Anda di halaman 1dari 25

SEMINAR 2

SOSIOLINGUISTIK DAN PENGAJARAN BAHASA


OLEH Siti Salwah Atan

Dwibahasa Dalam Sistem Pendidikan di Negara ASEAN

Abstrak
Kertas kerja ini membincangkan perihal konsep kedwibahasaan atau bilingualisme yang muncul apabila dua bahasa atau lebih digunakan dalam masyarakat. Seseorang individu itu dikatakan sebagai dwibahasa apabila dapat menguasai sekurang-kurangnya satu kemahiran bahasa dalam bahasa keduanya walaupun pada tahap yang minimum. Contohnya seperti jika bahasa ibundanya adalah bahasa Melayu maka besar kemungkinan bahasa kedua yang boleh dikuasainya dengan baik adalah bahasa Inggeris.

Pengenalan
Pendidikan kedwibahasaan atau biligualism merupakan salah satu dasar pendidikan yang menjadi lumrah bagi negara-negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa atau berbilang kumpulan etnik. Secara linguistiknya, negara yang mempunyai masyarakat yang bertutur pelbagai bahasa,dan sistem pendidikan kedwibahasaan merupakan suatu yang bukan asing dalam kalangan para penduduknya

Definisi
(Kaplan & Baldaut 1997; Spolsky 2004), kedwibahasaan meliputi keupayaan seseorang individu atau masyarakat menggunakan dua bahasa yang memungkinkannya menguasai bahasa ibunda dan bahasa asing atau penguasaan bahasa pertama dan bahasa kedua.

Sambungan
Lei Wei (2000) pula menggunakan istilah kedwibahasaan terhad (minimal bilinguasm) bagi mereka yang memiliki kecekapan bahasa kedua yang sangat terhad, sementara kedwibahasaan seimbang (balanced bilinguasm) pula bagi mereka yang mempunyai kecekapan dalam bahasa kedua dalam pelbagai konteks dengan agak baik.

Sambungan
Weinreich (1953) berpendapat dari segi organisasi kognitif, skala kedwibahasaan individu boleh dikategorikan kepada kedwibahasaan koordinat iaitu penutur dwibahasa menguasai kedua-dua bahasa dengan agak baik dan penguasaan kedua-dua bahasa yang sistemnya terbentuk secara berasingan.

Sambungan
Spolsky (2004) pula membahagikan kedwibahasaan kepada 2 kategori juga iaitu kdwibahasaan kompaun yang merujuk kepada keadaan di mana individu menguasai dua bahasa pertama dan kedua secara serentak dan sering melakukan penukaran kod antara bahasa-bahasa yang dikuasainya; dan kedwibahasaan koordinat di mana penutur mempelajari bahasa dalam dua konteks yang berbeza iaitu mempunyai dua sistem makna dengan perbendaharaan kata tersendiri.

Taraf Kedwibahasaan
Taraf kedwibahasaan adalah berbeza khususnya dari segi penggunaan dan kefahaman dalam bahasa lisan dan tulisan. Terdapat sesetengah individu yang boleh memahami bahasa dengan baik tetapi tidak dapat menuturkannya dengan sempurna. Keupayaan juga berbeza dalam domain kebahasaan yang lain iaitu dari segi perbendaharaan kata, sebutan, gaya dan lain-lain. Perbezaan inilah yang menghasilkan pelbagai jenis kedwibahasaan.

Dwibahasa Dalam Kalangan Negara ASEAN


Singapura: >dwibahasa di Singapura dilaksanakan pada tahun 1966 dan merupakan batu asas kepada sistem pendidikan di republik tersebut. Malaysia: >di Malaysia, Akta Pelajaran Kebangsaan 1967 telah menetapkan bahawa pendidikan menengah ditukar kepada aliran Melayu selepas sedekad (1957-1967) bahasa Melayu dan Inggeris dijadikan bahasa rasmi.

Sambungan
Brunei: >Brunei pula memulakan sistem pendidikannya pada tahun 1984 dengan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai aliran pengajaran.

Pendidikan Dwibahasa di Singapura


Pendidikan dwibahasa merupakan tonggak utama sistem pendidikan di Singapura sejak tahun 1966 dan selepas lahirnya Laporan Goh. Kelulusan dalam bahasa kedua dijadikan satu syarat kemasukan ke universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi. Larangan kaum terbesar di Singapura belajar bahasa kedua yang bukan bahasa ibunda mereka, makna nya murid-murid Cina mestilah belajar bahasa Mandarin, begitu juga murid-murid Melayu mestilah belajar bahasa Melayu dan juga murid-murid India mesti belajar bahasa Tamil.

Sambungan
Kedwibahasaan bagi Singapura ditakrifkan sebagai bukan mahir menguasai dua bahasa tetapi menguasai bahasa Inggeris dan salah satu daripada bahasa rasmi (Melayu, Cina atau Tamil). Menguasai bahasa Inggeris dan Hokkien contohnya, belum lagi dianggap sebagai menguasai dwibahasa kerana Hokkien hanya bertaraf dialek.

Pendidikan Dwibahasa di Malaysia


Dasar pendidikan negara mengandaikan pelajar tamat sekolah dengan keupayaan sekurang-kurangnya dalam dua bahasa, iaitu bahasa Melayu (yang menjadi bahasa pengantar) dan bahasa Inggeris (yang menjadi bahasa kedua dalam sistem pendidikan dan diperkenalkan sejak darjah satu lagi).

Sambungan
Ada sebilangan besar pelajar yang mempunyai bahasa ibunda selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, seperti bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Kadazan, bahasa Iban dan pelbagai lagi. Bahasa-bahasa asing lain yang turut diperkenalkan di sekolah, spt bahasa Arab, bahasa Jepun, bahasa Perancis, dan lain-lain

Sambungan
Sistem persekolahan di Malaysia mempunyai 4 aliran - Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua yang terpenting di negara ini. Bahasa Melayu digunakan di samping bahasa Inggeris untuk selama sepuluh tahun. Kemudian bahasa Melayu menggantikan bahasa Inggeris dan menjadi bahasa rasmi tunggal. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar tunggal di sekolah-sekolah.

Pendidikan Dwibahasa di Brunei


1972- Laporan Suruhanjaya Pendidikan Brunei telah memperakukan bahasa Melayu sebagai jurusan utama pengajaran di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta pada masa yang sama menyokong kenaikan taraf penggunaan bahasa Inggeris di sekolahsekolah

Sambungan
Kementerian Pendidikan Brunei (1985) konsep sistem dwibahasa merupakan satu cara bagi menentukan kedaulatan bahasa Melayu dan pada masa yang sama mengiktiraf kepentingan bahasa Inggeris. Kelas-kelas atas bagi sekolah rendah iaitu darjah 4 hingga 6 mempunyai pengajaran dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Sambungan
Pendidikan sekolah menengah dan kolej kebanyakannya berpengantar bahasa Inggeris kecuali bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan, Pengajian Agama Islam, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani dan Sivik. Mulai 1985 semua kanak-kanak memulakan persekolahan pada peringkat prasekolah dalam sistem baru sebagai persediaan ke arah sistem dwibahasa.

Sambungan
Pengenalan kepada sistem pendidikan yang bercirikan kedwibahasaan di Brunei yang memberi penekanan kepada bahasa Inggeris menimbulkan sedikit halangan daripada penduduknya, meskipun masyarakat pada umumnya bersetuju bahawa langkah tersebut merupakan langkah yang betul. Ekoran daripada kekangan ini telah menyebabkan ramai guru daripada aliran Melayu terpaksa menjalani latihan semula dan tidak kurang pula yang memilih untuk bersara lebih awal .

Pendidikan Dwibahasa di Filipina


Sistem pendidikan di Filipina agak berbeza setelah bahasa kebangsaan baharu yang dipanggil Filipino diperkenalkan dalam Perlembagaan 1973. Ia adalah polisi bagi melahirkan masyarakat dwibahasa yang boleh bertutur dalam bahasa Filipino di samping bahasa Inggeris.

Sambungan
Filipino telah menyambung fungsi sebagai salah satu bahasa kebangsaan di samping bahasa Inggeris dan bahasa Sepanyol. Terdapat 2 jenis sekolah di Filipina; iaitu sekolah umum yang dibiayai oleh kerajaan dan sekolah menengah persendirian yang eksklusif. Begitu juga peringkat kolej iaitu kolej yang menawarkan pendidikan pra-universiti yang dibantu oleh kerajaan dan kolej ekslusif yang para pelajarnya terdiri daripada keluarga sosioekonomi yang tinggi.

Sambungan
bahasa pertama di kebanyakan sekolah atau kolej eksklusif ialah bahasa Inggeris; Tagalog adalah bahasa kedua. Keadaan menjadi sebaliknya di sekolah atau kolej kerajaan. Bahasa ketiga Filipina, bahasa Sepanyol hanya dipelajari di kolej sahaja.

Rumusan
Perbincangan telah menggambarkan pengalaman yang hampir sama di kalangan negara-negara jiran terdekat yang ada hubungkaitnya dengan sistem pendidikan British. Setiap satunya memang unik untuk diketengahkan sebagai perancangan pendidikan dwibahasa yang mantap untuk masa depan.

sambungan
Dasar bahasa yang dilaksanakan perlu meletakkan kedwibahasaan sebagai dasar pokok dan negaranegara tersebut hendaklah menjelaskan ciri-ciri konteks pembelajaran bahasa kedua (khususnya bahasa Inggeris) dengan perspektif baru, serta dengan situasi kaedah pembelajaran yang baru dengan berkesan. Para perancang metodologi dan kurikulum di negaranegara berkenaan hendaklah memperkenalkan kaedah baru pengajaran bahasa kedua yang mantap.

Anda mungkin juga menyukai