Anda di halaman 1dari 29

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

PENGENALAN
Lumrah seorang pendidik anak bangsa atau lebih sinonimnya disebut sebagai seorang insan bernama guru adalah untuk memudahkan pembelajaran murid. Berbekalkan amanah ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Hal ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang minda serta minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Pada setiap interaksi pengajaran dan pembelajaran, guru sering kali berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi kekuatan dan kebolehan mereka. Dalam situasi inilah kepakaran guru penting dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu bukan sahaja berpotensi memerangsangkan minat pelajar belajar secara aktif malah harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Guru seharusnya kreatif dalam merencana pengajaran dan pembelajaran yang bervariasi bagi menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran. Aktivitiaktiviti yang direncana hendaklah menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep dapat diterjemahkan secara jelas dan mudah untk diterima oleh semua pelajar. Aktiviti-aktiviti yang terancang juga harus mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Semasa merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang tersusun dan sempurna. Urutan pengajaran perlu

diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah berbentuk gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian pelajar, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

Pengaplikasian kaedah dan teknik yang bervariasi akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dan sentiasa mengambil bahagian sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara teliti dan berhati-hati supaya pendekatan ini tidak mehalang guru melaksanakan proses pembentukan konsepkonsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oleh John Dewey misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik

perbincangan. Dalam tugasan ini, beberapa aspek tentang pengajaran kepentingan penekanan terhadap aspek strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang pendekatan, kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

KEPENTINGAN STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

STRATEGI
Menurut Kamus Dewan (1998), strategi ialah rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga ialah kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Dalam bidang pendidikan, kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam P&P

berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Strategi ialah rancangan sesuatu tindakan atau operasi yang teratur. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran: i. ii. iii. iv. Kaedah dan teknik yang harus digunakan dalam P&P Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran Menggunakan alat bantu mengajar Kawalan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai.

Guru akan memikirkan keseluruhan proses pengajaran beliau. Strategi mengajar mewakili satu pendekatan yang kompleks dalam pengajaran dan selalunya mengandungi beberapa kaedah pengajaran yang menggunakan pelbagai teknik pengajaran. Dengan bahasa yang lebih mudah, strategi ialah perancangan guru untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran dengan menggunakan pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran.

Strategi yang baik akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik serta menimbulkan suasana pembelajaran yang kondusif ke arah mencapai objektif yang hendak dicapai. Salah satu kriteria guru yang

berkesan ialah mengetahui dan berkemahiran mempelbagaikan kaedah mengajar untuk disesuaikan dengan isi pelajaran yang diajar.

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

JENIS-JENIS STRATEGI

KEPENTINGAN STRATEGI Pada pendapat saya, strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan tunjang utama dalam memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Hal ini demikian kerana dapat disimpulkan di sini bahawa strategi adalah hasil gabungan daripada tiga elemen iaitu pendekatan, kaedah dan teknik. Strategi adalah perkara yang amat penting bagi seorang guru bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru harus bijak merancang serta mengatur strategi pengajaran dengan bijak memilih serta mengatur ketiga-tiga elemen ini iaitu pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai. Strategi pengajaran yang berkesan adalah dengan menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan serta kaedah pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum. Berdasarkan kepada jenis strategi pengajaran dan pembelajaran maka kepentingan strategi dapat dikenalpasti iaitu ia membantu guru dalam merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan obejektifMuhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek 4

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

objektif pelajaran yang telah ditentukan. Rancangan pengajaran itu sangat penting bagi seorang guru kerana ia akan menentukan pencapaian optimum seorang murid di dalam kelas iaitu dengan melihat respon yang diberikan semasa sesi pengajaran. Selain itu, strategi juga penting dalam menyusun kaedah dan teknik

mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Apabila ada strategi, seorang guru itu dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lancar tanpa ada sebarang masalah kerana dia sudah membuat persediaan awal dengan mengatur langkah-langkah pengajaran dengan sebaiknya.

PENDEKATAN
Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012) dalam bukunya iaitu Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu menyatakan bahawa pendekatan bermasud arah atau hala yang diambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas, pendekatan diertikan sebagai "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Sesuatu pendekatan yang dipilih lazimnya berasaskan teori atau generalisasi tertentu. Pendekatan berfungsi sebagai aspek belakang tabir, iaitu sama kedudukannya dengan strategi.

Penyataan di atas mengungkap bahawa pendekatan pengajaran bahasa menjurus kepada pembuka haluan. Kaitannya juga bersendikan usaha untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran bahasa, selain penerapan sesuatu kemahiran. Pendekatan wujud berdasarkan pengajaran yang hendak diutamakan atau diberikan perhatian secara lebih mendalam. Oleh itu, ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran iaitu jenis-jenis yang wujud dengan berdasarkan penggunaan kriteria-kriteria untuk penelitian proses pengajaran.

Menurut Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2011) pendekatan juga dimaksudkan sebagai cara mendekati sesuatu. Dalam konteks bilik darjah, pendekatan merupakan cara bagaimana objektif-objektif jangka masa panjang dapat dicapai dalam satu-satu pembelajaran. Lazimnya, pendekatan dibuat berasaskan
Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek 5

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

satu-satu teori pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pula, pendekatan ialah cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugasan.

JENIS-JENIS PENDEKATAN

Pendekatan

pengajaran

bahasa

boleh

digolongkan

mengikut

cara

pengelolaan, penyampaian fakta dan keaktifan murid. Pendekatan pengajaran bahasa adalah seperti :

KEPENTINGAN PENDEKATAN

Pendekatan juga merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana pendekatan merupakan cara penyampaian atau jalan untuk melaksanakan sesuatu pengajaran. Pendekatan ini penting sebagai panduan kepada guru untuk memastikan cara penyampaiannya berkesan seterusnnya menyebabkan isi pelajaran yang ingin disampaikan dapat difahami oleh pelajar dengan berkesan.

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

Apabila melihat konsep pendekatan iaitu cara mendekati sesuatu, ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai

objektifnya. Maka dengan itu dapatlah dikenalpasti akan kepentingan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran di mana sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Hal ini kerana, dengan mengetahui latar belakang mereka, guru tersebut dapat memilih dan merancang pengajarannya dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang berlainan. Ini dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif. Pemilihan pendekatan pengajaran yang sesuai penting agar guru dapat fokus kepada pendekatan yang dipilih dan guru pula harus memastikan bahawa pendektan yang dipilih sesuai dengan topik pengajaran yang ingin disampaikan kerana tidak semua pendekatan sesuai bagi setiap sesi atau topik pengajaran.

KAEDAH
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kaedah bermaksud cara atau aturan membuat sesuatu atau hukum atau prinsip. Justeru, sesuatu kaedah terdiri dariada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Bersamaaan dengan strategi dan pendekatan, fungi kaedah juga dianggap sebagai belakang tabir. Penyataan ini bermaksud, guru menggunakan sesuatu kaedah secara tidak langsung dalam bilik darjah. Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012) dalam bukunya iaitu Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu menyatakan bahawa kaedah juga ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Mok Song Seng (1992) dalam buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu berpendapat kaedah pengajaran adalah tentang cara sesuatu
Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek 7

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

objektif pembelajaran didekati dengan langkah penyampaian tersusun. Sharifah Alwiyah Alsagoff (1986) berpendapat bahawa kaedah ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancang dengan teratur. Hassan Langgulung (1981) pula berpendapat bahawa kaedah bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Oleh itu, apa-apa saja cara yang dilakukan guru adalah untuk memberkan kefahaman kepada pelajar untukmencapai sesuatu objektif pengajaran, maka itu disebut kaedah Hassan Langgulung (1981) juga berpendapat bahawa kaedah ialah suatu aktiviti pengajaran yang mempunyai langkah-langkah tersusun. Dalam tiap-tiap langkah pula terdapat kemahiran dan latihan yang terancang. Baginya, kaedah pengajaran bukanlah aspek utama dalam pengajaran, tetapi merupakan wasilah atau satu jalan untuk mencapai sesuatu objektif. Hassan Langgulung (1981) turut menambah bahawa kaedah yang sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan asas. Jadi apa-apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh seseorang guru untuk memberi kefahaman kepada seorang murid, maka itu ialah kaedah walaupun tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang diutarakan Sharifah Alwiyah, Atan Long (1981) dan beberapa sarjana pendidikan bahasa yang lain. Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah Lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun dan adalah berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

JENIS-JENIS KAEDAH Terdapat lapan jenis kaedah dalam pengajaran bahasa Melayu iaitu:

KEPENTINGAN KAEDAH Kepentingan menggunakan kaedah mengajar yang bervariasi dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik perhatian murid. Dengan mengaplikasikan kaedah pengajaran yang kreatif, murid akan berasa seronok dan secara tidak langsung mereka akan memberi perhatian yang optimum terhadap isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Kaedah juga penting untuk mengekalkan perhatian murid terhadap sesi pengajaran guru. Apabila murid tertarik dengan kaedah dan teknik mengajar yang digunakan oleh guru, perhatian murid akan dapat dikekalkan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, pemilihan kaedah yang sesuai boleh membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri murid.

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

TEKNIK
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), teknik adalah kaedah penciptaan sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Anthony (1963) dalam buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu yang ditulis oleh Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012) mendefinisikan teknik adalah sesuatu muslihat atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu pengajaran bagi bahagian bahasa tertentu.

Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (2004) dalam buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu pula mengupas teknik sebagai pegendalian sesuatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran. Rumusannya, teknik merupakan alat yang digunakan oleh guru bahasa untuk menyampaikan sesuatu bahan pengajaran yang telah dipilih. Bahan yang dipilih haruslah sejajar dengan teknik yang digunakan, selain seirama dengan kaedah yang dianuti. terdapat beberapa tujuan penggunaan teknik yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran. Antara tujuan teknik pengajaran adalah seperti berikut : menarik minat murid mengekalkan perhatian murid membangkitkan inkuiri murid Berdasarkan ketiga-tiga tujuan di atas, dapat disimpulkan bahawa tujuan asas penggunaan eknik adalah untuk mengoptimumkan kemampuan murid, elain membantu mengembangkan daya intelek yang sempurna. Teori 'Quantum Learning' telah membicarakan bahawa manusia mempunyai potensi untuk berkembang yang hampir tidak terbatas, namun guru hanya memanfaatkan sebahagian kecil sahaja kemampuan kerana tidak mempunyai cara yang tepat untuk mengembankannya. Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi multimedia yang semakin pesat dan sofistikated telah menjanjikan potensi yang besar tentang perubahan gaya pembelajaran, pemerolehan dan penyesuaian maklumat dan sebagainya. Penggunaan teknologi telah menyediakan pelbagai peluang kepada guru untuk mengaplikasikan 1001 teknik pengajaran, manakala murid deberikan peluang
Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek 10

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

untuk memegang kuasa kawalan atau belajar bahasa dengan berasaskan pembelajaran kendiri. Murid juga diberikan kesempatan untuk menentukan teknik yang bersesuaian bagi membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masingmasing, selain mengalami suasana pembelajaran lebih menarik serta berkesan. Sumber maklumat serta rujukan juga bukan lagi terikat dengan teks, tetapi lebih luas daripada itu atau telah wujud pautan rangkaian atau hyperlink. Teknik pengajaran dan pembelajaran ialah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka

kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Dengan kata lain teknik ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan pembelajaran. untuk aktiviti kaedah Jadi, mengajar teknik akan dan dalam sesuatu aktiviti kaedah Contohnya pengajaran yang kita dan pilih guru

merealisasikan pembelajaran.

pengajaran

seorang

mengajar Bahasa Melayu menggunakan kaedah tutorial atau kuliah. JENIS-JENIS TEKNIK

Teknik Drama

Teknik Bercerita

JENISJENIS TEKNIK
Teknik Latih Tubi

Teknik Permainan Bahasa

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

11

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

KEPENTINGAN TEKNIK Pemilihan teknik pengajaran bahasa Melayu yang sesuai penting kerana dapat menarik minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, mereka akan berasa terhibur dengan teknik drama kerana melibatkan semua murid untuk berlakon di hadapan kelas. Murid-murid secara tidak langsung dapat memudahkan lagi kefahaman murid dalam sesuatu topik kerana dapat belajar dalam situasi yang menghiburkan. Pemilihan teknik yang bervariasi juga dapat mengekalkan perhatian murid di dalam kelas. Lumrah seorang murid sekolah rendah yang lebih menyukai hiburan dan aktiviti yang menyeronokkan. Mereka akan lebih menumpukan perhatian kepada aktiviti-aktiviti yang disukai. Selain itu, penggunaan tenik yang menarik juga dapat meningkatkan lagi rasa ingin tahu murid-murid dalam sesuatu topik. Hal ini demikian dapat menarik minat serta perhatian murid dalam setiap sesi pengajaran. Mereka akan mudah memahami sesuatu konsep serta dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan mudah dan berkesan.

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

12

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

TARIKH MASA TAJUK TAHUN FOKUS UTAMA

: 27 Ogos 2012 : 9.00 - 10.00 pagi (60 minit) : Bencana Alam : 3 Cempaka ( 25 orang ; Lelaki=15, Perempuan=10 ) : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 3 i. Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

FOKUS SAMPINGAN : 1.1

Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan mengunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan,intonasi dan nada yang sesuai.

Aras 1 i. Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau dilihat atau yang dibaca.

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

13

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

OBJEKTIF

: Pada akhir pembelajaran murid dapat :

i.

Murid boleh membaca perkataan, frasa dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul serta menyatakan fakta dalam teks.

ii. iii.

Membina 5 ayat kata nama terbitan. Menyenaraikan 5 kesan buruk daripada pembakaran terbuka.

AKTIVITI P&P

1. Bersoal jawab tentang bencana alam 2. Membaca teks 3. Membina ayat dari kata terbitan 4. Menyanyikan lagu yang bertajuk "Hijau"

PENGISIAN KURIKULUM : Sistem Bahasa Sebutan dan intonasi Tatabahasa

: Sebutan dan intonasi yang betul

: Sintaksis membina ayat : Morfologi Kata Terbitan Pengimbuhan

Ejaan Kosa Kata

: Warganegara : Kemalangan, warganegara

Peribahasa : Sudah jatuh ditimpa tangga

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

14

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan Pelbagai : Verbal linguistik, intrapersonal, interpersonal Strategi pengajaran : Direktif Kemahiran Generik : Kemahiran belajar, kemahiran berfikir

Penekanan Konsep 5 P : Penggabungjalinan Kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabungjalinkan dengan kemahiran berbahasa membaca dan menulis. Penyerapan Ilmu Nilai murni - Sains dan Kajian Tempatan Pemulihan Meminta murid-murid membaca semula teks dengan bantuan rakan yang boleh membaca dengan lebih baik. Rasional Kerjasama Keberanian Yakin diri

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

15

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

Pengayaan Membaca teks lain di pusat sumber dan meminta murid membina ayat ringkas kata nama terbitan yang baru dipelajari oleh mereka.

Penilaian Murid dapat menjawab soalan pemahaman yang diberikan oleh guru. Latihan membaca. Latihan membina ayat Kata Nama Terbitan.

Bahan Bantu Mengajar (BBM) Video Bahan bercetak Petikan daripada teks

Pengetahuan Perlu Ada

Murid-murid pernah mendengar, membaca dan menonton tragedi atau bencana yang berlaku di sekeliling mereka.

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

16

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah & Masa

Isi kandungan

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Catatan

1. Tayangan video bencana alam. 2. Video : i. Ribut ii. Tanah runtuh iii. Banjir Set Induksi (7 minit) iv. Tsunami 3. Soalan :

a) Guru menayangkan video bencana alam kepada murid. Video Ribut Tanah runtuh Banjir Tsunami

KP - Kontekstual: b) Guru bersoal jawab dengan murid tentang Menghubungk ait isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada murid.

i. Di manakah muridmurid pernah melihat salah satu bencana ini? ii. Apakah contoh lain bencana yang kamu tahu? iii. Apakah punca bencana ini berlaku?

video bencana alam tersebut.

TKP KP
intrapersona

c) Guru memperkenalkan tajuk pelajaran hari ini.

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

17

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

1. Memberi satu teks kepada a) Guru murid. (rujuk lampiran 1)

mengedarkan

Membaca dan memahami teks dengan cekap.

lembaran kerja yang mengandungi petikan bencana alam kepada

2. Soalan : i. Apakah punca pembakaran terbuka? Langkah 1 (15 minit) ii. Apakah kesan yang berlaku akibat pembakaran terbuka?

murid-murid.

KP : interpersonal murid KP-Verbal linguistik kemahiran menjawab

b) Guru

memilih

membaca teks dengan kuat secara bergilirgilir.

c) Kemudian, guru akan memilih murid untuk menjawab pemahaman lisan. soalan secara

soalan.

Sistem bahasa Sebutan dan intonasi

Nilai Keberanian Yakin diri

1. Kata nama terbitan:

a) Murid diminta menyenaraikan kata

Sistem bahasa Kosa kata Bina ayat

i. Pembakaran Langkah 2 (15 minit) ii. Kemalangan iii. Kejadian iv. Pandangan v. Pemandu vi. Kesesakan vii. Perayaan

nama terbitan yang dicetak berwarna dalam teks.

KP interpersonal intrapersonal

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

18

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

2. Ayat : b) Murid diminta i. Pembakaran secara terbuka perlu dielakkan untuk kebaikan bersama. membina ayat lain berdasarkan perkataan kata nama terbitan yang dicetak ii. Kejadian kemalangan kerap berlaku ketika musim perayaan. berwarna dalam teks.

iii. Setiap kejadian bencana yang berlaku adalah disebabkan sikap Langkah 2 (15 minit) pentingkan diri sendiri dalam kalangan masyarakat.

iv. Kita perlu mengambil kira setiap pandangan orang ramai demi kepentingan bersama.

v. Pemandu yang berhemah adalah sikap yang harus dijadikan dicontohi.

vi. Kesesakan jalan raya sering berlaku di pusatpusat bandar.

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

19

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

vii. Kemalangan boleh diatasi jika pemandu Langkah 2 (15 minit) tidak bersikap cuai terutamanya musim perayaan.

1. Keburukan bencana alam:

a) Meminta murid menyenaraikan

KB Murid memberi ulasan tentang keburukan bencana alam dan cara mengatasi

i. Meningkatkan pencemaran udara, air dan bunyi.

keburukan bencana alam dan cara untuk mengatasi bencana alam

ii. Kejadian tanah runtuh menyebabkan rumah yang dibina di lereng bukit musnah kurang Langkah 3 (15 minit) iii. Pembakaran terbuka menyebabkan kemalangan di lebuh raya. c) Mendapatkan tindak balas daripada beberapa orang pelajar. selamat untuk didiami. b) Meminta beberapa orang murid memberi pendapat tentang keburukan kejadian bencana alam yang berlaku di sekeliling. KBCB

masalah tersebut. Mensintesis idea

Memberi pendapat terhadap situasi dilihat. yang

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

20

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

2. Cara mengatasi:

d) Meminta beberapa orang murid memberi

Mengenakan tindakan undang-undang.

pandangan tentang cara mengatasi masalah bencana tersebut.

ii Langkah 3 (15 minit)

Pihak berkuasa mengenakan saman kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

iii

Pesalah dihukum penjara.

iv

Mengadakan kempen.

1. Menyanyikan lagu (Rujuk lampiran 2)

a) Guru meminta murid menyanyikan lagu Hijau bersama-sama sambil membuat pelbagai gaya.

KP muzik

Nilai bekerjasama

Penutup (8 minit)

2. Rumusan (kognitif) Contoh-contoh bencana alam lain yang berlaku. i. Puting beliung ii. Gunung berapi

b) Guru merumuskan isi pelajaran dengan memberikan beberapa contoh-contoh bencana alam yang berlaku di sekeliling

Pembelajaran Kontekstual Menghubungkait pengajaran dengan kehidupan murid.

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

21

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

LAMPIRAN 1 TEKS :
Arahan : Baca dan fahami teks. Kemudian bina ayat daripada kata terbitan yang perkataan yang berwarna merah PEMBAKARAN TERBUKA MEMBAWA PETAKA ALOR STAR, 25 Januari Pembakaran jerami secara terbuka oleh petani di kilometer 59.8 Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Kobah, di sini telah menyebabkan 21 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan di lebuh raya tersebut. Kejadian ini berlaku kerana asap tebal yang berpunca daripada pembakaran jerami di sawah yang berhampiran dengan lebuh raya itu. Asap tebal ini telah mengehadkan jarak pandangan pemandu. Akibatnya, kenderaan yang dipandu telah merempuh kenderaan lain yang berada di hadapan. Lima orang mangsa yang cedera dalam kemalangan itu telah dirawat di Hospital Alor Star. Mereka terdiri daripada penduduk tempatan dan juga warganegara Thailand. Mereka diberi rawatan sebagai pesakit luar. Kemalangan tersebut juga telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya berkenaan. Beratus-ratus kenderaan telah terkandas. Situasi ini berlaku kerana orang ramai mula pulang ke tempat masing-masing selepas bercuti di kampong bersempena perayaan Tahun Baru Cina.

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

22

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

LAMPIRAN 2 LIRIK LAGU :


Hijau

Bumi yang tiada rimba Seumpama hamba Dia dicemar manusia Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan Kejayaan yang akhirnya membinasakan Apalah gunanya kematangan fikiran Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah Ku lihat hijau

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

23

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

Bumiku yang kian pudar Siapa yang melihat Di kala kita tersedar Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok Tok leh meghaso mandi laok Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi Keno make asak hok biso, weh Pase maknusio Seghemo bendo-bendo di dunio Tok leh tahe Sapa bilo-bilo

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

24

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

RUMUSAN
Melalui tugasan ini, saya telah memperoleh pelbagai pengetahuan baru yang merangkumi strategi, kaedah pendekatan dan teknik pengajaran bahasa Melayu. Sebagai bakal guru Bahasa Melayu sekolah rendah, mereka perlu mengetahui pelbagai pengetahuan, dan kemahiran, untuk merancang strategi bagi

mengaplikasikan pendekatan, kaedah, teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dengan berkesan bagi mencapai objektif pelajaran yang dirancangkan. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya gabungan beberapa kaedah, teknik, dan pendekatan digunakan oleh guru ketika berada di dalam kelas. Bukan sahaja dapat menarik minat murid-murid tetapi memudahkan kerja guru untuk memberi kefahaman dengan lebih cepat kepada murid-murid. Selain itu, saya juga telah menimba pengetahuan yang sangat bermakna daripada tugasan ini kerana telah berjaya menghasilkan sebuah Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap. Pengalaman ini merupakan sebuah ilmu yang amat bermakna bagi seorang bakal guru yang bakal menjejakkan kaki ke sekolah sebagai guru pelatih tidak lama lagi. Saya berasa lebih berkeyakinan untuk menjadi seorang guru dengan berbekalkan kemahiran merancang sebuah Rancangan Pengajaran harian beserta dengan sebuah amali "microteaching" di dalam kelas berpandukan Rancanagn Pengajaran Harian yang telah dibina. Dapat dirumuskan di sini bahawa terdapat pelbagai kaedah, pendekatan, teknik dan strategi boleh digunakan untuk menjadikan pengajaran dan

pembelajaraan lebih efisyen dan dinamik. Pengunaan kaedah dan teknik yang sesuai dapat membantu murid-murid memahami pelajaran yang diajar dengan cepat dan menarik. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang bervariasi juga perlu agar murid-murid berasa seronok dan tidak mudah bosan dengan kelas yang dikelolakan.

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

25

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

REFLEKSI
Semasa melaksanakan Tugasan Projek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang kepentingan strategi, pendekatan , kaedah dan teknik pengajaran bahasa Melayu serta pelaksanaan Rancangan Pengajaran Harian yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini. Saya juga mula merasai kepentingan Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah pikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini. Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah S.W.T., saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini di mana dengan hanya betul-betul

memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna. Selain itu, melalui proses menyiapkan Tugasan Projek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasasama pensyarah dan semua rakan-rakan juaga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan Tugasan Projek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

26

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah, Cik Hashima Binti Sulaiman dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan Tugasan Projek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan

mengulanginya lagi pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, Tugasan Projek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

27

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

RUJUKAN
Abul Fuad Mohamed Salim, Izani Hj. Daud (2000). Keberkesanan aplikasi TMK dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid: satu kajian kes. ms 70-82 Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ahmad Afendi (2010). Kepentingan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu sekolah rendah, (Web Document). Diperoleh pada Ogos 20, 2012, Dari: http://thenotejots.blogspot.com/2010/12/kepentingan-pendekatan-strategikaedah.html Aiman (2010). Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik?, (Web Document). Diperoleh pada Ogos 20, 2012. Dari: http://www.teachersrock.net/pdkt.htm Asmah Haji Omar (1989). Pengajaran bahasa untuk kemahiran berkomunikasi: pendekatan wacana. ms. 57-73 Asmah Haji Omar. (1989). Kaedah pengajaran bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Farhana (2012). Contoh membuat Rujukan Cara APA, (Web Document). Diperoleh pada Ogos 26, 2012. Dari: http://ifarhana.blogspot.com/2012/03/contoh-membuat-rujukan-cara-apa.html Jerrold E. Kemp. (1987). Corak Rancangan Pengajaran Sesuatu Rancangan Untuk Menggubal Unit dan Kursus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu 3,(Komunikasi bahasa).Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Kamarudin Hj.Husin. (1994). KBSR dan strategi pengajaran bahasa .Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Mok Soon Sang , (1998). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. M.C Kailsasapathy (1989). Beberapa prinsip pengajaran bahasa. ms.74-81 M.C Kailsasapathy (1989). Mengajar mengikut situasi. ms.82-86 Nazrin Afendy (2011). "Teknik-teknik dalam pengajaran bahasa Melayu , (Web Document). Diperoleh pada Ogos 20, 2012. Dari: http://tontonanumum.blogspot.com/2010/10/teknik-teknik-dalam-pengajaranbahasa.html
Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek 28

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

Nor Ziana Iberahin (2011). " Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik, (Web Document). Diperoleh pada Ogos 20, 2012. Dari: http://norzianaiberahim.blogspot.com/2011/04/strategi-pendekatan-kaedah-danteknik.html Nur Syuhada Zulkafle (2011). [NOTA] Strategi, Pendekatan, Kaedah, Teknik - bhg 2, (Web Document). Diperoleh pada Ogos 21, 2012. Dari: http://nursyuhada-zukafle.blogspot.com/2011/02/nota-strategi-pendekatankaedah-teknik_11.html Prof. Dr. Isahak Haron, Prof Madya Koh Boh Boon. (1982). Asas-asas dalam amalan pedagogi. Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributor Sdn. Bhd. Saiful Adham (2010). " BMM 3117 kaedah pengajaran bahasa melayu sekolah rendah, (Web Document). Diperoleh pada Ogos 20, 2012. Dari: http://www.scribd.com/doc/52325067/BMM-3117-KAEDAH-PENGAJARANBAHASA-MELAYU-SEKOLAH-RENDAH Salleh (2011). "Pengaplikasian Pelbagai Teknik Pengajaran Bahasa, (Web Document). Diperoleh pada Ogos 20, 2012. Dari: http://catatannota.blogspot.com/2011/08/pengaplikasian-pelbagai-teknik.html Tuan Jah Tuan Yusof PhD dan Faridah Nazir PhD. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Zaharani Ahmad, Shakira Khairudin (2000). Imbuhan kompleks kata nama ke-...-an bahasa melayu : analisis data korpus.ms. 36-45 Zaharani Ahmad, Shakira Khairudin (2000). Jurnal Bahasa.Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka

Muhammad Khairi Bin Azmi| Tugasan Projek

29

Anda mungkin juga menyukai