Petua Tumpuan Dalam Kelas
Petua Tumpuan Dalam Kelas
Belajar Pintar :
Petua cemerlang dalam kelas
Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai pelajar gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua yang boleh digunakan untuk meningkatkan tumpuan anda.
Belajar Pintar :
Petua cemerlang dalam kelas
Sinario Pelajar Sepanjang pengajaran guru saya tidak dapat memberikan tumpuan
Belajar Pintar :
TEMPAT DUDUK PELAJAR DAN KAITAN DENGAN DAYA TUMPUAN
Belajar Pintar :
Petua cemerlang dalam kelas
Persediaan fizikal.
Pastikan perut tidak kosong Kesihatan diri ditahap terbaik Duduk dengan tenang. Duduk dalam keadaan bersedia. Cuba Kedudukan di hadapan kelas. Sedia peralatan belajar secukupnya.
Belajar Pintar :
Petua cemerlang dalam kelas
Persediaan minda
Berdoa dan Niat menuntut ilmu Bersangka baik dan berfikiran positif Tunjukkan minat - sedia untuk belajar Semak nota yang lalu Rujuk guru sekiranya masih keliru atau tidak faham Baca dan rujuk bahan yang bakal diajar Catat setiap fakta dan maklumat isi penting Catat juga setiap isu, persoalan dan formula yang anda tidak faham.
Belajar Pintar :
Petua cemerlang dalam kelas
Persediaan emosi.
Letakkan sebentar masalah peribadi disebelah Ceriakan wajah anda.Bersedia dan fokuskan pandangan pada guru. Jangan memikirkan siapa yang mengajar tetapi fokus apa yang disampaikan. Ketepikan kelemahan dan kekurangan guru. Dengar dan fahami setiap masej verbal dan bukan verbal. Terjemahkan penyampaian guru ke dalam bentuk gambaran minda. Beranikan diri untuk bertanya soalan pada guru
Belajar Pintar :
Petua cemerlang dalam kelas
Terjemahkan penyampaian guru ke dalam bentuk gambaran minda. Bina keyakinan diri untuk bertanya guru. Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik. Jangan hiraukan sebarang gangguan dari rakan-rakan. Jangan bertindak balas terhadap usikan dan gurauan mereka ketika kelas
Persediaan emosi.
Belajar Pintar :
Petua cemerlang dalam kelas
Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar. Yakinkan diri anda betapa pentingnya tumpuan dalam kelas. Ingat!! Ia menyumbang 50% dari keseluruhan markah peperiksaan kelak.
Mutiara Diri
Apabila kita menghadapi kegagalan, ingatlah bahawa yang gagal itu bukanlah diri kita tetapi hanyalah percubaan kita. Belajarlah dari kegagalan sementara itu untuk terus mencipta kejayaan.
Rahsia kejayaan
Rahsia Cemerlang "Tumpuan penuh semasa di dalam kelas, melipatgandakan usaha dengan mengikuti kelas tambahan dan juga belajar dalam kumpulan." - bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena yang mendapat 9 A1 dalam peperiksaan 2001.
Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru nanti. Walau pun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak. Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat
Pasang telinga. Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan. Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda. Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting, sama ada fakta-fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh guru.
Jangan hiraukan sebarang gangguan dari rakan-rakan. Jangan bertindak balas terhadap usikan dan gurauan mereka ketika kelas berjalan. Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam. Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta merta apabila guru keluar dari kelas