Anda di halaman 1dari 26

Bab 2 Kes Komputer (Computer Casing)

Casing hanya merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan


seperti motherboard, kad paparan, kad modem dan sebagainya.
Terdapat dua jenis casing.

1. Tower – Full tower, Mid tower (medium), Midi Tower dan


mini tower

2. Desktop – Desktop dan Slimline

Sebelum memilih casing kita kena tentukan sama ada kita


memerlukan ruang yang lebih untuk melakukan peningkatan
dimasa hadapan atau tidak. Pemilihan casing jenis Mini Tower
sudah mencukupi untuk majoriti pengguna.

Rajah 1: Jenis-jenis Casing.

Power
Jenis External Internal Sistem
Saiz Supply Harga
Casing Bays Bays Pendingin
(Watt)

3 hingga
2 + 4 atau Tersangat 250 hingga
Full Tower Tinggi 5 atau Sangat Mahal
lebih baik 375 atau lebih
lebih

2 hingga Sangat 200 hingga


Mid Tower Pertengahan 2+3 Mahal
4 baik 300

Midi Tower Pertengahan 2 + 2 atau 2 hingga Sangat 170 hingga Pertengahan

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 13


sehingga
4 baik 300
kecil 2+3

170 hingga
Mini Tower Kecil 2+2 2 atau 3 Baik Murah
250

150 hingga
Desktop Kecil 2+2 1 atau 2 OK Murah
230

Kecil dan Kurang


Slimline 1+2 1 atau 2 90 hingga 200 Pertengahan
nipis baik
Jadual 1: Perbandingan Casing.

Monitor

Monitor merupakan peranti output yang digunakan sebagai


output untuk melihat imej. Terdapat dua jenis monitor dipasaran.

1. Tiub sinar katod (cathode ray tube) – Menggunakan


teknologi yang sama seperti televisyen tetapi
menggunakan isyarat digital. Ia menggunakan tiub vakum
sebagai skrin paparan pada komputer

2. Paparan panel rata merupakan produk yang lebih ringan,


nipis dan kurang menggunakan kuasa berbanding dengan
CRT. Walaubagamanapun harganya agak mahal
berbanding dengan monitor dari jenis CRT

Terdapat berbagai saiz monitor dipasaran diantara yang sering


digunakan adalah bersaiz 14” dan 15”. Harga monitor bersaiz 15”
sekitar RM 280 manakala harga monitor bersaiz 17” pula sekitar
RM 375. Perbezaan tidak lebih dari seratus ringgit. Dari itu
pembelian monitor bersaiz 17” merupakan pilihan yang baik.

Selain dari saiz fizikal monitor perlu besar, resolusi


(resolution) pada monitor perlu diambil kira untuk mendapatkan
paparan yang memuaskan. Resolusi selalunya dikaitkan dengan
saiz pixel. Semakin kecil saiz pixel semakin bagus kualiti
paparannya. Saiz pixel menggunakan ukuran mm (milimeter).
Pixel bersaiz 0.18mm lebih baik dari pixel bersaiz 0.22mm. Tetapi
memandangkan harga monitor untuk pixel bersaiz 0.18mm agak

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 14


mahal, maka saiz pixel bersaiz 0.22mm sudah mencukupi.
Sekiranya masih tidak mampu, saiz pixel bersaiz 0.28mm boleh
digunakan untuk kerja-kerja yang tidak memerlukan ketelitian
dari segi kualiti paparan. Ada juga monitor mempunyai pixel
bersaiz 0.31mm, monitor ini agak kelabu (blur) paparannya.

Jenama Jenis Saiz Harga dalam RM

Likom CRT 15” 280

LG CRT 15” 280

Samsung CRT 15” 310

ComeMon Panel Rata 15” 1060

Samsung Panel Rata 15” 1100

Likom CRT 17” 375

Digital CRT 17” 340

ComeMon Panel Rata 17” 2150

Samsung Panel Rata 17” 1750


Jadual 2: Perbandingan harga monitor.

Rajah 2: Cara mengukur saiz monitor.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 15


Rajah 2 menunjukkan cara yang betul untuk mengukur
saiz monitor . Sekiranya monitor bersaiz 17”, maka ukuran
sepatutnya melebihi 16” dan tidak mungkin mendapat ukuran
17”. Ini disebabkan tiub tersebut perlu dihalang pada bekas
monitor untuk mengelakkan tiub tersebut terkeluar dari bekasnya.

Rajah 3: Penyambung monitor

Monitor mempunyai penyambung jenis D 15 pin male seperti


yang ditunjukkan pada rajah 3.

Motherboard (Papan Ibu)

Motherboard merupakan papan litar utama untuk semua


perkakasan bertemu, disini perkakasan seperti memori, kad
paparan, kad modem, cakera keras, pemacu cakera liut, pemacu
CDROM, papan kekunci, tetikus, monitor dan sebagainya.
Pemilihan motherboard perlu sesuai dengan CPU yang
digunakan. Ini kerana kelajuan External Bus CPU mesti sama
dengan kelajuan External Bus yang disokong oleh motherboard.
Pengeluar motherboard utama adalah gigbyte (http://tw.giga-
byte.com), Abit (http://www.abit-usa.com), Aopen
(http://english.aopen.com.tw) dan asustek (http://usa.asus.com/).

Dari segi prestasi setiap motherboard agak sukar


ditentukan yang mana lebih baik. Yang penting kita kena pastikan
setiap motherboard menyokong UDMA 133 untuk cakera keras
dan menyokong memori dari jenis DDR berkelajuan 400MHz

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 16


atau sekurang-kurangnya berkelajuan 333MHz. Pangkalan (port)
seperti serial, parallel, USB, PCI, AGP dan sebagainya merupakan
standard yang memang sedia ada pada setiap motherboard.
Perbezaan yang ketara adalah harga motherboard setiap
pengeluar. Selalunya motherboard yang mempunyai chipset
jenama Intel agak mahal berbanding dengan motherboard yang
menggunakan chipset Via, Ali dan sebagainya. Chipset
merupakan micro processor yang mengawal hala tuju data, CPU
hanya tahu memproses data mengikut yang diarah tetapi dari CPU
hendak ke memori, kad paparan, komunikasi siri, komunikasi
selari dan sebagainya memerlukan chipset untuk menentukan hala
tuju. Lebih kurang macam polis trafik mengawal lalulintas dijalan
raya. Cuba bayangkan pagi Isnin tanpa polis trafik. Macam itu
jugalah perlunya Chipset di dalam motherboard.

Rajah 4: Motherboard keluaran Asustek untuk Pentium IV.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 17


Rajah 5: Motherboard keluaran Aopen untuk Pentium IV.

Jenis
Pengeluar Harga dalam RM
Motherboard

Gigabyte Titan 533MHz 240

Asustek P4S533E 330


Jadual 3: Harga motherboard untuk sistem bus 533MHz.

Memori (Memory)
Memori berfungsi menyimpan aturcara aplikasi, sistem
pengendalian, perisian sistem dan data yang sedang beroperasi.
Semakin besar saiz memori akan meningkatkan prestasi PC
tersebut. Memori diukur berdasarkan KB atau MB, menggunakan
Byte bukan Bit. Ini kerana 8 bit bersamaan 1 byte bersamaan
dengan satu ansara. Bit ditulis sebagai ‘b’ manakala byte ditulis

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 18


sebagai ‘B’. 1024KB bersamaan dengan 1MB. Terdapat banyak
jenis memori dipararan, antaranya:

1. SIMM (Single in-line memory module) – Mempunyai saiz


30 atau 72 pin. Memori SIMM 30 pin untuk kegunaan PC
zaman 80286 sehingga 80486 dan beroperasi pada 16 bit.
Memory 72 pin banyak digunakan untuk PC berasaskan
Pentium dan beroperasi pada 32 bit. Kelajuan dirujuk
mengikut istilah ns (nano second) seperti 80ns, 70ns, 60ns
dan sebagainya. Semakin kecil nilainya maka lebih laju.
DRAM (dynamic RAM) dan EDO RAM (extended data-
out RAM) menggunakan SIMM. DRAM menyimpan bit
di dalam suatu sel penyimpanan (storage sell) sebagai
suatu bayaran elektrik (electrical charge) yang mesti
disegarkan semula (refesh) beratus-ratus kali setiap saat
untuk mengekalkan (retain) maklumat. EDO RAM sejenis
DRAM yang cepat, EDO menambah masa data output ,
dimana ia merancang masa di antara CPU dan RAM.
Memori jenis ini tidak lagi digunakan untuk komputer
yang baru.

Rajah 6: Contoh SIMM 30 pin.

Rajah 7: Contoh SIMM 72 pin

2. DIMM (dual in-line memory module) – Bersaiz 168 pin,


kedua belah modul memori ini aktif, setiap permukaan
adalah 84 pin. Ini berbeza daripada SIMM yang hanya

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 19


berfungsi pada sebelah modul sahaja. Menyokong 64 bit
penghantaran data. SDRAM (synchronous DRAM)
menggunakan DIMM. Merupakan penganti kepada
DRAM, FPM (fast page memory) dan EDO. SDRAM
teratur (synchronizes) memori supaya sama dengan CPU
clock untuk pemindahan data yang lebih cepat. Pada
dasarnya, satu blok data dapat dihantar kepada CPU
semasa yang lain sedang bersedia untuk dicapai. Terdapat
di dalam dua kelajuan iaitu 100MHz (PC100) dan
133MHz (PC133).

Rakah 8: Contoh DIMM 168 pin.

3. DDR SDRAM (double-data-rate SDRAM) – Ciri-ciri


DDR SDRAM serupa dengan SDRAM, tetapi pemindahan
data (data transfer) menghampiri kelajuan sistem jam
(system clock) dan ini secara teori menggandakan
kelajuan SDRAM. Dahulu digunakan sebagai memori
untuk kad paparan tetapi kini pengeluar komputer
membuatnya pada modul memori untuk motherboard
sebagai satu jalan alternatif untuk lebih pantas dari
SDRAM. Mempunyai 184 pin. Terdapat di dalam tiga
kelajuan iaitu 266MHz, 333MHz dan 400MHz.

Rajah 9: Contoh DDR SDRAM 184 pin.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 20


4. DRDRAM (direct Rambus DRAM) – Dulu dikenali
sebagai RDRAM. Adalah dari jenis SDRAM yang
dibangunkan oleh Rambus. DRDRAM digunakan untuk
CPU dari Intel yang berkuasa tinggi. Pemindahan data
sama seperti DDR SDRAM tetapi mempunyai dua saluran
data untuk meningkatkan prestasi. Juga dikenali sebagai
PC800 yang kerkelajuan 400MHz. Beroperasi dalam
bentuk 16 bit bukan 64 bit. Kini terdapat DRDRAM
berkelajuan 1066MHz yang dikenali sebagai RIMM
(Rambus inline memory module). DRDRAM model
RIMM 4200 32-bit menghantar 4.2gb setiap saat pada
kelajuan 1066MHZ.

Teknik Meningkatkan Saiz Memori

Seperti yang diketahui memori terdapat dalam berbagai


jenis, saiz dan kelajuan.

1. Pemasangan memori jenis SIMM 30 pin memerlukan


empat keping untuk membolehkannya beroperasi. Untuk
meningkatkan saiz memori, empat keping memori perlu
ditambah.pada motherboard. Motherboard untuk CPU
jenis DX seperti 386DX dan 486DX mempunyai 8 slot,
manakala motherboard untuk CPU jenis SX seperti 386SX
dan 486SX mempunyai 4 slot.

2. Memori jenis SIMM 72 pin memerlukan dua keping untuk


membolehkannya beroperasi. Oleh itu ia memerlukan
tambahan memori sebanyak 2 keping untuk meningkatkan
saiz memori. Motherboard untuk

3. Memori jenis DIMM 168 pin dan DDR SDRAM 184 pin
hanya memerlukan sekeping untuk beroperasi.

Kalau kita perhatikan, komputer yang ditingkatkan saiz memori


menunjukkan prestasi yang lebih baik. Membuka aplikasi atau
memproses data akan menjadi lebih pantas. Walaubagaimana pun
kejadian ‘hang up’, ‘freeze’ dan ‘blue screen’ sering sahaja

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 21


berlaku selepas peningkatan memori dilakukan. Ini berlaku
disebabkan:

1. Modul memori yang ditambah tidak mempunyai kelajuan


yang sama dengan kad memori yang sedia ada. Semasa
membeli pastikan jenis memori dan kelajuannya. Rupa
modul memori memang sama untuk setiap jenis tetapi
mempunyai kelajuan yang berlainan

2. Modul memori menggunakan produk keluaran dari


syarikat yang berbeza. Walaupun kita telah pastikan modul
memori yang dibeli adalah dari jenis dan kelajuan yang
sama tetapi setiap produk mempunyai perbezaannya
sendiri

3. Kerosakkan static kerana kita cuai semasa proses


pemasangan modul memori. Semasa proses pemasangan
kita mungkin telah memegang modul memori tanpa
menyahcaskan diri dari elektrik statik

Pengeluar Kelajuan Saiz Harga dalam RM

Kingston 266MHz 128/256/512MB 109/199/398

Apacer 266MHz 128/256/512MB 118/216/410

Kingston 333MHz 256/512MB 228/448

Apacer 333MHz 256/512MB 229/435


Jadual 4: Perbandingan harga memori.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 22


Rajah 10: Contoh DRDRAM 184 pin.

CPU

CPU (Central Processor Unit) atau Unit Pemprosesan Pusat


merupakan komponen utama yang mempengaruhi kelajuan
memproses data. CPU boleh dianggap sebagai otak kepada
keseluruhan sistem komputer. Di sinilah semua data mentah akan
diproses menjadi maklumat yang dikehendaki dalam komputer.
Kelajuan CPU dipengaruhi oleh tiga faktor utama:

1. Kelajuan dalaman (Internal Bus) atau dalam bahasa pasar


dikenali sebagai CPU speed. Kelajuan 1GHz, 2GHz dan
sebagainya merujuk kepada kelajuan dalaman. Semakin tinggi
maka semakin lajulah data tersebut diproses

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 23


2. Kelajuan luaran (External Bus) atau dikenali sebagai Bas
Luaran merupakan kelajuan diluar CPU tersebut dan mesti
disokong dengan kelajuan motherboard. Ia juga dikenali
sebagai Front Bas. Sekiranya Bas Luaran untuk CPU tersebut
adalah 400MHz maka motherboard mesti mempunyai
kelajuan BAS yang sama. Bas luaran berbeza diantara CPU
yang berlainan. Semakin tinggi kelajuan luaran maka prestasi
komputer meningkat. Internal Bus boleh diibaratkan seperti
highway 10 lorong, manakala External Bus pula adalah jalan
susur keluar highway yang hanya mempunyai 2 lorong. Walau
besar atau lajunya sesuatu kereta di highway, bila tiba susur
keluar kereta tersebut perlu perlahan. Bayangkan sekiranya
lorong susur hanya satu lorong, maka kesesakkan akan
berlaku bukan sahaja dilorong susur keluar malah akan
menyebabkan highway yang besar akan mengalami
kesesakkan. Jadi adalah perlu mempunyai External Bus yang
besar untuk memastikan tidak berlaku kesesakkan. Dari jadual
1, kita dapati Pentium IV mempunyai kelajuan External Bus
yang paling tinggi iaitu 400MHz sehingga 533MHz. Jadi
tentulah CPU Pentium IV menjadi pilihan yang tepat untuk
pengguna yang mementingkan kelajuan.

Jenis CPU Internal Bus External Bus

66 – 100MHz
850MHz – 2.2GHz
400MHz (1.7GHz
keatas)

450MHz - 1.33GHz 133MHz

1.7 – 3.06 GHz 400 – 533 MHz

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 24


1.0 – 1.3GHz 200MHz

1700+ - 2800+ 266 - 333MHz

Jadual 5: Perbezaan CPU Internal dan External BUS

3. Saiz Ingatan Cache (Cache Memory). Semakin besar saiz


ingatan cache maka prestasi CPU keseluruhan akan
meningkat. Fungsi utama ingatan cache adalah untuk
menyimpan arahan yang pernah diproses oleh CPU. Sekiranya
terdapat arahan yang sama, maka CPU tidak perlu memproses
semula arahan tersebut. Cache juga berfungsi sebagai
penimbal (buffer) diantara CPU dengan memori utama kerana
kelajuan cache lebih laju. Untuk lebih mudah memahami
fungsi cache kita bayangkan kita ada menerima 70 kotak
berisi pelayan. Pada kotak yang pertama kita mengambil masa
yang lama untuk mengeluarkan pelayan dari kotak kerana kita
perlu memikirkan cara yang sesuai untuk membuka kotak
tersebut agar tidak merosakkannya. Untuk kotak kedua dan
seterusnya, kita boleh membuka kotak tersebut dengan pantas
tanpa perlu memikirkan (otak = CPU) bagaimana caranya
membuka kotak tersebut. Ini kerana kita telah menyimpan di
dalam ingatan kita (cache) cara-cara untuk membukanya.
Tidak perlu lagi terkedek-kedek melihat keselurahan kotak
atau membaca manual How to Open Box for Dummies.
Sebagai contoh lain yang menunjukkan fungsi cache
memainkan peranan penting di dalam prestasi komputer. Cuba
lakukan pemasangan sistem operasi (operating system)
Windows 98 dengan ingatan cache L1 (internal cache) dan L2
(external cache) dimatikan. Masa pemasangan akan
mengambil sekurang-kurangnya 3 jam berbanding sebelum
ingatan cache dimatikan hanya mengambil masa 45 minit. Ini
kerana setiap fail di dalam bentuk .cab (cabinet) iaitu fail
tersebut telah dimampatkan (compress). Fail pertama dibuka
agak lambat kerana perlu mengetahui cara-cara untuk
uncompress dan fail seterusnya CPU tidak perlu lagi belajar

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 25


cara-cara untuk uncompress kerana telah tersedia disimpan di
dalam ingantan cache. Sekiranya ingatan cache dimatikan
maka setiap fail, CPU terpaksa memproses semula cara-cara
untuk uncompress fail tersebut. CPU AMD Athlon dan Intel
Pentium IV mempunyai saiz External cache yang sama. Untuk
itu, pilihan Intel Pentium IV adalah lebih sesuai kerana
kelajuan dalaman dan luaran Pentium IV lebih dari
pesaingnya.

Internal Cache (L1 External Cache(L2


Jenis CPU
Cache) Cache)

32 KB 128KB

32KB 256KB

12k µop + 8KB 256KB

128KB 64KB

128KB 256KB

Jadual 6: Perbandingan CPU untuk L1 dan L2 Cache.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 26


Jenis CPU Kelajuan Harga dalam RM

1.1/1.2A/1.3/1.7/1.8 159/175/198/215/273

1.7/1.8A/2A/2.4/ 488/565/638/748/

2.53/2.66/2.8/3.0 929/1158/1488/2398

1/1.3GHz 125/158

1.7/1.8/2.0/2.1/2.2/2.4 215/265/328/395/595/790

Jadual 7: Perbandingan harga CPU

Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive)

Pemacu cakera liut adalah peranti yang menerima cakera


magnet fleksibel, iaitu cakera liut, dan membaca atau menulis
corak magnet yang sepadan dengan data yang hendak didapatkan
kembali atau disimpan. Pemacu cakera liut tidak mempengaruhi
prestasi terhadap komputer. Harga sekitar RM 25 sehingga RM
27. Kapasiti formatting 1.44MB.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 27


Rajah 11: Pemacu cakera liut 1.44MB.

Cakera Keras (Hard Disk)

Cakera keras adalah peranti jenis medium rakaman


bermagnet yang terdiri daripada substrat aluminium yang
diselaputi atau dilapisi biasanya dikedua-dua belah degan bahan
bermagnet. Pemilihan cakera keras yang laju boleh
mempengaruhi prestasi komputer. Cakera keras yang dipilih mesti
menyokong UDMA (ultra direct memory access ) dan kelajuan
pusingan sekurangnya 5400rpm. Sekiranya mampu kita boleh
memilih cakera keras berkelajuan 7200 rpm. Cakera keras
merupakan storan sekunder yang boleh menyimpan serta
mengeluarkan data dan perisian dengan pantas jika dibandingkan
dengan storan sekunder yang lain seperti pita magnetik, cakera
liut dan storan optik.

Maximum
Ultra DMA
Transfer Rate Defining Standard
Mode
(MB/s)

Mode 0 16.7 ATA/ATAPI-4

Mode 1 25.0 ATA/ATAPI-4

Mode 2 33.3 ATA/ATAPI-4

Mode 3 44.4 ATA/ATAPI-5

Mode 4 66.7 ATA/66

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 28


Mode 5 100 Ultra ATA/100

133 Ultra ATA/133


Jadual 8: Perbezaan Mod UDMA

Semasa pemasangan cakera keras, pastikan kita


menggunakan kabel rata (flat cable) yang mempunyai 80 wayar.
Sekiranya kita menggunakan kabel rata 40 wayar maka kadar
maksima perhantaran data akan turun dari 133MB/s kepada
66MB/s.

Rajah 12: Cakera keras dari jenama Quantum.

Selain cakera jenis sambungan IDE (Integrated Drive


Electronics) terdapat sejenis lagi cakera keras yang dikenali
sebagai SCSI (Small Computer System Interface) atau disebut
‘scuzzy’. Cakera keras jenis ini sangat laju dan hanya sesuai
digunakan pada pelayan (server) kerana harganya agak tinggi.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 29


Rajah 12: Perbezaan diantara IDE 80 dan 40 wayar.

Jenama Kapasiti Kelajuan pusingan Harga dalam RM

Maxtor 30/40/60GB 5400 RPM 228/259/299

Seagate 20/40GB 5400 RPM 212/269

Western Digital 20/40GB 5400 RPM 220/259

Maxtor 20/30/40/80GB 7200 RPM 228/242/285/390

Seagate 40/80GB 7200 RPM 288/385


Jadual 9: Perbandingan harga cakera keras.

Pemacu CDROM

Pemacu CDROM dari storan sekunder berasaskan stroran


optik. Di pasaran sekarang, terdapat 3 jenis pemacu CDROM
yang popular.

1. Pemacu CDROM yang hanya boleh membaca cakera CD-


ROM.

2. Pemacu CDROM CDRW – CDROM jenis ini boleh


membaca dan merakam. Sekiranya menggunakan cakera
jenis CD-R (CD-Recordable) iaitu cakera yang hanya
boleh ditulis sekali sahaja maka pemacu CDROM CD-RW
hanya boleh menyimpan data tetapi tidak boleh mengubah

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 30


data tersebut. Ia sesuai untuk menyimpan data yang kekal
seperti multimedia dan arkib. Sekiranya menggunakan
cakera dari jenis CD-RW, maka data tersebut dapat
disimpan serta boleh dibuat perubahan sama seperti cakera
keras cuma pada kelajuan yang perlahan.

3. Pemacu DVD (Digital Video Disk) kini amat popular


kerana keupayaannya membaca cakera DVD berkapasiti
17GB berbanding dengan cakera CD-ROM hanya sekitar
740MB. Pemacu DVD boleh membaca cakera jenis CD-
ROM biasa, CD-R dan DVD.

Rajah 13: Pemacu CDROM CD-RW jenama Yamaha

Diantara ketiga jenis pemacu CDROM tadi, pemacu


CDROM CD-RW merupakan satu pembelian yang bijak kerana
data dan aplikasi boleh disimpan sekiranya kita menggunakan
cakera CD-R atau CD-RW. Kos sekeping CD-R hanya sekitar
70sen sekeping dan boleh menyimpan sebanyak 740MB
berbanding dengan cakera liut yang harganya sekitar RM 1
sekeping dan hanya berupaya menyimpan 1.44MB. Penyimpanan
dan penghantaran data dapat dilakukan dengan lebih mudah
kerana disokong oleh pemacu dari jenis CD-ROM biasa dan
pemacu DVD.

Jenama Kelajuan Harga dalam RM

Beng 40x 12x 48x 169

Lite-on 40x 12x 48x 200

Beng 48X 24x 48x 210

Lite-On 48X 24x 48x 220


Jadual 10: Perbandingan harga pemacu CD-RW.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 31


Modem

Modem merupakan peranti output yang digunakan untuk


berkomunikasi dengan komputer lain dengan menggunakan talian
telefon. Menurut definasi dari kamus Fajar Bakti, modem
bermaksud:
“Peranti yang boleh menukar strim bit digital menjadi isyarat
analog yang sesuai untuk penghantaran ke dalam beberapa
saluran komunikasi analog (pemodulat), dan boleh menukar
isyarat analog masuk kembali menjadi isyarat digital
(penyahmodulat).”

Dengan kata lain modem merupakan satu alat komunikasi


untuk menukarkan maklumat dari bentuk digital kepada analog
(dari komputer ke talian telefon) dan menukar balik analog
kepada digital (dari talian telefon ke komputer). Kelajuan paling
tinggi bagi analog modem adalah 56Kbps. Perhatikan ‘b’ adalah
huruf kecil maka ukuran data komunikasi adalah di dalam bentuk
bit bukan bait (byte). Tetapi semasa kita membawa turun
(download) fail dari Internet, ukuran yang digunakan adalah bait (
‘B’ huruf besar). Sekiranya kelajuan semasa membawa turun fail
adalah 5KBps maka apabila ditukar di dalam bentuk bit, nilainya
adalah 40Kbps (5 x 8 bit).

Terdapat empat modem untuk talian analog.

1. Internal modem

2. External modem

3. USB modem

4. PCMCIA modem

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 32


Rajah 14: Internal modem jenis slot PCI.

Rajah 15: External modem mempunyai procesor.

Rajah 16: USB Modem

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 33


Rajah 17: PCMCIA modem.

Modem jenis internal, external dan USB boleh digunakan


pada komputer peribadi manakala modem jenis PCMCIA
digunakan pada komputer bimbit (notebook). Pemilihan jenis
modem tidak mempengaruhi kelajuan semasa mengakses internet.
Terpulang kepada kita untuk memilihnya. Pemasangan internal
modem dapat mengurangkan kesesakkan di atas meja manakala
pemasangan external modem pula boleh digunakan sekiranya kita
ingin menggunakan perkhidmatan fax tanpa perlu memastikan
komputer dihidupkan. Cukup sekadar memastikan modem
dihidupkan, maka external modem dapat menerima dan
menyimpannya di dalam memori yang ada padanya.

Sekiranya kita sering bertukar tempat dan bertukar PC,


modem jenis USB amat sesuai untuk kita. Ini kerana proses
pemasangan amat mudah serta tidak memerlukan unit bekalan
kuasa luar seperti external modem. Memilih modem yang murah
sudah mencukupi, hanya bertukar kepada modem berjenama
apabila talian sering terputus talian semasa sedang menyusuri
Internet.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 34


Jenama Jenis Harga dalam RM

Aztech Internal 32

Artnet Internal 33

Aztech External 97

Arcnet External 98

Aztech USB 99

Arcnet USB 104


Jadual 11: Perbandingan harga modem.

Kad Paparan (Display Card)

Kad paparan dipasang pada komputer dislot yang ada pada


papan induk (motherboard) atau terbina dalam. Merupakan
peranti yang akan disambung kepada peranti output seperti
monitor dan adalah diantara komponen yang penting menentukan
prestasi sesuatu komputer. Tanpanya proses boot-up akan berhenti
dan speaker akan berbunyi menunjukkan kad paparan tidak
dijumpai. Terdapat empat jenis kad paparan dipasaran:

1. ISA – beroperasi dalam 16 bit. Hanya sesuai untuk sistem


80286 sehingga 80486

2. PCI – beroperasi dalam 32 dan 64 bit. Kad paparan jenis


PCI 64 bit sering terdapat pada pelayan. Kebanyakkan
sistem komputer peribadi hanya menyokong PCI 32 bit
3. AGP – beroperasi dalam 32 bit tetapi mempunyai sistem
bus 66MHz berbanding dengan PCI yang mempunyai
sistem bus 33MHz.

4. Bina dalam (Built-in) – kebanyakkan motherboard


sekarang mempunyai kad paparan bina dalam.
Motherboard jenis ini murah sebab tidak perlu
menyediakan slot AGP. Dari segi prestasi, kad paparan
bina dalam tidak dapat menandingi kepantasan kad jenis
AGP. Terdapat dua jenis kad paparan bina dalam.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 35


a. Menggunakan memori motherboard. Berkongsi.
Saiz memory boleh diubah dari 2MB sehingga
8MB

b. Mempunyainya memorinya sendiri. Selalunya


bersaiz 8MB dan mempunyai prestasi yang lebih
baik dari pilihan di atas

Rajah 18: Kad Paparan jenis AGP

Kesimpulannya, elakkan menggunakan motherboard yang


mempunyai kad paparan bina dalam kerana prestasinya amat
mengecewakan. Penggunaan kad paparan jenis AGP merupakan
tindakan yang baik. Setiap kad paparan AGP mempunyai kapasiti
yang berbeza, bermula dengan 32MB sehinggalah mengikut
kemampuan kita. Kad paparan berkapasiti 32MB sudah
mencukupi untuk pengguna biasa. Tetapi memandangkan harga
tidak jauh berbeza diantara 32MB dan 64MB maka lebih pratikal
menggunakan kad paparan berkapasiti 64MB.

Jenama Saiz Memori dalam MB Harga dalam RM

NVidia 32 85

Riva 32 88

GeF MX400 64 115

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 36


Asustek V710SE 64 170

Aztech USB 99

Arcnet USB 104


Jadual 12: Perbandingan harga kad paparan AGP.

Papan Kekunci (Keyboard)

Papan kekunci adalah suatu tatasusunan kekunci yang


boleh berupa butang berkapsen atau kawasan bertanda pada suatu
satah, dengan setiap kunci boleh menyebabkan tindakan atau
isyarat diskret apabila ditekan dengan jari. Papan kekunci
digunakan sebagai peranti input. Terdapat berbagai bentuk dan
fungsi papan kekunci ada dipasaran sekarang. Papan kekunci jenis
104 keys berharga RM 18 sudah mencukupi untuk kegunaan
biasa. Papan kekunci yang mahal mempunyai fungsi tambahan
seperti butang multimedia, butang Internet, speaker dan
sebagainya.

Rajah 19: Papan Kekunci.

Tetikus (Mouse)

Peranti penunjuk yang digerakkan oleh tangan dikeliling


permukaan rata, gerakan di atas permukaan dikomunikasikan
kepada komputer dan menyebabkan gerakan sepadan kursor di
atas paparan. Tetikus merupakan peranti input untuk memudahkan
kita menggunakan perisian berlandaskan tetingkap. Seperti juga
papan kekunci, tetikus juga mempunyai berbagai bentuk dan
fungsi tambahan. Untuk kebanyakkan pengguna, tetikus berharga
RM 8 sudah mencukupi.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 37


Rajah 20: Tetikus.

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my) 38

Anda mungkin juga menyukai