Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI KENDIRI PESERTA KURSUS KEJURULATIHAN, KEPEGAWAIAN DAN KEPENGADILAN KOKURIKULUM BOLA BALING 2011

Refleksi merupakan proses merenung iaitu mengingat kembali, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri terhadap sesuatu aktiviti yang telah disertai. Refleksi memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan seterusnya menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti secara berterusan. Guru pelatih juga bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif melalui penulisan refleksi ini. Melalui Kursus Kejurulatihan, Kepegawaian Dan Kepengadilan Kokurikulum ola aling !esi "#$$ yang telah dianjurkan pada "% hingga &$ 'ulai yang lalu, terdapat banyak input berguna yang telah diperoleh. Memandangkan semua aktiviti sepanjang kursus telah diatur dengan lengkap, guru pelatih dikehendaki mematuhi masa yang telah ditetapkan bagi setiap aktiviti agar tiada sebarang masalah yang boleh mengganggu kelancaran perjalanan segala aktiviti yang telah dirancang. Ketepatan masa amat dititikberatkan dalam menjalankan sesuatu aktiviti. (erkara ini secara tidak langsung dapat mendisiplinkan diri guru pelatihbukan sahaja semasa kursus tetapi melatih diri guru pelatih agar sentiasa menepati masa apabila melangkah ke alam sekolah nanti. !ebagai seorang guru, disiplin menjadi tunggak utama untuk memartabatkan profesion perguruan yang disandarkan. !elain itu, perkara yang dapat disingkap melalui kursus ini termasuklah pengetahuan yang lebih mendalam mengenai permainan bola baling itu sendiri. Guru pelatih mengetahui dengan jelas mengenai kemahiran)kemahiran asas yang perlu wujud sebelum seseorang itu berupaya bermain bola baling. *ntara kemahiran yang telah dikuasai oleh guru pelatih ialah hantaran bola, menangkap, menggelecek, melantun, mengacah, menghadang dan menjaring. +erdapat beberapa peraturan asas mengenai permainan bola baling yang turut diketahui guru pelatih apabila didedahkan oleh penceramah jemputan. ,ontohnya, permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat permulaan atau memulakan perlawanan. alingan dibuat di garisan tengah. !atu pasukan mengandungi $" orang pemain. !emasa permainan, - orang pemain akan bermain,

sementara baki . orang lagi akan menjadi pemain simpanan. (enggantian pemain boleh dilakukan dilakukan pada bila)bila masa. (emain boleh menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara pun sama ada dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya. (erkara asas ini akan dapat membantu guru pelatih apabila mengelola atau menyertai pertandingan nanti. (eserta kursus telah didedahkan dengan teori dan praktikal asas

kepengadilan (refereeing). *ktiviti ini memberi input)input penting kepada guru pelatih mengenai tindakan apabila bergelar seorang pengadil. !ebagai seorang pengadil, perkara penting adalah penampilan mesti kemas, berkasut dan berstokin. (erkara pokok yang telah dipelajari ialah mengenai jenis hukuman /amaran0 yang perlu diberikan kepada pemain apabila bertindak melanggar peraturan permainan. !ebelum ini guru pelatih hanya tahu mengenai disqualification (red card) tanpa ketahui sebab pemain dikenakan tindakan tersebut. 1amun, selepas menyertai kursus ini, guru pelatih mengetahui kesalahan yang telah dilakukan pemain termasuklah unsportsmanlike conduct secara verbal. (engadil mempunyai tanggungjawab ke atas pemain sebelum, semasa dan selepas perlawanan berlangsung. !ekiranya diberi tugasan untuk mengadili pertandingan, guru pelatih haruslah peka terhadap tindakan setiap pemain kerana hukuman tidak boleh sewenang)wenangnya dikenakan ke atas pemain. Menerusi praktikal asas kepengadilan, guru pelatih telah diberi peluang untuk mengadili pertandingan. +ernyata ianya bukanlah satu perkara yang boleh dianggap mudah tetapi memerlukan ketegasan dan keyakinan dalam bertindak ke atas pemain. Guru pelatih turut diajar cara meniupkan wisel. (eniupan wisel adalah penting kerana pemain bertindak mengikut arahan pengadil pertandingan. 2leh itu, peniupan wisel hendaklah jelas dan tepat bagi memastikan kelancaran permainan. ,ontohnya, dua kali tiupan pendek membawa maksud gol telah disahkan. eberapa jenis kesalahan pemain dan cara tindakan pengadil terhadap pemain tersebut turut diperjelaskan kepada guru pelatih. 3syarat tangan pengadil merupakan satu perkara yang penting bagi pemain untuk bertindak seterusnya semasa berlangsungnya perlawanan. Konklusinya, sebagai seorang pengadil selain berkuasa sepenuhnya terhadap pemain apabila mengadili sesuatu pertandingan, pengadil perlu menguasai kemahiran meniup wisel dan isyarat tangan dengan cekap. (raktikal ini dapat meningkatkan keyakinan guru pelatih apabila berdiri sebagai seorang pengadil.

Di samping pendedahan terhadap asas kepengadilan, peserta kursus telah didedahkan mengenai falsafah kejurulatihan. (erkara ini amat penting kepada guru pelatih terutamanya apabila diberi tanggungjawab oleh pihak sekolah untuk menubuhkan pasukan bola baling di sekolah nanti. Mengikut pemahaman guru pelatih, sebagai seorang jurulatih sesebuah pasukan bola baling, perkara yang perlu diber perhatian adalah semasa pemilihan pelajar untuk menjadi ahli pasukan. 4ormula yang telah dipelajari ialah .! iaitu size, shooting, skill, stamina dan spirit. 'adi, sebelum menubuhkan pasukan, guru pelatih perlulah menilai bakal peserta pasukan melalui aspek tersebut. !eterusnya, guru pelatih turut sedar sebagai seorang jurulatih perlulah bersabar dengan pencapaian pasukan yang dibimbing kerana tidak semua penyertaan menghasilkan kemenangan. (enceramah jemputan kursus iaitu Ketua 'urulatih (ulau (inang, 5ncik Maha6ir *hmad turut mengingatkan peserta mengenai aspek)aspek keselamatan apabila mengendalikan pasukan. *ntaranya ialah mengenalpasti kemampuan dan kecergasan murid semasa melakukan aktiviti, persekitaran tempat atau gelanggang, kesuaian pakaian serta aras perlakuan aktiviti. 2leh itu, sebagai seorang jurulatih perlulah menyelia dan membimbing pasukan dengan dedikasi dan mengambilkira aspek keselamatan bukan hanya tahu untuk mengejar kejuaraan. 'usteru itu, guru pelatih berpeluang melibatkan diri dengan aktiviti pengelolaan pertandingan. *ktiviti ini amat berguna kepada guru pelatih kerana segala kelengkapan perlu dipastikan untuk menjayakan sesuatu pertandingan. Melalui manual pengendalian pertandingan yang dijalankan, guru pelatih telah mengetahui perkara penting yang perlu dimantapkan untuk kelancaran pertandingan termasuklah ukuran gelanggang, jumlah peserta, masa yang diperlukan, agihan perlawanan, bilangan penyertaan dan peraturan baru sesebuah pertandingan bola baling seperti peraturan $..7 iaitu untuk sekiranya posisi yang tidak betul pemain pasukan menyerang yang mendapat balingan percuma atau balingan ke dalam, perlu diperbetul oleh pengadil. (erkara baru yang dipelajari guru pelatih ialah mengenai tindakan walkover. Mana)mana pasukan yang mengambil tindakan ini tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanannya dan kesemua perlawanan sebelumnya itu akan dikira tidak sah. 8al ini memberi peringatan kepada guru pelatih agar berfikir dengan waras sebelum bertindak apabila menjadi jurulatih pasukan di sekolah nanti.

!elain daripada menyedarkan guru pelatih mengenai peraturan permainan, aktiviti pengendalian pertandingan turut memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada guru pelatih mengenai sistem pertandingan seperti sistem liga dan sistem kalah mati. !etiap jenis sistem pertandingan mempunyai kelebihan dan juga kelemahan tersendiri. agi sistem liga, ianya memberi peluang kepada pasukan untuk mengadakan pertarungan yang lebih banyak tetapi mengambil masa yang panjang untuk sesuatu pertandingan. (ertandingan kalah mati boleh digunakan apabila banyak penyertaan namun sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan peserta. (erkara ini berbe6a dengan sistem cabar mencabar kerana keistimewaan sistem ini ialah setiap peserta ditempatkan mengikut kebolehan mereka. *pabila guru pelatih dikehendaki mengatur perlawanan bagi sesebuah pertandingan, kepakaran mengenai sistem pertandingan adalah penting. 'umlah pasukan penyertaan perlu diambilkira semasa menentukan sistem pertandinagn yang akan dijalankan. !emoga pengalaman yang diperoleh dapat membantu guru pelatih di hari muka. !epanjang kursus ini berlangsung, semua peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing)masing yang terdiri daripada tujuh orang ahli. !etiap kumpulan diberi tugasan untuk mengatur jumlah perlawanan berdasarkan jumlah pasukan penyertaan. ,ontohnya, apabila terdapat $. pasukan, berapa perlawanan yang perlu dijalankan bagi menentukan juara. *hli kumpulan perlu bertindak pantas dengan peruntukan masa selama setengah jam bagi mengatur perlawanan. *ktiviti ini turut melibatkan pemahaman peserta kursus mengenai sistem pertandingan iaitu sistem liga. !istem liga empat kumpulan perlu diaplikasikan kerana penyertaan pasukan adalah antara % 9 $7 pasukan. (erkara ini dapat mewujudkan semangat berpasukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kefahaman yang lebih juga diperoleh guru pelatih apabila cara penyusunan dibentang dan dikomen oleh penceramah jemputan. Kerja kumpulan mampu meningkatkan semangat kerjasama dalam diri setiap guru pelatih. +oleransi terhadap penerimaan setiap idea diperlukan untuk membuahkan hasil penyelesaian yang tepat. 1ilai)nilai murni ini secara tidak langsung berjaya diterap dalam diri guru pelatih. Kursus Kejurulatihan, Kepegawaian Dan Kepengadilan Kokurikulum ola

aling !esi "#$$ diakhiri dengan perlawanan antara pasukan. Menerusi perlawanan yang dianjurkan, setiap peserta diuji dengan diberi tugas masing)masing. *da yang

bertindak sebagai pengadil, penjaga masa dan juga pencatat. (erlawanan antara kumpulan ini menunjukkan persaingan ynag hebat antara semua pasukan. (erkara yang diselitkan semasa perlawanan adalah mengenai kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain. 'adi, peserta kursus akan lebih peka terhdap jenis kesalahan semasa bermain dan mencuba untuk meningkatkan kebolehan bermain dengan mengurangkan kesalahan. !elain itu, setiap pasukan begitu bersemangat mengatur strategi agar dapat memenangi perlawanan. !emangat kesukanan beginilah yang harus wujud dalam diri setiap guru pelatih agar menjadi contoh kepada murid)murid nanti untuk melibatkan diri dalam sukan. (erlawanan yang dianjurkan dapat mengasah bakat terpendam peserta kursus seteruanya meningkatkan ketahanan daya otot. Guru pelatih diberi penerangan khusus untuk aktivit warming up selama &# minit dan cooling down selama dua minit. Dua aspek ini penting apabila menyertai sesuatu pertandingan bagi mengelakkan sebarang kecederaan terhadap pemain. 'adi, sebagai seorang guru, apabila mengendalikan pertandingan, pastikan peserta melakukan dua aktiviti tersebut bagi langkah berjaga)jaga. *khirulkalamnya, kursus ini memberi impak positif kepada guru pelatih terutamanya sebagai seorang pemain bola baling. (ermainan bola baling merupakan satu permainan yang memerlukan ketangkasan pemain dan juga kepakaran dalam kemahiran)kemahiran asas. !trategi adalah kunci utama untuk memperoleh sesuatu kejayaan apabila menyertai sesebuah pertandingan. Guru pelatih berharap agar pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dapat membantu untuk digunakan apabila mengendalikan pasukan di sekolah kelak. !emoga guru pelatih berjaya menjadi seorang jurulatih yang dihormati dan pengadil yang disegani suatu hari nanti. !ekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang kursus berlangsung. !ekian, terima kasih.

Disediakan oleh, ........................................... /4*3:21 31+3 * D;< !*+*0

Anda mungkin juga menyukai