Anda di halaman 1dari 2

1

KONSEP IRAMA, DETIK DAN METER




IRAMA

Irama ialah kelainan penekanan bunyi-bunyi atau peristiwa-peristiwa lain yang
berkait dengan berlangsungnya masa.

Irama melibatkan pola-pola jangkamasa yang wujud pada tahap yang luar biasa
dalam muzik, dengan jangka masa dikesani melalui jarak waktu interonset. Irama
juga dipanggil meter .

Semua ahli muzik, pemain muzik, dan penyanyi menggunakan irama, tetapi irama
sering dianggap sebagai domain utama pemain dram dan pemain genderang.

Irama merangkumi faktor detik, meter, tekanan, tempoh masa dan tempo. Irama
terbentuk daripada sesuatu susunan bunyi.



DETIK

Detik adalah unit denyutan. Detik ialah unit ukuran masa dalam muzik. Denyutan
yang berulang dan berterusan adalah elemen yang fundamental dan penting dalam
seni muzik.

Jangka masa dari satu detik ke satu detik diukur dengan nilai not muzik.

Detik muzik adalah sama dengan detik jam biasa. Detik muzik adalah sekata iaitu
2

tidak semakin cepat atau semakin lambat.Tempo adalah istilah yang menunjukkan
kecepatan detik.



METER

Meter dicipta untuk mengira setiap detik satu persatu.

Meter ialah detik-detik yang dikumpulkan dengan bilangan tertentu. Meter
duaan, tigaan dan empatanmenunjukkan bilangan detik dalam setiap kumpulan.

Kumpulan-kumpulan detik ini dinamakan bar. Dalam setiap bar terdapat tekanan
bunyi yang berbeza-beza.

Detik pertama dimainkan lebih kuat daripada detik-detik yang lain. Detik
dihimpunkan dalam kumpulan 2, 3, 4 dan seterusnya.

Lazimnya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar. Pengumpulan
tersebut dikenali sebagai pembahagian meter dan dinyatakan dalam skor lagu
dalam bentuk tanda masa seperti berikut:

2 3 4 6 3 2 4

4 4 4 8 8 2 2

Angka di sebelah atas menyatakan bilangan detik dalam satu unit atau bar. Angka
di sebelah bawah pula menyatakan jenis not yang menjadi asas detik berkenaan
sama ada not krocet(4), minim(2), kuaver (8) dan sebagainya. Meter
diklasifikasikan meter lazim dan meter tak lazim.

Anda mungkin juga menyukai