Anda di halaman 1dari 13

TOPIK 1

BAHASA MUZIK

TOPIK 1

BAHASA MUZIK
Umran Samsudin

PENGENALAN
Bahasa muzik adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan pengetahuan dan
kefahaman tentang elemen muzik, konsep-konsep berhubung dengan elemen muzik,
istilah muzik, kosa kata dan konvensi penulisan muzik. Pengetahuan dan kefahaman
mengenai bahasa muzik seterusnya membawa kepada kemahiran membaca notasi,
menulis, memainkan alat-alat muzik, menghayati, menganalisa dan menilai karya-karya
muzik.
Bunyi boleh dinilai dan diukur panjang pendek talunnya. Panjang pendek nilai bunyi
ditentukan dalam bentuk simbol atau lambang-lambang seperti berikut:

Masa senyap dalam muzik dilambangkan dengan tanda rehat dalam bentuk atau simbol
seperti berikut:

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. mempunyai pengetahuan dan kefahaman asas muzik;
2. mengetahui dan memahami konsep dan sistem notasi;
3. membaca dan menulis notasi muzik dengan baik; dan
4. mengetahui, memahami dan mempraktikkan konvensi penulisan muzik.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK


Topik 1:

OUM

Tajuk ini meliputi pengetahuan dan kefahaman mengenai pelbagai nama dan
nilai not serta tanda rehat muzik. Kemahiran mengecam nilai not amat perlu
dikuasai oleh setiap pelajar bagi mengaplikasikan aspek teori dengan
pembacaan notasi melalui latihan irama serta bacaan semerta pada baluk
muzik. Kemahiran membaca notasi dengan tepat dapat membantu pelajar
dalam aspek nyanyian, permainan alat-alat muzik perkusi dan alat muzik
bermelodi dengan baik dan lancar.

BAHASA MUZIK

TOPIK 1

Kepentingan Bahasa Muzik dapat digambarkan seperti berikut:

BACAAN
SKOR LAGU
DAN
SOLFA
MEMIMPIN
MUZIK

PERMAINAN
ALAT
MUZIK
BERMELODI

(conducting)

BAHASA
MUZIK

PERMAINAN
ALAT
PERKUSI

GUBAHAN
LAGU
&
MUZIK

PENCIPTAAN
LAGU

Memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam Bahasa Muzik (teori muzik) dapat
memudahkan seseorang memahami dan menguasai permainan alat-alat muzik tertentu.
Selain dari itu juga membuka ruang yang luas untuk mencipta, menggubah muzik serta
memimpin (conducting) persembahan sesebuah orkestra. Hasil karya muzik yang indah
dan teragung terdahulu adalah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran bahasa muzik
yang perlu dikuasai oleh pemuzik atau penggiat muzik.

OUM

TOPIK 1

1.1

BAHASA MUZIK

NILAI NOT DAN TANDA REHAT

Nilai not dan nilai tanda rehat lebih mudah difahami melalui pecahan sama nilai seperti
berikut:

Atau dalam bentuk pecahan bulat sama nilai not dan tanda rehat seperti berikut:

OUM

BAHASA MUZIK

TOPIK 1

Contoh Pecahan Not:

OUM

TOPIK 1

BAHASA MUZIK

Rajah tanda rehat bagi muzik juga adalah seperti berikut:

1.2

IRAMA

Apa itu Irama?


Irama adalah elemen asas dalam konsep muzik. Irama ialah taburan not dan tanda rehat
dalam konteks tempo dan penekanan. Corak atau pola irama ialah kedudukan dan
susunan ritma dalam sesuatu gubahan muzik. Dalam elemen irama terdapat faktor
berkaitan seperti detik, tekanan, tempo masa (duration) dan tempo. Irama terbentuk
daripada sesuatu susunan bunyi. Gabungan not-not dan tanda rehat yang tersusun
menghasilkan pola irama atau corak irama tertentu.

Corak Irama 4 an

Corak Irama 3 an

Corak Irama 2 an

Bagi merasai tekanan pada corak irama 4 an setiap detik pertama dikuatkan bunyi
bacaan atau tepukannya. Begitulah seterusnya bagi corak irama yang lain. Pembahagian
tekanan pada susunan notasi ini membentuk tanda masa atau meter bagi sesuatu pola
irama.

OUM

BAHASA MUZIK

TOPIK 1

Gabungan not-not dan tanda rehat juga membentuk sesuatu pola irama.
Contohnya seperti berikut:

(a)

(b)

(c)
Dalam muzik detik adalah unit denyutan (pulse). Denyutan yang berulang dan berterusan
adalah elemen yang fundamental dan penting dalam seni muzik. Detik ini menjadi asas
pembentukan muzik. Corak irama atau pola irama terhasil daripada susunan detik-detik
tertentu. Justeru muzik terdiri daripada detik-detik yang disusun menjadi irama tertentu.
Detik-detik juga disusun untuk mendapatkan berbagai rentak muzik seperti rentak jazz
rock, foxtrot, march, rhumba, beguine, bossanova atau waltz serta banyak lagi. Notasi
yang pelbagai akan membentuk corak irama. Sesuatu corak irama itu diberi dalam bentuk
meter. Ada meter lazim dan meter tidak lazim.
Jadual di bawah menerangkan Meter Lazim dan Meter Tidak Lazim

OUM

TOPIK 1

OUM

BAHASA MUZIK

BAHASA MUZIK

TOPIK 1

Contoh corak irama Meter Lazim:

Tanda masa Tidak lazim mengandungi not-not bertitik.

OUM

TOPIK 1

BAHASA MUZIK

Meter Tidak Lazim 4 an ada empat detik not bertitik (beat) tiap bar.

Contoh corak irama Meter Tidak Lazim

(a)

(b)

OUM

BAHASA MUZIK

TOPIK 1

(c)

(d)

RUMUSAN
Sebilangan karya muzik terdahulu ada menggunakan tanda masa atau meter Tidak Lazim
dalam gubahan muziknya.

Contohnya:

9
Sonota in G Op.79 oleh Beethoven ( meter 8 )

Siciliana from Concerto Grosso oleh Handel ( meter

12
8 )

12
Choral Improvisation oleh Karg Elert ( meter 16 )

Kebanyakan gubahan atau penciptaan muzik sekarang menggunakan tanda masa atau
Meter Lazim. Lagu-lagu moden, pop dan semasa tidak berapa menggunakan meter Tidak
Lazim. Mungkin agak sukar menyanyikan lagu berkenaan jika ciptaan atau gubahan
muziknya menggunakan meter Tidak Lazim. Cita rasa pencipta dan penggubah muzik
orang dahulu tidak sama dengan cita rasa penggiat seni muzik sekarang. Motif dan gaya
penciptaan serta gubahan muzik sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Di
samping itu juga keperluan sesuatu muzik itu dipengaruhi dengan permintaan serta selera
peminat dalam perkembangan industri muzik.

10

OUM

TOPIK 1

BAHASA MUZIK

Latihan 1.1
Baca dan buat tepukan bagi not dan tanda rehat berikut:
(a)

ta

ta

Ta te

ta

ta-a

sa a

ta fa te fe ta sa

ta

ta-a-a-a

(b)
ta-a

ta

ta

ta

ta

ta a

te

ta

ta-a-a

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

(h)

OUM

11

BAHASA MUZIK

TOPIK 1

Latihan 1.2
Sama nilai not dan tanda rehat.
Jawab dengan menggunakan angka jumlah not berkenaan.

12

OUM

TOPIK 1

BAHASA MUZIK

Latihan 1.3
Lukiskan SATU not yang sesuai dari jumlah himpunan not-not berikut:

OUM

13

Anda mungkin juga menyukai