Anda di halaman 1dari 12

(T.O.T.A.P.S.

TOTAPS
adalah kaedah
membuat penilaian
terhadap kecederaan
mangsa setelah diberi
rawatan DRABC.

Prinsip dan Proseur


TOTAPS

T
O
T
A
P
S

Talk
Observe
Touch
Active
Passive
Skill

1.TALK (Bercakap)
Soalan-soalan yang boleh ditanya adalah
seperti yang berikut.
Apakah yang telah berlaku?
Adakah anda berasa sakit?
Di bahagian manakah anda berasa sakit?
Adakah anda mengambil sebarang ubat?
Adakah anda menghidap sebarang alahan?

Soalan-soalan ini boleh membantu kita


mengetahui serba sedikit latar belakang
kemalangan dan juga keadaan mangsa.
Bercakap dengan si mangsa untuk
menenangnya dan juga untuk mendapatkan
maklumat tentang peristiwa atau kemalangan
yang telah berlaku.
Pembantu mula boleh juga mendapatkan
maklumat yang diperlukan daripada rakan
simangsa atau penonton yang ada.
Jawapan si mangsa membolehkan pembantu
mula terus fokus kepada bahagian yang
cedera.

2.OBSERVE (Melihat keadaan)


Beri perhatian kepada penafasan dan perubahan
denyut nadi mangsa sama ada normal atau tidak.
Periksa bahagian mulut dan hidung jika terdapat
sesuatu yang menyekat laluan udara semasa
pernafasan.
Jika berlaku pendarahan , perhatikan jenis
pendarahan itu. Pada masa yang sama perhatikan
wajah si mangsa. Adakah ia sedang menahan kesakitan,
kelihatan pucat atau terkejut.
Memerhati untuk mengesan tanda-tanda kecederaan.
Pembantu mula hendaklah juga memerhati tanda-tanda
luka, leba, bengkak, atau sesuatu yang tidak normal
dibahagian yang cedera.

3. TOUCH (Sentuh)
Melalui sentuhan dapat dirasa keadaan seperti
bengkak, lembut atau sesuatu yang tidak
normal bila bahagian yang tidak cedera.
Sentuh bahagian badan mangsa yang cedera
dengan berhati-hati.
Tujuan utama sentuhan dengan tangan adalah
untuk mentafsir darjah kecederaan itu.
Minimumkan pergerakan pada anggota yang
cedera parah

4. ACTIVE (Aktif)
Sekiranya keadaan tidak serius, minta mangsa
menggerakkan anggota yang cedera untuk
mengesan tahap kecederaan.
Perhatikan wajah si mangsa, beri rawatan
bantu mula yang sewajarnya di peringkat ini
tanpa meneruskan langkah yang berikut.
Pergerakan itu hendaklah dilakukan sehingga
julat dimana si mangsa mula berasa sakit di
bahagian yang cedera.

5. PASSIVE (Pasif)
Sekiranya bahagian anggota yang cedera tadi
tidak dapat digerakkan atau pasif, ini
menunjukkan kecederaanya adalah serius dan
mangsa hendaklah dibawa segera ke hospital
untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Pergerakan oleh si mangsa yang dibantu oleh
pembantu mula. Jika si mangsa tidak berasa
sakit ketika dia sendiri menggerakkan bahagian
yang cedera, pebantu mula cubalah gerakkan
bahagian tersebut melalui julat pergerakkan
yang biasa.

6. SKILL (Kemahiran)
Lakukan pelbagai pergerakan asas pada
bahagian badan yang mengalami kecederaan.
Sekiranya berasa sakit, mangsa berkenaan
hendaklah dibawa ke hospital atau klinik untuk
mendapatkan rawatan doktor atau pramedik.
Tetapi jika mangsa tidak menunjukkan tanda
berasa sakit, mangsa berkenaan boleh
meneruskan aktiviti yang dilakukan sebelum
kecederaan berlaku. Ulangi pergerakan ini
beberapa kali jika kecederaan tidak dapat
dikenal pasti.

T.O.T.A.P.S

Buat penilaian segera mengenai keseluruhan keadaan kecemasan


di kawasan tersebut.
Atasi punca kecemasan sekiranya masih ada lagi atau pindahkan
mangsa daripada keadaan merbahaya .
Bertindak secara waspada dan penuh keyakinan
Periksa nadi mangsa
Periksa pernafasan mangsa
Kawal semua bentuk pendarahan
Tentukan keadaan kesedaran mangsa
Berikan keutamaan kepada kecederaaan-kecederaaan mengikut
keparahan
Tenangkan mangsa
Kendalikan mangsa dengan baik
Tanggalkan pakaian mangsa hanya sekiranya perlu
Buat persiapan untuk menghantar mangsa ke unit perubatan yang
berdekatan.

SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai