Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK  BAWAH 12 TAHUN 2022

PENGELOLA :
SK SG TALAM

1.BUKU PROGRAM
2.Program
3.Objektif
4.Ajk pengelola
5.Peraturan
5.Jadual perlawanan
4.Senarai sek bertanding
3.Grouping
3-3Jadual kedudukan kosong
2.Penghargaan
1.Sumbangan

1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang telah dirancang dalam takwim Unit Sukan
Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan. Bagi tahun 2022, ia dikelolakan oleh SK Sg Talam, Kuantan.
Pertandingan ini disertai oleh murid-murid sekolah rendah zon Perdana mengikut  kategori umur lelaki
12 tahun. Setiap pasukan menyenaraikan 15 orang pemain.Pertandingan ini akan diadakan di padang
SK Kg Padang dan SK RTP Bukit Goh, Kuantan.
Aktiviti ini diadakan selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan disamping memenuhi kehendak
Falsafah Pendidikan negara yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum.

2.0 MATLAMAT

Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap
peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta dapat
ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga dapat
memberikan setiap individu merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala kemenangan dan sijil
kecemerlangan.
Selain daripada itu, diharapkan juga melalui aktiviti seperti ini pelajar-pelajar yang berbakat
dalam bidang sukan khasnya sukan bola sepak dapat menunjukkan bakatnya dalam kejohanan
tersebut dan seterusnya dipilih untuk mewakili daerah Kuantan ke peringkat Negeri Pahang yang akan
diadakan di daerah Bera tahun ini dan ke pertandingan-pertandingan yang lebih tinggi tahapnya.

3.0 OBJEKTIF

Adalah diharapkan pada akhir kejohanan ini, para peserta dapat :


3.1 Merasai pengalaman, kepuasan dan keseronokan dalam menyertai sesebuah  
      pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam   
      sesebuah kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam   
      sesebuah pasukan dengan semangat kesukanan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi
      yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani,  emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

Tarikh pertandingan : 19 dan 20 Julai 2022 (Selasa dan Rabu)


Tempoh pelaksanaan : 2 hari

5.0 JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN

Pengerusi : EN. SAFRUL KAMALIZAM BIN SAFAR


(GURU BESAR SK SG TALAM)

Timb. Pengerusi : EN. YUSAINI BIN MAT YASIN


(PK KOKURIKULUM SK SG TALAM)

Naib Pengerusi 1 : PN. HALIJAH BT SUPAR


(PKP SK SG TALAM)

Naib Pengerusi 2 : PN. NIK ASMA BT NIK DAUD


(PK HEM SK SG TALAM)

Pengerusi Teknik : EN. MOHD RAZI BIN JUSOH


           
        
JAWATANKUASA PELAKSANA :

Pendaftaran & Pencatat : SK SG TALAM

Peralatan & Persiapan Padang : PADANG A – SK KG PADANG & SK TUNKU AZIZAH


PADANG B – SK RTP BUKIT GOH & SK (LKTP) BUKIT GOH

Venue Koordinator : SK SG TALAM

Pembantu Padang & Kebersihan : SEMUA SEKOLAH YANG BERTANDING

Kecemasan & Keselamatan : SK INDERA MAHKOTA UTAMA

Pencatat Keputusan : SK BUKIT SETONGKOL


Hadiah & Sijil : SK BUKIT (LKTP) SAGU 1

Pengacara Majlis : SK SG LEMBING

Bacaan Doa Majlis Penutup : SRI INDERA MAHKOTA

Buku Program : SK (FELDA) BUKIT KUANTAN

Fotografi & PA Sistem : PADANG A – SK INDERA MAHKOTA


PADANG B – SK NADAK

Juri Rayuan : SK SG TALAM & PENGERUSI TEKNIK

Khemah : SJK (T) INDERA MAHKOTA


6.0 FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan yang diadakan ialah pertandingan 9 sebelah dimana setiap pasukan perlu mendaftarkan
15 pemain, iaitu 9 pemain akan bermain dan 6 lagi akan menjadi pemain simpanan. Masa dalam satu
perlawanan adalah selama 20 minit. Format pertandingan adalah setiap pasukan akan diundi bagi
menentukan kumpulan (A, B dan C) dan akan bermain dalam peringkat liga sepusingan dahulu.
                            
PUSINGAN PERTAMA
KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C
A1 B1 C1
A2 B2 C2
A3 B3 C3
A4 B4 C4
A5

PUSINGAN KEDUA
KUMPULAN X KUMPULAN Y
X1 Y2
X2 Y3
Y1 X3

SEPARUH AKHIR
1 JOHAN X VS NAIB JOHAN Y
2 JOHAN Y VS NAIB JOHAN X

AKHIR
JOHAN 1 VS JOHAN 2

7.0 SUMBER KEWANGAN

Bayaran Pengelolaan Bersama kejohanan bola sepak lelaki bawah 12 tahun dipersetujui sebanyak
RM150.00 bagi setiap pasukan.

13 pasukan x RM150.00 = RM 1,950.00


8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini :

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)

1 Medal 60 (15 pemain x 4 pasukan) 60 x RM 8.00 = RM 480.00


2
3 Minuman petugas 15 kotak air mineral 15 x RM 10.00 = RM 150.00
4 Makanan urusetia, teknikal 20 orang 20 x RM 7.00 x 2 hari
= RM 280.00
5 Pengadil 8 orang 8 x RM 800.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 1,950.00

9.0 PENUTUP

Program yang terancang seperti ini dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada semua penggerak bola
sepak.  Semangat sayangkan sekolah, zon, negeri dan negara serta rasa tanggungjawab dapat
disemai di kalangan mereka yang terlibat.  Selain daripada itu, semangat setiakawan dan toleransi
akan dapat dipupuk.  Dengan adanya kerjasama dan komitmen yang tinggi di kalangan penggerak bola
sepak, program seumpamanya juga dapat dilaksanakan dengan cukup berkesan.  Adalah diharapkan
cadangan ini dapat berjalan dengan lancar demi merealisasikan matlamat kita iaitu untuk melahirkan
pemain-pemain yang berkualiti tinggi untuk mewakili sekolah, daerah, negeri dan negara amnya.

“1Murid 1Sukan”
“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh : Disemak oleh :

-------------------------------- -------------------------------
EN. MUHAMMAD SYAFIQ AIZAT BIN SUJALI EN. YUSAINI BIN MAT YASIN
Setiausaha Pengelola PK Kokurikulum
Kejohanan Bola Sepak L12 Tahun SK Sg Talam, Kuantan   

Disahkan oleh :

---------------------------------
EN. SAFRUL KAMALIZAM BIN SAFAR
Guru Besar,
SK Sg Talam, Kuantan, Pahang

Anda mungkin juga menyukai