasaran graduan mencapai sekurang-kurangnya 65% mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas menamatkan pengajian. Kecemerlangan Staf 1. Memastikan setiap staf yang menghadiri kursus/ menjalani latihan/ seminar/ bengkel/ persidangan/ konvesyen/ taklimat sekurang-kurangnya 10 hari setahun. 2. Memastikan sekurang-kurangnya seorang pensyarah memperolehi kelayakan industry atau setaraf dengannya mengikut bidang. Kecemerlangan Proses 1. Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan/ mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan.

KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baharu kerana berjaya menyambung pengajian di Politeknik Ungku Omar ini. Terima kasih kerana memilih Politeknik Ungku Omar sebagai institusi pilihan saudara/saudari. Sesungguhnya saudara/saudari merupakan golongan bertuah yang terpilih untuk memasuki politeknik yang paling awal ditubuhkan di Malaysia. Kecemerlangan yang diperoleh dalam peperiksaan SPM/setaraf yang lalu adalah hasil usaha gigih para pelajar selama ini. Justeru, diharapkan para pelajar akan terus berjaya untuk mengukir sejarah hidup yang lebih gemilang sepanjang menjadi pelajar Politeknik Ungku Omar. Politeknik Ungku Omar kini berada dalam era transformasi. Proses tranformasi ini melibatkan semua pihak dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan memperkasa pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional di negara kita. Transformasi ini boleh dicapai melalui inovasi sistematik yang menambah nilai kepada proses dan keberhasilan pendidikan dan latihan di politeknik. Ini bermakna bahawa semua warga politeknik perlu sentiasa memikirkan cara dan kaedah baharu untuk meningkatkan keberhasilan pendidikan dan latihan ini. Transformasi politeknik bergerak seiring dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan pengajian tinggi demi kepentingan pembangunan negara dan memartabatkannya di persada nasional dan antarabangsa. Transformasi ini juga diharapkan dapat melahirkan graduan-graduan yang mempunyai nilai-nilai kebolehpasaran yang tinggi disamping keupayaan keusahawanan yang cemerlang. Seandainya, graduan-graduan mempunyai nilai-nilai tersebut, sudah pasti politeknik ini akan menjadi institusi pilihan kepada para lepasan SPM/setaraf di Negara ini. Selain itu, pihak politeknik juga berhasrat untuk menjadi peneraju dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional serantau. Disamping kemahiran hard skill , kemahiran soft skill juga diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan kebolehpasaran dan keupayaan keusahawanan graduan. Oleh itu, kemahiran teknikal yang tinggi di samping penguasaan teori yang mantap dapat membantu graduan mengisi kekosongan jawatan sama ada di sektor awam atau swasta. Hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat yang berpendapatan tinggi juga mampu direalisasikan dengan menghasilkan graduangraduan daripada politeknik yang mempunyai kemahiran tersebut. Politeknik Ungku Omar berharap agar saudara/saudari akan mendapat manfaat daripada Program Minggu Suaikenal ini dan seterusnya menjalani kehidupan sebagai pelajar politeknik untuk selama tiga tahun akan datang. Hindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan yang ditetapkan kerana saudara dan saudari adalah contoh kepada masyarakat. Peranan politeknik bukan sahaja menjadi tempat untuk menuntut ilmu tetapi di sinilah para pelajar perlu membangunkan keterampilan dan personaliti diri yang akhirnya dapat melahirkan modal insan yang hebat. Semoga dengan kehadiran pelajar-pelajar baharu akan dapat memastikan hasrat PUO tercapai seperti mana yang digarap dalam moto PUO iaitu Kekuatan dan Keamanan Melalui Teknologi. Akhir sekali, kepada semua pelajar, saya mendoakan semoga anda semua mencapai kejayaan cemerlang dan akan menjadi graduan bereputasi tinggi demi kemajuan agama, bangsa dan negara.

KEKUATAN DAN KEAMANAN MELALUI TEKNOLOGI

MEJ (K) DATO HJ. MD NOR BIN YUSOF Pengarah Politeknik Ungku Omar Politeknik Premier

PENGURUSAN POLITEKNIK UNGKU OMAR


Pengarah Mej (K) Dato Hj. Md Nor Bin Yusof Timbalan Pengarah (Akademik) Encik Muhammad Zubir Bin Mohd Hanifah Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Encik Mohd Azhar Bin Mohamed Shafie Ketua Jabatan / Pegawai-Pegawai Kanan Kejuruteraan Awam Puan Samikhah Bt. Muhammad@Munir Kejuruteraan Elektrik Kejuruteraan Mekanikal Kejuruteraan Perkapalan Perdagangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Matematik, Sains Dan Komputer Pengajian Am Jabatan Hal Ehwal Pelajar Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan Hal Ehwal Pelajar (P&D) Hal-Hal Pelajar (K&D) Pengetua Asrama Penilaian Dan Peperiksaan Perhubungan & Latihan Industri Pengurusan Kualiti Pegawai Psikologi Pegawai Perhubungan Awam Latihan Dan Pendidikan Lanjutan Pembangunan Multimedia dan Sumber Teknologi Maklumat Perpustakaan Pegawai Eksekutif Tertinggi Penolong Akauntan Cik Hajah Juhaida Bt Zakaria Haji Ab. Latif Bin Saad Encik Mohana Krishnan a/l Gobalakrishnan Puan Ruslin Bt. Ohn @ Abdullah Puan Hajah Rosdiah Bt. Hamzah Puan Lailatun Nahar Bt. Sabardin Puan Hjh. Nor Ainon Bt. Zakaria Cik Shamsuri Bt. Mior Khalid Encik Zairi Bin Osman Cik Khamsiah Bt. Ishak Puan Siti Aishah Bt. Ali Puan Arshidah Bt. Mat Johor Encik Mohd Rizal Bin Abdul Rahman Encik Kamaruddin Bin Yunus Puan Fadhilah Bt. Che Aziz Encik Mohd Zuhaidi Bin Yaakop Puan Hasmiza Bt Hussin Puan Zaitun Bt. Mohd Zain Encik Kumaran a/l Kumaraweh Encik Ahmad Azahan Bin Mohamad Puan Nur Azliza Bt. Ali Encik Zainal Bin Ahmad Encik Mohammad Jamil Bin Said Puan Nor Azura Bt. Ismail 7

POLITEKNIK PREMIER

CARTA ORGANISASI

MATLAMAT MINGGU SUAIKENAL

i. MSK memperkenalkan pelajar kepada pengurusan Politeknik


Ungku Omar.

ii. MSK menerangkan kepada pelajar sistem pengurusan Hal Ehwal


Pelajar. iii. MSK memberi pendedahan tentang kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di PUO bagi memudahkan pelajar menjalani kegiatan kokurikulum mengikut peraturan Politeknik. iv. MSK membentuk pelajar lebih berkeyakinan untuk memulakan kehidupan sebagai warga politeknik. v. MSK meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

PERATURAN MINGGU SUAIKENAL


Sepanjang menjalani Minggu Suaikenal: 1. Pelajar mestilah berpakaian kemas semasa berada di dalam kampus. Syarat-syarat dan peraturan pakaian adalah seperti dalam Sahsiah Rupadiri Pelajar PUO. 2. Pelajar diwajibkan mematuhi jadual pakaian Minggu Suaikenal. (Rujuk Jadual Tempat dan Pakaian MSK) 3. Pelajar-pelajar hendaklah menggantungkan Kad Pelajar PUO mereka di sebelah kiri baju supaya mudah dilihat dan gambarnya menghala ke hadapan sepanjang masa. Ketetapan pakaian dan rupadiri ini adalah dikuatkuasakan di seluruh kawasan kampus PUO bermula dari tarikh 1hb Februari 1992. Arahan ini hendaklah dipatuhi sepanjang masa dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka yang ingkar mematuhi arahan ini. 4. Pelajar tidak dibenarkan memakai selipar semasa aturcara Minggu Suaikenal dijalankan kecuali untuk ke surau dan bilik air. 5. Pelajar wanita Islam digalakkan memakai tudung dan berpakaian sopan. 6. Pelajar lelaki yang memakai baju berlengan panjang, lengan baju tidak boleh dilipatkan. Kemeja T tidak boleh digunakan melainkan ketika upacara tertentu sahaja. 7. Pelajar lelaki mestilah berambut pendek seperti ternyata dalam peraturan pelajar / Sahsiah Rupadiri Pelajar PUO. 8. Semua pelajar baharu diwajibkan menghadiri semua aturcara Minggu Suaikenal melainkan setelah mendapat kebenaran rasmi daripada pegawai yang bertanggungjawab di Urusetia Minggu Suaikenal. 9. Pelajar baharu tidak dibenarkan keluar dari kampus atau Kolej Kediaman Pelajar semasa Minggu Suaikenal melainkan dengan kebenaran pegawai yang bertanggungjawab di Urusetia Minggu Suaikenal atau Warden Asrama. 10. Pelajar baharu hendaklah mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh Urusetia Minggu Suaikenal dan peraturan Kolej Kediaman Pelajar PUO. 11. Bagi pelajar yang menghadapi masalah, segala pengaduan tentang gangguan, kecederaan, kehilangan harta benda dan sebagainya boleh dibuat di bahagian Urusetia Minggu Suaikenal atau Warden Asrama. 12. Pelawat tidak digalakkan berjumpa pelajar baharu semasa Minggu Suaikenal. Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu dan terdesak, pelajar dibenarkan berjumpa pelawat di bilik rehat atau bilik tamu yang disediakan. 13. Sekiranya mana-mana pelajar yang ingin menarik diri dari PUO sama ada semasa atau selepas minggu suaikenal, mestilah memaklumkan terlebih dahulu perkara tersebut kepada pihak Urusetia Minggu Suaikenal atau berurusan terus dengan pegawai di pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar. 10

AHLI JAWATANKUASA INDUK MSK SESI DISEMBER 2013


PENAUNG Mej (K) Dato Hj. Md Nor Bin Yusof Pengarah, Politeknik Ungku Omar PENASIHAT En. Muhammad Zubir Bin Mohd Hanifah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PENGERUSI Cik Shamsuri Bt. Mior Khalid Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar NAIB PENGERUSI Pn. Siti Aishah Bt. Ali SETIAUSAHA I En. Khairuddin Bin Mohd Rosli SETIAUSAHA II En.Mohd Fadil Bin Abdullah JAWATANKUASA: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Tn. Hj.Mohd Yusof Bin Yaakob En. Santhiran a/l Ponnusamy Pegawai Hal Ehwal Pelajar JKE Pegawai Hal Ehwal Pelajar JKP Pegawai Hal Ehwal Pelajar JTMK Pegawai Hal Ehwal Pelajar JPA Pegawai Hal Ehwal Pelajar JMSK Pegawai Hal Ehwal Pelajar JKM Pegawai Hal Ehwal Pelajar JP Pegawai Hal Ehwal Pelajar JKA

11

PERATURAN LALULINTAS
Panduan penggunaan kenderaan dan peraturan lalu lintas
A) Kenderaan Rasmi Politeknik 1. Pelajar boleh menggunakan kenderaan politeknik bagi tujuan rasmi dengan memohon dan mendapat kelulusan daripada Pengarah. 2. Pengguna kenderaan politeknik adalah dikehendaki menjaga kebersihan, kemudahan yang terdapat dalam kenderaan serta menjaga disiplin dan tingkahlaku. B) Kenderaan Persendirian 1. Kenderaan bermotor persendirian boleh digunakan di dalam kampus sekiranya dibenarkan dan mendapat kelulusan bertulis daripada pihak politeknik. 2. Semua kenderaan bermotor yang dibenarkan dan digunakan untuk keluar masuk kampus mestilah mempamerkan pelekat kenderaan yang sah dikeluarkan oleh pihak politeknik. 3. Semua kenderaan yang dibenarkan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan dalam kampus dan disusun dengan teratur. Pelajar tidak dibenarkan meletak kenderaan mereka di tempat yang dikhaskan untuk pensyarah/ kakitangan politeknik. 4. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan (termasuk topi keledar) yang rosak atau hilang di dalam kampus. 5. Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada di dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. 6. Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor dalam kampus perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut :a) Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insuran yang sah. b) Mematuhi had laju yang ditetapkan oleh politeknik. c) Menggunakan kenderaan bermotor yang TIDAK mengeluarkan bunyi bising yang kuat atau diubahsuai. d) Memakai topi keledar semasa menunggang atau membonceng motosikal. e) Memakai baju pemantul cahaya semasa menunggang/membonceng motosikal adalah digalakkan f) Bertimbangrasa terhadap pejalan kaki. g) Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalan raya seperti yang telah ditetapkan oleh pihak penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan. 7. Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini. 8. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab terhadap Kehilangan kenderaan atau peralatan kenderaan. 12

TINDAKAN TATATERTIB
Kesalahan sahsiah diri
Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan sahsiah diri boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50 mengikut di bawah akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran) kaedah 26 A.

Kesalahan Lalu Lintas


Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan lalu lintas boleh dikenakan secara pentadbiran. Atau, Pelajar akan dikenakan tindakan di bawah Akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran) Jadual Kedua, Bahagian IV Tatatertib Lalu Lintas Jalan.

Perlanggaran Peraturan Am
Mana-mana pelajar yang melanggar peruntukan selain daripada Tatatertib Lalu Lintas, boleh dikenakan tindakan berikut: 1. Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh Politeknik. 2. Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan (Kaedah 48, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)).

Hukuman Tatatertib Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali i) ii) iii) amaran; denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00); penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan; iv) penggantungan daripada mengikuti pengajian di institusi selama tempoh yang ditentukan; v) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau seluruh peperiksaan di institusi; vi) penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh ynag ditentukan; vii) pembuangan daripada institusi oleh pihak berkuatkuasa tatatertib. 13

KALENDER AKADEMIK TAHUN 2014


POLITEKNIK UNGKU OMAR
POLITEKNIK PREMIER

POLITEKNIK MALAYSIA

TARIKH 25.11.13 29.11.13 02.12.13 20.12.13 23.12.13 27.12.13 30.12.13 31.01.14 03.02.14 07.02.14 10.02.14 04.04.14 07.01.14 25.04.14 28.04.14 20.06.14 16.06.14 20.06.14 23.06.14 25.07.14 28.07.14 01.08.14 04.08.14 17.10.14 20.10.14 07.11.14 10.11.14 28.11.14

MINGGU 1 Minggu 3 Minggu 1 Minggu 5 Minggu 1 Minggu 8 Minggu 3 Minggu 8 Minggu 1 Minggu 5 Minggu 1 Minggu 11 Minggu 3 Minggu 3 Minggu

AKTIVITI SESI DISEMBER 2013 Aktiviti Suaikenal Minggu Kuliah 1 -3 Cuti Pertengahan Semester 1 Minggu Kuliah 4 -8 Cuti Pertengahan Semester 2 Minggu Kuliah 9-16 Peperiksaan Cuti Semester SESI JUN 2014 Aktiviti Suaikenal Minggu Kuliah 1 -5 Cuti Pertengahan Semester 1 Minggu Kuliah 6 - 16 Peperiksaan Cuti Semester

LATIHAN INDUSTRI

02.12.13 Sehingga 18.04.14

23.06.14 Sehingga 07.11.14

CUTI UMUM: Maulidur Rasul 14 Januari 2014 Tahun Baru Cina 31 Jan & 1 Feb 2014 Hari Buruh 1 Mei 2014 Hari Wesak 13 Mei 2014 Pesta Keamatan 30 & 31 Mei 2014 Hari Gawai 1 & 2 Jun 2014 Hari Raya Aidilfitri 28 & 29 Julai 2014 Hari Merdeka 31 Ogos 2014 Hari Malaysia 16 September 2014 Hari Raya Aidil Adha 5 Oktober 2014 Deepavali 23 Oktober 2014 Awal Muharam 25 Oktober 2014 Krismas 25 Disember 2014

14

TENTATIF PROGRAM MSK


SESI DISEMBER 2013
TARIKH HARI MASA 08.00 pagi AKTIVITI

23 NOV

SABTU

12.00 tgh 08.00 pagi

Pendaftaran dan Penempatan Siswa & Siswi yang ditawarkan asrama di Dewan Jubli Perak

24 NOV

AHAD

12.00 tgh 07.30 pagi 09.00 pagi

Pendaftaran Siswa & Siswi yang tidak ditawarkan asrama di Dewan Jubli Perak Perhimpunan Pagi Siswa & Siswi dan AJK MSK Taklimat MSK Sesi DISEMBER 2013 Taklimat Perpustakaan Taklimat Sukan, Ko-kurikulum & Kebudayaan Taklimat Pelan Integriti Nasional (PIN) Perhimpunan Pagi Siswa & Siswi dan AJK MSK Taklimat MS ISO 9001 : 2008 Taklimat Kesedaran Pembudayaan Keusahawanan Taklimat Kaunseling Sukan - Senamrobik

25 NOV

ISNIN

10.30 pagi 11.30 pagi 2.15 petang 07.30 pagi 09.30 pagi

26 NOV

SELASA

11.00 pagi 02.15 petang

07.30 pagi 08.30 pagi 09.30 pagi

Perhimpunan Pagi Siswa & Siswi dan AJK MSK Taklimat Hal Ehwal Pelajar Taklimat Disiplin/Akta 174 dan Taklimat Bantuan Kewangan & Kebajikan Majlis Penutup MSK Sesi DISEMBER 2013 Program Transformasi Diri (ITD)

27 NOV

RABU
11.30 pagi 2.15 petang 07.30 pagi 09.30 pagi

28 NOV

KHAMIS

Perhimpunan Pagi Siswa & Siswi dan AJK MSK Program Transformasi Diri (ITD)

15

JADUAL TEMPAT DAN PAKAIAN MSK


SESI DISEMBER 2013
Minggu Suaikenal (MSK) akan bermula dari 25 hingga 27 NOVEMBER 2013. Semua Siswa dan Siswi diwajibkan menyertai semua aktiviti yang dijalankan. Hari Tarikh 25 NOVEMBER 2013 Isnin (pagi) 1 25 NOVEMBER 2013 Isnin (petang) Semua Siswa & siswi Wajib Pelajar Semua Siswa & siswi Kehadiran Pakaian / Aktiviti Baju Putih, seluar hitam/gelap , kasut hitam/gelap dan Tudung hitam Baju Putih, seluar hitam/gelap , kasut hitam/gelap dan Tudung hitam Baju Putih, seluar hitam/gelap , kasut hitam/gelap dan Tudung hitam Baju Sukan , seluar track hitam politeknik , kasut sukan dengan stokin dan Tudung hitam Tempat Dewan Jubli Perak (Kampus A)

Wajib

Dewan Jubli Perak (Kampus A)

26 NOVEMBER 2013 Selasa (pagi) 2

Semua Siswa & siswi

Wajib

Dewan Jubli Perak (Kampus A) Dewan Jubli Perak (Kampus A) Padang Kampus B

26 NOVEMBER 2013 Selasa (petang)

Semua Siswa & siswi

Wajib

27 NOVEMBER 2013 3 Rabu (pagi)

Semua Siswa & siswi

Wajib

Baju Batik, seluar hitam/gelap , kasut hitam/gelap dan Tudung hitam (Majlis Penutup Minggu Suaikenal)

Dewan Jubli Perak (Kampus A)

Pelajar lelaki : Baju Putih, seluar hitam/gelap , kasut hitam/gelap dan Tudung hitam Pelajar perempuan : Baju Putih, kain hitam/gelap , kasut hitam/gelap dan Tudung hitam

16

NO.PENDAFTARAN:__________________________ HEP 6

AKU JANJI PELAJAR


Saya, ______________________________________________________________________________________, No. Kad Pengenalan _________________________________, dengan sesungguhnya dan sebenarnya berjanji bahawa saya akan mematuhi semua undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan dan apa-apa arahan yang terpakai kepada pelajar-pelajar POLITEKNIK UNGKU OMAR, yang dibuat dari masa ke semasa sepanjang saya menjadi seorang pelajar institusi ini. Maka dengan ini saya berjanji bahawa saya antara lain:(a) Akan mematuhi subsyeksyen 10(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174], untuk tidak menjadi ahli, atau dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah manamana undang-undang, sama ada ianya dalam Institusi atau di luar Institusi, dan sama ada ianya di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Akta Institusi- Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri Pengajian Tinggi; (b) Akan mematuhi subsyeksyen 10(3) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 untuk tidak menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyokong, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti poltik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram; (c) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib am sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 termasuk(i) Tidak akan melanggar peruntukan berhubung dengan larangan-larangan am, yang antara lain termasuklah(A) Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesentosaan dan nama baik Institusi, mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Institusi; (B) Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada ketenteraman atau keselamatan awam, kesopanan atau tatatertib; dan (C) Tidak akan melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis; sama ada di dalam atau di luar kampus. Peruntukan berkenaan dengan kehadiran dalam kuliah, latihan amali, pakaian dan penampilan diri, menduduki peperiksaan, sekatan mengenai penggunaan teks kuliah; 17

(ii)

(iii)

Peruntukan berkenaan dengan mengorganisasikan perhimpunan, penggunaan pembesar suara, panji-panji dan plakad-plakad; Peruntukan berkenaan dengan penerbitan, pembahagian dan pengedaran dokumen-dokumen; Peruntukan berkenaan dengan aktiviti pelajar di luar kampus dan penglibatan pelajar dalam apa-apa pekerjaan; Peruntukan berkenaan dengan larangan berjudi, minum atau memiliki minuman keras, memiliki bahan lucah, memiliki dan menggunakan dadah dan racun; dan Peruntukan berkenaan dengan kebersihan di dalam kampus, kawasan larangan dan kad pelajar;

(iv)

(v)

(vi)

(vii)

(d) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib asrama atau sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976; dan (e) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib lalu lintas jalan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976. Saya sesungguhnya faham sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana peruntukan dalam undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau arahan berkenaan, termasuklah disingkirkan daripada Institusi. * Tarikh: 27 NOVEMBER 2013 Tandatangan Pelajar Nama Pelajar No. Pendaftaran Program ** Tandatangan Saksi Pelajar (Ketua Jabatan/ Pegawai JHEP) Nama Saksi Jawatan Saksi : : : : :

*(Pelajar dilarang tandatangan sebelum 27 NOVEMBER 2013 **(Ditandatangani oleh Ketua Jabatan HEP/Pegawai HEP)

18

NO.PENDAFTARAN:__________________________ HEP 7

IKRAR PELAJAR
Kami faham bahawa/ Politeknik Ungku Omar/ mempunyai peraturan-peraturan tertentu/ untuk menjamin/ sistem pembelajaran dapat berjalan/ dengan baik dan sempurna. Oleh itu/ saya berikrar akan mematuhi/ semua peraturan yang ditetapkan/ oleh Politeknik Ungku Omar/ dari semasa ke semasa. Saya tidak melibatkan diri/ dalam apa jua aktiviti/ yang tidak diingini/ yang tiada kaitan dengan pelajaran/ dan yang boleh mencemarkan/ imej Politeknik Ungku Omar/ sepanjang menjadi pelajar/ di Politeknik ini. Jika saya didapati/ melakukan kesalahan di atas/ semasa saya/ masih menjadi pelajar di sini/ maka saya/ dengan rela hati/ sedia menerima sebarang hukuman yang diputuskan/ oleh pihak berwajib/ Politeknik Ungku Omar/ termasuk diberhentikan dari menjadi pelajar. Dan ibu bapa/ atau penjaga saya/ tidak akan membuat/ sebarang bantahan dan rayuan/ ke atas hukuman yang diambil/ oleh pihak Politeknik Ungku Omar/ terhadap saya. Ikrar ini saya lafazkan/ dengan penuh kesedaran/ di hadapan Tuan Pengarah/ dan Ketua Jabatan saya/ pada hari Rabu/ dua puluh tujuh November / Dua Ribu Tiga Belas/ di Dewan Jubli Perak/ Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

* ____________________________________________ Tandatangan Pelajar

Nama Pelajar No. Pendaftaran No. Kad Pengenalan Program

: ___________________________________________________________ : ___________________________________________________________ : ___________________________________________________________ : ___________________________________________________________ 19

*(Pelajar dilarang tandatangan sebelum 27 NOVEMBER 2013 **(Ditandatangani oleh Ketua Jabatan HEP/Pegawai HEP)

HEP 8

POLITEKNIK UNGKU OMAR


POLITEKNIK PREMIER

POLITEKNIK MALAYSIA
BORANG SOAL SELIDIK KEBERKESANAN PROGRAM MINGGU SUAIKENAL SESI DISEMBER 2013
ARAHAN: Bagi kenyataan 1 hingga 8, sila bulatkan mengikut skala 1 hingga 5.
1. Amat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Tidak Pasti 4. Setuju 5. Amat Setuju

Jantina : L / P
1. MSK dapat memperkenalkan saya kepada pengurusan Politeknik Ungku Omar. MSK dapat memperkenalkan sistem perjalanan dan pengurusan Hal Ehwal Pelajar. MSK dapat memberi pendedahan tentang kemudahan dan perkhidmatan bagi memudahkan pelajar menjalani kegiatan kokurikulum mengikut peraturan Politeknik. MSK dapat menjadikan saya lebih berkeyakinan untuk memulakan kehidupan sebagai warga politeknik. MSK dapat meningkatkan motivasi saya untuk belajar. Taklimat -taklimat di bawah berkesan :a. Taklimat Perpustakaan. b. Taklimat Sukan, Ko-kurikulum & Kebudayaan. c. Taklimat Pelan Integriti Nasional (PIN).. d. Taklimat MS ISO 9001: 2008. e. Taklimat Kesedaran Pembudayaan Keusahawanan. f. Taklimat Kaunseling. g. Taklimat Hal Ehwal Pelajar. h. Taklimat Disiplin/ Akta 174 dan Taklimat Bantuan Kewangan & Kebajikan. 7. 8. AJK MSK membantu dan memberi kerjasama yang baik. Susunan jadual aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian. 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 1 2 3 4 5

2. 3.

1 1 1

2 2 2

3 3 3

4 4 4

5 5 5

4. 5. 6.

20

Anda mungkin juga menyukai