Anda di halaman 1dari 26

No.

KP : 570729-08-6588

Ringkasan Eksekutif

Modal Insan berminda kelas pertama adalah teras pembangunan negara

untuk mencapai Wawasan 2020 . Oleh kerana Malaysia telah mempunyai

pelbagai kemudahan infrastruktur , tumpuan kini diberikan kepada pembangunan

pengetahuan , kemahiran dan nilai serta etika yang positif. Kemajuan sesebuah

negara itu akan hanya dapat dikecapi oleh rakyat apabila modal insannya

mempunyai keseimbangan dari segi kebendaan dan kerohanian. Walaupun

pelbagai usaha telah dan sedang dibuat untuk mencapai impian tersebut tetapi

dari masa ke semasa perlu ada penambahbaikan dilakukan kerana kita sebagai

insan yang sentiasa bertaqwa amat berkeyakinan bahawa manusia hanya dapat

merancang tetapi Allah SWT jua yang menentukannya. Dengan itu setiap usaha

murni mestilah disertai dengan tekad dan iltizam supaya apa yang dihasratkan

oleh YAB Perdana Menteri akan dapat dicapai dengan jayanya.

No.KP : 570729-08-6588

1
Soalan 2

MINDA KELAS PERTAMA

Saranan YAB Perdana Menteri dalam membangunkan modal insan

sempena Hari Pekerja 2006.

Dalam perutusan sempena Hari Pekerja 2006, YAB Perdana Menteri

berkata, dalam konteks dunia global hari ini, modal insan yang benar-benar

berkualiti adalah satu kemestian bukan lagi satu kemewahan.

( Utusan Malaysia,1 Mei 2006 )

a) Mengapakah pembangunan modal insan berminda kelas pertama

ditekankan oleh YAB Perdana Menteri?

Pengenalan

Definisi Modal Insan

Menurut Kamus Dewan ( Edisi Ketiga hal. 894) : Modal bermaksud

wang atau harta benda yang digunakan sebagai pangkal atau pokok untuk

berniaga. Modal juga bermaksud sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan

atau mencapai sesuatu yang lain seperti contoh ayat yang diberikan dalam

kamus tersebut:

i) Kerbau itu cukup dijadikan modal untuk beristeri.

ii) Baginya pelajaran adalah modal terpenting untuk mencapai

kejayaan.

No.KP : 570729-08-6588

2
Oleh itu modal boleh diertikan sebagai sumber.

Dalam Kamus Dewan ( Edisi Ketiga hal. 493) ini juga mengatakan insan

itu sebagai manusia. Kesimpulannya apabila digabungkan kedua-dua perkataan

itu ianya menjadi modal insan yang bermaksud sumber manusia.

Kepentingan Modal Insan Berminda Kelas Pertama

Sumber manusia atau modal insan adalah aset terpenting kepada

sesebuah organisasi atau sesebuah negara kerana jatuh bangun sesebuah

bangsa dan negara itu bergantung sepenuhnya kepada kualiti yang ada pada

sumber manusianya. Begitu juga dengan kecemerlangan sesebuah organisasi

adalah terletak pada aset utamanya iaitu modal insan. Oleh itu, pembangunan

sumber manusia yang dikenali juga sebagai modal insan ( human capital )

adalah antara agenda yang diberi penekanan oleh YAB Datuk Seri Abdullah

Ahmad Badawi, Perdana Menteri dalam Rancangan Malaysia Kesembilan

( RMK-9 ). Perdana Menteri telah mensasarkan pembangunan modal insan

sebagai teras utama pembangunan negara dalam mencapai impian Wawasan

2020. Ini terbukti dalam ucapan beliau semasa membentangkan Rancangan

Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada 31 Mac 2006 ;

” Malaysia tidak boleh lagi dilihat sebagai sebuah negara yang memiliki

infrastruktur kelas pertama, tetapi memiliki mentaliti kelas ketiga. Kita

No.KP : 570729-08-6588

3
perlu menerapkan pendekatan yang menyeluruh terhadap pembangunan

modal insan, yang menekankan bukan sahaja ilmu pengetahuan,

kemahiran, tetapi juga nilai etika, minda yang progresif dan kesedaran

budaya yang tinggi.”

Berdasarkan kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa Perdana

Menteri bukan sahaja menghendaki modal insan sebagai teras utama untuk

pembangunan negara tetapi apa yang lebih penting ialah modal insan yang

berkualiti dalam semua aspek kehidupan mereka baik dari segi pendidikan,

tingkahlaku (moral), pekerjaan, cara berfikir dan bertindak, kesedaran sivik yang

tinggi serta menyedari peranannya kepada negara, masyarakat dan agama. Ciri-

ciri insan seperti ini dapat melahirkan modal insan berminda kelas pertama

sebagaimana yang dinyatakan dalam perutusan beliau sempena Hari Pekerja

2006;

” Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan

pengetahuan serta ingin menjadi bukan sahaja sekadar mana-mana

negara maju tetapi negara maju yang mempunyai identitinya sendiri serta

mampu terus kekal pada tahap itu, pembangunan modal insan berminda

kelas pertama harus diutamakan.”

( Utusan Malaysia, April

2007 )

4
No.KP : 570729-08-6588

Oleh itu jelas menunjukkan pembangunan modal insan berminda kelas

pertama amat diberi penekanan oleh YAB Perdana Menteri dalam

merealisasikan Wawasan 2020. Sesungguhnya rakyat yang kurang kesedaran

sivik, cetek pemikirannya dan mengutamakan hiburan semata-mata sudah pasti

tidak berupaya memiliki minda kelas pertama seperti yang diidamkan oleh YAB

Perdana Menteri iaitu berilmu ( intelektual), dan berperibadi mulia.

Sebab-Sebab Modal Insan Berminda Kelas Pertama Diberi Penekanan

Modal Insan Kelas Pertama adalah aset paling berharga kepada negara.

Golongan inilah yang menentukan maju atau mundurnya sesebuah negara itu.

Sebagaimana yang ditegaskan oleh Perdana Menteri dalam perutusan beliau

sempena Hari Pekerja 2006 bahawa golongan pekerja adalah aset terpenting

sesebuah negara hingga mampu menentukan turun naik dan jatuh bangunnya

sesebuah negara. Kenyataan ini membuktikan golongan pekerja atau modal

insan adalah nadi penggerak sesebuah negara. Negara bergantung sepenuhnya

kepada modal insan untuk menjana pembangunan negara.Oleh itu adalah satu

kemestian modal insan ini mempunyai minda kelas pertama supaya kemajuan

dan pembangunan yang dikecapi oleh negara berkekalan selama-lamanya.

Justeru benarlah seperti dikatakan oleh Perdana Menteri modal insan

berminda kelas pertama mestilah yang berkualiti dalam semua aspek, bukannya

5
No.KP : 570729-08-6588

memiliki mentaliti kelas ketiga. Modal insan negara yang berkualiti merupakan

elemen paling kritikal dalam mencapai Misi Nasional Negara. Oleh kerana itu

Perdana Menteri melalui perutusan beliau di Hari Pekerja 2006 telah

menyuarakan supaya modal insan terus memperkasakan diri dengan ilmu

pengetahuan dan kemahiran serta membudayakan semangat pendidikan

sepanjang hayat.

Dalam menangani zaman ekonomi sejagat yang semakin mencabar,

ekonomi yang berlandaskan pengetahuan serta bertunjangkan sains dan

teknologi, dan untuk memastikan negara terus berdaya saing dan berdaya tahan,

maka modal insan mesti berilmu, memiliki kemahiran yang bersesuaian dan

berfikiran strategik supaya sentiasa relevan dengan peredaran masa serta

perubahan persekitaran.

Walau bagaimanapun ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai

bidang dan kemahiran yang pelbagai juga belum tentu dapat menjamin keutuhan

kemajuan negara kerana pembangunan modal insan mestilah seimbang dengan

kemantapan kekuatan rohani rakyatnya. Lebih tepat lagi pembangunan fizikal

dan mental seharusnya seimbang dari aspek material dan

spritual.

Keseimbangan dari segi kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan emosi (EQ) dan

kecerdasan spritual (SQ) perlu ada kepada setiap manusia. Dengan adanya

ketiga-tiga kecerdasan ini ( IQ,EQ dan SQ) dapat membentuk sahsiah seseorang

6
itu menjadi orang yang berguna pada diri sendiri, masyarakat dan negara. Oleh

itu dalam RMK-9 tumpuan yang lebih besar diberikan kepada usaha

membangunkan modal insan yang holistik, lengkap dengan pengetahuan dan

kemahiran serta mempunyai nilai moral dan etika yang utuh. Negara tidak mahu

modal insan yang tinggi ilmu dan kemahirannya tetapi mempunyai akhlak yang

buruk hingga menimbulkan pelbagai masalah sosial. Antaranya gejala rasuah,

penyelewengan, salah guna kuasa, tidak amanah dan tidak jujur. Gejala ini pasti

membantutkan usaha kerajaan untuk merealisasikan kewujudan sebuah negara

dan bangsa yang maju menjelang tahun 2020.

Di samping mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, modal insan

seharusnya juga mempunyai intergriti seperti yang ditegaskan di dalam ’ Pelan

Intergriti Nasiaonal (PIN)’. Dengan berkurangnya gejala rasuah, penyelewengan,

dan salah guna kuasa adalah satu faktor dapat menjadikan Malaysia

CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG. Bersikap amanah, jujur,

telus,ikhlas, bertanggungjawab, tegas, adil, cekap,rajin dan bijaksana sepatutnya

menjadi amalan kepada rakyat negara ini. Contoh terbaik dijadikan ikutan

adalah pada Rasulullah S.A.W. seperti firman Allah SWT dalam surah al-Qalam

ayat 68 yang bermaksud: ” Dan sesungguhnya kamu (Ya Muhammad) benar-

benar berbudi pekerti yang agung.” Sifat-sifat mulia yang wujud pada diri

baginda seperti siddiq ( honesty), amanah ( trustworthiness), tabligh (advocacy)

dan fatanah ( wisdom ) dapat membentuk peribadi yang syumul dan sejagat.

7
No.KP : 570729-08-6588

Dalam era globalisasi ini adalah penting bagi seseorang itu melengkapkan diri

dengan menganuti sikap dan amalan yang secocok dengan pergolakan dunia

moden iaitu ketelusan, kebijaksanaan dan ketahanan ( Ismail Noor dan

Muhammad Azam,2000 :50 ). Justeru, modal insan yang mempunyai intergriti ini

dapat membangunkan masyarakat, organisasi, industri dan negara. Modal insan

yang beginilah diingini oleh YAB Perdana Menteri iaitu insan berminda kelas

pertama.

Penutup

Kesimpulannya, pembangunan sumber manusia perlu diutamakan dalam

proses pembangunan sesebuah negara kerana ia adalah pemangkin yang bakal

mencorak tahap kemajuan dan kemunduran bangsa itu. Oleh sebab itu YAB

Perdana Menteri amat berharap agar rakyat Malaysia menghayati nilai jujur,

berintergriti cemerlang dan bertanggungjawab serta memiliki pemikiran kelas

pertama seiring dengan infrastruktur kelas pertama yang dimiliki

sekarang.

Rakyat Malaysia juga diharapkan terus berusaha untuk menjadi sentiasa

relevan, berdaya tahan dan kompetitif selaras dengan pendekatan Islam

Hadhari.

8
Kemungkinan juga ada maksud yang tersirat di sebalik penekanan YAB

Perdana Menteri untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama. YAB

Perdana Menteri ingin membuka minda rakyat agar belajar dari sejarah.

No.KP : 570729-08-6588

Misalnya peristiwa yang berlaku ke atas negeri Melaka pada Zaman Kesultanan

Melaka dahulu. Bagaimana waktu itu kemewahan rakyat Melaka telah

menyebabkan mereka lupa daratan dan akhirnya dijajah. Sebuah kerajaan

Melayu yang gilang-gemilang hancur dan musnah dalam sekelip mata sahaja.

Mereka tewas bukan kerana lemah tetapi kerana kebodohan sendiri. Malah

sifat tamak, perasaan hasad dengki, rasuah dan gila kuasa itulah yang

menyebabkan negara sendiri jatuh ke tangan bangsa asing. Terbukti bahawa

negara yang tidak mempunyai modal insan berminda kelas pertama, akan

kecundang bila-bila masa sahaja. Tidak mustahil perkara yang sama akan

berlaku ke atas negara kerana sejarah akan berulang kembali jika rakyat tidak

mengubah sikap dan mentaliti mereka.

Sejauhmana institusi anda dapat menyahut seruan YAB Perdana

Menteri dalam membangunkan modal insan seperti yang diharapkan?

Nyatakan saranan penambahbaikan.

Pengenalan

9
Modal insan berminda kelas pertama dapat dibentuk melalui pendidikan.

Pendidikan dan modal insan merupakan dua perkara yang saling bergantungan

antara satu sama lain. Ini kerana melalui pendidikan dapat mengeluarkan modal

insan modal insan berminda kelas pertama.

No.KP : 570729-08-6588

Pendidikan adalah satu-satunya alat yang berkesan dan menjadi titik tolak

kepada usaha ini. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP) 2006 – 2010

yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah

Ahmad Badawi adalah tepat pada masanya dalam usaha memperkasakan

pendidikan nasional berteraskan kepada pembangunan modal insan ( Sarjit

Singh Gill, Mac 2007 : 22 ). Ianya akan digunakan sebagai panduan untuk

melaksanakan program yang dirancang oleh semua warga pendidik termasuklah

tenaga pengajar di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Seruan YAB Perdana Menteri dilaksanakan

Dalam melahirkan modal insan berminda kelas pertama ini, Institut

Pendidikan Guru (IPG) amnya dan Institut Perguruan Ipoh (IPI) khususnya telah

pun melaksanakan beberapa program peringkat demi peringkat. Anjakan

paradigma ini berlaku adalah bertujuan untuk merealisasikan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan melahirkan generasi pelapis yang berkualiti

dalam menerajui negara ke arah kemajuan yang bakal dicapai terutamanya

dalam menghadapi Wawasan 2020.

10
Dalam membincangkan sejauhmana seruan YAB Perdana Menteri telah

dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru ( IPG) , tumpuan akan diberikan kepada

tempat saya bertugas iaitu di Institut Perguruan Ipoh. Fokus perbincangan

adalah kepada tenaga pengajar dan guru pelatih kerana mereka adalah

No.KP : 570729-08-6588

berperanan utama dalam membentuk generasi pewaris tampuk kepimpinan

negara ini berteraskan konsep modal insan yang digagaskan oleh kerajaan.

Malah mereka juga memainkan peranan penting bagi merealisasikan

cita - cita pendidikan negara bertaraf dunia serta menjadikan negara ini sebagai

pusat kecemerlangan ilmu.

i ) Profesion Keguruan dimartabatkan

Dengan menaik taraf semua Maktab Perguruan kepada Institut

Pendidikan Guru (IPG) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti yang

diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai 2005 ( Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan 2006-2010,hal.107) merupakan langkah perrmulaan

kerajaan memartabatkan profesion keguruan. Kelayakan tenaga pengajar juga

telah dipertingkatkan dari hanya memiliki Ijazah Sarjana Muda kepada Ijazah

Sarjana dan Doktor Falsafah. Buktinya di Institut Perguruan Ipoh yang

mempunyai seramai 146 pensyarah; 133 daripadanya sudah memiliki Ijazah

Sarjana dan 7 orang pensyarah telah memiliki Doktor Falsafah. Manakala 4

orang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah dan 2 orang di

11
peringkat Ijazah Sarjana. Justeru, peningkatan kelayakan pensyarah ini dapat

memenuhi kehendak YAB Perdana Menteri untuk melahirkan modal insan

berminda kelas pertama yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, dan sentiasa

No.KP : 570729-08-6588

memperkasakan ilmu pengetahuan serta membudayakan semangat pendidikan

sepanjang hayat ( Utusan Melayu, 4 April 2007: 1 ).

Peningkatan memartabatkan profesion keguruan ini bukan sahaja

melibatkan para pensyarahnya tetapi juga kepada golongan guru pelatihnya.

Dalam usaha meningkatkan jumlah guru siswazah dan menyediakan guru yang

berkualiti, peranan Institut Pendidikan Guru (IPG) telah diperkembangkan lagi

dengan melatih guru pada peringkat ijazah berbanding hanya pada peringkat sijil

dan diploma sebelum ini. Pengambilan peringkat diploma telah bermula pada

tahun 1996, manakala pengambilan sulung bagi peringkat ijazah yang dikenali

sebagai Kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP)

mulai Julai 2004. Ia merupakan satu langkah Kementerian Pelajaran Malaysia

untuk meningkatkan kualiti guru. Di samping itu, pengambilan guru pelatih yang

mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) telah dimulai pada tahun 1990.

Setelah tamat mengikuti kursus ini mereka akan ditempatkan di sekolah

menengah. Walau bagaimanapun mulai Januari 2004, Kementerian Pelajaran

Malaysia telah menempatkan seramai 2,236 guru siswazah lulusan Kursus

Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di sekolah rendah. Ini adalah langkah permulaan

12
meningkatkan tahap pendidikan negara ke peringkat yang lebih tinggi. Ia juga

sebagai langkah pertama bagi mencapai sasaran menempatkan 50% guru

siswazah di sekolah rendah menjelang tahun 2010 nanti.

No.KP : 570729-08-6588

Sebenarnya hingga kini pelbagai program atau kursus terdapat di Institut

Perguruan Ipoh selain dari yang telah dinyatakan di perenggan sebelum ini.

Begitu juga di Institut - Institut Perguruan lain. Antaranya Program Khas

Pensiswazahan Guru (PKPG), Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda

Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan ( PISMP-OUM),

Program Pengajian Perguruan Sekolah Rendah Empat Tahun ( PPPSRET ),

Kursus Diploma Perguruan Malaysia – Kursus Dalam Cuti ( KDPM/KDC), Kursus

Diploma Perguruan Malaysia – Latihan Perguruan Berasas Sekolah (KDPM-

LPBS), Kursus Perguruan Lepas Ijazah – Latihan Perguruan Berasas Sekolah

(KPLI/ LPBS J-Qaf) , KPLI/KDC Guru-Guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

(SABK), KDPM/KDC Guru-Guru Sekolah Agama Rakyat Bantuan

Kerajaan(SABK), KDC Guru-Guru Kemas Peringkat Diploma dan sebagainya

lagi. Dengan kepelbagaian kursus ini jelaslah menunjukkan taraf pendidikan guru

semakin meningkat. Ianya merupakan satu usaha untuk meningkatkan

kelayakan guru ke tahap yang lebih tinggi (siswazah) dan bersesuaian dengan

keperluan negara. Di samping itu, pihak Institut Perguruan Ipoh khasnya, juga

berkerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak dalam

13
melaksanakan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI) untuk guru-guru sekolah

seluruh negeri Perak. Di mana dalam kursus ini, para guru didedahkan kepada

beberapa kemahiran pengajaran dan pembelajaran (P&P) terkini, termasuk

No.KP : 570729-08-6588

kaedah dan teknik P&P dalam menangani masalah ketandusan ilham P&P

mereka.

Bagi memartabatkan profesion keguruan ini juga, Kementerian Pelajaran

Malaysia telah menambah baik sistem pemilihan calon guru supaya dapat

menyediakan guru yang benar-benar berkualiti. Kementerian Pelajaran Malaysia

telah memperketatkan syarat dan kriteria pengambilan calon guru dari masa ke-

semasa. Misalnya, bagi calon-calon yang memohon Kursus Perguruan Lepas

Ijazah (KPLI), selain mempunyai ijazah yang tepat, mereka juga perlu menduduki

Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MtesT), melepasi temuduga individu dan

kumpulan, aktif dalam bidang ko-kurikulum, melepasi tapisan keselamatan dan

bebas penyalahgunaan dadah. Begitu juga bagi calon-calon yang ingin

mengikuti Program Kursus Perguruan Bagi Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM), syarat pengambilan juga telah diperketatkan. Para calon mesti mendapat

sekurang-kurangnya 6 kepujian di peringkat SPM dalam mata pelajaran yang

telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia . Mereka juga akan

menduduki Ujian Iventori Sahsiah Guru, Ujian Bertulis Bahasa Inggeris dan

14
melepasi temuduga individu serta kumpulan. ( Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan 2006-2010 : 112).

Kriteria dan cara pemilihan calon guru ini telah membuktikan bahawa

bakal guru ini bukan sahaja kecemerlangan akademik mereka dipentingkan,

malah memiliki sahsiah yang mulia juga diperlukan. Oleh itu hasrat YAB

No.KP : 570729-08-6588

Perdana Menteri ingin membangunkan modal insan yang holistik, lengkap

dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai moral dan etika

yang utuh dapat dilaksanakan. Justeru dapat melahirkan modal insan berminda

kelas pertama.

ii) Pembinaan Modal Insan Berminda Kelas Pertama

Dari aspek kurikulum, para guru pelatih mengikuti pelbagai bidang kursus

iaitu Bahasa, Sains dan Matematik, Sains Sosial, Ilmu Pendidikan, Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Islam dan Moral, Muzik, Teknologi

Maklumat, Teknik dan Vokasional, Pendidikan Khas dan Pra Sekolah.

Bidang kursus ini

dapat melahirkan modal insan kelas pertama, selari dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) yang menggariskan bahawa individu insan yang diimpikan

ialah individu insan yang baik dan sempurna, seimbang dan harmonis dalam

pelbagai aspek iaitu meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmaninya.

15
Dari aspek ko-kurikulum pula, pelbagai program dan aktiviti telah mereka

jalani bagi memantapkan jati diri dan kerohanian mereka. Antaranya, mengikuti

Program Bina Insan Guru (BIG), menjalani Praktikum (Latihan Mengajar),

menyertai dan melaksanakan pelbagai aktiviti Unit Beruniform, Permainan,

Sukan dan Persatuan , termasuklah aktiviti sukan dan olahraga tahunan sama

ada di peringkat institut , zon mahu pun peringkat kebangsaan. Di mana aktiviti

ko-kurikulum yang dilaksanakan pada peringkat zon dan kebangsaan lebih

No.KP : 570729-08-6588

dikenali dengan nama KAGUM ( Kejohanan Aktiviti Gerakerja Ko-Kurikulum

Untuk Institut Pendidikan Guru Malaysia ).

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu usaha pencetus

pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi,

mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta bermanfaat kepada diri, keluarga,

masyarakat dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan yang diperlukan.

Program ini diperkenalkan pada tahun 2001 dan mulai tahun 2005 sukatan

pelajarannya telah diseragamkan bagi semua Institut Pendidikan Guru di -

Malaysia. Melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dan disusun rapi serta

mempunyai falsafah yang tersurat dan tersiratnya tersendiri seperti aktiviti air,

aktiviti darat, latihan dalam kumpulan, kuliah subuh dan moral, dan latihan kawad

kaki telah dapat menerapkan pelbagai ilmu pengetahuan, membina daya tahan

dan keyakinan diri yang tinggi, sahsiah diri yang positif serta nilai kepimpinan

sebagai seorang insan guru yang berkualiti dan berwawasan. Secara jujurnya

16
dapatlah dikatakan bahawa program ini (BIG) disediakan dalam program kursus

kependidikan guru merupakan satu elemen ke arah membina modal insan

berminda kelas pertama sebagaimana yang diharapkan oleh YAB Perdana

Menteri kita.

Penglibatan guru pelatih di dalam pasukan unit beruniform, sukan dan

permainan, dan persatuan tidak terbatas di Institut Perguruan Ipoh sahaja. Malah

sebagaimana yang telah dinyatakan tadi, setiap tahun diadakan pertandingan di

No.KP : 570729-08-6588

peringkat zon dan peringkat kebangsaan yang melibatkan semua Institut

Pendidikan Guru di Malaysia yang lebih dikenali sebagai KAGUM ( Kejohanan

Aktiviti Gerakerja Ko-Kurikulum Institut Pendidikan Guru Malaysia ). Melalui

kegiatan ko-kurikulum ini dapat melahirkan insan guru yang berfikiran terbuka,

berdaya saing, menguasai kemahiran interpersonal, perpaduan dan

meningkatkan semangat berpasukan serta mengamalkan hidup bermuafakat.

Secara tidak langsung dapat memperkukuhkan dan menambahkan lagi satu

elemen dalam usaha membina modal insan kelas pertama.

Di samping itu, banyak lagi aktiviti dan program yang dirancang oleh pihak

institut untuk dilaksana dan disertai oleh para guru pelatih dengan bimbingan dan

nasihat para pensyarah berpengalaman untuk melahirkan insan guru yang

berkualiti atau insan guru yang berminda kelas pertama. Antara aktiviti-aktiviti itu

adalah seperti program khidmat masyarakat, gotong-royong, malam

kebudayaan, sambutan Hari Guru, Maulidur Rasul, Hari Kebangsaan, kempen

17
budi bahasa, lawatan sambil belajar dan sebagainya. Kesimpulannya segala

yang telah dilalui dan dijalani oleh para guru pelatih di institut ini telah dapat

memberi pendedahan dan membuka minda mereka. Ia menjadi salah satu faktor

atau elemen untuk melengkapkan diri mereka sebagai seorang insan guru yang

seimbang dari segi kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan spiritual (SQ), dan

kecerdasan emosi (EQ). Diharapkan apabila mereka keluar berkhidmat di

sekolah-sekolah nanti, mereka akan menggunakan segala pengetahuan dan

pengalaman yang telah

No.KP : 570729-08-6588

dibekalkan bagi meneruskan usaha membina modal insan berkualiti untuk

kepentingan agama, bangsa dan negara.

Untuk memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih

holistik, guru pelatih bukan sahaja dinilai melalui peperiksaan tetapi juga

berdasarkan Kerja Kursus Berasas Ilmu ( KKBI ). Markah akan diberi ke

atas beberapa aspek kemahiran yang perlu dilalui oleh para guru pelatih

semasa menyediakan tugasan KKBI tersebut. Antaranya ialah aspek

Pemerolehan Ilmu , Penguasaan Ilmu dan Kemahiran, Pemindahan

Pembelajaran,( Pemberatan ketiga-tiga aspek ini ialah 90% ) dan Sikap serta

Sahsiah (10%). Mereka perlu mempunyai kemahiran tersebut dengan sahsiah

yang baik untuk mencapai prestasi yang cemerlang sebagai insan guru yang

berkualiti.

18
iii) Kualiti Pensyarah Sebagai Modal Insan Dipertingkatkan

- Latihan Kemajuan Staf

Di samping dinaik taraf kelayakan akademik mereka seperti yang telah

diterangkan sebelum ini, para pensyarah juga telah menghadiri pelbagai kursus

dan latihan bertujuan menambahkan ilmu dan kepakaran mereka. Kursus-kursus

tersebut meliputi pelbagai bidang . Dengan harapan input-input atau ilmu yang

diperolehi bukan sahaja untuk kegunaan diri sendiri tetapi juga untuk disalurkan

kepada para guru pelatih. Antara kursus-kursus yang telah dihadiri oleh mereka

No.KP : 570729-08-6588

ialah seperti Kursus Peningkatan Etika Kerja, Kursus Peningkatan Bahasa

Inggeris, Kursus Peningkatan Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Pentadbiran,

Kursus Pengurusan Tatacara Kewangan dan Arahan Keselamatan ( untuk Ketua

Jabatan sahaja ), Kursus Profesional Analisis dan Bank Item, Kursus Latihan

Projek Bimbingan Profesional Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi,

Kursus Kejurulatihan Pembestarian Sekolah, Kursus Art Terapi, Kursus

Kecerdasan Emosi , Kursus Kecergasan Eksekutif , Kursus Intranet , Kursus

Pembelajaran Koperatif dan sebagainya. Walaupun kursus-kursus tersebut tidak

melibatkan semua pensyarah menyertainya hanya diwakili oleh dua orang

pensyarah bagi setiap jabatan; namun ia tidak menimbulkan masalah kerana

setiap pensyarah yang mengikuti kursus-kursus tersebut akan menjalankan

kursus yang berkaitan di peringkat institut untuk jabatan masing-masing

sekembalinya nanti. Oleh itu perolehan ilmu dan kemahiran yang mereka miliki

19
dapat dikongsi bersama dengan para pensyarah lain yang mana dapat

meningkatkan lagi kepakaran dan kreativiti mereka.

Selain daripada menghadiri kursus-kursus tersebut, pelbagai kemudahan

telah disediakan untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran

mereka. Antaranya sebahagian besar bilik-bilik kuliah telah dilengkapi dengan

peralatan audio visual seperti LCD dan OHP. Dengan adanya peralatan seperti

ini dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan

No.KP : 570729-08-6588

berkesan. Bukan sahaja memudahkan para pensyarah malah juga kepada para

guru pelatih ketika membuat pembentangan individu atau kumpulan.

Untuk mencari maklumat atau bahan rujukan para pensyarah dan para

guru pelatih boleh mendapatkannya di Pusat Sumber Institut yang telah

dilengkapi dengan pelbagai kemudahan . Bahan-bahan rujukan itu bukan sahaja

terdiri daripada bahan media cetak seperti buku - buku, jurnal, majalah, dan

akhbar malah juga boleh melayari internet melalui komputer yang disediakan di-

situ. Dengan kemudahan-kemudahan yang ada maka tidak secara langsung

seruan YAB Perdana Menteri itu dapat dilaksanakan.

Saranan Penambahbaikan

Demi menyahut seruan YAB Perdana Menteri untuk melahirkan modal

insan berminda kelas pertama , terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu

20
dilakukan. Semua yang saya terangkan sebelum ini sebenarnya masih belum

mencukupi untuk merealisasikan hasrat murni ini. Misalnya, kursus-kursus yang

diikuti oleh pensyarah hendaklah melibatkan semua pensyarah dan boleh dibuat

secara berperingkat-peringkat. Ini kerana walaupun terdapat dua orang wakil dari

tiap-tiap jabatan yang menghadiri kursus-kursus tersebut, akan mengadakan

kursus di peringkat institut atau jabatan tetapi maklumat yang disampaikan

kurang jelas. Dengan erti kata lain berlaku ketirisan maklumat. Kursus yang

dihadiri selama beberapa hari disampaikan dalam masa dua jam. Banyak

No.KP : 570729-08-6588

maklumat tidak dapat disampaikan secara terperinci. Ada ketikanya pula kursus

peringkat dalaman ini tidak dapat dijalankan kerana kekangan waktu. Oleh itu

hanya pensyarah yang menghadiri kursus tersebut yang memperolehi input

secara total. Kalau keadaan ini berterusan, maka modal insan berminda kelas

pertama hanya dimiliki oleh sebilangan pensyarah.

Di samping itu, melalui Latihan Pembangunan Staf disarankan supaya

diperbanyakkan lagi kursus ICT Intranet, kursus bahasa Inggeris,kursus

interpersonal dan intrapersonal, kursus Emotional Interligence Compentency,

kursus kaunseling dan ceramah agama serta motivasi. Tujuannya supaya dapat

melahirkan para pensyarah yang mempunyai jati diri yang mantap dan berminda

kelas pertama.

Begitu juga di kalangan para guru pelatih, mereka juga seharusnya

didedahkan dengan pelbagai kursus terutama yang berbentuk kerohanian dan

21
motivasi. Di mana ceramah kerohanian dan motivasi ini boleh dijalankan setiap

kali perhimpunan bulanan diadakan dengan menjemput penceramah daripada

luar institut. Dengan cara ini dapat membentuk insan yang kamil, beristiqamah

dan berperibadi mulia sesuai dengan profesion mereka sebagai seorang insan

guru yang menjadi ’role model’ kepada masyarakat.

Di kalangan staf sokongan pula, kursus-kursus yang dihadiri oleh para

pensyarah seharusnya juga didedahkan kepada mereka, selain daripada kursus

- kursus yang berkaitan dengan tugas mereka. Dengan ini Institut

No.KP : 570729-08-6588

Perguruan Ipoh akan dapat bekerja dalam satu pasukan ( team work ) demi

menjayakan cita-cita YAB Perdana Menteri untuk membangunkan modal insan

berminda kelas pertama.

Penutup

Kesimpulannya, untuk membangunkan modal insan berminda kelas

pertama bukanlah satu perkara yang mudah semudah menuturkannya. Ia

memerlukan kesabaran, ketabahan, ketelusan, keyakinan, kesedaran dan

sokongan yang padu lagi jitu daripada semua pihak atau seluruh rakyat yang

benar-benar cintakan tanah air ini, Malaysia. Dengan erti kata lain, pengorbanan

perlu dilakukan oleh kita semua terutama pemimpin-pemimpin kaum dan politik

kerana rakyat negara kita ini terdiri dari pelbagai kaum, budaya,dan adat resam.

Tidak ada kejayaan yang boleh dicapai tanpa pengorbanan. Walaupun memakan

22
masa untuk mencapainya tetapi dengan tekad dan azam yang tinggi, telus dan

atas rasa tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara , hasrat murni ini

akan tercapai. Satukan azam dan tekad kita, teguhkan ikatan kemuafakatan kita,

insyaallah hasrat murni YAB Perdana Menteri kita akan tercapai. Bak kata

pepatah Melayu : ’ Bulat air kerana pembentong, bulat manusia kerana

muafakat.’

No.KP : 570729-08-6588

BIBLIOGRAFI

1. Kamus Dewan 2002 Edisi Ketiga, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala

Lumpur

2. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Kementerian

Pelajaran Malaysia.

3. Ismail Noor dan Muhammad Azham,2000. Takkan Melayu Hilang Di

Dunia. Subang Jaya: Pelanduk Publication (M) Sdn.Bhd.

4. Hishamuddin Tun Hussein. 2007. Dewan Masyarakat, Mac: 11-16

5. Haslinda Haji Abdullah,2007. Dewan Masyarakat, Mac: 19-21

6. Sarjit Singh Gill, 2007. Dewan Masyarakat, Mac : 22-23

7. Minda Kelas Pertama – Saranan PM dalam Membangun Modal Insan

sempena Hari Pekerja 2006, Utusan Malaysia, 14 April :1 ( sumber

internet)

23
8. Ali Ahmad. 2006. Rakyat diminta buka minda, Utusan Malaysia, 15 Mei

2006: 2

9. Wahid Hashim.2006. Sistem Pendidikan Baru dilaksanakan berperingkat,

Utusan Malaysia, 11 Mei 2006: 6

10. Ahmad Nazri,2006. Sorotan 2006: Modal Insan asas kemajuan negara.

http://www.hmetro.com.my/chrrent- News/HM/wednesday/Minda/2006.

11. Muhammad Hisyam bin Mohamad,2005. Islam Hadhari bentuk modal

insane berkualiti, Berita Harian, 16 Mac.

No.KP : 570729-08-6588

12. Pembinaan Modal Insan perlu selari Falsafah Pendidikan Negara,2006.

20 April : http.//www.pmium.org

13. Pelaburan Dalam Modal Insan Diberi Penekanan Lebih Besar Dalam

RMK-9,2007. 16 Mac : http.//webevents.bernama.com/events/rmk9/news-

php?id=189303

14. Membangunkan Modal Insan, 2007 : http://www. bharian.com.my / Misc /

Bajet 2006 / Havi / Laporan Ekonomi /20051001130043/Ar .... 3/16/2007.

15. Guru dan Pembentukan Modal Insan, 2007. http: // www. terasmelayu.

net /guru-dah- pembentukan - modal - insane.htm.

16. Memperkukuhkan Modal Insan, Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-

2010.

24
25
26