Topik-5 - Masa Depan Dan Cabarab BM
Topik-5 - Masa Depan Dan Cabarab BM
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. Mengeneralisasikan konsep kedwibahasaan; Menghuraikan bahasa Melayu dan dasar pendidikan negara; Menggariskan hubungan bahasa Melayu dan teknologi maklumat; dan Menganalisis bahasa Melayu era globalisasi.
PENGENALAN
Bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu mula-mula disarankan dalam Laporan Razak 1956 dan kemudian diperkukuh dalam Laporan Abdul Rahman Talib 1960. Terbukti kini bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu apabila digunakan sepenuhnya di institut pengajian tinggi awam di Malaysia. Apakah dengan pencapaian tersebut mencerminkan masa depan yang gemilang bagi bahasa Melayu? Jawapannya mungkin ya atau mungkin tidak, bergantung kepada persepsi individu yang melihat persoalan ini. Terkadangnya kedengaran suara sumbang yang mengatakan bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa ilmu. Pada hakikatnya orang itu sendiri yang tidak mampu menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bukan sebaliknya. Bahasa yang canggih dikatakan bahasa ilmu, bahasa bagi budaya tinggi, dan lebih tegas lagi bahasa bagi sains dan teknologi. Peningkatan ilmu dan profesionalisme dalam sesuatu bidang itu haruslah seiring dengan peningkatan ketrampilan wahana itu sendiri, yakni bahasa. Banyak orang berfikir bahasa itu jatuhnya di tempat kedua dan
TOPIK 5