Anda di halaman 1dari 6

Tajuk: Perkembangan Kg.

Sungai Buloh,Simpang Durian, Negeri Sembilan dari tahun 1990


hingga 2020.

1.0 PENGENALAN

Kampung Sungai Buloh adalah sebuah kampung tradisi yang terletak di daerah Jelebu,Negeri
Sembilan. Sejarah kampung ini diambil daripada nama sebatang anak sungai yang mengalir
di tengah kampung yang dipenuhi tumbuhan rumpun buluh di kiri dan kanan tebing pada
ketika dahulu. Oleh yang demikian, kampung tersebut digelarkan Kampung Sungai Buloh.
Bermula sekitar tahun 1948-1950, penempatan ini telah dibuka menjadi sebuah kampung dan
wujudlah kemudahan sosial seperti balai polis ketika itu. Menjelang zaman pascamerdeka,
Kampung Sungai Buloh, Simpang Durian menunjukkan potensi yang lebih kearah kemajuan
bersama dengan melaksanakan pelbagai inisiatif kerjasama oleh pihak kerajaan dan sokongan
penduduk kampung demi merealisasikannya.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mengenal pasti sejarah asal usul Kampung Sungai Buloh yang semakin berkembang dari
semasa ke semasa.

2.2 Meneliti taraf perkembangan yang ada di Kampung Sungai Buloh dari segi perubahan
ekonomi iaitu penternakan kambing manakala pertanian pula seperti penanaman padi.

2.3 Mengenal pasti perkembangan sosial yang mengalami perubahan pesat di kampung
tersebut pada era kini berbanding dahulu.

2.4 Menganalisis sejarah yang pernah berlaku dari tahun 1990 hingga 2020.
3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

3.1 Apakah perkembangan ekonomi yang terdapat di Kampung Sungai Buloh,Simpang


Durian dari tahun 1990 sehingga 2020 ?.

3.2 Apakah perkembangan sosial Kampung Sungai Buloh dari tahun 1990 – 2020?

3.3 Apakah cabaran-cabaran yang menghalang perkembangan kawasan ini untuk terus maju?

4.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada 3 aspek iaitu:

1. Lokasi Kajian – Kampung Sungai Buloh,72400 Simpang Durian, Negeri Sembilan.


2. Tempoh masa kajian – Tahun 1990 sehingga tahun 2020.
3. Aspek yang ingin dikaji: -
a. Mengenal asal usul dan pembentukan Kampung Sungai Buloh dari tahun 1990
sehingga 2020.
b. Meneliti taraf perkembangan ekonomi dari segi pertanian dan perindustrian
c. Mengkaji perkembangan sosial Kampung Sungai Buloh,Simpang Durian seperti
kemudahan infrastuktur,pembangunan masyarakat dan pendidikan.
d. Mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh Kampung Sungai Buloh, Simpang
Durian sepanjang 30 tahun ini.
5.0 KAJIAN TERDAHULU

Mengikut tinjauan pengkaji, setakat ini terdapat beberapa kajian tentang asal usul kawasan
Kampung Sungai Buloh, Simpang Durian di laman web
https://jomhomestay.my/list/homestay-sungai-buluh?page=3 atau
http://inarusman.blogspot.com/2010/11/sejarah-sekolah-kebangsaan-sungai-buloh.html yang
semua orang boleh lihat menerusi aplikasi Google . Seterusnya,
https://youtu.be/mYILxJlcF90 membuktikan cabaran atau halangan yang dilanda kampung
itu ketika musim banjir. Dalam pada itu, pengkaji turut menggunakan laman web
https://mdjelebu.gov.my/ms/pelawat/info-jelebu untuk menambah maklumat berkaitan
kawasan Jelebu. Hasil kajian ini bergantung sepenuhnya kepada temu bual, bahan
perpustakaan, laman teknologi dan kaedah lapangan serta sumber gambar mahupun video
yang membuktikan kawasan tersebut mengalami perubahan dari semasa ke semasa.

6.0 KAEDAH KAJIAN

Penyelidik akan menjalankan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan bukti yang
kualitatif dan benar.Antara kaedah kajian yang dijalankan ialah :

6.1 Kaedah lapangan – Melalui kaedah ini, penyelidik akan membuat tinjauan ke lokasi
kajian iaitu di Kampung Sungai Buloh 72400 Simpang Durian, Negri Sembilan.

6.2 Kaedah Temubual – Melalui kaedah ini penyelidik dapat bertemu bual bersama Encik
Mustakim bin Muhamad,55 Ketua Kampung Sungai Buloh. Puan Fadzilla bin Ahmad,47
peniaga kedai runcit di Kampung Sungai Buloh. Muhammad Syakir bin Mohd Yusoff,27
penternak dan pengusaha kandang kambing di Kampung Sungai Buloh, Encik Manaf bin
Ruslan,43 peniaga Industri Kecil Sederhana (IKS) dan pemilik kedai roti.Encik Lokman bin
Muhammad,55 Imam Kampung Sungai Buloh, Jelebu.
6.3 Kaedah kepustakaan – Kaedah ini membantu penyelidik untuk memperolehi maklumat
majalah atau buku asal usul kewujudan lampung tersebut, dan internet menyumbang kepada
hasil kajian penyelidik.

7.0 STRUKTUR ESEI

7.1 Pengenalan - Pengkaji akan menerangkan tiga aspek penting berkaitan topik kajian iaitu
perkembangan ekonomi, perkembangan sosial dan cabaran-cabaran yang menghalang proses
menaiktaraf kemajuan Kampung Sungai Buloh,Simpang Durian dari tahun 1990 hingga
2020. Melalui aspek perkembangan ekonomi, pengkaji menerangkan tentang sektor ekonomi
yang dijalankan di Kampung Sungai Buloh,Simpang Durian iaitu pertanian padi dan sawit.
Di samping itu, pengkaji akan mendedahkan perkembangan sosial di kampung tersebut
sepanjang tempoh 30 tahun ini. Misalnya, pembangunan yang dibina di kampung tersebut
dan cabaran-cabaran yang dihadapi lebih lagi ketika musim hujan.

7.2 Bahagian isi-isi Kajian:

7.2.1 Mengkaji latar belakang Kampung Sungai Buloh, Simpang Durian dari tahun
1990-2020.

7.2.2 Mengkaji perkembangan Kampung sungai Buloh dari tahun 1990-2020.

7.2.3 Mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Kampung Sungai Buloh dari
tahun

1990-2020.
7.3 KESIMPULAN

Pengkaji mengharapkan kajian ini dapat membantu generasi muda akan datang dan membuka
mata masyarakat untuk mengetahui sejarah asal usul kampung, perkembangan ekonomi dan
sosial yang berlaku. Selain itu, masyarakat memahami cabaran-cabaran yang menghalang
perkembangan kampung terus berkembang. Dalam pada itu, pengkaji juga mengharapkan
masyarakat di kampung tersebut terus mengingati sejarah kewujudan kampung ini dan
menghargai setiap usaha kerajaan dalam membangkitkan kemajuan kampung untuk setanding
kampung-kampung yang lebih maju.

8.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan oleh penyelidik dapat mengetahui sejarah
latar belakang,perkembangan dan cabaran yang dihadapi oleh Kampung Sungai Buloh
Penyelidik berharap kajian ini digunakan dengan sebaik mungkin kerana setiap butiran yang
termaktub dikaji oleh penyelidik dengan penuh teliti. Selain itu, penyelidik juga berharap
bahawa akan berusaha untuk menyiapkan tugasan kajian ini dalam masa yang yang
ditetapkan dengan sempurna.

9.0 RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

1) https://jomhomestay.my/list/homestay-sungai-buluh?page=3

2) http://inarusman.blogspot.com/2010/11/sejarah-sekolah-kebangsaan-sungai-buloh.html

3) https://youtu.be/mYILxJlcF90

4) https://mdjelebu.gov.my/ms/pelawat/info-jelebu

Anda mungkin juga menyukai