Anda di halaman 1dari 15

KESAN

PENYALAHGUNAAN
DADAH

2.8 KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH
TERHADAP KESIHATAN

Dadah ditakrifkan sebagai bahan yang boleh
mengubah fungsi dan fisiologi badan.
Dalam bidang perubatan , dadah digunakan untuk
merawat pesakit.
Penyalahgunaan dadah berlaku jika bukan digunakan
bukan untuk tujuan perubatan.
Penyalahgunaan dadah boleh mengakibatkan
ketagihan dan menjejaskan kesihatan.

Jenis dadah Contoh Ciri-ciri
Depresan Morfin
Heroin
Barbiturat
Mengurangkan tekanan
Mententeramkan fikiran seseorang
Melambatkan tindakbalas terhadap
rangsangan
Stimulan Amfetamim
Nikotina
Meningkatkan kadar metabolisme
badan
Menjadikan seseorang lebih aktif
Antidepresen Morfin
Heroin
Kokain
Melegakan kesakitan dan kegelisahan
Halusinogen Ganja
LSD
Menyebabkan khayalan
Menyebabkan kegilaan dan kematian
Jadual : Jenis dadah dan ciri-cirinya
Jenis Dadah Sumber dadah
Candu Diperoleh daripada bunga popi
Morfin Bahan berwarna perang yang diproses daripada candu
Heroin Serbuk putih atau perang yang diproses daripada morfin
Ganja Daun dan bunga kering dari tumbuhan Cannabis sativa
Jadual : Dadah yang biasa diambil oleh penagih dadah
Jadual : Dadah yang biasa diambil oleh penagih dadah
Bunga popi Cannabis sativa Heroin Morfin

Bunga popi Cannabis sativa
Heroin Morfin
Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap
Koordinasi Badan Dan Kesihatan
Jenis dadah Kesan buruk
Heroin dan
morfin
Mata dan hidung berair
Berat badan menurun
Badan mengigil
Hilang selera makan
Loya dan muntah
Cepat naik marah
Koordinasi badan terjejas
Kokain Tidak dapat tidur
Gangguan psikologi
Amfetamim Tidak dapat tidur
Penyakit kulit
Gangguna psikologi
LSD Depresi dan keinginan membunuh diri
Barbiturat Kekejangan yang boleh menyebabkan kematian
Kesan buruk
penyalahgunaan dadah
terhadap koordinasi dan
kesihatan
Merangsang gerak balas badan
Dadah seperti amfetamin
mengaktifkan sel-sel otak dan
meningkatkan kadar metabolism.
Pengguna menjadi lebih aktif, tidak
dapat tidur dan bersikap agresif.
Halusinasi
Dadah seperti ganja mengganggu
fungsi otak, terutamanya dari segi
persepsi jarak, ruang, dan masa.
Dadah ini menyebabkan khayalan,
kegilaan dan kematian
Melambatkan gerak balas badan
Dadah seperti heroin, morfin dan
barbiturat melambatkan gerak
balas sistem saraf terhadap
rangsangan.
Pengguna berasa mengantuk dan
kurang sedar akan persekitarannya.
Jangkitan penyakit
Perkongsian jarum suntikan
antara penagih dadah
menyebabkan jangkitan penyakit
seperti AIDS dan hepatitis B.

Faktor-faktor yang menyebabkan penyalahgunaan
dadah dan langkah-langkah untuk mengatasinya

Faktor-faktor Langkah mengatasi
Pengaruh rakan sebaya
Keinginan untuk mencuba
Mengatasi tekanan hidup seperti masalah
peribadi, kurang kasih sayang dan masalah
keluarga
Mencari keseronokan
Kurang didikan agama
Kempen antidadah melalui media
massa
Pemeriksaan ketat dari pihak
kastam bagi mengelakkan
penyeludupan dadah
Hukuman berat dikenakan pada
pengedar dadah
Kasih sayang daripada ibu bapa
Pengawasan ibu bapa terhadap
kegiatan harian anak-anak mereka
Pendidikan agama dan moral
Bantuan pusat pemulihan dadah
seperti PEMADAM untuk
membantu penagih dadah kembali
ke masyarakat

2.9 KESAN PENGAMBILAN ALKOHOL SECARA
BERLEBIHAN TERHADAP KESIHATAN


Minuman beralkohol mengandungi etanol.
Etanol dihasilkan daripada daripada
penapaian glukosa oleh yis.
Contoh-contoh minuman beralkohol ialah bir,
wiski,vodka, rum dan brandi.
Minuman ini dikategorikan sebagai minuman
keras kerana kandungan alkoholnya yang
tinggi.
Kesan-kesan pengambilan minuman
beralkohol secara berlebihan

Alkohol melambatkan kadar penghantaran
impuls saraf dan mempengaruhi sistem saraf
pusat.
Alkohol dapat merosakkan sel-sel
hati,mengurangkan penghasilan hempedu,
dan menyebabkan sirosis hati (tisu berparut)
serta hepatitis.
Pengambilan alkohol yang terlalu berlebihan
juga boleh membawa maut.

Gerak balas peminum terhadap keadaan
kecemasan adalah perlahan.
Pemandu tidak dapat memandu dengan
selamat kerana penglihatannya kabur,
pendengaran kurang baik dan reaksinya
perlahan.
Masa yang diambil oleh peminum untuk
memberhentikan kenderaanya adalah lebih
lama.


2.10 Kepentingan Minda Yang
Waras Dan Sihat

Minda
Minda ialah keupayaan otak berfikir dan
menaakul.
Minda yang sihat membolehkan seseorang
membuat pertimbangan yang logik sebelum
bertindak.
Seseorang yang mempunyai minda yang sihat
akan menunjukkan ciri-ciri seperti berfikiran
positif , berdikari, bersifat penyayang, dan
bertanggungjawab.

Seseorang yang mempunyai minda yang tidak
sihat mempunyai harga diri yang rendah,
mudah menjadi marah, mudah berasa
rungsing, dan sukar hendak mengawal
emosinya.

Faktor-faktor yang mempengaruhi minda
Faktor luaran Faktor dalaman
Faktor sosial
seperti keluarga
dan rakan
sebaya.
Keadaan
persekitaran
seperti keadaan
cuaca dan suhu.
Tekanan mental
akibat pengalaman
yangmendukacitaka
n
Kecederaan bahagian otak akibat
penyakit atau kemalangan boleh
mengganggu kesihatan minda.
Ketidakseimbangan hormon dalam
badan seperti kekurangan hormon tiroid
membantutkan perkembangan kanak-kanak.
Penyalahgunaan dadah menyebabkan
seseorang berkhayal dan otaknya tidak dapat
berfungsi dengan baik.
Pengambilan alkohol yang berlebihan
mengakibatkan seseorang berfikir secara
tidak logik.

Anda mungkin juga menyukai