Anda di halaman 1dari 13

T

U
N
J
A
N
G
3

PERSEDIAAN FIZIKAL

Kercergasan keseluruhan = kualiti diri yang membolehkan individu ( cth,atlet) mencapai


kesejahteraan hidup.
Kecergasan keseluruhan ialah :
Kecergasan fizikal
Kecergasan Sosial
Kecergasan Mental
Kecergasan Emosi
Kecergasan Rohani

KECERGASAN FIZIKAL
Definisi= Keupayaan individu melakukan kerja dengan efisien tanpa cepat berasa lesu
& mempunyai tenaga lebihan untuk berekreasi & menghadapi kecemasan.
Penting bagi mengekalkan keupayaan bekerja dan kesihatan diri.
Kecergasan fizikal diperolehi melalui latihan fizikal yang sistematik dan konsisten.
KECERGASAN MENTAL
Definisi= Keupayaan untuk belajar dan mengembangkan ilmu.
Individu yang cergas mentalnya dapat menggunakan ilmunya, mampu berfikir, memberi
pendapat, membina idea dan membuat keputusan yang bijak untuk manfaat diri &
masyarakat.
Diperolehi melalui pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahunan tersebut dalam
kehidupan seharian.

KECERGASAN SOSIAL
Definisi= Keupayaan individu berinteraksi & membina hubungan interpersonal (komunikasi
dua arah) .
Perlu bagi membantu sosial sesebuah masyarakat.
Kecergasan Sosial dicapai apabila individu aktif melibatkan diri & menyumbangkan buah
fikiran (idea) & tenaga dalam aktiviti sosial.
KECERGASAN EMOSI
Definisi= keupayaan individu mengawal emosinya (keadaan perasan atau fikiran yg
terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pd seseorang).
Individu yang cergas emosinya mampu membuat keputusan & tindakan tanpa pengaruh
emosi.
Diperolehi dengan melatih diri dengan kesabaran & menggunakan fikiran rasional dalam
situasi tertekan.

KECERGASAN ROHANI
Definisi= Keupayaan individu bertindak berasaskan satu sistem nilai & kepercayaan .
Individu yang cergas emosinya mempunyai nilai kemanusiaan tinggi, berperibadi mulia,
berdisiplin dan dihormati.
Kecergasan rohani ditingkatkan dengan sikap sabar, ikhlas, & memperkukuh keimanan
kepada tuhan mengikut agama masing-masing.

Dua Komponen :
Komponen Kecergasan berasaskan kesihatan
Komponen Kecergasan berasaskan Lakuan Motor
Komponen Kecergasan berasaskan kesihatan :
Daya Tahan Kardiovaskular
Kelenturan
Kekuatan otot
Daya Tahan Otot
Komposisi Badan
Komponen Kecergasan berasaskan Lakuan Motor :
Kelajuan
Imbangan
Ketangkasan
Koordinasi
Kuasa Otot
Masa Reaksi

Daya Tahan Kardiovaskular


Definisi= Keupayaan jantung dan salur darah membekalkan darah beroksigen dan
nutrien ke otot-otot tubuh yang berkerja.
Kaedah= Latihan sekurang-kurangnya 20minit seperti Latihan fartlek dan jeda jarak
jauh.
Kesan= Kebolehan untuk bertanding dalam jangka masa panjang dengan efisien dan
lancar. Cth, acara jarak jauh.
Kelenturan
Definisi= Keupayaan bahagian sendi digerakkan menerusi julat pergerakan tanpa rasa
sakit.
Kaedah= Aktiviti regangan otot secara statik dan dinamik.
Kesan= Melancarkan lakuan kemahiran sukan & mengurangkan risiko kecederaan. Cth,
Gimnastik.

Kekutan Otot
Definisi= Keupayaan Otot / kump.otot menghasilkan daya & utk mengatasi rintangan.
Contoh= Latihan bebenan berat tetapi ulangan yang sedikit.
Kesan= Mengurangkan Kecederaan atlet & membantu dalam melaksanakan kemahiran
dengan efisien. Cth, Tarik Tali.

Daya Tahan Otot


Definisi= Keupayaan otot atau kumpulan otot mengucup berulang-ulang kali & berterusan
dalam satu jangka masa yang lama.
Contoh= Latihan bebenan yang ringan dan ulangan yang banyak..
Kesan= Mampu melakukan aktiviti fizikal secara berterusan dan jangka masa lama. Cth,
Tenis & Badminton

Komposisi Badan
Definisi= Perbandingan antara peratusan relatif lemak berbanding otot, tulang dan organorgan dalam badan.
Kaedah= Latihan daya tahan kardiovaskular, latihan bebenan dan pengambilan makanan
seimbang.
Kesan= Membentuk ciri-ciri bentuk badan (somatotyping) kepada jenis mesomorf,
endomorf. Cth, Pelari pecut, ahli gusti & pelari marathon.

Kelajuan
Definisi= Keupayaan bergerak dari satu titik ke titik yang lain dalam masa yang minimum.
Kaedah= Aktiviti pecutan, latihan bebenan untuk meningkatkan kuasa otot.
Kesan= Bergerak laju untuk menewaskan lawan. Cth, Sukan Olahraga.

Ketangkasan
Definisi= Keupayaan bergerak pantas dengan menukar arah dan kedudukan.
Kaedah= Larian zig-zag, larian ulang alik / aktiviti menukar kedudukan seperti burpee.
Kesan= Tangkas bergerak dan menukar posisi tubuh. Cth, sukan badminton, bola sepak,
hoki dan ragbi.

Kuasa Otot
Definisi= Keupayaa memindahkan kekuatan atau daya dalam masa singkat.
Kaedah= Latihan beban yang berat dan ulangan yang sedikit.
Kesan= Meningkatkan kuasa eksplosif otot ketika melakukan sesuatu kemahiran
bersukan. Cth, melontar peluru dan merejam lembing.

Koordinasi
Definisi= Keupayaan otot melakukan dan menyelaraskan pergerakan dengan kemas,
teratur & lancar.
Kaedah= Latihan kemahiran khusus sukan yang dilakukan dengan tepat & berulangulang.
Kesan= Membantu melakukan semua kemahiran sukan dengan lebih efektif, lancar, dan
berseni. Cth, Bola keranjang.

Imbangan
Definisi= Keupayaan mengimbang tubuh semasa dalam keadaan statik atau dinamik.
Kaedah= Latihan mengimbang tubuh atau latihan kemahiran yang disertakan dengan
imbangan tubuh badan.
Kesan= Meningkatkan keupayaan mengawal kedudukan tubuh dengan berpaksikan
tangan atau kaki. Cth, sukan gimnastik

Masa Reaksi
Definisi= Masa yang diambil untuk bertindak balas terhadap ransangan yang diterima..
Kaedah= Latihan tindak balas yang sesuai dengan ransangan dalam sukan.
Kesan= Membantu meningkatkan kepantasan dengan bertindak balas terhadap
ransangan. Cth, Lari Pecut.

THANK YOU

Anda mungkin juga menyukai