Anda di halaman 1dari 6

1|Page

Pertandingan menulis esei sempena pesta filem sains (Science Film Festival)

Kategori: A
Pada tahun 2036, kebanyakkan rakyat Malaysia menggunakan robot sebagai pembantu dalam kehidupan mereka. Anda juga mempunyai sebuah robot sebagai pembantu dalam kehidupan anda. Tulis sebuah esei yang menggambarkan robot anda dan bagaimana robot itu membantu anda dalam kehidupan seharian.

Nama peserta
:Muhammad Firdaus Bin Makhyudin

Sekolah
: S.M.K Sungai Besar

Jumlah patah perkataan


: 1,500 hingga 2,000

2|Page

Hari ini merupakan hari lahirku yang ke dua puluh satu.Aku mendapat peluang bekerja di Tokyo,Jepun.Aku bekerja sebagai seorang pencipta robot.Tokyo merupakan tempat yang menarik perhatian semua pelancong dari pelusuk dunia.Aku tinggal di sebuah rumah yang berdekatan dengan tempat kerjaku iaitu Robotic National Tokyo.Tokyo merupakan sebuah bandar yang sangat maju berbanding Negara kita.Aku berasa gembira kerana saya dapat bekerja di Tokyo,Jepun kerana tidak ramai penduduk Malaysia yang bekerja di sini.Di Tokyo kita dapat melihat bunga sakura yang cantik dan Tokyo mempunyai pemandangan yang indah.Udarnya juga nyaman pada waktu pagi.Di Tokyo penduduknya sangat padat.Mereka juga mengamalkan sikap bekerjasam,hormat-menghormati dan lain-lain.Makanan di sana sangat segar dan sedapMereka lebih banyak berjalan berbanding menggunakan kenderaan.Dengan ini mereka mampu mengurangkan pemanasan global yang berlaku pada zaman ini.Pada suatu malam yang sunyi sepi,aku ingin membuang air kecil di tandas.Aku bangun dari katilku dan menuju terus ke tandas.Aku berjalan dengan terhuyung hayang disebabkan masih mengantuk.Tanpa aku sedari aku kepala aku terhantuk di muka pintu.Aku memulas tombol pintu itu dan membuang air kecil.Setelah selesai membuang air kecil,aku terdengar suatu bunyi di dapur.Aku mengambil sebatang kayu besball yang aku beli sebagai langkah berwaspada.Dengan perlahan aku pergi ke dapur dan aku mengintai dari tepi dinding lalu terlihat bayang-bayang seperti manusia.Aku membuka suis lampu dan melihat itu adalah sebuah robot yang aku cipta.Robotku mampu menyerupai manusia.Oleh sebab itu bayang-bayangnya seperti manusia.

Robot yang aku cipta itu ialah robot humanoid iaitu robot yang menyerupai manusia. Robot itu aku memanggilnya sebagai Annie kerana wajahnya mengingatkan aku kepada isteriku yang sudah lama meningal dunia akibat kemalangan dijalan raya. Ini semua disebabkan sikap saya yang tidak mempunyai keberanian untuk menyelamatkan nyawanya, tapi malangnya apa boleh buat, seperti bak kata perpatah malang tidak berbau. Tetapi Annie ini, tidak akan aku tinggalkan dia kerana dia seperti salah seorang daripada keluarga saya. Annie ini merupakan robot yang paling canggih pada tahun 2036, kebanyakkan orang tidak mampu memperoleh robot ini kerana harganya yang mahal. Ini disebabkan kecanggihan yang ada pada robot ini. Robot ini dapat membantu kita dalam kehidupan seharian kita seperti menyidai kain, melipat baju, memasak dan banyak lagi kebolehan yang boleh robot ini lakukan. Tidak hairanlah harganya mahal. Robot ini juga mempunyai seni mempertahankan diri untuk melindungi saya daripada ancaman-ancaman yang merbahaya seperti pecah rumah, ugutan dan banyak lagi. Badan robot ini juga diperbuat dari logam yang amat keras. Badannya juga kalis peluru dan air. Menyebabkan robot ini tidak mudah rosak. Tetapi kita haruslah menyelengara komponen-komponen yang ada di dalam robot ini.

3|Page

Nampaknya cepat masa berlalu, sudah sampai waktunya saya bersiap untuk ke tempat kerja. Saya dengan cepatnya naik ke bilik saya untuk mengambil tuala mandi. Semasa aku berjalan ke bilik air Annie datang dekat kepadaku dan bertanya apa yang hendak saya masakan untuk tuan?, kemudian saya menjawabnya tolong masakan nasi goreng cina. Selapas menjawab pertanyaan Annie, Annie terus kedapur untuk menghidangkan nasi goreng cina yang dipesanku. Selepas itu aku bergegas ke bilik mandi untuk mandi. Aku meletakkan tuala mandiku ditempat menyidai tuala yang disediakan. Aku menanggalkan pakaianku dan terus mandi. Air ketika itu sangatlah sejuk seperti berada dikutub selatan, aku terus memutarkan pili ke mod panas untuk mendapatkan kehangatan air. Selepas aku mandi, aku berjalan keluar dari bilik mandiku, ketika aku keluar dari bilikku aku dapat mencium bau yang amat enak didapur. Aku bergegas memakai baju kerjaku dengan kemas dan terus bergegas kedapur untuk merasa keenakan masakan Annie itu. Aku dengan segera mengambil pinggan dan sudu untuk makan. Ternyata keenakan nasi goring cinayang dimasak oleh Annie amat sedap dan menjilat jari. Aku makan masakan itu dengan cepat kerana aku ingin pergi ke tempat kerjaku dengan cepat. Tidak ubah seperti masakan ibuku yang telah meninggal dunia diakibatkan serangan jantung. Selepas beberapa kali tambah, aku meletakkan pinggan tersebut ke dalam singki untuk dibasuh oleh Annie. Aku berjalan keluar rumah untuk menghirup udara yang segar dan nyaman.Dengan itu aku dapat menenangkan jiwa dan minda. Selepas beberapa kali aku menghirup udara yang nyaman itu aku mula terdengar bunyi pintu rumah sebelah berkeriut. Rupanya itu hanyalah Encik Abu yang hendak pergi berkerja. Tempat aku berkerja berdekatan dengan tempat beliau bekerja. Beliau adalah seorang usahawan muda yang berjaya, beliau mempunyai anak kembar iaitu Syazwan dan Syazwani. Anak-anak mereka amat mesra dan periang. Aku dan Encik Abu bersembang beberapa minit untuk menunggu anak-anak Encik Abu bersiap untuk kesekolah. Selepas anakanak mereka bersiap untuk ke sekolah, Encik Abu terus menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan terus ke tempat kerja Beliau. Selepas Encik Abu pergi meninggalkanku, aku terus mencapai kasutku dan memakainya. Aku terlupa untuk mengambil beg kerjaku, secara mengejut Annie memberikan beg kerjaku, aku mengucapkan terima kasih kepadanya. Aku terus menghidupkan enjin keretaku dan terus memandu ke tempat kerjaku. Ketika dalam perjalanan ke tempat kerjaku terdapat pelbagai jenis robot yang aku dapat lihat seperti robot pembantu, robot trafik, robot pengutip. Kerja robot pembantu ialah membantu sesiapa yang memerlukkan pertolongan seperti melintas jalan, menaiki tangga. Robot ini dicipta untuk membantu orang yang memerlukkan pertolongan. Robot ini dicipta khas untuk orang tua kanak-kanak yang masih kecil dan tidak tahu bagaimana hendak melintas jalan dengan selamat Robot trafik pula tugasnya adalah mengawal keadaan lalulintas ketika lampu isyarat rosak ataupun tidak berfungsi lagi. Robot ini akan berkerja sehingga lampu isyarat dibaiki dan berfungsi. Robot trafik ini memberi arahan kepada pengguna jalanraya sama ada berhenti ataupun jalan. Robot pengutip pula tugasnya adalah mengutip sampah disekelilingnya. Jika robot ini ternampak sampah, robot ini akan terus mengutipnya dan membuangnya kedalam tong sampah. Robot ini dicipta untuk menjaga alam sekitar dan kebersihan kawasan. Robot-robot ini akan menjadikan alam sekitar bersih.Dengan ini pemanasan global dapat dikurangkan.

4|Page

Setibanya aku ditempat kerjaku, terdapat rakan sekerjaku yang sudah sampai ditempat kerja terlebih dahulu. Ditempat kerjaku terdapat pelbagai jenis robot yang masih dalam ujian. Ujian tersebut diberikan untuk menilai sama ada robot itu boleh digunakan untuk membantu kita dalam kehidupan seharian manusia atau tidak. Ditempat kerjaku juga mempunyai pelbagai robot yang membantu seperti robot pencetak. Tugas robot pencetak adalah mencetak bahan-bahan pepejal. Selain dari robot pencetak terdapat robot penulis dimana robot ini akan menulis atau menaip apa sahaja yang kita cakapkan apabila robot ini dihidupkan. Di samping itu, ditempat kerjaku terdapat juga robot pembancuh. Robot ini akan membancuh minuman apabila kita memesan air minuman. Aku ditugaskan ditempat kerjaku adalah sebagai pencipta dan pemeriksa robot. Pangkat aku ditempat kerjaku adalah sebagai pengerusi. Aku mempunyai anak-anak buah yang sangat mesra denganku, ditempat kerjaku, kami seperti satu keluarga yang besar, termasuk sekali dengan robot-robot yang dicipta. Aku memulakan kerjaku dengan mengucapkan bismillah, kemudian aku mula bergerak ke tempat penghasilan robot, robot-robot disini kebanyakkannya masih belum sempurna, jika ianya sudah sempurna ianya akan dihantar ke bilik pengujian dimana kita menguji keberkesanan robot tersebut. Aku memulakan kerjaku dengan meneruskan ciptaan terbaru yang masih belum siap. Aku mula mencipta robot pada 20 tahun yang lepas. Ketika itu aku masih muda dan mentah tentang robotik ini, tetapi selepas aku mula meminati bidang robotik ini aku mula mendalami bidang ini. Aku dibimbing oleh guruku yang bernama Encik Zam. Beliau seorang yang peramah, bertanggungjawab dan baik hati. Beliau membimbingku sejak aku mula ingin mempelajari bidang ini. Beliau juga membantuku ketika aku cuba membina robot pertamaku. Beliau sangat bangga kerana mempunyai anak murid seperti aku. Robot pertama aku adalah robot humanoid yang boleh memasak. Tetapi malangnya robot itu agak mengecewakan kerana robot itu masih tidak sempurna lagi. Jadi kami mengambil keputusan untuk memperbaiki lagi robot tersebut dan menambah komponen-komponen baru. Akhirnya robot itu sempurna. Aku sangat terhutang budi pada guruku. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar guruku tidak mungkin aku berjaya hingga kini. Beliau juga adalah idolaku hingga kini.

5|Page

Selain daripada kegunaan harian, robot juga boleh digunakan untuk menegakkan keadilan seperti menangkap penjenayah, membanteras jenayah dan banyak lagi. Pembuatan robot keadilan kerana kes jenayah yang sangat berleluasa dan bertambah setiap tahun. Jadi aku telah mencipta robot yang boleh membantu dalam mengurangkan kes jenyah. Aku juga telah mencipta sebuah robot yang boleh membantu pihak polis mengurangkan jenayah. Aku mencipta robot khas itu hanya kegunaan untuk menegakkan keadilan. Selain daripada itu, aku juga mencipta robot perang yang boleh membantu askar-askar untuk menentang penjajah-penjajah atau komunis yang ingin menguasai tanah melayu. Aku memcipta robot ini kerana aku khuatir akan ancaman-ancaman dari penjajah atau komunis dari luar negara. Robot perang ini berfungsi sebagai pertahanan askar untuk mengurangkan kecederan pada askar tersebut. Robot perang ini mempunyai dua kegunaan iaitu mod perang dan mod pertahanan. Mod ini aktif dengan sendirinya. Mod perang berlaku pada setiap perang yang berlaku, robot ini akan menyerang pihak musuh dengan sendirinya tanpa arahan daripada sesiapa. Manakala mod pertahanan berlaku apabila ramai askar-askar yang cedera, mereka akan melindungi askar-askar yang tercedera hingga mereka mati. Robot ini akan berperang sehingga mereka hancur berkecai. Mereka juga tidak akan sama sekali mengkhianati kami kerana robot ini tidak mempunyai perasaan. Tetapi ada segilintir manusia mengatakan robot mempunyai perasaan. Selain daripada itu, terdapat robot penghantar, robot penghantar adalah robot yang digunakan ditempat-tempat yang mempunyai penghantaran seperti kedai makan, pos dan banyak lagi. Ini dapat memudahkan kerja-kerja penghantaran. Akhir sekali, robot juga mempunyai misinya, iaitu menyenangkan atau memudahkan kerja-kerja seharian manusia.

Sebagai kesimpulannya, kita haruslah memajukkan Negara kita. Dengan ini kita akan disanjungi dan tidak akan dipandang rendah dari negara-negara lain. Negara kita juga mungkin akan berada ditempat paling tinggi. Selain itu, kesannya kepada orang ramai ialah mereka akan cuba sedaya upaya menaikkan nama negara menjadikan negara kita paling tersohor dan disanjung tinggi oleh Negara lain.

6|Page

Anda mungkin juga menyukai