Anda di halaman 1dari 21

Bahan bahan: 1 ekor ayam (atau tulang tulang ayam lebihan roasted chicken dsb) 1 batang karot - hiris

1 pelepah celery - hiris 1 biji bawang besar - hiris 4 ulas bawang putih - ketuk 1- 2 helai daun parsley Bay leave Garam Lada hitam - tumbuk kasar Cara cara: Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk. Boleh juga jika ingin dimasuk cider vinegar dan biarkan seketika sebelum di masak atas api. Masak dengan api perlahan perlahan hingga mendidih (simmer). Sendukkan bahan lemak dari permukaan dari masa ke semasa. Masak selama 2 - 3 jam.

Tapis dalam bekas lain untuk mendapatkan air rebusan ayam yang jernih Buangkan kesemua sayuran. Isi ayam di ambil dan di siak siak kecil untuk dimasukkan ke dalam sup atau dibuat chicken salad. Rebusan tadi disejukkan di dalam peti sejuk sekejap atau satu malam bagi membolehkan kita membuang lelemak

yang membeku di permukaan bagi mendapatkan chicken broth yang jernih. Chicken broth boleh disimpan di dalam bekas untuk diguna di masa depan dan disimpan di dalam peti sejuk atau freezer untuk disimpan dalam jangkamasa lebih lama. Nota: Kali ini saya menyediakannya chicken broth dengan menggunakan slow cooker sahaja.

Menyediakan Sup: Panaskan chicken broth secukupnya. Masukkan garam, lada sulah dan wantan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.

Sup Kepala Ikan Merah

Aduish hari ini punya menu, banyak ikan jer ni. Macam tak kena pulak. Bukan apa, sebabnya banyak permintaan. Saya cuma nak membuat Kari Mamak Kepala Ikan Merah tapi hubby minta sebahagiannya dimasak sup. Agaknya sebab dah lama kami tak memasak sup kot. Resepi ini adalah resepi mudah yang saya pelajari dari sahabat saya, Dr Sabariah dari Segamat sejak lama dulu. Cuma kali ini, saya masukkan sedikit perencah sup adabi. Bagi yang belum tengok entri sebelum ini, boleh rujuk resepi di bawah. Blog saya ni bukan sekadar blog masakan tapi blog yang memaparkan masakan di sekitar

hidup saya, apa yang saya masak, apa yang saya makan, apa yang saya beli dsb. Jadi memang akan ada resepi ulangan jika itu resepi yang menjadi kegemaran keluarga saya. Layannn ... Sup Kepala Ikan Merah Kepala ikan 5 bawang merah - hiris 3 bawang putih - hiris 1 inci halia - hiris Sedikit serbuk perencah sup Kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang Daun sup Bawang goreng Lada hitam - tumbuk kasar Garam Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bahan bahan yang dihiris sehingga wangi.

Masukkan air secukupnya dan masak sehingga mendidih. Masukkan ikan dan lada hitam yang ditumbuk serta sedikit rempah sup. Taburkan sedikit daun sup dan garam. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dari dapur.

Siaaappp....

Sambal Belacan dan Ulam Ulaman

Haaa ini sambal belacan yang saya buat setelah belajar dari beberapa orang kawan seperti Ziees dan Ita. Saya sebenarnya pernah tengok my hubby punya arwah cousin menyediakan sambal belacan yang sangat sedap. Tapi bila saya membuat sendiri, saya rasa sambal tu tak kick walaupun penampilannya memang dah menjadi. Itu yang kena belajar lagi bagi menghasilkan sambal belacan yang kick. Ita mencadangkan supaya dimasukkan sedikit budu tapi rumah saya memang tak ada budu walaupun saya orang Kelantan kerana saya bukan menyukai budu. Saya akan makan jika terhidang tapi kalau untuk saya menghidang budu, rasanya tidak lah. Sambal belacan hari ini saya gandingkan dengan ulam ulaman seperti peria katak, kacang botol dan timun. Ini lah kali pertama saya membeli peria katak. Itu pun sebab Razali menghantar mesej bertanya kalau dalam menu saya hari ini ada ulam. Maknanya saya kena sediakan ulaman dan sambal belacan untuk membangkitkan selera tetamu saya. Sambal Belacan 2 biji cili besar 15 biji cili padi Sebesar ibu jari belacan 1 sk garam halus 2 biji limau kasturi untuk perahan Sedikit gula

Boleh nak tumbuk atau masuk dalam blender kering. Tumbuk dulu cili merah dan belacan. Kemudian baru masuk dan tumbuk kasar cili padi supaya sambal kita nampak warna hijau.

Masukkan garam, air perahan limau dan sedikit gula. Akhir sekali, hiriskan nipis nipis kulit limau kasturi dan masukkan dalam sambal.

Siap

untuk

dihidangkan

dengan

ulam

ulaman.

Anda mungkin juga menyukai