Anda di halaman 1dari 2

Tajuk Sejarah Pertempatan dan Perkembangan Kaum India Di Ladang Sungai Tinggi, Bestari Jaya Pada Tahun 1959-2000

Objektif Mengenal pasti sebab pembukaan petempataan Kaum India di Ladang Sungai Tinggi Mengenal pasti kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh Kaum India di Ladang Sungai Tinggi Mengenal pasti perkembangan pendidikan Kaum India di Ladang Sungai Tinggi

Permasalahan Kajian Kajian ini akan menjelaskan cara kedatangan Kaum India dari seluruh Tanah Melayu/India pada tahun 1959 sehingga membuka petempatan di Ladang Sungai Tinggi Kajian ini akan memperincikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh Kaum India di ladang tersebut Kajian ini juga akan menjelaskan perkembangan Kaum India di Ladang Sungai Tinggi pada tahun 1959 sehingga 2000.Perkembangan ini merangkumi perkembangan dari segi pendidikan,ekonomi, dan sosial Kajian ini juga akan memperincikan faktor pembukaan petempatan Kaum India di Ladang Sungai Tinggi

Skop Kajian Sejarah kedatangan Kaum India di Ladang Sungai Tinggi dan perkembangan dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial mereka dari tahun 1959 sehingga 2000 Kajian ini juga akan menfokuskan kepada cara kedatangan dan faktor pembukaan petempatan Kaum India di Ladang Sungai Tinggi Kajian ini juga akan memperincikan sebab-sebab beralih ke kegiatan ekonomi yang lain pada awal tahun 2000

Kaedah Kajian 1. Kajian Lapangan Saya akan mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan perkembangan Kaum India di Ladang Sungai Tinggi dengan menemu bual dengan penduduk dan bekas penduduk yang pernah melalui tempoh tahun 1959-2000 2. Kajian Ilmiah Saya akan melakukan penyelidikan melalui buku-buku , rekod-rekod dan gambar-gambar yang masih disimpan oleh penduduk Kaum India di Ladang Sungai Tinggi serta pihak pengurusan lading tersebut

Pembahagian Struktur Esei 1) Pengenalan Dalam bahagian ini, saya akan menjelaskan bagaimana petempatan Ladang Sungai Tinggi dibuka dan didiami oleh Kaum India 2) Isi Dalam bahagian ini pula saya akan menfokuskan perkembangan Kaum India di Ladang Sungai Tinggi. Saya juga akan memperincikan kegiatan ekonomi Kaum India di ladang tersebut. Selain itu, perkembangan mereka dari segi ekonomi , sosial dan pendidikan juga akan diperincikan dalam bahagian ini. Saya juga akan menjelaskan faktor-faktor pembukaan petempataan di Ladang Sungai Tinggi 3) Kesimpulan Bahagian ini pula akan merumuskan bahawa majoriti Kaum India pernah dan sedang mendiami di Ladang Sungai Tinggi sehingga kini

Penutup Kesimpulannya, kajian saya adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Kaum India di Ladang Sungai Tinggi mempunyai sejarah hidup, perkembangan dan pengalaman yang tersendiri

Anda mungkin juga menyukai