Anda di halaman 1dari 6

Tulis 5 pengajaran/nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan. _________________________________________________ ______
Hujan sangat lebat. Angin bertiup dengan kencang. Mak Mah amat risau. Pak Kasim cuba menenangkan isteri dan anak-anaknya walaupun sebenarnya dia sendiri turut gelisah. Tiba-tiba kedengaran bunyi dentuman yang sangat kuat. Bahagian dapur rumahnya telah dihempap sebatang pokok kelapa. Pak Kasim dan isterinya menjerit kerana amat terkejut. Pak Kasim bertindak menyelamatkan anak dan isterinyadengan membawa mereka ke balai raya. Jiran-jiran Pak Kasim datang membantunya. Walaupun rumahnya rosak teruk, Pak Kasim tetap tabah. Ketua kampung telah mengadakan mesyuarat tergempar. Mereka bersetuju untuk membantu Pak kasimdan keluarganya. Penduduk kampung menghulurkan derma untuk meringankan beban yang ditanggung oleh Pak Kasim. Penduduk kampung bergotong royong membaiki rumah Pak Kasim. Pak Kasim bersyukur kerana terselamat dan mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung yang telah membantu keluarganya.

Ayat yang mengandungi nilai dari teks


Tabah - menenangkan isteri dan anak-anaknya

Mementingkan keselamatan diri dan keluarga - bertindak menyelamatkan anak dan isterinya

Bersabar - tetap tabah.

Bertanggungjawab - Ketua kampung telah mengadakan mesyuarat tergempar


Prihatin - membantu Pak kasim Pemurah - menghulurkan derma untuk meringankan beban Bekerjasama - bergotong royong membaiki rumah Pak Kasim.

Menghargai jasa - mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung


Lima nilai dan huraian untuk membuat ulasan nilai Nilai Huraian

tabah - bersikap tenang apabila menghadapi kesusahan

mementingkan keselamatan - menyelamatkan anak dan isteri apabila ditimpa musibah


sabar - dengan musibah yang datang

bertanggung jawab - ketua kampung mengadakan mesyuarat bagi membantu mangsa ribut prihatin dan pemurah - menghulurkan derma bagi membantu mangsa

Penanda wacana dan kata hubung yang boleh digunakan dalam membuat ulasan nilai murni :

***************************************************************

Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah kita mesti tabah dan bersikaptenang apabila menghadapi kesusahan. Selain itu, kita mesti mementingkan keselamatan diri dan keluarga dengan menyelamatkan anak dan isteriapabila ditimpa musibah. Seterusnya, kita seharusnya bersabar dengan musibah yang datang. Di samping itu, sikap bertanggungjawab patut ada pada ketua kampung dengan mengadakan mesyuarat bagi membantu mangsa ribut.Akhirnya, kita sewajarnya bersifat prihatin dan pemurah dengan menghulurkan derma kepada mangsa yang terlibat.

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Bagi SJK, kurangkan satu nilai kepada empat nilai sahaja. Untuk memudahkan kita mencari nilai, kita bolehlah membina pelan maklumat seperti di bawah ini. Pastikan anda bijak memilih frasa yang mempunyai nilai. Menemui sahabatku Ramli, semoga sihat sejahtera. Walaupun seminggu telah berlalu, namun ingatan saya terhadap suasana damai di kampung saudara tidak dapat dilupakan. Tambahan pula, sikap penduduk kampung yang mudah bergaul membuatkan saya seolah-olah berada di kampung halaman sendiri. Saya berasa bertuah kerana dibawa oleh ayah saudara berkunjung ke bandar Melaka. Di sana, saya juga berkesempatan membeli cenderamata untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan. Selain itu, pengalaman saya menghabiskan masa di dusun sungguh menyeronokkan. Saya tidak akan lupa keseronokkan memetik, mengutip, makan, dan menjual buah-buahan. Saya mengucapkan terima kasih kepada saudara sekeluarga atas layanan yang diberikan sepanjang saya berada di Melaka. Semoga saudara dan keluarga sentiasa bahagia dan gembira. Sekian, terima kasih.

Sahabatmu, Alvin

Pelan Maklumat

Bil 1

Nilai prihatin

Frasa semoga sihat sejahtera

peramah

sikap penduduk kampung yang mudah bergaul

bersyukur

bertuah kerana dibawa oleh ayah saudara berkunjung ke bandar Melaka

baik hati

membeli cenderamata

menghargai

mengucapkan terima kasih kepada saudara sekeluarga

Melalui pelan maklumat di atas, kita perlu membina ayat berdasarkan nilai yang dipilih, kemudian kita olah frasa yang dipetik daripada petikan itu untuk dijadikan huraian seperti contoh di bawah ini.

Nilai-nilai dan huraian.


1. 2. Prihatin terhadap rakan dan mendoakannya semoga sihat sejahtera.

Peramah dan mudah bergaul dengan orang lain agar mereka selesa datang ke tempat kita seolah- olah berada di kampung sendiri. 3 Bersyukur kerana berpeluang mengunjungi bandar Melaka.

4. 5.

Baik hati dengan membelikan cenderamata untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan kita.

Menghargai orang lain dengan mengucapkan terima kasih atas layanan baik yang diberikan kepada kita semasa kita berkunjung ke rumahnya.

Berikut ialah ulasan lengkap tentang petikan tersebut:

Berdasarkan petikan, terdapat lima nilai murni yang boleh dicontohi. Antaranya kita patutlahprihatin terhadap rakan kita dan mendoakannya semoga sihat sejahtera. Selain itu kita haruslahperamah dan mudah bergaul dengan orang lain agar orang yang datang ke tempat kita selesa dan berasa seolah-olah berada di kampung mereka sendiri. Seterusnya kita sewajarnya bersyukur kerana berpeluang mengunjungi bandar Melaka dan dapat menambah pengalaman melalui kunjungan tersebut. Di samping itu, kita mestilah baik hati dengan membelikan cenderamata untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan kita. Akhir sekali kita disarankan agar menghargai orang lain dengan mengucapkan terima kasih atas layanan baik yang diberikan sepanjang kita berkunjung ke rumahnya.

Anda mungkin juga menyukai