Anda di halaman 1dari 2

tarian dan lagu Melayu. Joget juga bermaksud menari atau bertandak.

stilah ini
digunakan dengan meluas di dunia Melayu sebagai istilah generik bagi seni tari.
Joget telah diperkenalkan di Malaysia oleh orang Melayu Melaka pada zaman
pemerintahan Portugis. Orang Melaka dipercayai telah mencipta joget, sama ada tarian
ataupun muziknya, dengan memilih dan mengambil gerak tarian branyo yang ditarikan oleh
orang Portugis di Melaka. Namun demikian, tarian branyo yang ditarikan di Melaka oleh
masyarakat Portugis bukan berasal dari Portugal, tetapi dipercayai telah diperkembangkan
daripada tarian brundo ataupun branle dari Semenanjung beria. Brundo atau branle yang
popular di Portugal, Sepanyol dan tali pada abad ke-16, telah diperkembangkan di tanah
jajahan negara-negara tersebut. Branle yang ditarikan dalam 2/4 (rentak dua) dikenali
sebagai branle double dan branle simple, manakala branle yang ditarikan dalam 3/4 (rentak
tiga) dikenali sebagai branle gai. Kemungkinan besar branle menjadi asas branyo di Melaka,
yang kemudiannya ditiru dan digayakan oleh orang Melayu dan disebut sebagai "joget.
Ciri utama muzik joget ialah ritma yang cepat dengan rentak dua atau tiga yang
mempunyai keserasian dengan tarantella atau fandango dalam tempo 3/4 atau 6/8.
Kod lagu joget yang disebut "terancang bertempo cepat sehingga pasangan penari
juga akan melompat rendah atau menghinjut lantai dengan sebelah kaki sambil sebelah kaki
yang lain dihayun ke hadapan dan ke samping kaki yang berdiri. Gerak tersebut juga
dikenali sebagai terancang.
Secara tradisional, muzik joget dimainkan oleh kumpulan pemuzik kecil. Seorang
pemain biola memainkan melodi, dua orang pemain rebana memainkan ritma dan
menentukan rentak lagu, dan seorang pemain tetawak atau gong memainkan tanda agogic.
Joget, sebagai tari rakyat dan tari pergaulan Malaysia, dikenali sebagai joget lambak
dan joget moden. Joget lambak merupakan tari pergaulan di Melaka yang umumnya
ditarikan oleh kaum keluarga jauh dan dekat sewaktu menyambut upacara perkahwinan.
Joget moden pula mula berkembang daripada repertoir ronggeng selepas tahun 1930-an
yang diasaskan di pentas-pentas ronggeng yang wujud di taman-taman hiburan di
Singapura dan Tanah Melayu.

Anda mungkin juga menyukai