Anda di halaman 1dari 55

BAB 7

KOORDINASI BADAN
TOPIK 7.1 - SISTEM ENDOKRIN
MANUSIA
- Pada suatu pagi Borhan ke kebun getah milik keluarganya untuk
menoreh getah. Bersebelahan lokasi Borhan sedang menoreh getah
terdapat satu parit yang agak lebar. Agar sukar untuk melangkah parit
tesebut dan jikalau sesiapa yang melangkah pasti akan terjatuh ke
dalamnya.
- Ketika Borhan sedang leka menoreh getah, tiba-tiba dia terdengar
dengusan nafas seperti seekor binatang. Sebalik sahaja Borhan menoleh
ke arah bunyi itu, rupa-rupaya seekor harimau berdiri tegak memerhatikan
Borhan dalam jarak hanya 5 meter darinya. Apa agaknya yang akan
Borhan lakukan? Borhan terus berlari dengan lajunya ke arah parit tadi
kerana itu sahaja laluan yang ada, lalu melompat dengan sedaya upaya
dan dia berjaya melepasi parit yang lebar tadi dengan selamat. Bagaimana
Borhan memperolehi tenaga sehinggakan dia mampu melompat melepasi
parit yang lebar tadi?
PENJELASAN
- Apabila Borhan terpandang harimau, malumat akan
dihantar ke otak dan otak akan menghantar respon iaitu
tindak balas ke otot dan kelenjar. Kelenjar endokrin akan
merembeskan hormon dan menyebabkan berlakunya
peningkatan:
-kadar denyutan jantung.
-kadar pernafasan
-tekanan darah.
-paras glukosa meningkat.
-kadar metabolisme.
Kesannya:
-kadar dengupan jantung meningkat dan darah
dapat menghantar oksigen ke seluruh badan
dengan lebih cepat .
-lebih banyak glikogen simpanan ditukar kepada
glukosa.
-otot mendapat lebih banyak tenaga.
-Oleh sebab itu Borhan boleh lompat parit yang
lebar tadi.
SISTEM ENDOKRIN MANUSIA
-Sistem endokrin manusia terdiri daripada enam kelenjar
utama iaitu pituitari, tiroid, edrenal, pankreas, ovari dan
testis.
-Kelenjar endokrin adalah kelenjar tanpa duktus yang
berfungsi untuk menghantar maklumat ke seluruh badan
menggunakan hormon.
-Hormon dirembeskan oleh kelenjar akan mengalir ke
dalam darah dalam jumlah yang kecil dan bertindak
sebagai perantara kimia untuk gerak balas badan.
-Setiap hormon memiliki fungsi yang berbeza dan khusus
terhadap organ sasaran tertentu untuk gerak balas.
-Setiap hormon memiliki fungsi yang berbeza dan khusus
terhadap organ sasaran tertentu untuk gerak balas.
-Secara umumnya, hormon yang dirembeskan ini adalah
sejenis protein yang memberikan kesan jangka masa
yang lama, gerak balasnya adalah perlahan, merangsang
fungsi tisu atau organ khusus dan dirembeskan dalam
kuantiti yang sedikit.
KEDUDUKAN KELENJAR ENDOKRIN & FUNGSINYA
PIUITARI
-Terletak di bawah serebrum.
-Dikenali sebagai kelenhar induk kerana mengawal fungsi
kelenjar endokrin yang lain.
-Merembeskan hormon berikut:
-Hormon pertumbuhan yang mengawal pembahagian sel dan
pertumbuhan manusia.
-Hormon antidiuresis (ADH) membantu ginjal mengawal air
dalam badan.
OVARI
-Merembeskan hormon estrogen yang berfungsi untuk:
-Mengawal perkembangan uterus untuk penghasilan
ovum & penempelan embrio.
-merangsang perkembangan ciri-ciri seksual sekunder
perempuan seperti perkembangan payudara &
pembesaran pinggul.
-Merembeskan hormon progesteron yang berfungsi untuk
mengawal ketelabalan dinding uterusuntuk penempelan
embrio.
TESTIS
-Merembeskan hormon testosteron untuk:
-kawal penghasilan sperma.
-merangsang perkembangan ciri-ciri seksual
sekunder lelaki seperti suara garau dan misai.
PANKREAS
-Merembeskan hormon insulin untuk mengawal
paras glukosa dalam darah
-Merangsang pertukaran glukosa berlebihan
kepada glikogen untuk disimpan dalam hati.
ADRENAL
-Merembeskan hormon adrenalin untuk
menyediakan badan kita menghadapi
kecemasan dengan meningkatkan:
-kadar metabolisme
-kadar denyutan jantung
-paras glukosa dalam darah
-Adrenalin juga mengawal jumlah garam
mineral dalam badan.
TIROID
-Merembeskan hormon tiroksina untuk:
-menambahkan kadar metabolisme dalam
badan.
-mengawal atur pertumbuhan dan
pekembangan fizikal dan mental kanak-kanak .
KESAN
KETIDAKSEIMBANGAN
HORMON KE ATAS
KESIHATAN MANUSIA
HORMON PERTUMBUHAN
KESAN KEKURANGAN
HORMON PERTUMBUHAN
-Kekerdilan (Dwarfisme)
-Menyebabkan pertumbuhan
terencat.
KESAN BERLEBIHAN
HORMON PERTUMBUHAN
• Kegergasian (Giantisme)
• Kelenjar pituitari
merembeskan hormon
pertumbuhan secara
berlebihan semasa kanak-
kanak menyebabkan
pertumbuhan abnormal
tulang, otot dan
kebanyakan organ
dalaman.
Akromegali
-Hormon pertumbuhan
dirembeskan secara berlebihan
semasa peringkat dewasa.
-menyebabkan pertumbuhan
abnormal berlaku terutamanya
pada kaki, tangan, dahi &
rahang.
HORMON ANTIDIURETIK (ADH)
KESAN KEKURANGAN HORMON ANTIDIURETIK (ADH)
-Diabetes Insipidus
-Berlaku apabila hormon ADH dihasilkan di hipotalamus.
-Air tidak diserap semula di duktus pengumpul di ginjal.
-Penghasilan urin secara berlebihan & sentiasa dahaga.
-Merosakkan kelenjar pituitari dan organ ginjal.
-Gangguan kepada pengawal aturan perkumuhan air kencing.
KESAN BERLEBIHAN HORMON ANTIDIURETIK (ADH)
-Menyebabkan sakit kepala dan pening.
-Muntah-muntah dan cepat penat.
-Isipadu darah meningkat disebabkan badan menyimpan air
terlalu banyak.
HORMON INSULIN
KESAN BERLEBIHAN HORMON INSULIN
-Diabetes Melitus
-Glukosa berlebihan tidak dapat ditukar kepada glikogen akibat
kekurangan insulin.
-Aras glukosa dalam darah akan meningkat
-Menyebabkan diabetes mellitus.
-Kerosakan boleh berlaku pada kapilari darah dalam ginjal,
jantung dan mata.
-Kerosakan saraf boleh berlaku pada kaki, penyakit ginjal dan
strok
KESAN BERLEBIHAN HORMON INSULIN
-Hipoglisemia
-Paras glukosa dalam darah menjadi terlalu rendah
-Dahaga yang berlebihan.
-Delirium Boleh berlaku menyebabkan masalah percakapan,
kekeliruan, pitam, lemah badan dan maut.
HORMON TIROKSINA
KESAN KEKURANGAN HORMON TIROKSINA
-Hipotiroidisme
-Apabila kelenjar tiroid kurang aktif dan kurang merembeskan
hormon tiroksina.
-Juga dikenali sebagai penyakit goiter.
-Kadar metabolisma sangat rendah menyebabkan pertambahan
berat badan dan tidak tahan sejuk serta mudah rasa penat.
KESAN BERLEBIHAN HORMON TIROKSINA
-Hipertiroidisme
-Dikenali sebagai penyakit Graves.
-Kadar metabolisme meningkat mendadak.
-Fungsi badan menjadi terlalu pantas.
-Menyebabkan kehilangan berat badan, kadar denyutan jantung
menjadi laju dan cepat letih.
HORMON ESTROGEN
KESAN KEKURANGAN HORMON ESTROGEN
-Kitaran haid tidak tetap, kemandulan dan tulang lemah
menyebabkan osteoporosis
-Berlaku penambahan berat badan.
KESAN BERLEBIHAN HORMON ESTROGEN
-Bagi perempuan: menyebabkan kembung perut, keguguran
rambut, depresi, ketulan bukan kanser pada payu dara dan
masalah ingatan.
-Bagi lelaki: menyebabkan ciri-ciri perempuan menonjol pada
lelaki, mati pucuk dan kemandulan.
HORMON TESTOSTERON
KESAN KEKURANGAN HORMON TESTOSTERON
-Ciri ciri lelaki tidak berkembang bagi lelaki.
-Pertumbuhan menjadi lambat, organ pembiakan tidak matang,
suara tidak garau dan kurang bulu badan.
-Bilangan sperma yang rendah.
KESAN BERLEBIHAN HORMON TESTOSTERON
-Bagi perempuan: menyebabkan sifat kelelakian pada wanita,
pertumbuhan bulu seperti misai dan jambang, pertambahan jisim
otot dan kitar haid terjejas.
HORMON ADRENALIN
KESAN KEKURANGAN HORMON ADRENALIN
-Tindak balas perlahan semasa kecemasan.
KESAN BERLEBIHAN HORMON ADRENALIN
-Denyutan jantung laju, tekanan darah menjadi tinggi, penurunan
berat badan dan perpeluhan melampau.
TOPIK 7.2
GANGGUAN KEPADA
KOORDINASI BADAN
- Pengambilan dadah tanpa preskripsi atau penyalahgunaan
dadah boleh mengganggu fungsi neuron dengan cara
melambatkan pergerakan impuls dalam neuron.
-Ini kerana dadah merupakan bahan kimia yang boleh
menyebabkan ketagihan serta mengganggu koordinasi badan.
-Gangguan kepada sistem saraf dan sistem endokrin secara
berterusan ini akan menyebabkan kerosakan kekal.
JENIS-JENIS DADAH
1. PENENANG
-Melambatkan pergerakan impuls dalam koordinasi
badan.
-Pengguna mengantuk dan kurang cemas.
-Contoh: barbiturat dan alkohol.
Alkohol

Barbiturat
2. PERANGSANG
-Pergerakan impuls dalam koordinasi badan menjadi
cepat.
-Pengguna berasa sangat yakin.
-Akan peka dengan perubahan persekitaran.
-Contoh: amfetamina dan metafetamin.
Metafetamin

Amfetamina
3. INHALAN
-Pengamblan dadah ini adalah secara menyedut
menerusi pernafasan.
-Merosakkan otak, peparu dan ginjal.
-Contoh: pelarut dan bahan gas.
Bahan gas

Pelarut
4. HALUSINOGEN
-Menyebabkan seseorang itu khayal dan berhalusinasi.
-Menjejaskan persepsi.
-Mengubah laluan impuls dalam otak.
-Halusinasi bermaksud seseorang itu seperti mendengar suara
atau melihat objek yang tidak wujud.
-Contoh: ketamin dan LSD (dietilamina asid lisergik)
LSD

Ketamin
KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH
DAN ALKOHOL KEPADA KOORDINASI
BADAN
-Koordinasi badan akan terganggu.
-Hilang keseimbangan badan mengakibatkan cara berjalan terhoyong-
hayang dan tidak betul.
-Tindakan refleks menjadi lambat.
-Tidak dapat menganggar jarak dan kelajuan.
-Badan akan terdedah kepada bahaya dan kecederaan.
-Pertuturan turut akan menjadi tidak jelas dan meracau.
-Penglihatan akan terjejas, menjadi kabur dan imej berganda.
-Ketidakseimbangan hormon menjadikan tubuh badan mengalami
pertumbuhan melampau atau terbantut.
-Gangguan kepada penghasilan hormon estrogen dan testosteron yang
tidak seimbang turut akan mengakibatkan perkembangan seksual
sekunder terganggu.
KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH DAN
ALKOHOL KEPADA
KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL
SIROSIS HATI
Pengambilan alkohol yang berterusan dan berlebihan boleh
menyebabkan kesan toksik kepada hati dan seterusnya
menyebabkan penyakit sirosis hati iaitu hati mengalami
kerosakan yang teruk, berparut, mengeras dan tidak berfungsi.
ULSER PERUT
-Ulser perut atau ulser peptik merupakan satu keadaan selaput di
dalam perut yang mengalami luka akibat pengambilan alkohol
berlebihan.
-Alkohol menyebabkan perut menghasilkan banyak asid dan
mengakibatkan keradangan pada selaput dalam perut.
-Pesakit akan mengalami kepedihan di kawasan ulu hati, beras,
loya dan muntah.
-Ulser perut yang teruk dan serius boleh mengakibatkan muntah
darah dan najis berwarna hitam.
PERLAKUAN GANAS
-Pengambilan dadah seperti amfetamina akan mengaktifkan sel-
sel otak dan meningkatkan kadar metabolisma.
-Penagih akan menjadi lebih aktif dan bersikap ganas serta
agresif.
-Pengambilan alkohol secara berlebihan akan menyebabkan
hilang kewarasan fikiran dan mabuk seterusnya menyebabkan
mereka boleh bertindak di luar kawalan dan menjadi lebih ganas.
HALUSINASI
-Pengambilan dadah seperti ganja akan mengganggu fungsi otak
yang mengubah persepsi penagih dadah.
-Ini akan menyebabkan penagih mengalami halusinasi dan
mempunyai perasaan syak wasangka terhadap seseorang.
-Halusinasi akan menjadikan kelakuan penagih menjadi agresif.
TOPIK 7.3
MINDA YANG SIHAT
INDIVIDU YANG MEMPUNYAI MINDA YANG SIHAT
MEMILIKI CIRI-CIRI SEPERTI:
-Boleh membezakan antara betul dan salah.
-Berfikiran positif
-Bertimbang rasa.
-Berfikiran terbuka.
-Tidak emosional.
-Berita bertanggung.
-Boleh membuat pertimbangan wajar.
-Hidup bahagia.
-Sentiasa berpandangan positif.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN MINDA
-Pengambilan alkohol.
-Kecederaan pada bahagian otak akibat kecederaan, ada
jangkitan atau tumor.
-Penyalahgunaan dadah.
-Proses penuaan.
-Teka.
-Ketidakseimbangan hormon
TANDA-TANDA SESEORANG MENGALAMI MASALAH
TEKANAN MENTAL DAN KEMURUNGAN
-Sukar tidur/insomnia.
-Gelisah.
-Tidak menghargai diri sendiri.
-Kurang daya tumpuan.
-Berhalusinasi.
-Hilang selera makan.
-Ingin mencederakan diri sendiri.
KEPENTINGAN MEMPUNYAI MINDA YANG SIHAT
-Mewujudkan keluarga yang bahagia.
-Bijak membuat keputusan.
-Menjadi contoh dalam keluarga.
-Hubungan baik antara pekerja dan majikan kukuh.
-Produktiviti kerja berkualiti dan berdisiplin.
-Mengamalkan nilai-nilai keagamaan.
-Sentiasa berfikiran positif.
-Mengamalkan cara hidup yang sihat.
-Menjana ekonomi negara.
-Sedia menerima kritikan.
-Melibatkan aktiviti sukarelawan dan kemasyarakatan

Anda mungkin juga menyukai