Anda di halaman 1dari 1

BIL: 1-RAMADHAN 1434/ 2013

TAJUK: MUKADDIMAH RAMADHAN

RENUNGAN Sedar ataupun tidak, sememangnya Ramadhan al-Mubarak menjelang lagi, samaada kita menunggu ketibaan Ramadhan atau sebaliknya, Ramadhan tetap muncul dan dan kita pasti akan bersama dengannya. Ramadhan, merupakan sayyidus syuhur ( ), iaitu penghulu bagi semua bulan-bulan di dalam setahun. Dalam bulan Ramadhanlah bermulanya nuzul Al-Quran, iaitu turunnya ayat-ayat Al-Quranulkarim kepada junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW, untuk disampaikan kepada seluruh manusia, sebagaimana adanya Al-Quran di sisi kita pada hari ini. Ramadhan adalah ) ( iaitu bulan keberkatan, pengampunan dan rahmat daripada Allah SWT. Bulan yang telah dianugerahkan khusus oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan ummatnya supaya berpuasa dan memohon pengampunan dan rahmat daripada-Nya. Antara matlamatnya adanya Ramadhan bersama dengan puasa yang difardhukan adalah supaya manusia redha dengan segala perintah Allah di dunia ini, dan di akhirat selamat dari seksaan azab Neraka. Bermula dari waktu bersahur hinggalah waktu berbuka dan kembali pula bersahur Allah SWT memberi keberkatan ke atas amalan yang dilakukan oleh para hambanya yang memahami maqasid ibadah puasa dan bulan Ramadhan itu sendiri. Maka dari itu carilah, berusahalah dengan melakukan ibadat dan amal kebajikan di siang hari, mahu pun malam, disepanjang bulan Ramadhan. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksud: Apabila telah masuknya bulan Ramadhan, maka pintu-pintu langit dibukakan dalam riwayat yang lain menyatakan: Dibukakan pintu-pintu Syurga dan ditutup pintupintu neraka jahannam dan dirantai syaitan-syaitan dan dalam riwayat yang lain pula ada menyatakan: Dibukakan pintu-pintu Rahmat. Oleh itu, wajibkanlah ke atas diri kita, dengan menjadikan Ramadhan, bulan yang ditunggu-tunggu, bulan yang sentiasa dirindui ketibaannya, kerana di dalamnya terdapat berbagai-bagai kelebihan dan keistimewaan, yang tidak ada pada bulan-bulan yang lain, yang sememangnya telah disediakan oleh Allah SWT, istimewa kepada umat Nabi Muhammad SAW, dan amanat yang paling besar dengan ketibaaannya ialah pelaksanaan tuntutan salah satu rukun Islam yang lima, iaitu ibadah puasa selama sebulan Syahru Ramadhan.
1

: 1 :

Riwayat Bukhari dan Muslim

Anda mungkin juga menyukai