Anda di halaman 1dari 6

(a) menggambarkan (deskripsi) Hasil karya ini dihasilkan oleh seorang pelukis Perancis, Theodore Gericault.

Beliau merupakan pelukis romantik yang terkenal. Romantisme berasal dari bahasa perancis Roman iaitu cerita sehingga aliran ini selalu melukiskan sebuah cerita tentang perbuatan besar atau tragedi yang dahsyat. Rakit Medusa adalah lukisan minyak pada tahun 1818-1819. Lukisan ini menjadi ikon kontroversi apabila pertama kali ianya dipamerkan kepada umum pada tahun 1819. Lukisan ini dilukis berdasarkan kejadian sebenar. Iaitu pengalaman 15 orang anak Kapal Medusa yang hanyut di tengah laut, selepas kapal itu tenggelam di kawasan perairan Mauritania. Kejadian ini menyebabkan hanya 15 orang dari 150 anak kapal yang berjaya diselamatkan. Lukisan ini menggambarkan salah satu peristiwa daripada tragedi 1816 yang berlaku di Perancis. Ianya merupakan satu tragedi negara. Lukisan ini menjadi satu isu apabila siasatan yang dijalankan mendapati Medusa tenggelam adalah kerana dijurumuni oleh kapten kapal yang tidak berpengalaman. Peristiwa ini menjadi satu suara politik yang membawa mesej tentang betapa teruknya sistem birokrasi Perancis ketika itu sehingga berlakunya tragedi yang boleh dielakkan. Peyokong kerajaan menghentam hasil karya Gericault dengan kritikan. Hal ini menyebabkan Gericault mengalami kemurungan dan menyatakan betapa masyarakat tidak memahami apa maksud seni itu yang sebenar. Tetapi keadaan berubah apabila Gericault membawa lukisan ini ke kota London pada Tahun 1820. Ianya dijulang

kepada satu hasil seni agung yang menggambarkan erti perjuangan yang sebenar. Melalui lukisan ini, kita dapat melihat yang sesorang lelaki tua memegang mayat anaknya pada lututnya. Mereka berada dalam kekecewaan dan kekalahan. Para lelaki di tengah-tengah hanya menunggu kapal penyelamat dan salah seorang ahli krew Afrika, Jean Charles berdiri di atas tong kosong dan melambaikan sapu tangannya untuk menarik perhatian kapal.

Komposisi lukisan ini dibina atas dua struktur piramid.Perimeter tiang besar di sebelah kiri kanvas .

(b) Menganalisa (analisis) Ciri khas lukisan ini ialah mempunyai komposisi yang dinamis, gambar yang kaku seperti patung, dan pencahayaan yang dramatis. Dalam lukisan ini, objek rakit dan angka-angka membentuk komposisi pepenjuru adalah untuk menekankan kesan gerak. Unsur gelap-terang dibuat sangat kontras untuk menggugah perasaan. Untuk mencapai kesan realism yang begitu kuat,Gericault melakukan kajian terhadap mereka. Selain itu, unsur emosi lebih diutamakan daripada fikiran. Aliran ini lebih mendorong orang untuk menghayati perasaan melalui penghayatan indera serta lebih mempercayai intuisi daripada fikiran. Lukisan ini dilukis oleh Gericault semasa beliau baru sahaja kembali dari Roma. Pada masa itu, masyarakat Perancis sedang membicarakan tenggelamnya kapal Medusa (1816) yang tenggelam di dekat pantai barat Afrika dan ditinggalkan begitu sahaja oleh para petugas menggunakan sekoci. Sedangkan para penumpang yang berjumlah lebih dari seratus orang menyelamatkan diri dengan sebuah rakit, yang kemudian diketahui hanya tinggal 15 orang yang selamat dan yang lainnya telah meninggal. Suasana inilah yang ingin digambarkan oleh Gericault dalam karyanya. Kerana beliau ingin mengabadikan peristiwa tersebut dengan tepat maka untuk menggali bahan yang diperlukan ia perlu meminta bantuan pada seorang korban yang masih hidup, dan untuk merekonstruksi suasana tragis itu ia meminjam mayat dari rumah sakit untuk ditempatkan di atas rakit sebagai model. Keseluruhan lukisan adalah gelap dan bergantung sebahagian besarnya penggunaan yang suram, pigmen kebanyakkannya coklat, palet bahawa Gericault dipercayai berkesan dalam mencadangkan tragedi dan kesakitan. Dari kawasan yang jauh kapal penyelamat itu mempunyai cahaya terang bersinar, menyediakan
2

pencahayaan ke tempat kejadian coklat sebaliknya membosankan. Terdapat juga penggunaan garisan luar yang terang. Tema karya tertumpu kepada kisah

kesengsaraan. Warna yang digunakan ialah warna yang kusam, suram dan kelam. Warna itu menggambarkan kesengsaraan, kezaliman yang berlaku pada zaman ini. Lukisan ini dicat dengan berus kecil dan minyak likat yang memerlukan sedikit masa kering pada keesokkan harinya. 16 warna utama digunakan dalam lukisan ini seperti warna merah terang, putih, kuning, hitam dan sebagainya. Lukisan ini dicat terus pada kanvas putih tanpa lakaran kasar atau apa-apa persediaan apapun. Jalinan tampak penting dalam penghasilan lukisan ini. Jalinan tampak merupakan jenis jalinan dalam bentuk 2 dimensi, hanya dapat dilihat, dan tidak dapat dirasai dengan sentuhan. Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim, dan lebih daripada satu permukaan.Lukisan ini adalah berbentuk ilusi iaitu hanya boleh dilihat sahaja dan tidak dapat dirasa oleh deria sentuh. Prinsip rekaan amat penting dalam penghasilan sesbuah karya seni. Dengan adanya prinsip-prinsip ini, kita dapat memberikan kritikan dan pandangan terhadap sesebuah karya seni. Fungsi kontra dalam lukisan ini adalah untuk menarik perhatian,memberi fokus,mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan. Selain itu, penegasan dalam lukisan ini amat berkesan untuk menimbulkan fokus atau tumpuan terhadap sesuatu perkara. Lukisan ini juga mempunyai irama dan

pergerakan yang dapat menimbulkan kesan visual yang lebih hidup dan realistik.

(c) Mentafsir (interpretasi) Tema lukisan ini didasarkan pada peristiwa tenggelamnya kapal perancis, iaitu medusa di pantai afrika pada tahun 1816. Di antara 150 penumpang di dalam kapal itu, hanya 15 orang yang selamat. Mereka membuat rakit dari puing-puing kapal itu dan terapung-apung di laut selama 13 hari.
3

Romantisme menekankan pengungkapan yang sama sekali tidak ada urusannya dengan corak, sebab bagi Romantikisme, kepentingannya hanya sikapnya yang melandasi lahirnya sebuah karya. Oleh sebab itu, aplikasinya dapat disaksikan pada pelbagai gaya, termasuk corak klasik itu sendiri. Walau bagaimanapun, memang ada perbezaanya konsep yang melandasi masing-masing aliran,dimana Neoklasik dilandasi oleh Ratio, sementara Romantisme dilandasi oleh hati. Lukisan romantik ini cenderung menampilkan hal-hal yang berurusan dengan perasaan seseorang yang sangat ditentang dalam alran Neo-klasik. Ciri-ciri lukisan ini ialah mengandungi cerita yang dahyat dan emosional, penuh gerak dan dinamis, warnanya bersifat kontras dan meriah, mengandung kegetiran dan menyentuh perasaan. Sebenarnya, lukisan ini adalah kedahsyatan melebihi kenyataan.

(d) membuat penilaian (evaluasi) Pada pendapat saya, lukisan tersebut membuat sensasi yang luar biasa. Walaupun lukisan tersebut sangat indah, namun yang menimbulkan sensasi bukan kerana keindahannya, tetapi kerana aktualitasnya. Hal ini jelas sekali bahawa lukisan tersebut dibuat berdasarkan getaran perasaan haru dan sedih yang luar biasa kepada masyarakat bahawa sesungguhnya banyak persoalan yang mesti mendapatkan perhatian, yang mana persoalan-persoalan tersebut tidak hanya menyangkut kemewahan dan keindahan yang ada di dalam kerajaan dan lingkungan para bangsawan sahaja, tetapi lebih jauh adalah masalah ketidakadilan bagi masyarakat kebanyakkan. Jika kita melihat dengan teliti, yang nampak dalam lukisan ini adalah sebuah kondisi yang tragis dimana mayat-mayat terlanjang berselerak di latar depan,

sementara terlihat beberapa orang melambaikan tangan untuk memberi isyarat permintaan pertolongan, sedangkan pada latar belakang nampak langit yang berawan kelam sehingga benar-benar melukiskan suasana yang sangat dramatis. Sama sekali tidak ada unsur-unsur keindahan dan kenikmatan hidup yang ingin diperkenalkan oleh pelukis.
4

Sebahagian masyarakat mengkritik bahawa lukisan ini dinilai terlalu kesat dan sensasi, namun masyarakat yang lain tidak terpengaruh oleh penilaian tersebut. Bahkan sensasi lukisan ini sempat membawa berkah bagi Gerticault saat dipamerkan di Inggeris, yang mana dari tiket masuk sahaja ia dapat meraup banyak wang. Rakit daripada Medusa mengekalkan unsur-unsur tradisi lukisan sejarah.Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu.Mesej karya tertumpu kepada keharmonian dan kecintaan. Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura. Selain itu, hasil karya masih terpengaruh dengan gaya zaman klasik.

http://www.historyhouse.com/in_history/medusa/ http://en.wikipedia.org/wiki/French_frigate_M%C3%A9duse_%281810%29 http://en.wikipedia.org/wiki/The_Raft_of_the_Medusa http://www.louvre.fr/en/oeuvre-notices/raft-medusa


LAVEISSIERE S., MICHEL R., CHENIQUE B., Gricault, catalogue dexposition, Grand Palais 1991-1992, Editions de la Runion des muses nationaux, Paris, 1991.

http://riyani17.blogspot.com/2011/10/aliran-dalam-seni-rupa.html

Anda mungkin juga menyukai