Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum w.b.

t, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia diucapkan kepada


Penolong penyelaras program big merangkap mentor program ini, En afiq b salehudin
dan Cik Nadia Syazana Khalid, guru-guru pengiring rumah amal limpahan kasih, Ustaz
Norhan bin Doldiri, Ustaz Muaz and En Afdhal,seterusnya kepada pelajar-pelajar kirkby,
dan semua penghuni rumah amal limpahan kasih. Selamat datang diucapkan kepada
anda semua.
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, saya ingin menjemput Muhd Norazman bin Abd
Rashid untuk membaca kan doa. Dipersilakan
Amin-amin yarobbalamin. Dijemput penolong penyelaras program big fasa 3, En Afiq b.
Salehuddin untuk memberi sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan majlis kita
pada hari ini.
terima kasih kepada En. Afiq. Sebelum memulakan aktiviti kita pada hari ini, dijemput
pengerusi kumpulan 2 big fasa 3, Muhd Afif untuk memberi taklimat ringkas mengenai
aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini.
Pada hadirin dijemput untuk menikmati sarapan pagi di kafe sebelum memulakan
aktiviti.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum w.b.t. Sebelum berakhirnya program kita pada hari ini, saya ingin
menjemput wakil daripada kolej antarabangsa kirkby iaitu Penolong penyelaras
program, En Afiq untuk memberikan sepatah dua kata.
Seterusnya, pihak kami ingin menjemput wakil daripada pihak rumah amal limpahan
kasih untuk memberi ucapan iaitu Ustaz Norhan. Dipersilakan.
Sebelum berakhirnya aktiviti kita pada hari ini, saya ingin menjemput En. Afiq diiringi
oleh pengerusi program, Muhd Afiq untuk menyampaikan cenderahati kepada Ustaz
Norhan untuk rumah amal limpahan kasih.
Setinggi-tinggi perhargaan diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini
secara langsung dan tidak langsung. Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada
saya, yang baik itu datang nya daripada Allah.
Kita akan mengadakan solat asar secara berjemaah dan seterusnya menikmati
minuman petang di kafe. Maka dengan ini, berakhir lah program bina insan guru fasa
3. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai