Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA PERASMIAN PENUTUP KURSUS PEMANTAPAN GURU J-QAF DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KELOLAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013

Allahumma Antal Azizul Jalil,

, .

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, sempena Perasmian Penutup Kursus Pemantapan Guru J-QAF Di Sekolah-sekolah Rendah Kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2013 yang akan disempurnakan oleh _________________________________________ bagi merafakan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Allahumma Antal Kabirul Mutaal Sesungguhnya kami berhimpun di dalam dewan ini, bagi menyatakan pengiktirafan dan komitmen kami, dengan roh dan semangat dalam meneruskan kesinambungan pendidikan kearah kejayaan wawasan melalui kecemerlangan kepimpinan pendidikan sebagai asas dan teras perjuangan. JusteruYa Allah berkatilah perhimpunan kami d i sini. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturrahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan. Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, daripada melanggar perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman. Ya Allah, Peliharalah kesejahteraan dan kemakmuran negara, dan jadikan negara kami sebagai baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.

Anda mungkin juga menyukai