Anda di halaman 1dari 18

CERAMAH KEWANGAN ISLAM

Topik 23 : Kaedah Keuntungan Dalam Islam


Surau Mercu UEM KL Sentral
22 Jamadil Awal 1435 24 Mac 2014

Ustaz Abdul Aziz Mohd Nor

Persepsi Biasa Tentang Keuntungan?


2

Mahu jadi penyimpan dan pelabur dalam satu masa

Menyimpan wang tetapi mesti ada untung

Nak melabur tetapi tidak mahu risiko rugi

Biar simpan dalam akaun simpanan atau pelaburan konvensional asalkan untung terjamin

Apa Itu Keuntungan?

Dalam bahasa Arab, keuntungan disebut al-ribh, berasal daripada kata dasar rabiha yang membawa maksud pertambahan dalam kegiatan perniagaan Dari segi ilmu muamalat keuntungan ialah perbezaan di antara jumlah yang diperolehi dengan yang dibelanjakan untuk membeli, operasi, atau mengeluarkan sesuatu (kos) Keuntungan sangat penting dalam perniagaan sebab itu tujuan utama perniagaan Tiada siapa berniaga nak rugi, siapa berniaga nak rugi adalah di luar tabii

Mengetahui Tentang Untung Itu Penting

Membezakan antara untung dan riba

Dan Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. (Al Baqarah: 275)

Supaya pendapatan dari untung itu halal, jauhkan yang haram dan syubhah Apabila pendapatan halal, maka rezeki pun halal Apabila rezeki halal, maka makanan pun halal Insha Allah, doa dan ibadat diterima Allah

Objektif Keuntungan

Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku(Az-Zariyat: 56)

Carilah apa yang Allah datangkan kepada kamu untuk hari akhirat dan janganlah kamu lupa bahagian kamu di dunia, berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan jangan cari kerosakan di bumi, sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melakukan kerosakan. (AlQasas: 77)

Kaedah Fiqh Tentang Keuntungan

Kaedah keuntungan adalah salah-satu daripada kaedah fiqh yang dikenali sebagai al-qawaid fiqihiyyah Dari segi bahasa, qawaid adalah jamak bagi qaidah yang bermakna asas atau dasar Ia adalah asas hukum umum yang boleh dipraktikkan ke atas perkara-perkara cabang

Dari kitab Jamharatul al-Qawaid al-Fiqhiyyah (Vol. 1, P.332), perbezaan antara riba dan keuntungan ialah:

Riba tidak mempunyai nilai imbalan tetapi Keuntungan adalah dengan nilai imbalan (iwad) bermakna ia terjana dari usaha, mengambil risiko dan liabiliti

Kaedah Fiqh Tentang Keuntungan

Justifikasi keuntungan adalah kerana harta, usaha dan liabiliti yang diambil (Jamharatul al-Qawaid alFiqhiyyah Vol. 1, P.332)

Sebutan mudahnya ialah:


Dengan risiko, ada keuntungan

Keuntungan yang diharuskan ialah atas kesanggupan menanggung risiko atau kerugian

Dalil Asas Mengenai Keuntungan


8

Bahwa seorang laki-laki menjual seorang budak, maka budak itu bermukim di tempat pembeli dalam beberapa hari kemudian si pembeli mendapatkan cacat pada budak tersebut dan melaporkan kepada Nabi , maka Nabi mengembalikan budak itu kepada laki-laki yang menjual. Maka berkatalah laki-laki itu: Wahai Rasulullah, ia (pembeli) telah mempekerjakan (mengambil manfaat) terhadap budakku. Rasulullah bersabda: Hak mendapatkan hasil itu disebabkan oleh keharusan menanggung kerugian.

Kaedah Keuntungan Dalam Islam


Risiko (Ghorm) Khas untuk jual-beli barangan fizikal

KEUNTUNGAN (Ghonm atau Ribh)

IWAD (Nilai balas sepadan)

Kerja & Usaha (Kasb)


Keuntungan yang tiada langsung 3 unsur ini boleh menjadi syubhah atau haram

Liabiliti (Daman)

Saiful Azhar Rosly, Critical Issues on Islamic Banking and Financial Markets, Kuala Lumpur, Dinamas, 2005

Contoh Keuntungan Yang Diharuskan


Risiko (ghorm) orang tak beli, harga jatuh, model bertukar, hilang
Ahmad buka cawangan Apple Machines. Dia beli Mac Book Air dari Apple RM2,800. Harga jualan RM3,200. Liabiliti (daman) waranti, jaminan baiki kerosakan (khiyar al-aib) Untung! (ghnom) barulah untung diharuskan

Kerja & usaha (kasb) sewa kedai, ambil pekerja, iklan

Contoh-Contoh Lazim

Melabur dalam saham amanah dan mendapat jaminan pelaburan pokok dari pengurus pelaburan Tidak diharuskan kerana tiada risiko (ghorm)

Mendapat keuntungan dari ahli yang berada pada aras ke 20 dalam kumpulan perniagaan MLM Tidak diharuskan kerana tiada risiko (ghrom) dan usaha (kasb)

Melabur dalam saham amanah mungkin rugi atau untung tapi selalunya purata 17% keuntungan setahun Diharuskan kerana yiada jaminan keuntungan maka terdapat risiko (ghorm)

Melabur dalam sebuah syarikat dan jika ada untung, akan di bahagi 30:70 Diharuskan kerana tiada jaminan keuntungan maka terdapat risiko (ghorm)

Keuntungan Tidak Sah Keuntungan Mengandungi Unsur Penipuan

Dalam MLM, membeli bantal magnet yang berharga RM300 sematamata untuk mengaut point walhal bantal itu tidak lebih dari RM30

Dalam MLM, Mengatakan membuat frontini jam gred loading sebagai terbagus syarat menjadi ahli walhal ia walhal barangbukan barang yang dibeli sebenarnya adalah untuk tujuan mendapat point bukan untuk kegunaannya

Mengambil peluang dari kedaifan seseorang (conohnya pelancung) walhal harga biasa jauh lebih murah

Keuntungan Tidak Sah Bai Al-Mudtar


13

Keuntungan dari harga yang tinggi diperolehi kerana pembeli terpaksa atau tiada pilihan lain untuk membeli barangan atau servis asas

Beras, gula, letrik, tol, air, tambang bas, keju

Bai Al-Mudtar jual-beli terpaksa iaitu menjual atau membeli secara terpaksa (ikrah) dengan membayar harga tinggi atau menerima harga murah berbanding pasaran Keuntungan dari jual-beli ini adalah tidak sah (bathil)

Adakah Islam Hadkan Keuntungan?

Tiada dalil khusus Al-Quran dan Hadis menyentuh had harga atau keuntungan Bagaimana pun, terdapat Hadis yang memberikan petunjuk dan boleh digunakan sebagai garis panduan berdasarkan prinsip menegakkan keadilan dan menolak kezaliman Hadith Nabi menerangkan terdapat sahabat yang minta Nabi membuat harga maksimum bagi menghadkan harga jualan para peniaga, tapi Nabi menolak dan menyifatkan tindakan itu sebagai zalim kerana menghadkan keuntungan yang halal bagi peniaga. (Abu Daud, Albani) Nabi juga pernah diminta oleh sahabat supaya menaikkan harga barang di waktu musim kemarau tetapi Nabi menolak dengan mengatakan harga itu adalah hak Allah

Adakah Islam Hadkan Keuntungan?

Sesungguhnya Rasulullah SAW memberi Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia datang bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung. (Al-Bukhari)
Hadis ini menunjukkan bagaimana sahabat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar, kemudian menjualnya dengan harga 100 peratus keuntungan iaitu satu dinar seekor Transaksi ini diiktiraf oleh Rasulullah SAW, malah dipuji dan didoakan sahabatnya itu

Adakah Islam Hadkan Keuntungan?


16

Turun-naik harga berlaku akibat aktiviti bekalan dan permintan (supply and demand)

Ibn Taimiyyah, salah seorang ulama tersohor dalam bidang fiqh dan siasah syariyyah, menekankan bahawa sesiapa sahaja, termasuk kerajaan, tidak boleh terlibat dalam mengaturkan harga
Ia perlu diserahkan kepada proses normal yang bersandarkan aktiviti pasaran semasa Para ulama menghuraikan, pihak pemerintah hanya boleh masuk campur dengan meletakkan harga ceiling apabila berlaku kes monopoli barangan, contohnya Ulama besar tabiin yang berpandangan begini adalah Said Musayyab, Yahya bin Said (Manahij al-Ijtihad, Dr. Fathi Durayni, 159)

Ringkasan Had Keuntungan

Dalam Islam, penentuan harga/untung adalah bebas berdasarkan redha-meredhai, dengan syarat sistem pasaran bebas yang adil berlandaskan Islam dilaksanakan: Pasaran terbuka dan tiada sekatan Persaingan bebas Tiada monopoli/oligopli Tiada penipuan dan kezaliman Dengan itu, mengambil keuntungan dalam perniagaan adalah diharuskan dan tidak dihadkan, cumanya yang ditegah Islam adalah apabila kita menindas ataupun menipu pembeli atau terdapat gangguan pasaran

Terima Kasih

18

Anda mungkin juga menyukai