Anda di halaman 1dari 2

MINGGU KE-2 (Hari Sabtu, 5.00-6.

30pm)
Treasure Hunt : Dora the Explorer
( Aktiviti Riadah berkonsep dan Checkpoint pengisian ilmiah)

Aktiviti treasure hunt adalah aktiviti luar dimana aktiviti ini akan menguji kemahiran
peserta bagi menyelesaikan permasalahan yang diberi. Peserta dibahagikan mengikut
kumpulan dan dikehendaki untuk menjelajah dari satu ke satu checkpoint bagi mendapatkan
klu. Sepanjang penjelajahan, peserta akan diuji dengan ujian yang melibatkan minda dan
kecergasan diri.

Masa
10 minit : penerangan dan penyerahan barang petunjuk.
1 jam : aktiviti Treasure Hunt.
15 minit : penyerahan hadiah kepada pemenang

Objektif
1.Mengeratkan silaturrahim dan semangat berpasukan antara para peserta dan para fasilitator
2.Melahirkan murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa
mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.
4.Memahami dan menyelami kehidupan sebagai seorang Islam.

Kumpulan Sasaran
Program ini melibatkan semua para peserta Little Khalifah Camp dan beberapa fasilitator
sebagai penjaga checkpoint. Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil
dengan diasingkan lelaki dan perempuan untuk bermain permainan ini.

Arahan

1) Sebelum memulakan aktiviti, fasilitator akan menerangkan secara ringkas aturcara aktiviti.
2) Setiap kumpulan akan diberikan sekeping kertas ayat hafazan untuk checkpoint pertama.
Setiap kumpulan tidak dibenarkan untuk membuka kertas tersebut sebelum diarahkan oleh
fasilitator.
3) Setiap klu yang diberikan mestilah yang mengingatkan para peserta kepada ciptaan Allah.

Checkpoint 1
Nama permainan: Ingat Tak?
Cara bermain: Setiap ahli kumpulan akan diberikan ayat hafazan yang sama dan perlu
menghafalnya dalam masa yang ditetapkan. Kemudian, setiap ahli kumpulan perlu
memperdengarkan ayat hafazan kepada fasilitator masing-masing untuk mendapat klu yang
seterusnya. Para peserta juga akan diberikan serpihan gambar untuk dicantumkan pada akhir
permainan. Penjaga checkpoint harus mengingatkan para peserta untuk mengingati ayat
hafazan hingga akhir permainan kerana akan diuji sekali lagi.

Checkpoint 2
Nama permainan:
Cara bermain: Para peserta akan berjumpa dengan seorang fasilitator(penjaga checkpoint)
bagi mendapatkan klu untuk checkpoint ke-3. Penjaga checkpoint akan meminta para peserta
untuk menggunakan tiub yang disediakan bagi membenarkan bola pingpong untuk melaluinya
dan masuk ke dalam cawan. Selepas berjaya, para peserta diberikan klu dan serpihan gambar
ke-2.


Checkpoint 3
Nama permainan: Gali!
Cara bermain: Para peserta perlu menggali tanah bagi mencari klu untuk checkpoint
seterusnya. Setiap kumpulan akan dapat klu yang berbeza dari segi tempat untuk menggali
untuk mengelakkan pertembungan antara kumpulan.

Checkpoint 4
Nama permainan: Kuiz Pintar!
Cara bermain: Para peserta akan berjumpa dengan penjaga checkpoint untuk menjawab kuiz
yang akan diberikan. Kuiz adalah berkaitan dengan Islam dan pengisian pada hari Sabtu.
Setelah berjaya, baru boleh diberikan klu dan serpihan gambar ke-3 untuk ke checkpoint
seterusnya.

Checkpoint 5
Nama permainan:
Cara bermain: Setiap peserta akan diberikan sehelai kertas oleh penjaga checkpoint. Peserta
dikehendaki bergerak dari satu tempat ke tempat yang ditetapkan dengan setiap orang perlu
berpijak atas kertas yang diberikan mengikut kreativiti para peserta. Setelah itu, klu dan
serpihan gambar terakhir diberikan. Di sinilah mereka boleh mencantumkan keempat-empat
serpihan gambar dan menuju ke checkpoint 6.

Checkpoint 6
Nama permainan:
Cara bermain: Di checkpoint ini, para peserta harus menyerahkan cantuman gambar dan
mereka juga akan diuji sekali lagi dengan ayat hafazan yang telah diberikan pada awal
permainan. Setelah selesai, para peserta perlu bergerak semula ke tempat permulaan
permainan bagi menamatkan permainan. Kumpulan yang paling cepat sampai dikira
pemenang.

Pemenang juga dikira dari segi kumpulan mana yang paling banyak kata-kata positif dan
kurang bahasa yang tidak baik dan juga kumpulan yang paling cepat sampai destinasi dengan
hafalan hadis yang tidak lupa ketika di destinasi terakhir.

Penyampaian hadiah

Anda mungkin juga menyukai