Anda di halaman 1dari 13

1

BAB 1

PENGENALAN KEPADA KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR, BOTA,
PERAK.


1.1 LATARBELAKANG & SEJARAH KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR


Kolej Vokasional Seri Iskandar (KVSI) terletaknya 35 km dari Bandaraya Ipoh dan 40
km dari Lumut. KVSI mula dibina pada 22 mei 1989 dan siap pada 13 jun 1991 dengan
menelan belanja RM17,318,000.00 di bawah peruntukan ADB 3. Keluasan keseluruhan ialah
30 ekar dilengkapi dengan kemudahan infrasturuktur seperti banggunan kelas dan banggunan
bengkel moden bersesuaian dengan keperluan aliran vokasional. Kolej Vokasional ini asalnya
dinamakan Sekolah Menengah Vokasional Seri Iskandar (SMVSI) pada mula-mula
beroperasi, nama yang diberikan adalah sempena nama bandar utama daerah tersebut iaitu
Bandar Seri Iskandar. Kemudiannya distrukturkan kepada sekolah menengah teknik seri
iskandar(SMTSI) pada 1 disember 1995 dan kemudiannya distrukturkan sehinggalah
menjadi Kolej Vokasional Seri Iskandar.

2

Pengambilan pertama pelajar Tingkatan Empat berlaku pada tahun 1992 iaitu seramai
242 orang. Terdapat 7 kursus Aliran Vokasional ditawarkan ketika itu. Pada tahun 1995,
sekolah ini telah ditukarkan menjadi SM Teknik Seri Iskandar dengan pengambilan 240
orang pelajar Aliran Teknikal. Pada tahun 2010 nama sekolah berubah semula kepada SM
Vokasional Seri Iskandar dengan 2 aliran pendidikan yang ditawarkan iaitu aliran vokasional
dan aliran kemahiran .
Pada tahun 2013 Sekolah Menengah Vokasional ini dinaik taraf menjadi Kolej
Vokasional Seri Iskandar (KVSI). Terdapat tiga aliran di KV ini seperti aliran Sekolah
Menengah Vokasional (pelajar terakhir SMV), aliran Sijil Kemahiran Malaysia SKM dan
aliran Kolej Vokasional KV (ambilan pertama).
Pada tahun 2014, Kolej Vokasional Seri Iskandar mempunyai 116 orang staf iaitu
terdiri dari staf pengurusan, pensyarah dan staf sokongan. Manakala bilangan pelajar adalah
seramai 596 orang iaitu terdiri daripada 253 pelajar vokasional tingkatan 4, 214 pelajar
vokasional tingkatan 5, dan 76 pelajar kemahiran tingkatan 4 dan 53 pelajar kemahiran
tingkatan 5. Pelajar kemahiran ini yang terdiri dari pelajar yang mengambil kursus Sijil
Kemahiran Malaysia adalah merupakan batch terakhir.

1.2 PENERAJU KEPIMPINAN KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR



En. Mahat B. Dawi
Pengetua
SMV Seri Iskandar
(1991 1993)


Tn. Hj. Hani
B. Alang Ismail
Pengetua
SMV Seri Iskandar
(1993 1995)



En. Ahmad B. Akim
Pengetua
SMT Seri Iskandar
(1996-1998)

3


Tn. Hj. Salleh B. Razali
PPT
Pengetua
SMT Seri Iskandar
(1998-1999)

Tn. Hj. Shaari B. Mat
Adam AMN, AMP
Pengetua
SMT Seri Iskandar
(1999 2002)


Tn. Hj. Othman B. Razali
Pemangku Pengetua
SMT Seri Iskandar
(2002 2003)


Tn. Hj. Jamaluddin B.
Yusoff
Pengetua
SMT Seri Iskandar
(2003 2005)


En. Pakharurrazi
B. Hj Arshad AMN
Pengetua
SMT Seri Iskandar
(2005 2006)


Tn. Hj. Mohd Fathilah
B. Mohd Noor
Pengetua
SMT Seri Iskandar
(2006 2010)
SMV Seri Iskandar
(2010 2012)
Pengarah
KV Seri Iskandar
(2013)



Cik Noor Jasmin Bt Janan
Pengarah
KV Seri Iskandar
(2013 sekarang)



4

1991-1995
1.3 LOGO KOLEJ VOKASIONAL 1991-2014
1995-2010
2013-Sekarang
2010-2013

5



Lencana ini berbentuk bulat dengan dihiasi cogan yang melambangkan rekabentuk teknologi
ditengahnya dan tertera nama kolej vokasional seri iskandar, bota, perak. Warna bagi logo
kolej ini adalah adunan daripada warna-warna bendera malaysia iaitu jalur gemilang. Setiap
warna ini mempunyai pengertian dan maksud tertentu seperti dinyatakan dibawah.

MERAH:
Berani menempuh dan menerokai bidang sains dan teknologi.

BIRU:
Bidang perindustrian yang bakal ditempuhi oleh kebanyakan pelajar lepasan sekolah ini.

PUTIH:
Keikhlasan hati warga KVSI menerima dan menyumbangkan kemajuan teknologi kepada
dunia sejagat.

KUNING & MERAH
Melahirkan para pelajar yang hidup harmoni dan seimbang.
MOTTO KOLEJ
JANGKA LUKIS =
KEJURUTERAAN
1991 = TAHUN
MULA BEROPERASI
GERIGI EAR = TEKNOLOGI

6

1.4 VISI & MISI KOLEJ VOKASIONAL SERI

VISI
Kolej Vokasional Seri Iskandar, Sentiasa Menjadi Kolej Berkesan

MISI
Memantapkan Pengurusan Pendidikan Untuk Melahirkan Pelajar-Pelajar Cemerlang
Dalam Bidang Kurikulum dan KoKurikulum Serta Berakhlak Mulia

1.5 CIRI CIRI KOLEJ BERKESAN

1. Disiplin pelajar yang tinggi
2. Peratus penyertaan pelajar yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum
3. Suasana kolej yang baik
4. Pengajar yang cekap
5. Pencapaian dan usaha pengajar dihargai
6. Penyeliaan yang rapi
7. Kehadiran pengajar dan pelajar yang tinggi
8. Kemudahan-kemudahan fizikal yang baik
9. Pelajar-pelajar berasa bangga menjadi sebahagian daripada kolej
10. Mendapat sokongan masyarakat
11. Kepimpinan yang tegas tetapi cekap
12. Penekanan kepada pencapaian akademik dan kelakuan pelajar yang baik
13. Harapan yang tinggi
14. Penyeliaan yang rapi
15. Perhubungan Pengarah dengan pengajar yang baik
16. Pengajar berasa bangga mengajar



7

1.6 FALSAFAH PENDIDIKAN KOLEJ

Sesungguhnya setiap pelajar kolej ini mempunyai bakat, kebolehan dan berpotesi
untuk memperkembangkan intelek masing-masing. Oleh itu, setiap pelajar perlu
diberi peluang seluas-luasnya untuk memperkembangkan kemahiran dan inteleknya.
Semua tenaga pengajar mempunyai keupayaan dan perlu berusaha bersungguh-
sungguh untuk memberikan pendidikan yang sempurna dan seimbang serta berkualiti.


1.7 PIAGAM PELANGGAN KOLEJ

Kami warga Kolej Vokasional Seri Iskandar dengan penuh tekad dan iltizam menumpukan
tenaga dan usaha untuk mengajar dengan berkesan dan cemerlang. Justeru itu, kami berikrar
untuk:-
Melaksanakan kursus dan program berdasarkan kurikulum KPM terkini, selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Melahirkan pelajar yang berdisiplin, bersopan, bertanggungjawab, reflektif, bermoral
tinggi, produktif, dan progresif.
Mewujudkan jentera dan sistem pentadbiran dan pengurusan kolej yang cekap, jujur,
amanah, reflektif, dan berasaskan pembaharuan yang berterusan.
Memastikan kolej sentiasa peka dan responsif terhadap pelajar, tenaga pengajar, staf
sokongan, ibu bapa, masyarakat dan Negara.







8

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
Maju Bersama Teknologi

Semua warga Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional mestilah bergerak dalam
satu pasukan dan berusaha dengan gigih meningkatkan prestasi kerja masing-masing dalam
pebagai aspek bagi mengembalikan kegemilangan Pendidikan Teknik dan Vokasional serta
melonjakkannya ke persada yang lebih unggul.

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional ingin semua warga menghayati dan
menerapkan elemen-elemen PRIME dalam tugasan masing-masing seperti berikut :
Performance
Mempertingkatkan pencapaian dan prestasi pelajar dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum ke tahap lebih seimbang dan cemerlang.
Respectability
Melahirkan pelajar PTV yang aktif dan berpandangan positif terhadap pendidikan am dan
PTV supaya seluruh masyarakat dan institusi PTV diberi pengiktirafan sewajarnya.
Image
Meninggikan imej dan usaha institusi PTV di mata masyarakat dengan mendidik pelajar
berdisiplin, berakhlak mulia dan berhemah tinggi berlandaskan kepercayaan dan kekuatan
kepada Maha Pencipta
Manpower
Membantu melahirkan tenga kerja yang mahir, boleh berdikari serta mempunyai etika dan
sikap kerja yang baik bagi memenuhi keperluan Negara untuk mencapai Wawasan 2020
Expectation
Memenuhi aspirasi dan hasrat masyarakat, bangsa, dan Negara ke arah melahirkan generasi
insan yang produktif dan bersatu padu.


9

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
Maju Bersama Teknologi

1. Tumpuan kepada pelanggan
Pelanggan merupakan sebabnya wujud sebuah organisasi. Kehendak semasa dan masa
depan pelanggan perlu difahami organisasi. Oleh itu, organisasi perlu dapat melebihi ekpetasi
pelanggan.

2. Pepimpinan
Pengurusan atasan perlu mewujudkan kesepakatan dalam memandu organisasi mencapai
matlamat pewujudannya serta menilai semula system pengurusan kualiti bagi memastikan
ianya masih sesuai dan berkesan

3. Penglibatan anggota organisasi
Semua anggota merupakan sumber penting kepada organisasi. Penglibatan dan kompeten
anggota-anggota ini amat diperlukan untuk menyumbang kepada peningkatan prestasi
organisasi.

4. Pendekatan proses
Pendekatan proses bermakna input, proses transformasi input-input ini dan output kepada
proses transformasi itu dikenalpasti. Hasil yang dihasratkan, iaitu output daripada proses
transformasi ini akan dapat dicapai dengan lebih cekap apabila aktiviti-aktiviti dan sumber
sumber yang terlibat diuruskan mengikut pendekatan proses.




10

5. Pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem
Pendekatan sistem bermakna semua proses yang ada hubungkait dikenalpasti dan diuruskan
dengan baik supaya objektif organisasi dapat dicapai dengan lebih berkesan dan cekap.

6. Penambahbaikan secara berterusan
Usaha-usaha penambahbaikkan secara berterusan hendaklah menjadi objektif tetap
organisasi. Organisasi perlu merancang dan mengambil tindakan penambahbaikkan secara
berterusan ke atas system pengurusan kualitinya. Tindakan ini boleh diambil berasakan
kepada dasar kualiti, objektif-objektif kualiti, hasil audit, penganalisisan ke atas data,
tindakan pembetulan dan pencegahan serta kajian semula pengurusan.

7. Pendekatan membuat keputusan berasaskan fakta
Keputusan-keputusan hendaklah berdasarkan kepada data dan maklumat yang tepat supaya
keputusan-keputusan ini lebih berkesan.

8. Hubungan dengan pelangan untuk faedah bersama
Organisasi dan pelanggannya saling bergantung antara satu sama lain. Hubungan yang baik
akan membawa faedah dan meningkatkan prestasi kedua-dua pihak.









11

1.8 PETA KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR





12

1.9 PELAN LOKASI KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR

Sumber dari google map htps://maps.google.com.my/


13

GAMBAR GAMBAR UMUM
KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR

Anda mungkin juga menyukai