Anda di halaman 1dari 5

Penunjuk suhu enjin penyejuk cecair

Penunjuk suhu adalah merupakan satu unit penting yang boleh memberitahu suhu enjin secara keseluruhan kepada pemandu. Keupayaan atau kecekapan sesebuah enjin adalah bergantung kepada suhu kendaliannya, secara umumnya boleh kita mengambil pengertian jarum penunjuk suhu hendaklah sentias berada ditahap normal apabila kenderaan sedang dipandu. Penunjuk suhu dipasangkan pada panel alat alat untuk mengetahui suhu air didalam selubung air. Sekiranya suhu lampau ditunjukkan pada penunjuk suhu, ini menandakan enjin mengalami panas lampau. Dengan itu tindakan segera dapat diambil iaitu dengan mematikan enjin, sebelum kerosakan yang lebih serius terjadi.

Tiga jenis penunjuk suhu yang biasa digunakan iaitu:

a)

Tekanan wap

Penunjuk suhu jenis ini terdiri dari satu tiub dan unit penunjuk. Tiub ini dipasangkan pada selubung air dikepala selinder. Ianaya disambungkan kepada unit penunjuk melalui satu tiub halus. Di dalam tiub tersebut terisi cecair yang boleh terpeluwap pada suhu yang rendah. Bila suhu enjin bertambah tinggi, cecair di dalam tiub akan terpeluwap dan membentuk tekanan. Tekanan ini akan dipindahkan ke tiub bourdon di unit penunjuk melalui tiub yang halus. Tiub bourdon kemudiannya akan tertolak keluar dan mengerakkan jarum penunjuk.

a)

Penunjuk elektrik

Penunjuk suhu jenis ini terdiri dari unit penunjuk dan unit penghantar. Unit penghantar diapsangkan pada selubung air dikepala selinder. Terdapat dua jenis penunjuk elektrik iaitu:

I) II)

Jenis gelung imbangan Jenis termostat dua logam

I)

Jenis gelung imbangan

Rintangan didalam unit penghantar berubah mengikut suhu enjin. Bila suhu bertambah tinggi, rintangan akan berkurangan dan arus dapat mengalir ke gelung (1) dengan banyakanya. Dengan itu jarum penunjuk akan tertarik dengan menunjukkan suhu yang tinggi. Sebaliknya, bila suhu enjin rendah, rintangan di dalam unit penghantar akan bertambah dan arus mengalir lebih banyak ke gelung (2). Medan magnet yang lebih kuat akan terbentuk pada gelung (2) dan ini akan menarik jarum penunjuk ke arah suhu rendah.

I)

Jenis thermostat dua logam

Arus dari bateri mengalir melalui gelung dawai yang mengelilingi sebatang besi dua logam. Kemudian arus terus mengalir ke terminal spring, piring sensitif suhu dan ke bumi. Bila air diselubung air menjadi panas, piring sensitif suhu pun turut menjadi panas. Semakin panas piring sensitif suhu, maka semakin banyaklah arus yang mengalir melaluinya. Dengan lain perkataan rintangan yang ada padanya semakin berkurangan apabila suhu bertambah. Dengan itu lebih banyak arus boleh mengalir melalui litar penunjuk suhu. Kepingan dua logam akan menjadi panas dan membengkok, lalu meusingkan jarum penunjuk ke arah tanda panas.

Bila air mula sejuk, piring sensitif suhu akan turut menjadi sejuk dan ini menyebabkan arus yang mengalir berkurangan. Kepingan dua logam pun berbalik kepada kedudukan asalnya dengan jarum penunjuk menunjuk ke arah suhu rendah.

a)

Lampu penunjuk

Lampu penunjuk terdiri daripada satu unit penghantar suhu air yang disambungkan kepada dua biji mentol dan bateri melalui suis penyalaan. Satu dari mentol itu berwarna biru untuk menunjukkan suhu sejuk dan mentol yang satu lagi berwarna merah untuk menunjukkan suhu panas lampau. Didalam unit penghantar suhu, terdapat sekeping bilah thermostat. Semasa enjin sejuk, bilah thermostat bersambung dengan lampu berwarna biru (sejuk). Jadi apabila enjin dihidupkan, lampu berwarna biru akan bernyala sehinggalah enjin mencapai suhu kendalian.

Apabila enjin telah mencapai suhu kendalian, bilah thermostat akan membengkok dan tidak lagi bersentuhan dengan terminal yang menyambungkan lampu biru (sejuk). Lampu biru pun padam. Tetapi apabila suhu enjin mencapai panas lampau, themostat akan membengkok lagi dan menyentuh terminal yang menyambungkan lampu merah (panas lampau) dan bateri. Lampu merah pun akan menyala. Dengan ini pemandu dapat mengetahui bahawa enjin mencapai panas lampau.

Anda mungkin juga menyukai