Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN B TEMA: PERPADUAN TAJUK: KRAFTANGAN KOTAK TISU SATU MALAYSIA.

PENGENALAN HASIL SENI. Kotak Tisu Satu Malaysia ini adalah satu kraf tangan yang diolah daripada bahan terbuang. Ianya adalah inspirasi daripada masyarakat majmuk dan berbilang kaum di Negara kita. Untuk hasil kraf tangan kali ini saya mereka satu kotak tisu daripada kotak terpakai. Tema hasil kraf tangan saya ini adalah perpaduan yang mana melubatkan masyarakat majmuk dari kalangan kaum india, cina dan melayu. Ianya dapat dilihat dari motif-motif yang semenangnya similar dengan kaum-kaum tertentu. Motif Batik. Motif batik yang kelihatan daripada kotak tisu ini melambangkan identity daripada masyarakat melayu. Sememangnya masyarakat melayu sangat popular dengan batik. Batik juga mempunyai pelbagai motif. Antaranya ialah bermotifklan bunga, abstrak bebas. Motif Burung Merak. Motif burung merak yang kelihatan pada kotak tisu ini adalah melambangkan identity masyarakat India. Mereka sememangnya banyak menggunakan corak burung merak di dalam pakaian, lukisan dinding dan juga perhiasan rumah. Motif Kipas. Sememangnya kita semua tahu yang masyarakat Cina sangat popular dengan tarian kipas. Oleh yang demikian, saya menggunakan lipatan kipas sebagai menunjukkan identity masyarakat Cina.

PENGGUNAAN BAHAN DAN ALATAN Bahan dan alatan yang saya gunakan untuk menghasilkan seni ini adalah : 1. Kotak terpakai 2. Reben 3. Gam 4. Gunting 5. Warna air 6. Kad manila 7. Kertas A4 berwarna.

LANGKAH PENGHASILAN 1. Gunting kotak terpakai mengikut ukuran kotak tisu yang kita kehendaki. 2. Apabila saiz kotak yang dikehendaki telah diperolehi, sambungkan penghujung kotak tersebut dan gamkan ia menggunakan gam UHU. 3. Setelah kotak tersebut melekat, warna kerangka kotak tisu tersebut dengan warna yang dipilih. Untuk kotak tisu satu Malaysia kali ini saya memilih warna coklat. Keringkan sementara sehingga warna di keseluruhan kotak tersebut kering. 4. Setelah kotak tersebut kering, lukiskan corak batik bermotifkan bunga disekeliling kotak tersebut. 5. Kemudian warnakan corak batik tersebut mengikut warna yang dipilih. Keringkan lukisan batik tersebut. 6. Seterusnya, lukis corak bermotifkan burung merak di kad manila. Kemudian warnakan corak tersebut dengan menggunakan pensel warna. 7. Setelah siap, lekatkan kad manila bermotifkan burung merak tersebut di bahagian tepi kota tisu tersebut. 8. Langkah seterusnya ialah, lipat kertas A4 berwarna membentuk kipas kecil. Buat beberapa keping kipas. Setelah selesai, lekatkan kipas tersebut di kotak tisu berkenaan.

TEKNIK YANG DIGUNAKAN. Dalam penghasilan kraftangan ini teknik yang digunakan adalah : 1. Melukis. Saya menggunakan teknik melukis dalam menghasilkan kraftangan kotak tisu satu Malaysia ini. Ini kerana apabila kita membuat lukisan sendiri, kita bebas untuk mengekpreskan diri kita dalam penghasilan seni tersebut. 2. Mewarna Saya menggunakan teknik mewarna dalam kraf tangan ini. Ini menampakkan lagi keunikan dan menjadikan kraf tangan kotak tisu ini kelihatan menarik dan cantik. 3. Menggunting Dalam hasil kraf tangan kotak tisu ini teknik menggunting juga digunakan untuk mengguting corak burung merak dan menggunting kipas. 4. Lipatan Teknik lipatan juga digunakan untuk menghasilkan kipas kecil yang mana mewakili masyarakat cina.

RUMUSAN Hasil kraftangan kotak tisu ini merupakan satu hasil seni luahan dari saya bertemakan perpaduan. Ianya dipilih sebagai pelengkap tugasan seni MSL 3123. Saya memilih tema perpaduan kerana saya sangat bangga dilahirkan di Negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Tema perpaduan ini selaras dengan inspirasi Negara yang mana mahu mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian hasil daripada penyatuan masyarakat di Negara kita. Teknik-teknik yang pelbagai juga digunakan sebagai mengguna pakai segala yang telah dipelajari dalam kursus seni semasa semester yang lepas. Variasi teknik ini membuatkan sesuatu seni itu Nampak menarik dan yang penting adalah ketulenannya. Saya seorang yang meminati kraftangan, tugasan ini membuatkan saya teruja untuk menghasilkan satu kraf tangan yang menarik. Dan yang paling mencabar adalah ianya bertema.

Tema perpaduan adalah pilihan saya kerana ianya satu tema yang sinonim dengan rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai