Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEM 1M 1S

Mengumumkan ketibaan . Lagu Negaraku dimainkan.........

Assalamualaikum ................................................... Bismillah ................................................................. Selamat Petang, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia Yang Berusaha; Pn Ee Hong Pengarah Bhg Sukan KPM Yang Berusaha; Pn Latifah Penolong Pengarah Bhg Sukan KPM Yang Berusaha; En Murally KPP Unit Dasar MSSM Bhg Sukan KPM Yang Berusaha; En Effendi Tan Abdullah Ketua Unit Bhg Sukan KPM Yang Berusaha; En Tajudin Abdullah Penyelaras Bhg Sukan KPM Yang Berusaha; Pn Salina Pnyelaras Bhg Sukan KPM Barisan Fesilitator KEM 1M 1S Dan Peserta KEM 1M 1S Burung tempua hinggap merata Sayang merbah dipohon cemara Assalamualaikum mulanya kata Awal bismillah pembuka bicara.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat berkumpul di majlis perasmian penutup kem 1m1s. (laporan kem...cth jumlah peserta, fasilitator dan jurulatih, laporan aktiviti) Tetak buluh kejang sepuluh Mai jolok sarang penyengat Angkat tangan jemari sepuluh Doa dipohon biar berkat Untuk itu majlis dengan sukacitanya Mempersilakan ustaz ..................................... Untuk membacakan doa Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi. Hadiri sekalian, Seterusnya majlis dengan sukacitanya ingin mempersembahkan Sebuah tayangan slide untuk tatapan umum. Perjalanan Kem sepanjang 25 hingga 27 Mac 2011

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan, Yang saya hormati, En ............................................. Wakil Peserta Kem 1M 1S Untuk memberikan ucapan. Dipersilakan. Hadirin yang dihormati,

Hadirin sekalian, Buah langsat ditepi busut, Mari dimuat di atas peti, Besar hajat kami menjemput Besar niat di dalam hati. Bukan rumput sebarang rumput Rumput penghias tepi halaman Bukan jemput sebarang jemput Jemput mohon beri ucapan Tenun benang menjadi sari, Di atas papan batang jerami Kepada tuan sembah diberi Mohon rasmikan majlis kami.

Tanpa membuang masa, majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang berusaha, Pn ................................................ Bhg Sukan KPM Untuk menyampaikan ucapan Dan seterusnya merasmikan Kem 1murid 1sukan ini. Dengan hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang berusaha, Pn ..................................... Di atas ucapan perasmian itu tadi. Tidak sempurna majlis jika tidak ada penyampaian sijil, di akhirnya. Dengan itu majlis menjemput Pn................................. dengan diiringi oleh .................... sekali lagi ke pentas untuk penyampaian sijil. Dipersilakan. Baiklah hadirin sekalian, Dengan itu maka berakhirlah sudah majlis kita pada kali ini, saya bagi pihak jawatankuasa pelaksana memohon maaf di atas sebarang kelemahan. Terima kasih kepada semua yang terlibat, secara langsung mahupun tidak. Dengan itu, Wabilahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum .................

Sesi bergambar...........................

Anda mungkin juga menyukai