Anda di halaman 1dari 1

Kriteria Pemilihan Pemain

1. Kualiti Teknikal
- bukan sekadar dilihat pada elemen kawalan bola sahaja
a. Hantaran (passing) – setiap hantaran adalah tepat samada ke arah kaki pemain atau
ruang (space). Hantaran itu menggunakan cara yang betul seperti posisi badan, mata,
tangan dan penggunaan kaki.
b. Sentuhan Pertama (first touch) – setiap hantaran yang diterima samada di kaki atau di
udara, dapat dikawal baik dan bola dalam keadaan tidak mati (deadball) serta bijak
mengubah arah.
c. Kesedaran (awareness) – setiap pemain sentiasa melihat keadaan permainan dan rakan
lain dalam pasukan. Ini adalah penanda aras kebijaksanaan permainan (games
intelligence)
d. Kepantasan & pergerakan (pace & mobility) – ini adalah tentang pergerakan pemain
dan tidak statik dalam permainan.

2. Pemahaman Permainan Bola Sepak


a. football intelligence atau kebijaksaan permainan bola sepak
tentang kapasiti pemain tersebut tahu apa yang perlu dibuat dalam permainan atas
padang mengikut situasi-situasi tertentu. Ini merangkumi kebolehan membaca
permainan & pergerakan bola.
Kebolehan ini membenarkan pemain tersebut berfikir & menganalisa dalam masa
yang singkat dalam perlawanan. Kebolehan ini hanya boleh diasah oleh pengalaman
permainan yang bertahun-tahun, corak latihan yang diterapkan, pemerhatian &
melakukan analisa permainan dan sentiasa rajin mendapatkan feedback daripada
jurulatih.

3. Kemahiran Membuat Keputusan dan Penggunaan Bola Yang Optimum


Tahap kemahiran membuat keputusan adalah mengikut situasi utama (key moment) dalam
permainan.
a. Ketika memegang bola, Ball Possesion (BP)
b. Ketika tidak memegang bola, Ball Possesion Opponent (BPO)
c. Transisi daripada memegang bola kepada tidak memegang bola, (BP to BPO)
d. Transisi daripada tidak memegang bola kepada memegang bola (BPO to BP)

4. Kreativiti

5. Mempunyai Semangat & Berjiwa Besar


bagaimana jurulatih mengetahui tahap ‘jiwa’ tersebut? Ini adalah 5 panduan yang digariskan:
a. Ketika latihan atau sesi pemilihan, pemain itu memberikan 100% komitmen samada
ketika memegang bola atau tidak memegang bola.
b. Sentiasa semangat meningkatkan mutu permainan walaupun melakukan kesilapan di
awal permainan.
c. Bertanya kepada jurulatih, mengambil arahan dan memberi reaksi dari masa ke semasa.
d. Tidak mengulangi kesilapan yang ditegur.
e. Memberi semangat dan bertindak seolah-olah bertindak sebagai ketua pasukan.

6. Sikap & Persiapan Diri & Disiplin

Anda mungkin juga menyukai