Anda di halaman 1dari 2

Cara pemilihan permain futsal

1.Kualiti Teknikal

Ini adalah perkara paling pertama dilihat oleh jurulatih. Tahap teknikal berkualiti tinggi adalah
peratusan besar mengapa pemain itu dapat menarik perhatian jurulatih. Secara jujurnya, mencari
pemain yang berkualiti aspek teknikal adalah seperti jauhari mengenal manikam. Jurulatih terbaik
mampu menilai kualiti teknikal seorang pemain. Antara aspek yang dinilai adalah ;-

Hantaran (passing) – setiap hantaran adalah tepat samada ke arah kaki pemain atau ruang (space).
Hantaran itu menggunakan cara yang betul seperti posisi badan, mata, tangan dan penggunaan kaki.

Sentuhan Pertama (first touch) – setiap hantaran yang diterima samada di kaki atau di udara, dapat
dikawal baik dan bola dalam keadaan tidak mati (deadball) serta bijak mengubah arah.

Kesedaran (awareness) – setiap pemain sentiasa melihat keadaan permainan dan rakan lain dalam
pasukan. Ini adalah penanda aras kebijaksanaan permainan (games intelligence)

Kepantasan & pergerakan (pace & mobility) – ini adalah tentang pergerakan pemain dan tidak statik
dalam permainan.

2. Kemahiran Membuat Keputusan

Ini adalah kemahiran yang terlalu kritikal dalam futsal. Diakui, pemain yang mempunyai kemahiran
ini adalah belian di dalam team itu sendiri.

Tidak dinafikan pemain kurang dilahirkan disebabkan sistem latihan oleh jurulatih-jurulatih yang
masih memegang cara lama. Kerana cara lama yang masih dipraktikan oleh jurulatih-jurulatih tidak
membantu pemain untuk mengembangkan potensi2 mereka kerana mereka akan mendengar dan
patuh kepada arahan tersebut, manakala bagi cara yang baharu, pemain lebih diberikan kebebasan
untuk melakukan inovasi dan idea2 baharu di dalam futsal ini. Oleh itu pemain yang menerima
latihan daripada jurulatih sebegini mampu mengintepretasikan keadaan dan melakukan reaksi
pergerakan. Tahap kemahiran membuat keputusan adalah mengikut situasi utama (key moment)
dalam permainan.

3. Kreativiti

Tahap kreativiti adalah sangat subjektif apabila mahu dinilaikan pada pemain bola sepak. Pemain
yang kreatif adalah kesenambungan corak permainan menarik pasukan. Oleh itu, pemain yang
mempunyai tahap kreativiti tinggi juga menjadi idaman jurulatih. Maksud kreativiti dalam permainan
bola sepak adalah mengenai kemampuan pemain berjaya meloloskan diri daripada situasi yang
sempit, situasi yang pantas dan bijak merencanakan pergerakan seterusnya walaupun belum lagi
menerima hantaran. Dalam situasi 1v1, berjaya keluar dari situasi tersebut itu sudah dianggap
mempunyai tahap kreativiti yang bagus. Contoh lain, melaksanakan hantara permulaaan sebelum
melakukan hantaran maut (killer pass) untuk penyerang melakukan tindakan
penyudah (finishing) juga perkara dinilai dalam aspek kreativiti pemain.
4. Fizikal

Fizikal yang dimaksudkan di sini adalah kepantasan, kekuatan dan berstamina tinggi.

5. Individuals skill

Kemahiran dalam mengawal bola dengan pergerakan-pergerakan yang mengelirukan.

Anda mungkin juga menyukai