Anda di halaman 1dari 2

UJIAN EKONOMI ASAS BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI ASAS Jawab semua soalan berikut. 1.

(a) Maklumat berikut berkaitan dengan Cik Ariana Rose seorang pengusaha nenas. Cik Ariana Rose memiliki 15 hektar lading sawit di Tenggaroh. Kini pekerja di ladangnya berjumlah 30 orang dan purata pengeluaran kelapa sawit sebulan 1000 biji. Terangkan dua sumber ekonomi yang terlibat dalam petikan di atas. (4 markah) (b) Perbualan berikut berkaitan dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh sebuah keluarga. Milah : Cuti tahun ini kita melancong ke Tambun Lost World dan Legoland ye abang.? Aaron Aziz : Tapi duit abang cuma cukup untuk satu destinasi sahaja sayang. Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh keluarga ini (6 markah) (c) Pernyataan di bawah mengenai salah sebuah firma dalam ekonomi. Syarikat Tenang Mekar menggunakan 5 buah mesin berteknologi tinggi untuk menghasilkan kemeja T bercorak baru. Terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh firma di atas. (4 markah)

(d) Perbualan di bawah merujuk kepada contoh barang dalam ekonomi. Ayah : Keputusan SPM kamu agak bagus, Ayah rasa elok kamu belajar di Kolej Swasta. Anak : Tapi ayah saya ingin belajar di tingkatan 6, bersama kawan-kawan saya. (6 markah) (e) Berikut adalah maklumat tentang Negara A dan Negara B.
NEGARA A Kerajaan tidak campur tangan dalam membuat keputusan ekonomi NEGARA B Kerajaan berkuasa penuh dalam membuat keputusan ekonomi

(i)

Nyatakan sistem ekonomi Negara A dan Negara B (2 markah) (ii) Bezakan ciri-ciri sistem ekonomi negara tersebut. (10 markah)

Anda mungkin juga menyukai