Anda di halaman 1dari 21

IPGM KAMPUS TENGKU

AMPUAN AFZAN
TUTORIAL 5
SENI BONEKA
DISEDIAKAN OLEH:
~ AIZA HUSNA A. RAHIM
~ NADIA SABRI
~ SITI MARLIYANA LATIP
DEFINISI BONEKA
Merupakan sebarang benda atau objek yang
digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara
sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk
menyampaikan mesej.

Apa sahaja objek boleh menjadi boneka selagi
ia digerakkan oleh pemain

Pemain akan cuba menghidupkan watak
menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi
boneka tanpa sebarang dialog.
Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk
menyampaikan cerita dengan berkesan.

Pendengar dapat menghayati disamping
melibatkan diri secara tidak langsung melalui
penggunaan boneka.

Kesannya cukup baik ke arah:
Pendedahan komunikasi
Melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita
Merangsang daya imaginasi

Memberi murid pengalaman belajar
bekerjasama secara berkumpulan.
JENIS BONEKA
Boneka sarung tangan
Boneka tongkat
Boneka jari
Wayang kulit
Boneka mobail
PENGGUNAAN SENI BONEKA
DALAM KURIKULUM
CONTOH AKTIVITI :

Judul Cerita : Kenapa Gagak Hitam
Nilai : Sikap tidak sabar membawa padah
Objektif : Kanak-kanak dapat
i) mengenal burung merak dan gagak
ii) membezakan pelbagai warna

Peralatan :
Boneka gagak
Boneka merak
Pentas boneka
Pita rakaman
Warna
Bangkai binatang

Teks : Merak dengan gagak

BABAK 1

Suatu masa dahulu, gagak dan merak berkawan baik.

Merak : Mari kita warnakan badan kita supaya lebih cantik
Gagak : Macam mana caranya?
Merak : Aku ada kawan. Seorang pemuda yang jadi pelukis.
Gagak : Oh begitu. Cepatlah, aku tak sabar lagi.
Merak : Sabarlah. Aku akan pergi jumpa dengan pemuda itu esok.
Gagak : Elok benar cadangan awak. Esok kita berjumpa di tebing
sungai ini ya!
Merak : Baiklah, kau tunggu aku ya!


BABAK 2
Merak membawa berus dan warna.

Merak : Inilah warna-warna yang aku dapat.
Gagak : Cantik. Tentu berseri-seri.
Merak : Sudah tentu, tapi siapa yang hendak diwarnakan dahulu.
Gagak : Baiklah aku warnakan badan kau.
Merak : Hmmm! Cantiknya. Pandai kau pilih warna ya?
Gagak : Tentulah, sekarang giliran kau pula.
Merak : Baiklah, aku akan warnakan lebih cantik lagi.
Gagak : Nanti dulu, aku laparlah.
Merak : Sabar la. Bukan lama, sekejap sahaja.

BABAK 3

Seekor bangkai ayam terapung di permukaan air yang dibawa arus.
Gagak yang lapar itu tidak sabar lagi apabila melihat bangkai di sungai.

Gagak : Cepatlah, aku tak sabar lagi.
Merak : Baiklah, warna apa yang awak mahu?
Gagak : Warnakanlah apa sahaja. Cepatlah.
Merak : Baiklah ( lalu mencurah warna hitam ke seluruh badan gagak)

Gagak terus terbang dan menyambar bangkai ayam itu. Apabila
mereka bertemu semula, Gagak terkejut melihat rupanya yang hitam,
sedangkan merak sangat cantik. Gagak terbang menjauhkan diri.
Pemilihan cerita
Contoh cerita : berkenaan haiwan, kehidupan,
keadaan semasa dll
2 pilihan :
a) Memilih cerita terlebih dahulu sebelum membuat skrip
kemudian membina boneka berdasarkan watak dalam
cerita
b) Menggunakan sebarang boneka yang akan dijadikan
watak dalam cerita

PROSES DAN PERALATAN
Skrip
- tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan harus
sesuai dengan kanak-kanak.
- skrip hanya dijadikan garis panduan dan boleh
diubahsuai ketika penyampaian cerita.

Pencerita
- Menggunakan teknik menggerak lakonkan boneka.
- Dialog ditutur selaras dengan gerak laku.
- Menggunakan pelbagai variasi suara.
- Boleh mendapatkan khidmat pembantudalam
menggeraklakonkan boneka.



Membina boneka mudah
Boleh diperbuat daripada pelbagai jenis
bahan.
Benda-benda yang ada disekeliling kita boleh
dijadikan boneka seperti stokin, sisa kain,
tuala mandi dan kertas kotak.
Cth: Boneka beg kertas
Alat dan bahan:
Gunting
Kertas berwarna
Gam kanji
Cat air atau krayon
Dawai kokot
Dua beg kertas
Pita selofan
Rot kayu
Kertas tisu lembut
Cara membuat:
1. Gumpalkan surat khabar pada hujung rod kayudan
lekatkan gumpalan itu dengan menggunakan dawai
kokot.
2. Masukkan gumpalan surat khabar tersebut ke
dalam beg kertas. Ikat leher beg kertas dengan
menggunakan pita selofan. Ratakan bucu beg
kertas tersebut.
3. Sapukan gam seluruh permukaan hadapan untuk
membentuk muka.
4. Bina ciri-ciri muka dengan menggunakan kertas tisu
lembut.
5. Warnakan muka dengan menggunakan cat air
6. Buat rekaan baju dengan menggunakan kain perca.
Pentas
Terdapat dua kategori pentas iaitu:
Pentas
Pentas kerusi
Pentas meja
Pentas tingkap
Pentas pintu
Pentas lipat
OHP

Tiada pentas
Pencerita dalam keadaan duduk
Pencerita dalam keadaan berdiri
Pencerita menggunakan apron sebagai latar aktiviti
bercerita

TERIMA KASIH ATAS
PERHATIAN ANDA

Anda mungkin juga menyukai