Anda di halaman 1dari 28

PENGANTAR BIOLOGI BBR 26303

Disediakan oleh, Koh Hui Mien (DG 100896) Nun Shwu Mean (DG 100685)

Untuk Perhatian : Puan Hamidah Binti Mohamed

Pengenalan
Pembahagian sel merupakan proses yang amat penting dalam pertumbuhan organisma Ia melibatkan cara bagaimana sel induk menghasilkan sel anak

Terdapat 2 proses pembahagian sel iaitu proses Mitosis dan proses Meiosis

Ciri-ciri Mitosis
Mitosis ialah proses pembahagian yang terlibat dalam (a) Pertumbuhan (b) Penggantian sel-sel tua atau rosak (c) Pembiakan aseks Terlibat semua sel dalam badan (sel-sel soma) kecuali sel pembiakan Proses pembahagian sel yang menambahkan bilangan sel tetapi mengekalkan bilangan kromosom Setiap pembahagian sel melalui proses mitosis menghasilkan dua sel anak yang menyerupai sel induk Bilangan kromosom dalam setiap sel anak adalah sama dengan dalam sel induk

Ciri-ciri Mitosis
Sel Induk

n
Proses Penduaan

2n
n
Sel Anak

Proses Pembahagian

n
Sel Anak

Gambarajah Pembahagian Bilangan Kromosom Dalam Mitosis

Ciri-ciri Mitosis
Kromosom yang mempunyai struktur bebenang panjang terdapat di dalam nukleus semua sel Kromosom mengandungi gen-gen yang menentukan sifat-sifat keturunan bagi sesuatu organisma Kromosom hanya jelas kelihatan apabila sel mula membahagi Mitosis melibatkan beberapa peringkat penting seperti : (a) proses penduaan dan pembahagian bilangan kromosom (b) pembahagian nukleus (c) pembahagian sitoplasma

Peringkat-peringkat Mitosis

Peringkat-peringkat Mitosis

Pada awal profasa, sentrosom dengan sentriolnya mengalami replikasi untuk menghasilkan dua sentrosom Pada masa yang sama, mikrotubul muncul di antara dua sentrosom dan membentuk benang-benang spindle Proses ini diikuti oleh kromosom yang kelihatan semakin jelas, iaitu terbentuk dua kromatid seiras yang terbentuk pada interfasa Dua kromatid seiras tersebut bergabung pada sentromernya. Benang-benang spindel kelihatan memanjang dari sentromer Kromosom menjadi padat, menebal, dan memendek. Ini memastikan kromosom dapat bergerak bebas dalam peringkat seterusnya Kromosom kelihatan terdiri daripada dua bebenang seiras yang dinamakan kromatid kembar Kedua-dua kromatid bercantum di sentromer.

Peringkat-peringkat Mitosis

Pada peringkat akhir profasa, membran nukleus terurai dan gentian gelendong mula terbentuk dalam sitoplasma Kromosom mula bergerak ke satah khatulistiwa. Gentian gelendong menghubungkan sentromer dengan sentriol

Peringkat-peringkat Mitosis

Sentrosom berada pada kutub sel yang bertentangan. Gentian gelendong menetapkan kromosom dengan kromatidnya yang tersusun dalam satu barisan di tengah-tengah sel yang dikenali sebagai satah khatulistiwa. Kromatid kembar masih terikat di sentromer. Metafasa berakhir apabila sentromer berpisah untuk melepaskan ikatan kromatid kembar.

Peringkat-peringkat Mitosis
Awal Akhir

Sentromer membahagi dua dan kromatid kembar berpisah. Gentian gelendong memendek, mengecut, dan kromatid kembar tertarik ke kutub sel yang bertentangan. Apabila sampai di kutub, kromatid kini dikenali sebagai kromosom anak. Anafasa berakhir apabila kromosom anak sampai di kutub sel. Setiap kutub sel mempunyai satu set kromosom yang lengkap dan seiras. Proses anafasa bermulai ketika pasangan sentromer dari setiap kromosom berpisah, yang akhirnya melepaskan kromatid saudara. Kromosom anak kromatid tadi mula berpisah ke arah kutub sel yang berlawanan. Pada akhir anafasa, kedua-dua kutub sel memiliki jumlah kromosom yang sama dan lengkap.

Peringkat-peringkat Mitosis

Pada peringkat telofasa, gentian gelendong menghilang. Kromosom membuka lilitan dan menjadi lurus serta berbentuk bebenang halus semula. Nukleolus terbentuk semula. Benang spindle menghilang dan kromatid menjadi kusut. Pada masa ini, buitiran kromatid muncul semula. Selaput inti terbentuk semua dan nukleus kelihatan semula. Akhirnya, nukleus muncul semula dengan jelas apabila diperhatikan. Telofasa tamat apabila membran nukleus muncul semula bagi menyelaputi kromosom dua nukleus anak yang baru dengan sepenuhnya.

Peringkat-peringkat Mitosis

Sitokinesis adalah proses pembahagian sitoplasma menjadi dua. Proses ini berlaku pada akhir pembelahan mitosis. Pada masa ini, muncul lekukan membrane sel. Lekukan ini semakin mendalam dan akhirnya membahagikan sel induk tadi kepada dua sel anak. Proses sitokinesis ini berlaku dengan bantuan protein aktin dan myosin.

Kepentingan Mitosis
Menghasilkan sel-sel baru untuk menggantikan sel yang rosak, cedera, atau mati. Mitosis menyebabkan pembentukan dua nukleus anak yang seiras dari segi genetik dan juga dengan nukleus sel induk. Menghasilkan organisma baru melalui pembiakan aseks untuk kemandirian spesis. Menambahkan bilangan sel yang seiras dengan sel induk untuk proses pertumbuhan dan perkembangan organisma. Setiap nukleus mengandungi bilangan kromosom dan kandugan genetik yang sama dengan sel induk. Ini bermakna semua sel, sama ada sel hati, sel kulit atau sel otak, mempunyai kandungan genetik yang sama. Aplikasi Mitosis: i. Kultu tisu (pertanian) ii. Pengklonan

Ciri-ciri Meiosis
Meiosis ialah proses pembahagian sel yang terlibat dalam pembentukan sel-sel pembiakan (yang dikenali sebagai gamet) Meiosis hanya berlaku dalam organ pembiakan (gonad) induk Sel-sel gamet menerima satu kromosom daripada setiap pasangan kromosom sel induk Jadi, sel-sel gamet hanya mengandungi separuh daripada bilangan kromosom sel induk dan kromosomnya tidak berpasangan 2 peringkat pembahagian berlaku dalam meiosis iaitu meiosis I dan meiosis II Setiap pembahagian menghasilkan 2 sel anak

Ciri-ciri Meiosis

Sel Induk

n
Proses Penduaan Pembahagian Pertama

2n
Pembahagian Kedua

Meiosis I

Pembahagian Kedua

n
Meiosis II

n
Sel Anak

n n
Sel Anak Sel Anak

n
Sel Anak

Gambarajah Pembahagian Bilangan Kromosom Dalam Meiosis

Ciri-ciri Meiosis
Persenyawaan melibatkan percantuman gamet jantan dan gamet betina Dengan itu, bilangan kromosom perlu dikurangkan kepada setengah daripada bilangan asal dalam gamet supaya zigot yang terhasil selepas persenyawaan mempunyai bilangan kromosom sama seperti induk Jika tidak, selepas persenyawaan, zigot yang terhasil akan mempunyai bilangan kromosom 2 kali ganda Proses meiosis memastikan bahawa gamet yang terhasil hanya mengandungi setengah daripada bilangan kromosom induk Pengurangan kromosom ini dapat dicapai dengan pembahagian sel sebanyak 2 kali manakala penduaan kromosom berlaku sekali sahaja

Peringkat-peringkat Meiosis

Peringkat-peringkat Meiosis
Dalam peringkat ini, kromosom memendek dan menebal. Setiap kromosom mengandungi 2 kromatid. Kromosom homolog berpasangan. Keadaan ini dikenali sebagai sinapsis dan membentuk bivalen. Pindah silang berlaku di kiasma. Membran nukleus dan nukleolus menghilang. Pada umumnya, peringkat profasa ini sendiri dibagi ke dalam 5 subfasa, iaitu : 1. Leptonema: Benang benang kromatin memendek, menebal dan menyerap zat warna dan kemudian akan membentuk kromosom serta mengalami kondensasi. 2. Zigonema: Pada tahap ini sentromer akan membelah dirinya menjadi dua dan bergerak ke arah kutub yang berlawanan, sementara itu kromosom homolog saling berpasangan atau sinapsis. 3. Pakinema: Pada peringkat ini terjadi duplikasi kromosom. 4. Diplonema: Pada tahap ini kromosom homolog akan saling menjauhi dan terjadi pelekatan dengan bentuk X yang disebut sebagai Kiasma dan merupakan tempat terjadinya Crossing Over. 5. Diakenesis: Pada tahap ini akan terbentuk benang benang spindle, dua sentriol sampai ke kutub yang berlawanan. Membran inti dan nukleus akan menghilang.

Peringkat-peringkat Meiosis
Pada peringkat ini, pasangan kromosom homolog berderet di daerah ekuator. Sentromer akan menuju ke kutub dan mengeluarkan benangbenang spindle. Setiap kromosom homolog bergerak di sepanjang gentian gelendong dan kromosom homolog tersusun pada satah khatulistiwa sel.

peringkat ini, setiap kromosom homolog berpisah dan ditarik oleh pengecutan gentian gelendong ke dua kutub sel yang bertentangan. Setiap kromosom homolog berpisah dan ditarik oleh pengecutan gentian gelendong ke dua kutub sel yang bertentangan. Benang spindle dan seluruh isi sel akan memanjang ke daerah kutub.

Peringkat-peringkat Meiosis
peringkat telofasa I, kromosom sampai ke kutub. Membran nukleus dan nukleolus terbentuk semula.

Sitokinesis berlaku, pencerutan sitoplasma berlaku di tengah sel menghasilkan dua sel anak.

Interfasa yang berlaku di antara Meiosis I dan Meiosis II adalah singkat dan tiada pertumbuhan sel dan sintesis DNA.

Peringkat-peringkat Meiosis
Kromosom memendek dan menebal semula. Gentian gelendong terbentuk. Terdapat dua kromosom dalam setiap sel anak. Membran nukleus dan nukleolus menghilang.

Kromosom tersusun pada satah khatulistiwa.

Sentromer membahagi dua kromatid. Kromatid berpisah dan bergerak ke kutub sel yang bertentangan. Setiap kromatid dikenali sebagai kromosom.

Peringkat-peringkat Meiosis
Kromosom sampai ke kutub. Membran nukleus dan nukleolus terbentuk semula. Sitokinesis berlaku; pencerutan sitoplasma di tengah sel menghasilkan empat sel anak.

Fasa Telofasa mitosis dan meiosis kemudian diikuti oleh proses sitokinesis untuk menghasilkan dua atau empat sel anak. Sitokinesis yang berlaku pada sel haiwan dan sel tumbuhan adalah berlainan

Kepentingan Meiosis
Menghasilkan variasi genetic, kombinasi gen yang banyak wujud akibat daripada pindah silang antara kromatid serta susunan dan pengasingan kromosom. Membolehkan gamet jantan atau gamet betina dihasilkan dalam satu individu. Memastikan gamet yang terhasil adalah haploid, iaitu bilangan kromosomnya separuh daripada bilangan kromosom induk; maka, meiosis menjamin zigot diploid dikekalkan.

Perbezaan antara Mitosis & Meiosis


MITOSIS MEIOSIS

1. Berlaku dalam sel-sel soma sahaja

1. Berlaku dalam organ pembiakan

2. Untuk pertumbuhan & penggantian 2. Untuk pembentukkan gamet sel-sel yang rosak 3. Sel induk membahagi sekali 4. Kromosom menjalankan proses penduaan dalam setiap pembahagian mitosis 3. Sel induk membahagi dua kali 4. Penduaan kromosom berlaku dalam pembahagian meiosis I. Penduaan kromosom tidak berlaku semasa meiosis II

5. Pindah silang tidak berlaku


6. Dua sel anak terbentuk pada peringkat akhir 7. Bilangan 2n kromosom dikekalkan

5. Pindah silang berlaku


6. Empat sel anak terbentuk pada peringkat akhir 7. Bilangan n kromosom sahaja yang terbentuk

Perbezaan antara Mitosis & Meiosis

Kesimpulan
Mitosis dan Meiosis merupakan proses-proses pembahagian sel yang amat penting dalam pertumbuhan organisma Kajian terhadap proses-proses tersebut mendatangkan kemajuan manusia Walau bagaimanapun, segala kajian ini tidak boleh disalahguna sehingga bercanggahan dengan ajaran agama dan budaya kita Ciptaan Tuhan adalah ciptaan yang terbaik dan mempunyai sebabnya

KUIZ
1. Terdapat 2 proses pembahagian sel iaitu I. Proses Meiosis II. Proses Mitosis 2. Proses pembahagian sel yang menambahkan bilangan sel tetapi mengekalkan bilangan kromosom Proses Mitosis 3. Proses pembahagian sel yang terlibat dalam pembentukan sel-sel pembiakan Proses Meiosis 4. Apakah proses yang menghasilkan sel-sel baru untuk menggantikan sel yang rosak, cedera, atau mati Proses Mitosis 5. Proses di mana sel induk akan membahagi 2 kail ialah Proses Meiosis

Disediakan oleh, Koh Hui Mien (DG 100896) Nun Shwu Mean (DG 100685)

Anda mungkin juga menyukai