Anda di halaman 1dari 8

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

FUTSAL
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah naugan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Istilah FUTSAL adalah satu istilah antarabangsa. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai. Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan belia YMCA. Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindakbalas pantas, hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Pemain-pemain terulung seperti Pele, Zico dan Ronaldo membesar dengan cara ini dan terhutang budi kepada Futsal. Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri.

Futsal dimainkan di dalam dewan

71

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PERALATAN DAN KEPERLUAN

27 ela (25 meter) minimum 45 ela (42 meter) maksimum


Garisan separuh

3" (8 cm)

10 meter
16 ela (15 meter) minimum 27 ela (25 meter) maksimum Tendangan penalti Kedua

2 meter 10 kaki (3 meter) (tinggi)

Kawasan penalti

Gol r = 20 kaki (6 meter)

10 kaki (3 meter)

10 kaki (3 meter)

Tendangan penalti

4" (10cms)

r = 10 feet (3 meter)

GARISAN GOL

30" (80 cm)

20 kaki 15" (40 cm) 15" (40 cms) (6 meter)

30" (8 cm)

Zon Zon pertukaran MEJA PEGAWAI pertukaran BANGKU PASUKAN BANGKU PASUKAN

Gelanggang serta ukuran dan teknikaliti


Gelanggang Futsal adalah versi mini bola sepak sebesar gelanggang bola balingan dan boleh disesuaikan. Permukaan gelanggang biasanya menggunakan rumput sintetik, alas sintetik, lantai parquet atau simen yang boleh menyerap lantunan.

Bola Futsal
Dibuat dari kulit atau bahan sintetik Size 4 untuk dewasa Size 3 untuk junior Berat : lebih ringan dari bola sepak biasa 400 440 gms. Cirri Khas : Daya lantunan 30% kurang dari bola sepak biasa.

72

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Kasut Futsal dan Penghadang Kaki (Shinguard)


Kasut Futsal disebut juga Futsalor, Tapaknya dibuat daripada bahan getah supaya sesuai dengan semua permukaan gelanggang untuk cengkaman yang kuat. Diperkuat dengan salutan kulit atau fabrik kanvas di tepi dan hujung kasut. Penghadang Kaki (Shinguard) adalah kemestian bagi setiap pemain untuk mengelak dan mengurangkan kecederaan. Bahan dan mutu kasut atau shinguard selalunya terdiri daripada jenama terkemuka seperti Nike, Adidas, Topper, Puma, Jordan, Converse dan. lain-lain. Ia dibuat daripada kepingan plastik disaluti penebat seperti getah atau span dan bahan fabrik yang sesuai.

Gawang Gol serta ukuran


3 meter

0.75 m

2 meter

1m Pandangan dari Sisi Pandangan dari Depan

73

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAGAIMANA FUTSAL DIMAINKAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN Perbezaan antara Bola Sepak Biasa dan Futsal
BOLA SEP AK SEPAK Bola Saiz 5 11 pemain 3 gantian Balingan ke dalam Pengadil Utama dan 2 Pengadil Garisan Masa permainan dijaga oleh pengadil utama 45 minit separuh masa Tendangan Gol (Goal Kick) Undang-undang offside Kesalahan tidak terhad Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang ditendang semula kepadanya Tiada gantian untuk pemain yang dibuang padang Tendangan sudut di garisan arc Hanya sekali tolak balik atau backpass dibenarkan iaitu selepas bola melepasi garisan tengah atau telah disentuh pihak lawan. Pemain yang dibuang boleh diganti selepas 2 minit atau pihak lawan telah menjaringkan gol. Tendangan sudut betul-betul di sudut antara pertemuan garisan gol dan tepi. 5 had kesalahan dan tiada tendangan bebas dengan barisan wall Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang dihantar balik padanya dengan apa cara sekalipun termasuk dengan kepala atau dada. 20 minit separuh masa dengan 1 time-out untuk setiap pasukan setiap separuh masa Balingan oleh Penjaga Gol (Goalkeeper Throw) Tiada tindakan untuk pergeseran bahu atau tekel melunjur (shoulder charges or sliding tackle) Peraturan 4 saat untuk mula main Masa dijaga oleh penjaga masa FUTSAL Bola Saiz 4 dengan daya lantunan dikurangkan 30% 5 pemain Tidak terhad-dengan pemain gantian dipanggil flying Sepakan ke dalam Pengadil utama dan pembantu pengadil dengan kuasa yang sama

74

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

1. Memulakan Permainan Permainan dimulakan dengan melambung duit siling. Pihak yang kalah mestilah berada di kawasannya sendiri. 2. Bola Masuk / Bola Keluar Bola dikira masuk sekiranya berada di dalam kawasan permainan, kawasan touchline dan kawasan garisan gol. Bola dikira keluar jika berada di luar kawasankawasan tersebut. 3. Jaringan Dikira apabila bola melepasi garisan gol di antara 2 tiang gol dan di bawah palang gol. 4. Faul dan kelakuan kurang sopan Tendangan bebas terus diberikan pada pihak lawan jika dengan sengaja melakukan 10 kesalahan seperti berikut: a. Menyepak atau cubaan menyepak pemain lawan b. Membentes pemain lawan c. Menerpa serta melompat ke arah pemain lawan d. Menyerang pemain lawan e. Menyerang pemain lawan dari belakang f. Menghadang pemain lawan dengan sengaja g. Menolak pemain lawan h. Menerpa pemain lawan dengan bahu dengan sengaja i. Tekel menggelungsur sliding tackle yang membahayakan j. Memegang bola (kecuali penjaga gol) 5. Kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti tendangan bebas tak langsung diberikan dari garisan 6 meter bagi 8 jenis kesalahan a. Permainan yang bahaya b. Menghalang dengan sengaja c. Menyerang / menerpa penjaga gol di dalam kawasan penalti d. Penjaga gol membuat balingan terus melepasi garisan tengah tanpa disentuh oleh mana-mana pemain e. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar ke belakang kepadanya. f. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar dari tendangan ke dalam dari rakan sepasukannya. g. Penjaga gol mengawal bola dengan mana-mana bahagian anggotanya lebih dari 4 saat. h. Penjaga gol menyentuh bola yang dihantar ke belakang dengan mana-mana bahagian anggotanya sebelum bola itu melepasi garisan tengah ataupun disentuh oleh pemain lawan.

75

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

6. Pemain boleh diberi amaran dengan melayangkan kad kuning dan pihak lawan diberi tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan dari garisan 6 meter jika berlaku di kawasan penalti. a. Pemain gantian memasuki gelanggang dari tempat yang salah atau pemain yang diganti belum betul-betul meninggalkan gelanggang. b. Seseorang pemain sentiasa melanggar undang-undang permainan. c. Seseorang pemain tidak patuh dengan keputusan pengadil. d. Berkelakuan tidak sopan atau kurang ajar. 7. Pemain akan dibuang padang serta dilayangkan kad merah untuk kesalahan berikut: a. Kesalahan permainan yang berat. b. Berkelakuan ganas c. Kesalahan menggunakan bahasa tercemar d. Kesalahan atas kesalahan kedua (2 kad kuning) e. Bertindak menghalang peluang jaringan gol lawan dengan niat yang tidak professional f. Menghalang peluang jaringan pihak lawan didalam kawasan penalti dengan sengaja. 8. Peraturan Buang Padang a. Seseorang pemain yang dibuang padang akan dikeluarkan terus sehinggakan tidak dibenarkan duduk dibangku simpanan. b. Pasukan di mana pemainnya dibuang padang boleh diganti selepas 2 minit permainan berjalan atau selepas pihak lawan menjaringkan gol yang mana terdahulu. c. Hantaran 2 minit akan dikira dan ditentukan oleh penjaga masa atau penolong pengadil jika penjaga masa tidak digunakan. d. Pemain gantian tidak boleh terus menggantikannya sehingga permainan diberhentikan serta mendapat kebenaran pengadil. 9. Tendangan Bebas a. Jenis : Tendangan bebas terus dan lawanan bebas tidak langsung. b. Dinding wall Sekurang-kurangnya 5 meter dari jarak bola yang akan disepak c. Had masa Tendangan mesti diambil dalam jangka masa 4 saat. 10. Tendangan Penalti a. Diambil dari titik penalti di tengah-tengah garisan 6 meter b. Semua pemain mesti berada di luar kawasan penalti sekurangnya 5 meter dari titik penalti. c. Penendang tidak boleh memainkan bola pada kali kedua hanya setelah disentuh oleh pemain lain.

76

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

11. Tendangan ke dalam a. Digunakan untuk menggantikan balingan ke dalam. b. Bola diletak di atas garisan touchline sebelum menyepak. c. Sebelah kaki pemain mesti berada di luar atau di atas touchline kalau tidak tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan. d. Tendangan ke dalam mesti diambil dalam masa 4 saat kalau tidak tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan. e. Penendang tidak boleh memainkan bola kali kedua sebelum bola itu disentuh atau dimainkan oleh pemain lain kalau tidak pasukan lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan. f. Pemain-pemain lawan mestilah berada 5 meter jauh dari tempat sepakan diambil. g. Tidak dibenarkan menjaringkan gol terus dari tendangan ke dalam. 12. Membebaskan Kawasan Gol a. Dilakukan menggantikan tendangan gol b. Dari dalam kawasan penalti, penjaga gol membaling bola untuk meneruskan permainan. c. Bola tidak diertikan sebagai dimainkan sebelum melepasi kawasan penalti. Jika tidak, bola diertikan masih belum dimainkan. 13. Tendangan Sudut a. Bola diletakkan di bucu dua garisan gol dan garisan tepi. Jika bola itu salah letak, tendangan sudut akan diambil alih oleh pihak lawan. b. Mesti diambil dalam masa 4 saat. Jika gagal bererti pihak lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat sudut tersebut. c. Penendang sudut tidak boleh memainkan bola kali kedua. Jika tidak, pihak lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan tersebut. d. Pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 5 meter jauh dari tempat tendangan sudut dibuat. e. Gol boleh dijaringkan dari tendangan sudut. 14. Tendangan Penalti a. Pengadil utama menentukan gawang gol yang akan digunakan. b. Undian dengan cara lambungan siling digunakan. c. 5 tendangan diambil oleh 5 orang pemain yang di pilih dari setiap pasukan. Ketua pasukan masing-masing mengumumkan pemain-pemain yang telah dipilih kepada pengadil utama sebelum penalti dijalankan. d. Jika penalti terikat selepas 5 tendangan, tendangan tambahan akan diambil melalui sudden death oleh pemain-pemain yang belum melakukan tendangan penalti. e. Pemain yang dibuang padang semasa permainkan tidak boleh mengambil bahagian. f. Mana-mana pemain boleh mengambil tempat penjaga gol jika perlu. g. Semasa tendangan penalti dilakukan, semua pemain mesti berada di separuh gelanggang yang tidak digunakan. Penolong pengadil akan mengawasi kawasan ini.
77

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CADANGAN LATIHAN KEMAHIRAN 1 . Kemahiran Hantaran T epat Tepat


Dengan jarak 10 kaki, seorang pemain berada di tengah bulatan sambil menghantar bola bergilir-gilir secara statik dan kemudian diikuti dengan bergerak secara bulatan kepada semua pemain. Hantaran mestilah grounder atau meleret

2. Kemahiran Menggelecek

a. Menggelecek bola menggunakan sisi kaki kiri atau kanan melalui tiang-tiang yang dipacak ke tanah. b. Menggelecek bola menggunakan kawan yang beratur statik tetapi boleh mengganggu gelecekan dari tempat di mana mereka berada sahaja.

3. Kemahiran Menjaring dan Mengawal Gawang Gol

a. Menjaring dari posisi yang berbeza di sekeliling di kawasan penalti termasuk tendangan sudut. Galakkan tendangan leret atau grounder.

78

Anda mungkin juga menyukai